The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulain17-907, 2021-10-26 13:17:27

MODUL MARI MEMBACA

Jom bijak membaca.

udang

Udang

Ini udang.
Semalam ibu masak kari udang.
Dalam kari udang ada ubi kentang.
Ibu menghidangkan kari udang bersama ubi
kentang di atas meja.

Jawab soalan di bawah.

❑ Apakah yang dimasak oleh ibu?
❑ Apa yang terdapat dalam makanan yang

dimasak oleh ibu?
❑ Di manakah ibu menghidangkan makanan?

46

vakum

Vakum

Ini vakum.
Ayah membawa vakum di hadapan rumah untuk
membersihkan kereta.
Ayah menyedut habuk di dalam kereta dengan
menggunakan vakum.
Kereta ayah menjadi bersih setelah
menggunakan vakum.

Jawab soalan di bawah.

❑ Apakah yang digunakan oleh ayah?
❑ Kenapa ayah menggunakan vakum?
❑ Apakah kesan ayah menggunakan vakum?

47

wisel

Wisel

Ini wisel.
Cikgu Ain menggunakan wisel sewaktu aktiviti
larian.
Cikgu Ain telah meniup wisel sebelum murid 4
Cemerlang mula berlari.
Bunyi wisel yang ditiup oleh cikgu Ain sangat
kuat.

Jawab soalan di bawah.

❑ Apakah yang digunakan oleh cikgu Ain?
❑ Bilakah cikgu Ain menggunakan wisel?
❑ Bagaimanakah bunyi wisel?

48

x-ray

Ini x-ray. X-ray

Doktor Aiman melaksanakan x-ray terhadap

Imran untuk memeriksa kesihatannya.

Sinar x-ray menunjukkan organ dalaman

Imran terdapat kuman.

Hasil keputusan x-ray menyebabkan Imran

perlu menerima rawatan dengan segera.

Jawab soalan di bawah.
❑ Ini gambar apa?
❑ Apa yang boleh dilihat menerusi x-ray?
❑ Kenapa Doktor Aiman melaksanakan x-

ray terhadap Imran?

49

yoyo

Ini yoyo. Yoyo

Ali bermain yoyo bersama adiknya.

Mereka bermain yoyo di padang.

Beberapa orang kawan Ali turut menyertai

bermain yoyo di padang.

Ali berasa sungguh gembira kerana dapat

bermain yoyo bersama rakan-rakan dan

adiknya.

Jawab soalan di bawah.
❑ Ini gambar apa?
❑ Apakah yang dibawa oleh Ali ke padang?
❑ Siapakah bermain bersama-sama dengan Ali?

50

zebra

Zebra

Ini zebra.
Zebra mempunyai kulit berwarna hitam dan
putih.
Zebra berkaki empat.
Zebra seekor haiwan herbivor.

Jawab soalan di bawah.

❑ Ini gambar apa?
❑ Apakah ciri-ciri zebra?
❑ Zebra tergolong dalam haiwan apa?

51

LATIHAN
PENGUKUHAN 1

Baca ayat tersebut. Kemudian, padankan ayat
dengan gambar yang sesuai.

Ibu simpan
gelang emas.

Farah beli pisang
tanduk.

Jali beli dua
batang lemang.

Fadil beli tiga
biji kentang.

Abu bina kandang
kambing.

52

LATIHAN
PENGUKUHAN 2

Baca ayat tersebut. Kemudian, lengkapkan
jawapan pada ruangan kotak di bawah.

b

I a
c g
ke t
ha

j

sma

w

ja

ud n n

ga y g

1. __________ ros harum baunya.
2. Ini Restoran ___________ Bakar Samsudin.
3. Razi kutip __________ segar.
4. Puan Sarah membeli ___________ baharu.
5. Puan Zeti rebus __________manis.
6. Aliya memakai ________ baharu yang dibeli oleh ayahnya.
7. Ini tong __________ Fatin.
8. Jeli menjala __________ galah.
9. Pak Karim mandi menggunakan __________.

53

LATIHAN
PENGUKUHAN 3

Baca. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul.

1. Jali tinggal di ___________ banglo.

rumah pondok

2. Ali lebih _______ daripada Abu.

panjang tinggi

3. Kami suka main ___________.

congkak tidur

4. Isi _______ rasa manis sekali.

manggis bawang

5. Emak membeli seikat _________.

jagung kangkung

54

6. Kamal mempunyai songkok ______.

putih hitam

7. Rozana selalu tunggang _______.

kuda kucing

8. Salmah sembahyang menggunakan
________ baharu.

tudung telekung

9. Ibu mendukung adik sedang ______.

tidur menari

10. ______ besar itu hampir tenggelam.

kapal Van

11. Harimau suka makan _______.

rumput daging

55



KUALA
LUMPUR

Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia
dan sebuah bandar yang besar. Ada
banyak bangunan tinggi di Kuala Lumpur.
Ada banyak pejabat dan kedai yang
menjual pelbagai barangan di Kuala
Lumpur. Menara Kuala Lumpur dan
Menara Berkembar Petronas adalah
antara bangunan yang tertinggi di Kuala
Lumpur dan Malaysia.

56

UJI
MINDA 1

1 Apakah nama ibu kota terbesar di

Malaysia?

2 Nyatakan ciri-ciri keistimewaan

Kuala Lumpur.

3 Namakan bangunan tertinggi di

Malaysia.

4 Apakah yang terdapat di Kuala

Lumpur?

5 Adakah anda suka melancong ke

Kuala Lumpur?. Nyatakan sebab.

57

PEKEBUN
SAYUR

Bapa Harun pekebun sayur. Kebun
sayurnya luas. Ada berbagai-bagai jenis
sayur di kebun itu. Ada sayur sawi,
bayam, lobak, kangkung, terung, kacang
panjang, bendi, dan timun. Sayuran
tersebut ditanam di atas batas.

Bapa Harun bagun pada waktu pagi
untuk menyiram sayuran itu. Dia
menyiram sayuran dua kali sehari.
Sayuran itu juga dibubuh baja supaya
subur. Harun selalu menolong bapanya di
kebun.

58

UJI
MINDA 2

1 Siapakah pemilik kebun sayur?

2 Apakah tanaman yang ditanam oleh

pekebun?

3 Di manakah pekebun menanam

tanamannya?

4 Bagaimanakah cara pemilik kebun

menjaga tanamannya?

5 Nyatakan nilai murni berpandukan

sikap Harun.

59

DUSUN BUAH-
BUAHAN

Datuk saya ada dusun buah-buahan. Di
sini terdapat berbagai-bagai jenis pokok
buah-buahan. Ada pokok duku, durian,
rambutan, manggis, langsat, dan cempedak.

Di dusun itu, ada sebuah pondok kecil.
Datuk selalu berehat di pondok itu. Pada
musim durian, datuk tidur di pondok itu.

Saya selalu ke dusun datuk bersama-
sama dengan ayah, emak, abang, dan adik.
Ayah dan abang pandai memanjat pokok
rambutan dan manggis. Saya sungguh
seronok makan buah-buahan tersebut.

60

UJI
MINDA 3

1 Apakah jenis buah-buahan yang

terdapat di dusun?

2 Di manakah datuk berehat?

3 Kenapakah datuk bermalam di

pondok kecil?

4 Nyatakan perwatakan bagi watak

abang.

5 Apakah pengajaran yang boleh

diperolehi menerusi cerita tersebut?

61

PAK CIK SOOT:
SI PENYUMPIT

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang
lelaki yang suka mengembara di dalam hutan. Namanya ialah
Pak Cik Soot.

Pada setiap pagi, Pak Cik Soot akan mengambil segala
kelengkapan senjata sumpit kesayangannya di bawah rumah
untuk dirapikan terlebih dahulu. Hal ini kerana senjata
sumpit yang diperbuat daripada buluh itu ialah alat yang
hanya dipunyainya untuk memburu haiwan dan
mempertahankan diri sewaktu berada di dalam hutan. Maka,
pergilah Pak Cik Soot seorangan di awal pagi sebelum terbit
matahari untuk mencari rezeki di dalam hutan tersebut.

Tiba-tiba seekor ayam hutan telah melintas di
hadapannya. Tanpa membuang masa, Pak Cik Soot berjalan
secara perlahan dan menghalakan senjata sumpitnya ke arah
ayam hutan tersebut. Pada ketika itu, Pak Cik Soot
menggenggam senjata sumpit dengan begitu erat dan
kemudiannya ditiup dengan mulut sekuat mungkin melalui
lumbang sumpitan yang lurus ke arah ayam hutan itu.

Setelah itu, ayam hutan tersebut didapati rebah akibat
terkena peluru sumpitan Pak Cik Soot. Pada hari itu, Pak Cik
Soot pulang ke rumahnya dengan hati yang riang dan begitu
gembira kerana mendapat seekor ayam hutan yang dapat
dijadikan sebagai hidangan makanan pada hari tersebut.

62

UJI
MINDA 4

1 Apakah alatan yang dibawa oleh Pak

Cik Soot ketika hendak memasuki
hutan?

2 Bagaimanakah cara yang betul untuk

menggunakan senjata sumpit?

3 Apakah perwatakan yang ditunjukkan

oleh Pak Cik Soot dalam cerita
tersebut?

4 Apakah nilai murni yang terdapat

dalam cerita tersebut?

5 Nyatakan pengajaran yang diperolehi

melalui cerita Pak Cik Soot: Si
Penyumpit.

63

Kalau mencari buah asam,
Biar lebih jangan berkurang,
Rajin berusaha siang dan malam,
Tangga kejayan pasti datang.

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NURULAIN BINTI ABD RAHMAN


Click to View FlipBook Version