Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh: Latar Belakang, Peranan dan Sumbangan dalam
bidang Pembantu Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan dari Tahun 1980 - 2015.
1.0 PENGENALAN
Perubatan merujuk kepada suatu bidang yang lebih tertumpu kepada memberikan khidmat
kesihatan kepada masyarakat di dalam sesebuah negara. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua
(2015), perubatan merujuk kepada semua perkara yang bersangkutan dengan hal berubat.
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menyediakan perkhidmatan
perawatan perubatan yang terbaik dan melaksanakan program - program kesihatan kepada rakyat
di negara ini agar status kesihatan rakyat di Malaysia menjadi lebih baik (Jezlily Jamaluddin,
2011). Kehebatan dalam bidang perubatan bagi sesebuah negara bukan hanya dinilai melalui
kecanggihan teknologi yang canggih, malah kecekapan dan etika kerja yang terbaik juga diambil
kira bagi memastikan sektor perubatan ini sentiasa berjalan dengan lancar.
Menurut laman rasmi Lembaga Pembantu Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia, Pembantu Pegawai Perubatan merupakan salah satu profesion terawal yang wujud di
Malaysia kini telah menjangkau lebih daripada 230 tahun. Menurutnya lagi, pada awalnya nama
Pembantu Pegawai Perubatan ialah Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di
Pulau Pinang. Dalam abad ke-19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan
peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai
Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini
Penolong Pegawai Perubatan pada 2 Mac 2007. Profesion ini semakin lama semakin mendapat
1
perhatian sehingga bidang ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan di negara kita seperti
Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan perkembangan semasa, skop
pekerjaan Pembantu Perubatan Malaysia telah diperluaskan lagi dengan peranannya di
klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau kepakaran di hospital - hospital, institusi
latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan sebagainya.
Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh atau lebih dikenali sebagai Tuan Haji oleh
masyakat setempat. Tuan Haji juga merupakan anak jati Negeri Sembilan yang lahir di Terachi,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 28 Mac 1953. Beliau merupakan Pegawai Perubatan di
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Sembilan Darul Khusus dari tahun 1973 sehingga bersara
iaitu pada tahun 2011. Pada masa itu, bidang perubatan ini bukanlah bidang yang diminati
namun beliau hanya mencuba nasib apabila mengetahui terdapat jawatan kosong sebagai
Pembantu Pegawai Perubatan dan akhirnya beliau diterima kerja dalam bidang ini. Beliau turut
aktif dalam kesatuan, persatuan dan koperasi berkenaan Pembantu Pegawai Perubatan seperti
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan Malaysia, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
dan Koperasi Pembantu Perubatan Malaysia dan turut menjalankan khusus berkenaan Pembantu
Pengawal Perubatan . Pada 2012, beliau merupakan seorang Pengajar Klinikal di Kolej
Antarabangsa Murni, Nilai, Negeri Sembilan selepas bersara dalam profesion Pembantu Pegawai
Perubatan pada 2011.
2
2.0 Latar belakang Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh dari Tahun 1956 sehingga
2015
Nama beliau ialah Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh atau lebih dikenali sebagai
Tuan Haji. Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang dilahirkan di Kampung Durian
Hijau, Terachi, Negeri Sembilan. Nama bapa beliau ialah Haji Koleh bin Haji Yunus manakala
nama ibu beliau pula ialah Hajah Saadi binti Haji Sirin. Ibu bapa beliau merupakan seorang
penoreh getah dan petani di kampung tersebut. Beliau memiliki lapan orang adik - beradik
dimana dua daripadanya ialah perempuan dan selebihnya ialah lelaki. Beliau merupakan anak
ketiga daripada adik - beradiknya. Beliau telah membina rumah tangga selama 45 tahun bersama
isteri tercinta iaitu Hajah Salmiah binti Haji Husain dan dikurniakan empat orang anak. Seorang
daripada mereka merupakan anak perempuan dan selebihnya ialah anak lelaki. Anak - anak Tuan
Haji ini memiliki kerjaya yang hebat dimana anak sulungnya merupakan seorang guru, yang
kedua berkerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perdana Menteri, yang ketiga
pula bertugas sebagai Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan dan yang terakhir bertugas di
Petronas, Kuala Lumpur.
Tuan Haji Muhammad Diah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Terachi
dan telah menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Abdul Samad,
Tanjung sehingga menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1970.
Sementara menunggu keputusan SPM pada masa itu diumumkan, beliau sempat melakukan kerja
sambilan di sebuah kilang di Seremban. Setelah keputusan SPM diumumkan, barulah beliau
mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran beliau ke tingkatan enam di sekolah yang
3
sama. Semasa menuntut pengajian tingkatan enam, beliau telah memilih aliran sastera. Menurut
beliau, pada masa itu, hanya ada dua aliran sahaja yang ditawarkan di tingkatan enam tempat
beliau menuntut iaitu aliran sains dan sastera.
Sebaik sahaja menamatkan pengajian di tingkatan enam, beliau ingin mencari pekerjaan
dengan memohon mana - mana jawatan kosong yang dipaparkan di surat khabar dan menemui
jawatan kosong berkenaan Pembantu Perubatan Pelatih lalu memohonnya. Rezeki telah
memihak kepadanya apabila tawaran sebagai Pembantu Perubatan yang dimohon telah diterima
bekerja. Beliau telah menceburi bidang perubatan ini bermula 1 September 1973 dengan
mengikuti Kursus Latihan Pembantu Perubatan di Kolej Latihan Pembantu Perubatan, Seremban,
Negeri Sembilan selama tiga tahun bermula dari tahun 1973 sehingga 1976. Setelah mendapat
kelulusan Diploma Pembantu Perubatan, Beliau terus bertugas di Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban, Negeri Sembilan pada 1 September 1976. Pada masa itu, beliau telah menjawat
jawatan Pembantu Perubatan Tingkatan Biasa dan ditempatkan di Dewan Bedah.
Apabila menceburi bidang ini, barulah beliau berjaya menimbulkan minat terhadap profesion
ini serta mengetahui tugas - tugas sebenarnya Pembantu Perubatan dan meneruskan kerjayanya
sebagai Pembantu Perubatan sehingga tahun 2011. Menurut Buku Panduan Pembantu Perubatan
Kesihatan Awam (2003), terdapat pekara penting yang perlu diketahui oleh Pembantu Perubatan
iaitu struktur organisasi, objektif organisasi serta mengetahui peranan Pembantu Perubatan
dengan lebih jelas.
4
Sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Pembantu Perubatan, banyak pengiktirafan yang
beliau telah terima tiga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan kenaikan gaji daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia, dua anugerah kehormat daripada Duli Yang Maha Mulia Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan 1 anugerah diterima daripada Duli Yang Maha Mulia,
Yang di-Pertuan Agong pada masa itu . Beliau juga telah dinaikkan pangkat daripada Tingkatan
Biasa atau kini dipanggil sebagai Gred U29 ke Tingkatan Kanan atau Gred U32. Kemudian
beliau dinaikkan lagi pangkatnya ke Gred U36. Pada tahun 2009, beliau telah dinaikkan lagi
pangkatnya ke Gred U42 iaitu yang tertinggi pada masa itu yang telah beliau terima sebelum
bersara pada tahun 2011.
5
3.0 Peranan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh sebagai Pembantu Pegawai
Perubatan dari tahun 1980 sehingga 2015
3.1 Pembantu Perubatan Gred U29
Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh memulakan perkhidmatan sebagai seorang
Pembantu Perubatan Gred U29 pada 30 September 1980 dan ditempatkan di Dewan Bedah dan
telah berkhidmat di Dewan Bedah itu selama 19 tahun. Banyak pengalaman pahit manis yang
telah ditempuh oleh beliau semasa bertugas. Selain bertugas, beliau juga dapat mempelajari
teknik-teknik yang baharu dalam bidang perubatan dan jenis - jenis penyakit yang dihadapi oleh
pesakit semasa melakukan tugasan klinikal. Menurut Buku Panduan Pembantu Perubatan
Kesihatan Awam (2003), seorang Pembantu Perubatan perlu dan wajar untuk memperlengkapkan
diri dengan perkembangan semasa. Semasa di Gred U29 ini, beliau ditugaskan untuk
mempersiapkan segala peralatan dan mesin di Dewan Bedah itu terutamanya ketika pembedahan
ingin dilakukan.
3.2 Pembantu Perubatan Gred U32
Apabila dinaikkan pangkat ke Gred U32 pada tahun 1995, beliau telah membuat tugas - tugas
pengurusan untuk satu organisasi seperti menjaga sesuatu unit dan staf, menguruskan hal - hal
pembelian berkaitan perubatan dan menguruskan bahagian peralatan. Menurut Buku Panduan
Pembantu Perubatan Kesihatan Awam (2003), seorang Pembantu Perubatan haruslah membantu
Jabatan Kesihatan Awam dalam kajian keperluan perancangan sumber manusia untuk
6
perkhidmatan sedia ada atau dinaik taraf, merancang keperluan latihan untuk anggota 1auksiliari
seperti Attendan Kesihatan dan Pemandu dan merancang dan mewujudkan justifikasi keperluan
norma perjawatan baru untuk perkhidmatan Pembantu Perubatan.
3.3 Pembantu Perubatan Gred U36
Apabila dinaikkan lagi pangkatnya ke Gred U36 pada tahun 2005, skop tugasnya dalam
bidang pengurusan adalah lebih luas iaitu lebih daripada 1 bahagian contohnya 2direktorat
pembedahan dan direktorat perubatan. Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13
(2006), Pembantu Perubatan memiliki peringkat organisasi dengan pelbagai jabatan atau agensi
kerajaan dan memiliki hubungan dalaman iaitu dengan pegawai unit yang sama dan pegawai unit
lain di dalam organisasi yang sama serta hubungan luaran iaitu bersama komuniti, jabatan
kerajaan dan agensi lain dan pegawai pegawai lain.
3.4 Pembantu Perubatan Gred U42 iaitu Sebagai Ketua Penyelia
Jawatan akhir yang beliau telah perolehi ialah Pembantu Perubatan Gred U42 pada tahun
2009 iaitu sebagai Ketua Penyelia di seluruh bahagian Hospital Tuanku Jaafar yang tertumpu
kepada bidang pengurusan dan teknikal dalam profesion perubatan. Beliau juga terlibat dalam
pengurusan dan kebajikan anggota bagi memastikan pasukan beliau dapat melakukan tugas
dengan baik dan efisien. Sebagai Ketua Penyelia, beliau memastikan kelancaran prosedur -
prosedur di hospital terutama dalam kakitangan awam ini sentiasa dijaga dengan memastikan
1 Bantuan
2 Bahagian daripada sesuatu jabatan yang mengurus sesuatu urusan
7
penjagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) ataupun Kod Etika Pembantu Perubatan diikut
dengan cekap supaya
masalah - masalah teknikal dapat dielakkan. Menurut Buku Panduan Pembantu Perkhidmatan
Kesihatan Awam (2003), salah satu Kod Etika dalam bidang kepimpinan ialah mereka berupaya
untuk memastikan komitmen ahli dan menentukan arah tujuan untuk mendapatkan hasil.
Menurut Tuan Haji lagi, setiap langkah yang diambil memerlukan prosedur yang betul seperti
melakukan proses Bius Am sebelum melakukan pembedahan. Hal ini dikatakan demikian
kerana beliau bersama ahli - ahlinya haruslah sentiasa mengutamakan keadaan dan situasi
pesakit. Menurut Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam (2003), tanggungjawab
ke atas piawaian kesihatan bagi Pembantu Perubatan adalah memberikan perkhidmatan
penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan, menjadi ahli pasukan kesihatan
yang bertanggungjawab serta mengamalkan mutu profesionalisme yang tinggi dan bersikap
penyayang dan Pembantu Perubatan hendaklah mahir, cekap, tekun dalam menjalankan tugas
dan mampu membuat 3intervensi perubatan yang segera serta merujuk kes apabila perlu.
3.5 Tugas Pembantu Perubatan dalam Prosedur Pembedahan
3.5.1 Sebelum Pembedahan
Untuk melakukan pembedahan pula, beliau memastikan segala etika dan prosedur
bagi sebelum, semasa dan selepas pembedahan dijalankan. Menurut beliau, sebelum
3 Campur tangan urusan antara dua pihak
8
melakukan operasi membius pesakit pembedahan yang telah dirancang, beliau haruslah
memastikan kesediaan alatan - alatan, ubat - ubatan yang bersesuaian dan keselamatan
dan fungsi mesin di Dewan Dedah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Jika berlaku sebarang masalah atau kejadian kecemasan seperti tangki oksigen
kekurangan gas, maka perancangan sandaran perlu dilakukan dengan kadar yang segera.
Begitu juga jika mesin - mesin yang terdapat dalam Dewan Bedah tidak berfungsi dengan
baik sepanjang proses pembedahan itu berlangsung. Oleh sebab itu, peralatan - peralatan
haruslah disediakan dengan baik dan cukup untuk proses pembiusan dan penbedahan
dapat berjalan dengan baik.
Mereka juga perlu sentiasa bersedia jika terdapat pesakit yang teruk ataupun
daripada Zon Merah akibat kecelakaan dan kemalangan yang serius, maka pembedahan
dengan kadar yang segera perlu dilaksanakan.
3.5.2 Semasa Pembedahan
Menurut beliau lagi,semasa pembedahan pula Pembantu Perubatan perlu menjaga
keselamatan pesakit semasa pembedahan dengan cara mengendalikan pernafasan,
tekanan darah dan keadaan jantung pesakit supaya sentiasa dalam keadaan stabil
sepanjang proses pembedahan berlaku. Beliau juga perlu memastikan bahawa bius yang
diberikan kepada pesakit dalam keadaan mencukupi untuk memastikan pesakit selamat
dan tidak merasa sakit.
9
3.5.3 Selepas Pembedahan
Selepas pembedahan pula, pesakit biasanya tidak sedarkan diri kesan daripada ubat
bius berkenaan yang diterima dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Apabila telah sedar, pesakit ini berkemungkinan mengalami kesan sampingan daripada
bius tersebut. Menurut akhbar Harian Metro yang dinukilkan oleh Siti Zarinah Sahib
(2017), beliau menyatakan bahawa bius boleh membawa kepada kesan sampingan seperti
rasa loya dan muntah - muntah, sakit pada bahagian suntikan, kesukaran bernafas,
gangguan pada saraf sementara dan pening kepala. Oleh itu, Tuan Haji Muhammad Diah
menyatakan bahawa sebagai Pembantu Perubatan memainkan peranan dengan
menyedarkan pesakit dan membuat pemantauan sekurang - kurangnya 1 jam. Hal ini
dikatakan demikian kerana beliau ingin memastikan supaya pesakit itu berada dalam
keadaan baik dan dan selamat daripada kesan sampingan dengan menempatkan pesakit di
Bilik Pemulihan.
Dalam tempoh pemantauan berkenaan, pesakit akan dipantau dari segi pernafasan
mereka, memastikan jika pendarahan berlaku di tempat yang dibedah dan kekurangan air
atau darah. Jika berlaku sebarang masalah seperti pendarahan dan perlu dibedah kembali,
maka pesakit itu akan dimasukkan ke dalam Dewan Bedah untuk dibedah semula.
10
3.6 Penglibatan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh dalam Kesatuan
Selain memfokuskan diri dalam memberikan perkhidmatan, Tuan Haji Muhammad Diah ini
juga turut melibatkan diri dalam bidang kesatuan, persatuan dan koperasi. Pada mulanya, beliau
mula menceburkan diri dalam bidang kesatuan iaitu Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan
Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam kesatuan ini pada peringkat Negeri Sembilan
dengan memegang jawatan sebagai Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Pada tahun
1991, beliau telah melibatkan lagi dirinya dalam kesatuan ini di peringkat kebangsaan dengan
memegang jawatan sebagai Bendahari Agung, Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden.
Kesatuan ini memainkan peranan sebagai Kesatuan Sekerja untuk menuntut hak -hak pekerja
sektor awam dalam profesion Pembantu Perubatan.
3.7 Penglibatan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh dalam Persatuan
Selepas beliau bersara sebagai Pembantu Perubatan pada 2011, beliau telah mula
memfokuskan diri lebih dalam Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan memegang
jawatan sebagai Timbalan Presiden (2009) dan Presiden (2011). Persatuan ini pula lebih
memfokuskan bidang akademik berkenaan dengan Pembantu Perubatan seperti mengadakan
kursus kepada Pembantu Perubatan yang menjadi ahli dalam persatuan ini sahaja. Penyertaan
persatuan ini lebih terbuka kepada semua ahli Pembantu Perubatan sama ada yang masih
berkhidmat mahupun yang telah bersara.
Selain daripada mengadakan kursus dan seminar, persatuan ini juga aktif dalam aktiviti
persatuan seperti menyambut Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan. Menurut laman
11
rasmi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Hari Pembantu Perubatan Malaysia Peringkat
Kebangsaan telah disambut pada 11 Mac 2015 yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan
Malaysia, Datuk Sri Dr. S. Subramaniam di Hotel Everly, Putrajaya.
3.8 Penglibatan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh dalam Koperasi
Pada tahun 2012, beliau menceburkan diri dalam bidang koperasi iaitu Koperasi Pembantu
Perubatan Malaysia dengan memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah. Koperasi ini lebih
memfokuskan dalam bidang kewangan yang lebih tertumpu kepada Pembantu Perubatan.
Objektif utama koperasi ini adalah menggalakkan Pembantu Perubatan melibatkan diri dalam
penabungan melalui sumbangan syer modal, disamping aktiviti perniagaan yang akan
diusahakan oleh Koperasi. Keuntungan daripada hasil pelaburan dan perniagaan akan
dibahagikan kepada anggota koperasi secara dividen tahunan.
12
4.0 Sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh sebagai Pembantu Perubatan
dari Tahun 1980 Sehingga 2015.
4.1 Sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji sebagai Pasukan Perubatan
Tabung Haji
Sebagai Pembantu Perubatan yang telah lama berkhidmat, sudah pasti banyak sumbangan
yang beliau telah lakukan. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Pembantu Perubatan,
Tuan Haji Muhammad Diah bersama pasukan Pembantu Perubatannya telah ditawarkan oleh
pihak Tabung Haji untuk menjalankan tugas sebagai anggota Rombongan Perubatan Tabung Haji
yang bertugas di Tanah Suci Mekah dan Madinah pada musim Haji. Beliau bersama pasukan
perubatannya telah diberikan amanah oleh Tabung Haji untuk menjaga kebajikan jemaah -
jemaah haji daripada Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1997, 1998 dan tahun 2000.
Secara tidak langsung, beliau turut dapat menjalankan ibadah haji sebanyak tiga kali untuk
melengkapkan Rukun Islam yang ke-5. Bagi beliau, ini merupakan satu pengiktirafan yang
beliau telah kecapi sepanjang bertugas sebagai Pembantu Perubatan yang bertugas di Tanah
Arab.
13
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perkhidmatan Perubatan dalam Penerbangan
dengan syarikat penerbangan Transmile yang membawa jemaah - jemaah haji ke Tanah Suci
pada tahun 1999 dan 2001. Tugas penerbangan ini adalah untuk membawa dan menjemput
jemaah haji ke Jeddah. Beliau memainkan peranan dengan memberikan bantuan awal jika
berlaku hal - hal kecemasan terhadap jemaah - jemaah haji seperti masalah sesak nafas, tekanan
darah rendah, mual dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana penerbangan dari
Malaysia ke Jeddah mengambil masa dalam 4 jam lebih untuk tiba. Tambahan pula, rata - rata
jemaah - jemaah haji yang terlibat merupakan golongan yang lingkungan umurnya yang agak
tua. Oleh sebab itu, beliau telah ditugaskan untuk memastikan masalah - masalah seperti ini
dapat diatasi sehingga kapal terbang itu selamat mendarat.
4.2 Sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh sebagai Ketua Penyelia
Pembantu Perubatan
Beliau telah mengadakan kursus untuk Pembantu Perubatan pada setiap tahun untuk
mencapai Clinical Practice Guidelines Point (CPGs). Hal ini dikatakan demikian kerana pada
setiap tahun, Pembantu Perubatan perlu membuat permohonan Sijil Amalan Praktis Tahunan
(Annual Clinical Practice). Untuk mendapatkan sijil ini, setiap ahli Pembantu Perubatan perlu
mendapatkan CPGs berkenaan dengan menghadiri kursus atau seminar. Mata CPGs itu akan
dikumpulkan bagi melayakkan ahli Pembantu Perubatan untuk mendapatkan Sijil ACP. Menurut
portal rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyatakan bahawa CPGs ini merupakan
14
panduan yang dibentuk untuk diguna pakai oleh anggota kesihatan dalam pengendalian satu -
satu penyakit berdasarkan bukti saintifik yang terkini.
Menurut Tuan Haji Muhammad Diah ini, bukan hanya Pembantu Perubatan sahaja yang
perlu mendapatkan mata CPGs, malah doktor sekalipun perlu mendapatkannya untuk setiap
tahun. Jika mana - mana doktor atau pegawai perubatan yang tidak memiliki mata ini, maka ia
tidak dibenarkan untuk berkhidmat. Sepanjang beliau menjadi Ketua Penyelia di Hospital
Tuanku Jaafar, beliau membuat kursus Pembantu Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan
(Attenden Hospital). Beliau juga perlu merancang bajet kewangan, merancang untuk menambah
perjawatan di unit - unit yang memerlukan pekerja, menjaga aset - aset hospital.
Selain itu, Pembantu Perubatan juga memiliki Peperiksaan Perubatan 1 dan Peperiksaan
Perubatan 2 untuk menilai kecekapan setiap ahli Pembantu Perubatan. Beliau juga mengadakan
Kursus dalam Latihan di bahagian pengkususan klinikal. Pembantu Perubatan perlu menjalankan
latihan di unit yang khusus bagi meningkatkan kecekapan dalam unit berkenaan. Tuan Haji
Muhammad Diah ini pernah menjalani Kursus dalam Latihan ini dalam unit bius dan bedah
selama 6 bulan. Secara tidak langsung beliau telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia sebagai Pembantu Perubatan yang boleh menjalankan tugas dan mengajar pekerja -
pekerja di bawahnya. Hal ini menyebabkan beliau telah menerima bayaran khas seperti elaun
daripada pihak kerajaan. Beliau percaya bahawa setiap Pembantu Perubatan haruslah fokus pada
bidang ini biarpun tidak meminati profesion ini dan harus bersyukur untuk terus berjaya
memberikan sumbangan dan mencipta kejayaan.
15
4.3 Sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh dalam Persatuan
Tuan Haji Muhammad Diah ini telah mengatifkan lagi persatuan beliau dengan mengadakan
kursus - kursus pendek, seminar, konsferensi di setiap negeri. Dengan modal yang diberikan oleh
kerajaan, maka mereka dapat menganjurkan program - program seperti ini kerana persatuan ini
didaftarkan di bawah kerajaan. Selain itu, mana - mana ahli persatuan ini perlu menghadiri
kursus - kursus di luar negara, maka persatuan akan membiayai separuh daripada perbelanjaan
dan sebahagian lagi ditanggung oleh kerajaan.
Beliau juga memastikan bahawa persatuan ini sentiasa aktif dengan yuran persatuan ini
dibayar oleh ahli pada setiap kos. Untuk memudahkan ahli ini membayar yuran, mereka boleh
membayarnya secara atas talian ataupun potongan gaji secara ANGKASA. Yuran hanya RM 50
setahun dan ianya dipotong secara 2 kali setahun. Selain itu, beliau memastikan ahli - ahli ini
aktif setiap tahun dengan menggalakkan mereka untuk menyertai kursus dan seminar pada setiap
tahun. Persatuan ini memberi keutamaan kepada ahli - ahlinya untuk menyertai disamping turut
terbuka untuk yang bukan ahli. Yang bukan ahli ini juga diberikan galakan adalah untuk menarik
mereka menjadi ahli persatuan ini. strategi ini secara tidak langsung dapat menambahkan
bilangan ahli dalam persatuan.
Menurut Tuan Haji Muhammad Diah ini, jika program yang dlaksanakan itu berjumlah RM
200 untuk ahli dan RM 250 untuk bukan ahli, maka secara tidak langsung mereka akan lebih
tertarik untuk menjadi ahli. Persatuan ini juga memiliki Bangunan Wisma Pembantu Perubatan
16
di Jalan Reco, Kajang, Selangor. Jadi sebarang mesyuarat, kursus dan aktiviti itu dapat dilakukan
di Bangunan Wisma berkenaan.
4.4 Sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh sebagai Tenaga Pengajar
Klinikal
Pada 2012, beliau telah menceburi dalam bidang pendidikan dengan menjadi tenaga
pengajar Klinikal di Kolej Antarabangsa Murni, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau mengajar pelajar
- pelajar secara klinikal dan menjadi Penyelaras Klinikal dan dibawahnya memiliki dua orang
tenaga pengajar klinikal. Segala Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) topik - topik lebih diajar
oleh pensyarah di kolej berkenaan manakala sesi klinikal pula diuruskan oleh beliau bersama
tenaga pengajarnya di lapangan iaitu di hospital pakar dan klinik - klinik kesihatan.
Kini, para pelajarnya sudah menjalani praktikal di berada beberapa buah hospital seperti di
Hospital Tangkak, Hospital Muar, Hospital Melaka, Hospital Kuala Pilah dan Hospital Banting
selama tiga bulan dan akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan untuk pengiktirafan oleh
pihak Pembantu Perubatan Malaysia seterusnya mendapatkan sijil Diploma Kejuruwatan dan
Diploma Pembantu Perubatan dan sijilnya diiktiraf di sektor awam dan swasta.
17
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penyelidik dapat mengetahui bahawa Tuan Haji Muhammad Diah ini
merupakan anak jati Negeri Sembilan yang lahir pada 28 Mac 1953 di Kampung Durian Hijau,
Terachi, Negeri Sembilan. Selain daripada itu, penyelidik juga dapat mengetahui pendidikan
tertinggi beliau adalah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad dalam aliran sastera. Disamping itu, beliau juga
mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Perubatan ini kerana terdapat iklan jawatan kosong
sebagai Pembantu Perubatan dan mula bertugas pada 1 September 1980 Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat juga pengiktirafan besar yeng telah beliau peroleh
sepanjang menjadi Pembantu Perubatan iaitu tiga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dua
anugerah kehormat daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan
satu anugerah diterima daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, penyelidik juga telah mengetahui bahawa Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji
Koleh ni telah mula menjalankan tugas sebagai Pembantu Perubatan dengan Gred U29 di bawah
Unit Dewan Bedah. penyelidik telah mengetahui bahawa peranan beliau dalam Gred U29 ini
adalah melakukan tugasan - tugasan klinikal di Dewan Bedah. Beliau juga telah dinaikkan
pangkat ke Gred U32 pada tahun 2000 dan mula memainkan peranan dalam bidang pengurusan
untuk 1 unit seperti menjaga staf, menguruskan hal - hal pembelian alatan di Unit Dewan Bedah.
Seterusnya, beliau telah dinaikkan ke Gred U36 pada 2003 dengan menguruskan lebih dari satu
unit atau bahagian dan seterusnya telah mencapai gred tertinggi pada masa itu Gred U42 pada
2006 iaitu sebagai Ketua Penyelia Pembantu Perubatan di Hospital Tuanku Jaafar. Selain
18
daripada itu, penyelidik juga dapat mengetahui bahawa Tuan Haji Muhammad Diah Bi Haji
Koleh juga aktif dalam Kesatuan (1991), Persatuan (2011) dan Koperasi (2012).
Akhir sekali, penyelidik juga dapat mengetahui sumbangan Tuan Haji Muhammad Diah bin
Haji Koleh dengan penglibatan beliau sebagai Pasukan Perubatan Tabung Haji sebanyak tiga kali
iaitu pada tahun 1997, 1998 dan tahun 2000. Beliau juga telah terlibat sebagai Perkhidmatan
Pembantu Perubatan dengan syarikat penerbangan Transmile pada 1999 dan 2001. Selain
daripada itu, beliau juga telah mengadakan kursus untuk Pembantu Perubatan bagi mencapai
Clinical Practice Guideliness Point (CPGs). Hal ini telah menyebabkan penyelidik mengetahui
bahawa CPGs ini amat penting dalam bidang perubatan ini tidak kira sama ada doktor, Jururawat
mahupun Pembantu Perubatan. Bagi persatuan pula, beliau telah menganjurkan kursus, seminar
dan konferensi di setiap negeri. Penyelidik juga megetahui setelah beliau bersara pada tahun
2011, beliau menjadi tenaga Pengajar Klinikal Kolej Antarabangsa Murni pada 2012.
19
LAMPIRAN
Temubual bersama Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh
Salinan Kad Pengenalan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh
20
LAMPIRAN
Keluarga Tuan Haji Muhammad Diah Bin Haji Koleh
Perakuan Pendaftaran Pembantu Perubatan Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh
21
LAMPIRAN
Salah satu Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterimanya pada tahun 2003
Sijil pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat: Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat
(P.M.C) oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
22
LAMPIRAN
Gambar pengurniaan anugerah kehormat daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong ke - 13
Encik Muhammad Diah bersama Pasukan Perubatan Tabung Haji dan beberapa jemaah haji di
Malaysia di Tanah Arab.
23
BIBLIOGRAFI
Tuan Haji Muhammad Diah bin Haji Koleh, Bekas Pembantu Perubatan Hospital Tuanku Jaafar
Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003, Buku Panduan Perubatan Kesihatan Awam.
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Malaysia, 2006, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006, Perubahan Skim
Perkhidmatan Pembantu Perubatan. Kerajaan Malaysia.
Tan Sri Dato’ Dr. Abu Bakar bin Suleiman, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 2000. Surat
Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan bil 7/2000: Garis Panduan Struktur Organisasi
Pengurusan Hospital. Kementerian Kesihatan Malaysia
Jezlily Jamaluddin, 2011, Beban Kerja, Konflik Beban, Tekanan Kerja Dan Prestasi Kerja Di
Pegawai Perubatan, Kolej Peniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Siti Zanariah Sahib, 2017, Jamin Kejayaan Prosedur Pembedahan, akhbar Harian Metro.
Disiarkan pada Isnin, 17 Julai 2017.
Portal Rasmi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, 2020. Dicapai pada 5 September 2020
dari
https://pppmalaysia.com/#
Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, 2016. Dicapai pada 5 September 2020 dari
http://www.jknselangor.moh.gov.my/
24