The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulain17-907, 2021-09-27 22:52:11

Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Kepentingan Taat Setia Kepada Raja dan Negara

Fahami nota tersebut.

Keywords: Yang di-Pertuan Agong

Disediakan oleh: Cikgu Ain

Maklumat PdP

Standard Kandungan:
8.1 Institusi Yang di-Pertuan Agong

Standard Pembelajaran:

8.1.5 Menyenaraikan alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

K8.1.8 Menghuraikan kepentingan taat setia kepada raja dan negara

Objektif:

i) Murid dapat menyenaraikan 4 daripada 8 alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Murid dapat menyatakan 3 daripada 6 alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
beserta ciri-cirinya

ii) Murid dapat menghuraikan 2 daripada 5 kepentingan taat setia kepada raja dan negara

Apakah perbezaan gambar tersebut?

ALAT KESEBARAN YANG DI-PERTUAN AGONG

• Seperti kerajaan beraja lain, contoh, England dan
Jepun, Malaysia yang memelihara institusi beraja
dengan mengangkat Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Tertinggi Negara, turut mempunyai alat-alat
kebesaran khas yang diwarisi secara turun-temurun
sejak kemerdekaan negara.

• Peralatan kebesaran ini adalah identiti atau imej
pemerintah dan kerajaannya.

• Menurut catatan sejarah, peralatan itu juga dibawa
semasa peperangan, memburu, dan ketika raja keluar
dari istana.

• Antara barang yang dijadikan simbolik oleh raja-raja
ialah senjata, pakaian, pingat, dan mahkota.

• Digunakan sewaktu istiadat pertabalan, hari ulang
tahun keputeraan rasmi, perasmian pembuakaan
parlimen dan istiadat tertentu.

ALAT KEBESARAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Pakaian Kebesaran Alat Kebesaran
Diraja Diraja

• Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan TENGKOLOK PAKAIAN KEBESARAN
dari sebuah negeri ke sebuah negeri. DIRAJA DIRAJA

• Tengkolok diraja berwarna hitam dan bersulamkan
benang emas.

• Kain ulu itu dinamakan ‘Tengkolok’ dan Tengkolok
Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong ialah berwarna hitam dan
bersulamkan benang emas.

• Pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari Ulangtahun
Keputeraan Rasmi, lawatan – lawatan rasmi Sri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-
negeri di Malaysia dan semasa Perasmian
Pembukaan Sesi Penggal Persidangan Parlimen.

• Soleknya dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ yang
berasal dari Negeri Sembilan. Manakala di sebelah
hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan
dengan bintang pecah empat belas yang diperbuat
daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang
terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-
warni.

PAKAIAN KEBESARAN
DIRAJA

• Diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu Keris Pendek
dan bersarungkan gading yang bertatahkan emas. Diraja

• Hulu keris ini dinamakan ‘Hulu Pekaka’ dan berupa
kepala ‘Garuda’.

• Di sampir (bahagian sarung keris) keris ini
diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan.

• Keris ini adalah salah satu pakaian kebesaran diraja
dan seperti Keris Panjang Diraja, ia hanya dipakai
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

PAKAIAN KEBESARAN
DIRAJA

• Diperbuat daripada emas sepuluh mutu (emas PENDING
tulen) dan bertatah dengan permata delima DIRAJA

• Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan
Persekutuan.

• Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat
bertekat berbunga-bunga dengan benang emas.

• Pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan PAKAIAN KEBESARAN
Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara. DIRAJA

• Berasal dari Negara Muskat iaitu sebuah negara Islam yang MUSKAT
berhampiran dengan Negara Iran.

• Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai Kerajaan Negeri
Kedah.

• Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu semasa
pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga
yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra Alhaj semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.

• Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi Pegawai-
pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

• Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang
dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan
bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.

• Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang.

• Baju ini dipakai sekali dengan seluar panjang bersulam di kaki
dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Ulangtahun
Keputeraan Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-
lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, ke
negeri-negeri seluruh Malaysia dan semasa Perasmian Sesi
Penggal Persidangan Parlimen.

PAKAIAN KEBESARAN
DIRAJA

• Rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja KALUNG
Permaisuri Agong. DIRAJA

• Ia diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian.

• Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian
kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja
dan pada waktu pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

• Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang
subang, keronsang dan kerabu

PAKAIAN KEBESARAN
DIRAJA

• Gendik (Pemeles) adalah pakaian bagi Seri Paduka GANDIK
Baginda Raja Permaisuri Agong. DIRAJA
(PEMELES)
• Ia diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian berbunga awan larat.

• Di tengah-tengahnya, di atas awan larat itu terdapat anak
bulan dengan bintang, di mana kedua-duanya diperbuat
daripada emas putih.

• Gendik ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja
dan waktu pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

ALAT KEBESARAN
DIRAJA

• Keris Panjang Diraja adalah Kebesaran Negara yang
utama dalam istiadat Pertabalan.

• Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan.

• Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.
• Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut

dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan
lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas
Negeri Tanah Melayu.

• Matanya ditempa (besi yang dibentuk) daripada besi waja
yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-
negeri itu.

• Hulu keris ini berbentuk “Tapak Kuda”, dengan hiasan
yang merupakan buah jering.

• Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

ALAT KEBESARAN
DIRAJA

• Diperbuat daripada perak.

• Panjangnya 162.66 sentimeter berupa suatu bulatan di
atas hulu tongkat.

• Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang
daripada emas.

• Di sekeliling bulatan ini diterapkan dengan lambang
sebelas Negeri-negeri Tanah Melayu yang diperbuat
daripada emas.

• Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau
yang berdiri manakala tongkatnya dihiasi dengan enam
tangkai padi yang diperbuat daripada emas.

ALAT KEBESARAN
DIRAJA

• Diperbuat daripada perak.

• Panjangnya 155.04 sentimeter berupa sebatang
tongkat bulat berhulu besar.

• Di atas hulu tongkat itu diperbuat anak bulan
dengan bintang pecah lima daripada emas.

• Pada batang dan hulunya diterapkan dengan ayat-
ayat suci Al-Quran.

ALAT KEBESARAN
DIRAJA

• Dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan
alat perang zaman dahulu.

• Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya adalah
81.32 sentimeter.

• Payung Ubur-ubur Kuning dan Tombak Berambu ini juga ALAT KEBESARAN
adalah sebahagian daripada alat kebesaran diraja. DIRAJA

• Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang Payung Ubur-ubur
diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja Kuning
iaitu suatu warna yang dipandang mulia oleh orang
Melayu dan dikhaskan menjadi lambang kebesaran Raja- Tombak Berambu
rajanya.

• Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

• Di samping itu terdapat dua puluh batang Tombak
Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat daripada
tombak-tombak pusaka dari sebelas buah negeri di
Semenanjung Malaysia.

• Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja adalah tiga ALAT KEBESARAN
senjata Melayu lama yang dijadikan sebahagian daripada DIRAJA
alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang,
keris panjang dan sundang zaman purbakala. Pedang, Keris
Panjang dan
• Keris Panjang dan Sundang pula disalut dengan perak Sundang Diraja
serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.

Apakah
prinsip rukun
negara yang

kedua?

01 02 03 04 05

Kepercayaan Kesetiaan Keluhuran Kedaulatan Kesopanan
kepada kepada raja perlembagaan undang- dan
tuhan dan negara undang
kesusilaan



Melahirkan semangat Dapat meningkatkan Mengapakah kita
patriotik dalam diri toleransi antar perlu taat setia
kepada raja dan
setiap rakyat. pemimpin dan rakyat.
negara?.
Keamanan dalam Menghargai pengorbanan pemimpin Terangkan.
negara dapat yang sanggup bersusah payah
dipertahankan membangunkan negara.

Melahirkan rakyat yang
sanggup berkorban
demi negara.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu lagi.

- Cikgu Ain -

Apakah
perasaan anda
belajar sejarah

hari ini?

kian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version