The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fresha Najwana, 2023-02-23 09:38:26

Penghayatan Etika dan Peradaban E-Folio

Kebudayaan Kebangsaan Memupuk Perpaduan

MPU3183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH : DAYANG FAUZIAH BINTI KADIR


AHLI KUMPULAN : FRESHA NAJWANA BINTI ASLI MS220918746 OWELL EDWIN MS220918704 INLO ANSIM MS221019985


BIBI OLVIERA PAUL MS220919081 CHRISTINA BENJAMIN MS220919341


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1-2 PENGENALAN 3-5 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN FAKTOR 6-7 CONTOH 8-10 KESAN 11-12 KESIMPULAN 13-14 RUJUKAN 15-16


1 PENGHARGAAN


2 Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada sesiapa yang membaca e-folio ini. Alhamdulillah dan syukur kerana kami dapat menyiapkan sebahagian daripada tugasan MPU3183 Penghayatan Etika dan Peradaban ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah bagi kurusu MPU3183 Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Puan Dayang Fauziah Binti Kadir yang telah memberikan bimbingan dan pengajaran sehingga tugasan ini disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan e-folio ini.


3 PENGENALAN


4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh didefinisikan sebagai kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia mesti dipupuk melalui usaha meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan kerjasama dan penglibatan semua lapisan masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang merangkumi slogan satu untuk semua iaitu sebuah negara yang berbilang kaum.Proses pembentukan kebudayaan nasional mestilah melakukan sebuah perancangan yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan cara hidup yang lebih harmoni. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan satu dasar kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini telah dirangka pada 1971. Apa yang dilihat oleh DKK mengenai kebudayaan ialah merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggembelengan tenaga dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Dasar Kebudayaan telah diwujudkan di negara ini adalah bertujuan untuk menjaga perpaduan di Negara ini.Hal ini adalah kerana Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing- masing.Di Malaysia,masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan


5 masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.


6 FAKTOR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN


7 Bagaimana kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan Seni budaya: o Pengenalan tentang seni-seni dari berbagai jenis kaum dan budaya membantu untuk masyarakat bersatu padu. Hal ini kerana masyarakat akan tertarik dengan seni tersebut lalu ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sesuatu budaya. Nilai murni: o Setiap budaya menerapkan nilai murni yang sama dengan budaya yang lain. Nilai itu ialah nilai menghormati antara satu sama lain. Dengan itu, setiap orang yang mempunyai budaya yang berbeza tahu untuk menghormati budaya lain lalu perpaduan dipupuk. Perayaan: o Setiap budaya mempunyai hari perayaan mereka sendiri. Ketika hari tersebut tiba, orang lain dari budaya yang berbeza boleh dijemput merayakannya bersama. Bahasa: o Semua budaya mempunyai bahasa tersendiri tetapi untuk budaya- budaya di Malaysia, budaya-budaya bersatu padu dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi utama di Malaysia. Cara pembuatan: o Di Malaysia, kebanyakan cara untuk mereka barang telah datang dari budaya-budaya yang berbeza. Cara perekaan tersebut juga telah digabungkan untuk menciptakan cara perekaan yang lagi efisyen dan muda untuk kemudahan masyarakat.


8 CONTOH KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN


9 1. Masakan Malaysia mempunyai masakan yang mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya, dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya. Banyak budaya dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia, dengan pengaruh yang kuat dari masakan Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa dan Sumatera. 2. Muzik Seni dan seni persembahan tradisional Melayu Muncul di rantau Kelantan-Pattani dengan pengaruh dari India, China, Thailand, dan Indonesia. Muzik ini berasaskan instrumen perkusi, yang paling penting ialah gendang.


10 3. Sukan Sukan popular di Malaysia termasuk badminton, boling, bola sepak, skuasy, dan hoki padang. Wau merupakan salah satu sukan tradisioanl berskala kecil di Malaysia. Bentuk tradisional layang-layang dibuat dengan reka bentukyang rumit. 4. Pemakaian Setakat pada tahun 2013 kebanyakan wanita Melatu Malaysia memakai tudung. Penggunaan tudung ini tidak biasa sebelum revolusi Iran 1979, dan tempat-tempat yang mempunyai wanita di tudung cenderung menjadi kawasan pedalaman.


11 KESAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN


12 Amalan memupuk perpaduan antara kaum dapat memberi kesan yang positif terhadap negara bangsa dan budaya. Malaysia adalah negara yang menjadi contoh di negara luar, hal ini kerana negara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Antara kesan yang dapat di ambil daripada memupuk perpaduan ialah; Mengukuhkan ekonomi negara. Dengan adanya perpaduan yang kukuh ia dapat membantu dalam membangun ekonomi negara, sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Selain itu, mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Sekiranya perpaduan kaum di pupuk oleh setiap masyarakat keharmonian antara satu sama lain dapat dijaga dengan tidak terjadinya pergaduhan antara kaum, saling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu. Kita masyarakat yang hidup dengan berbilang kaum harus menghormati adat resam setiap kaum bagi membentuk rasa hormat dengan adat masing-masing. Sebagai contoh, perayaan tahun baru cina, hari raya dan deepavali. Seterusnya, mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama. Justru itu, mengelakkan persalahfahaman terjadi. Hidup berbilang kaum dan adat yang berbeza sering kali terjadi persalahfahaman antara satu sama lain. Jika persalahfahaman terjadi masyarakat akan rusuh dan membenci antara satu sama lain, ini akan memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. Bagi mengelak berlakunya pergaduhan antara kaum kita hendaklah mengelakkan isu sensitif yang boleh merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.


13 KESIMPULAN


14 Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyar hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan Negara. Pengajaran yang kita dapat ialah kalau sebuah negara mempunyai integrasi satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan, negara itu akan maju dan situasinya lebih aman dan damai. Kita juga perlu bekerjasama supaya proses perpaduan di negara kita ini kesepaduan sosial dapat dikekalkan. Kalau kita mengabaikan mungkin peristiwa yang tidak baik akan terjadi contoh 13 Mei 1969 tanah melayu pernah berlaku satu peristiwa iaitu rusuhan kaum antara kaum melayu dan kaum cina oleh itu untuk mengelakkan peristiwa seperti berikut kita perlu bersatu padu antara kita kalau tak mungkin orang lain akan mengambil kesempatan. Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.


15 RUJUKAN


16 1. https://www.google.com/search?q=how+does+culture+bring+us+together&rlz=1C1CHBF_ enMY1037MY1037&oq=how+does+culture+bring+us+together&aqs=chrome..69i57j0i512j0i2 2i30j0i22i30i625j0i390l2.12397j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8 2. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/02/11/2511/ 3. https://budakv.blogspot.com/2014/04/dasar-kebudayaan-kebangsaan-penulisan.html


17 TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version