TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA
BANGUNAN MENARA
BERKEMBAR PETRONAS
DISEDIAKAN OLEH: ALI BIN SOSLI
TINGKATAN: 1 AL-AZHAR
NO. MATRIK: CP211014
1
1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
BIL PERKARA HALAMAN TARIKH TANDATANGAN
1.1 Tajuk Kajian 1 27/8
1.2 Jadual kerja 2 27/8
3 27/8
1.3 Objektif kajian 4 27/8
1.4 Kaedah kajian 5 27/8
2.1 Mengumpul maklumat 9 27/8
2.2 Kerangka kasar penulisan 10 29/8
3.1 Pengenalan 17 29/8
3.2 Latar belakang bangunan 19 29/8
3.3 Struktur bangunan 23 29/8
3.4 Tujuan/sebab binaan 24 30/8
3.5 Fungsi bangunan masa kini 26 30/8
3.6 Langkah-langkah pemeliharaan 28 30/8
30 31/8
3.7 Rumusan 31 31/8
3.8 Rujukan
4 Penilaian umum
2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang
Bangunan Menara Berkembar Petronas KLCC dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya
dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah
dan maklumat yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan ikonik yang ada di
Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita, Malaysia.
Kajian ini juga dapat meyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya pengetahuan tentang
bangunan ikonik bersejarah di negara kita kerana ia dapat menyedarkan kita untuk menjaga
dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat sayangkan negara di kalangan
rakyat Malaysia.
c) Dengan membuat kajian ini saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku disebalik tertubuhnya bangunan bersejarah ikonik lambang kebangaan Malaysia ini.
Dengan terbinanya bangunan pencakar langit yang megah berdiri dan pernah diiktiraf
sebagai bangunan tertinggi di dunia sudah pastilah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara Asia yang kecil tetapi besar di mata dunia.
d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri dan juga dalam kalangan
generasi muda melalui kajian ini.
3
1.4 KAEDAH KAJIAN
Sebanyak lima kaedah telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan
bersistematik.
1. Kaedah Analisis Dokumen
Saya telah merujuk dokumen dari buku Atlas Informatif untuk memastikan kesahihan fakta
yang diperolehi dengan ini penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.
2. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan Pustaka KL Bandar Tun Razak untuk
menjalankan penyelidikan sumber sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber
yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi
kajian saya.
3. Muat Turun Internet
Saya turut mengunakan kemudahan teknologi maklumat yang terdapat dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang carian produk yang dikaji malah turut memuat turun
bahan yang terdapat sebagai rujukan dan lampiran sokongan.
4. Bimbingan Guru dan Ibu
Saya telah mendapat bimbingan guru mata pelajaran Sejarah iaitu Cikgu Raja Nor Hidayah
dan ibu saya Rozlina Izwani binti Rozmi.
5. Temubual
Kaedah lain yang saya jalankan ialah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temu
bual dengan orang sumber yang sememangnya pakar tentang bangunan ikonik ini. Beliau
banyak memberi maklumat tentang bangunan bersejarah ini.
4
2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
a) BUKU ILMIAH
Nama pengarang: Hanisah Mohd. Amin
Tajuk buku: Atlas Informatif
Terbitan: 2005
Penerbit: Fajar Bakti SDN. BHD.
b) INTERNET
https://ms.m.wikipedia.org
( Menara Berkembar Petronas )
https://panjislammuda.blogspot.com
( Sejarah dan Proses Pembinaan Menara Berkembar Petronas )
https://www.thepatriots.asia
( Menara Berkembar Petronas – Sebuah Kebanggaan Malaysia )
https://youtu.be/S-R7b_SVoZg
( National Geographic - The Making of KLCC )
https://youtu.be/zVnapgO8kOg
( National Geographic – Mega Structures Petronas Towers Malaysia )
5
c) ORANG SUMBER
Nama: Hajah Mani binti Dol
Umur: 83
Alamat: No. 12 Lorong Makmur 10
Bandar Tun Razak, Cheras,
56000, Kuala Lumpur.
d) MEDIA MASSA
Tajuk program: National Geographic - The Making of KLCC
Tarikh: 03/05/2016
Sumber: YouTube
Tajuk program: National Geographic – Mega Structures Petronas Towers Malaysia
Tarikh: 20/02/2017
Sumber: YouTube
6
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER
SAYA: Assalamualaikum nenek, nenek sihat? Saya mahu bertanya tentang sejarah
pembinaan bangunan Menara Berkembar Petronas. Bolehkah nenek berkongsi info yang
nenek tahu?
NENEK: Waalaikumussalam Ali. Alhamdulillah nenek sihat..boleh Ali, nenek akan ceritakan
serba sedikit pengetahuan yang nenek tahu tentang Menara Berkembar Petronas.
SAYA: Bolehkah saya tahu di manakah terletaknya Menara Berkembar Petronas dan tarikh
awal pembinaan dimulakan?
NENEK: Menara Berkembar Petronas terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Dulunya,
tapak menara itu merupakan sebuah tapak lumba kuda. Atas cetusan idea Dr. Mahathir
Mohamed yang menginginkan sebuah bangunan yang bakal menjadi fenomena ketika itu
maka terbinalah Menara Berkembar Petronas. Projek mega ini telah memulakan proses
pembinaan pada tahun 1991 dan siap dibina pada tahun 1997.
SAYA: Adakah nenek tahu keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Menara Berkembar
Petronas?
NENEK: Sudah tentu, Menara Berkembar Petronas telah dirasmikan pada 31 Ogos 1999 iaitu
tarikh yang sama kita menyambut sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-42 tahun pada
ketika itu. Perdana menteri ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir. Beliaulah yang merasmikan
pembukaan Menara Berkembar Petronas. Menara ini telah diiktiraf sebagai bangunan paling
tinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004. Rakyat Malaysia sangat berbangga dengan
bangunan ini kerana ia menjadikan nama Malaysia terkenal di seluruh dunia. Menara
Berkembar Petronas bukan sahaja menyediakan ruang pejabat, malah terdapat pelbagai
tarikan yang dibina seperti Dewan Filharmonic Petronas, Galeri Petronas, Petrosains, Suria
KLCC, Taman KLCC, Masjid Asy-Syakirin dan juga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
SAYA: Wah! Banyak sungguh maklumat yang nenek tahu. Nenek pernah naik jejantas langit
di sana?
7
NENEK: Pernah sekali sahaja, nenek tak berani nak naik lagi sebab gayat. Jejantas ini
menghubungkan dua menara. Jejantas itu terletak di tingkat 41 dan 42. Panjang jejantas
ialah 58.4 meter dengan berat sebanyak 750 tan. Ketinggiannya setinggi 170 meter dari aras
tanah. Kita dapat menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan jelas. Harga
tiket untuk dewasa RM30 manakala kanak-kanak RM15 tapi perlu beratur awal untuk
mendapatkan tiket kerana ramai pengunjung setiap hari.
SAYA: Siapakah pemilik bangunan Menara Berkembar Petronas ini nek?
NENEK: Menara Berkembar Petronas dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Petroleum Nasional
Berhad (Petronas).
SAYA: Baiklah nenek, terima kasih kerana telah membantu saya berkongsi maklumat
tentang bangunan ikon kebangaan negara ini.
NENEK: Sama-sama Ali. Semoga perkongsian nenek ini berguna untuk kajian Sejarah yang Ali
sedang kaji. Semoga berjaya dan jangan lupa baca doa sebelum mulakan kerja supaya
mudah segala urusan.
SAYA: Okay nenek saya akan ingat pesanan nenek. Terima kasih sekali lagi. Ali balik dulu ye
nek. Jaga diri, jangan lupa makan ubat.
NENEK: Iyolah nenek pun nak sambung tengok YouTube.
8
2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN
BIL TUGASAN BUTIR
1. Pengenalan Memperkenalkan bangunan tersebut.
Menceritakan keunikan bangunan tersebut.
2. Latar Lokasi bangunan.
belakang
bangunan Menceritakan asal-usul bangunan tersebut
Pengasas bangunan/tarikh pembinaan/kos binaan.
3. Struktur Tarikh perasmian bangunan
bangunan
Reka bentuk pelan bangunan
Bahan binaan
Haisan dalaman
Cara pembinaan
4. Tujuan Menyatakan tujuan asal bangunan dibina
bangunan
dibina
5. Fungsi dan Menyatakan kegunaan bangunan sekarang
keadaan
bangunan pada
masa kini
6. Cadangan Menyatakan peranan kerajaan
Langkah-langkah Peranan sekolah dan ibu bapa
memelihara Peranan media masa
bangunan
7. Rumusan Memberi pengetahuan
8. Rujukan Memupuk semangat cintakan warisan bangsa dan negara
9. Penilaian umum Menghargai nilai warisan
Berdasarkan buku ilmiah
Internet
Temubual
Media semasa
Memupuk semangat patriotik dan cintakan warisan bangsa
Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
Mengekalkan warisan sejarah dengan memelihara dan
memulihara serta melahirkan generasi muda yang mengharagai
sejarah warisan Malaysia
9
3.1 PENGENALAN
(Gambar Bangunan Menara Berkembar Petronas Pada Waktu Malam)
(Gambar Bangunan Menara Berkembar Petronas Pada Waktu Siang)
10
Malaysia sebuah negara Asia yang kecil telah berjaya mengatasi nama besar negara
Amerika Syarikat dalam pembinaan bangunan pencakar langit. Bangunan milik syarikat
Petroleum Malaysia dengan ketinggian 452 meter telah berjaya mengukir nama dalam
sejarah pembinaan pencakar langit di dunia. Menara Berkembar Petronas pernah diiktiraf
menjadi bangunan yang tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004. Menara berkembar
ini menjadi mencu tanda dan ikon Kuala Lumpur sekaligus menjadi kebangaan rakyat
Malaysia.
1. Nama Bangunan
Nama bangunan ikonik dan bersejarah yang saya pilih dalam kajian sejarah ini ialah
Menara Berkembar Petronas atau KLCC Twin Tower. Menara Berkembar Petronas setinggi
88 tingkat dengan ketinggian 452 meter yang turut dikenali dengan nama KLCC (Kuala
Lumpur City Centre) merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Di inspirasikan
daripada bentuk geometri yang ditemui dalam seni bina Islam, bangunan mega ini direka
oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, Cesar Pelli.
Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya
bangunan Taipei 101 pada tahun 2004, seperti yang di ukur hingga ke atas komponen
strukturnya. Menara Berkembar Petronas memecahkan rekod industri pembinaan di
Malaysia apabila berjaya memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia sehinggalah
berjaya diatasi oleh rekod Bangunan Taipei 101. Namun sehingga kini Menara Berkembar
Petronas masih diiktiraf sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Kini menara ini
merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia. Selain menjadi salah satu tarikan utama
pelancongan Malaysia, menara berkembar ini juga adalah kompleks komersial gergasi yang
menempatkan pelbagai pejabat syarikat multinasional seperti Petronas, Bloomberg,
Huawei, IBM, Al-Jazeera, Khazanah Nasional, Microsoft, Reuters dan Shell.
2. Keunikan Bangunan
Menara berkembar ini menjadi tarikan pengunjung dan pelancong kerana terdapat
pelbagai daya tarikan yang harus dikunjungi seperti Taman KLCC, Masjid Asy-Syakirin,
Kompleks Beli-Belah Suria, Dewan Filharmonik Petronas, Petrosains, Galeri Seni Petronas
dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dimana terletaknya Aquaria Oceanarium. Selain itu,
tarikan paling utama adalah jejantas udara atau Skybridge.
11
Dibawah bangunan ikonik ini dihiasi dengan tarikan taman yang cantik seluas 17 ekar
yang dinamakan Taman KLCC. Terdapat pelbagai tarikan di Taman KLCC untuk pengunjung
seperti trek jogging dan bersiar-siar dengan lanskap yang menghijau, kolam air pancut yang
dihiasi petunjukkan cahaya, kolam renang untuk kanak-kanak dan taman permainan kanak-
kanak yang luas dan selesa.
Selain itu, dibina juga sebuah masjid berhampiran Taman KLCC ini yang dinamakan
Masjid Asy-Syakirin. Masjid ini terletak di hujung utara Taman KLCC dan Menara Berkembar
Petronas. Masjid ini mampu menampung seramai 12,000 orang semenjak diubah suai pada
tahun 2009. Tarikan lain di Menara Berkembar Petronas ialah sebuah kompleks beli-belah
yang dinamakan Suria KLCC. Pelbagai pilihan jenama-jenama mewah terkenal seluruh dunia
boleh didapati di Suria KLCC.
Terletak di aras 4 Suria KLCC ialah Petrosains. Ia merupakan sebuah pusat pameran
penerokaan Sains dan Petroleum sesuai untuk semua peringkat umur. Disini, pelawat boleh
merasai sendiri pengalaman melalui Terowong Hitam dan pelbagai pameran interaktif.
Pusat Konvensyen KLCC pula terletak berhampiran dengan Suria KLCC, yang
dihubungkan melalui laluan bawah tanah. Terdapat pelbagai konvensyen yang diadakan
disini, antaranya Pameran Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa. Di pusat ini juga terdapat
sebuah pusat pameran dan penerokaan alam Akuaria yang dibina khusus sebagai pusat
pendidikan binatang dan hidupan marin.
Terdapat sebuah jejantas langit yang menghubungkan kedua-dua menara di tingkat
41 dan 42 iaitu, jejantas dua tingkat tertinggi di dunia. Struktur jejantas ini atau nama
lainnya Skybridge menjadi tarikan pelancong sehingga kini. Jejantas ini tidak dipasang terus
pada struktur utama sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan ke luar menara agar
tidak patah akibat angin kencang atau pergerakan plat seismik. Ia juga bagi mengawal
pengumpulan tekanan berlebihan dari berlaku di bahagian tengah jejantas. Ini kerana jika
jejantas ini dibina begitu rapat dan terlalu tekap dengan struktur menara, pemindahan
tekanan akan berselerak di serata jejantas yang akhirnya mewujudkan fenomena “Jejantas
Tertekan”. Ini boleh menyebabkan jejantas runtuh dengan mudah. Panjang jejantas ini ialah
58.4 meter manakala beratnya pula iaitu 750 tan (750,000 kg).
3. Lokasi Bangunan
Menara Berkembar Petronas terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.
Dibina di atas tanah berkeluasan 40 hektar yang terletak di kawasan Segi Tiga Emas Kuala
Lumpur. Tapak asal menara ini pada masa dahulunya adalah Padang Lumba Kuda Jalan
Ampang. Kerja-kerja pembinaan menara ini mengambil masa selama 7 tahun dan telah siap
dibina pada tahun 1996. Tapak binaannya adalah seluas 341,783 meter persegi.
12
Pelan lokasi Menara Berkembar Petronas KLCC
13
TAMAN KLCC
AIR PANCUT SYMPHONY KLCC
14
MASJID ASY-SYAKIRIN
AQUARIA KLCC
SURIA KLCC
15
JEJANTAS KLCC
SKYBRIDGE
16
3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
1. Asal Usul Pembinaan
Menara Berkembar Petronas yang direka oleh juru bina bernama Cesar Pelli dari
Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa 7 tahun tempoh
pembinaan.
Sewaktu disiapkan, Menara Berkembar Petronas diikiraf sebagai bangunan tertinggi
di dunia. Sebuah penantian dan penghargaan yang amat membanggakan rakyat Malaysia di
atas kejayaan terbinanya bangunan pencakar langit ikon negara Malaysia yang terletak di
tengah-tengah Segi Tiga Emas Pusat Bandar Kuala Lumpur. Menara ini dibina di atas tapak
lumba kuda Kuala Lumpur dengan berkeluasan 40 hektar. Kedalaman batuan dasar
menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia iaitu sedalam 120
meter. Dengan kedalaman 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan
untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bancy Soletanche.
2. Pengasas Bangunan / Tarikh Pembinaan / Tarikh Perasmian / Kos Binaan
Kerja penambakan tanah telah dimulakan pada tahun 1991 dan mengambil masa 7
tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Bangunan ini adalah atas cetusan idea Perdana Menteri
pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed. Bangunan ini dirasmikan pada tahun
1999, pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-42
iaitu tanggal 31 Ogos 1999. Majlis perasmian bangunan yang menjadi ikon negara ini
dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Beliau yang berucap semasa majlis perasmian itu berkata, “Sesungguhnya hari ini
adalah sungguh istimewa bagi rakyat Malaysia kerana kita menyambut dua peristiwa yang
bersejarah dan penting. Pertama, hari ini merupakan hari ulang tahun kemerdekaan kita
yang ke-42 dan kedua kita akan saksikan sebentar lagi pembukaan rasmi Menara Berkembar
Petronas, bangunan tertinggi di dunia”.
Walaupun Menara Berkembar ini telah dibuka dan diduduki lebih awal iaitu sekitar
tahun 1997, majlis perasmian bangunan ini diadakan lewat sedikit iaitu setahun selepas siap
dibina. Tanah yang dahulunya ialah sebuah tapak perlumbaan kuda kini berdiri megah
sebuah pencakar langit. Hari ini bangunan ini menjadi tempat kerja hampir sepuluh ribu
rakyat Malaysia dan pusat membeli belah terkemuka iaitu Suria KLCC. Satu menara
digunakan sebagai ibu pejabat syarikat Petroleum negara, Petronas dan satu lagi menara
disewa kepada syarikat-syarikat gergasi Malaysia dan dunia seperti Khazanah Negara, CNN
dan Al-Jazeera.
17
Reka bentuk Menara Berkembar Petronas ini diilhamkan daripada Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau yang turut serta dalam memberi
idea menunjukkan reka bentuk lantai bangunan kepada Cesar Pelli untuk direalisasikan
dengan reka bentuk bercirikan Malaysia dan Islamik.
Kos pembinaan bangunan ikonik ini ialah RM1.8 billion dan mengambil masa hampir
7 tahun untuk disiapkan.
(Gambar Proses Pembinaan Menara Berkembar Petronas)
18
3.3 STRUKTUR BANGUNAN
1. Reka Bentuk Pelan Bangunan / Bahan Binaan / Hiasan Dalaman / Cara Pembinaan
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibina daripada konkrit bertelulang dengan
muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam
sebagai mencerminkan agama Islam agama rasmi di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam
dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub El Hizb,
ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.
Berbentuk segi empat bertindih memanca atau bintang dengan 8 bucu, dalam seni
bina Islam ia adalah simbol kepada tertib dan harmoni. Pelan ini direka sepenuhnya oleh
Cesar Pelli dalam tempoh 8 bulan. Untuk menambah kestabilan dan keluasan lantai, Cesar
Pelli menambahkan separa bulatan di setiap sudut namun mengekalkan bentuk asli rekaan.
Berdasarkan penerangan projek itu bahagian dinding kaca dibina dengan bersegi
supaya cahaya matahari yang menyinari bangunan itu terpantul dan membentuk biasan
cahaya yang cantik. Cesar Pelli juga mempunyai visi supaya bangunan itu kelihatan seperti
berlian yang tertegak di langit.
Pembinaan dua menara ini dilaksanakan oleh dua kontraktor berbeza. Menara 1
dibina oleh Konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2
dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering &
Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong. Beribu tenaga kerja dari Malaysia
dan pekerja asing yang terlibat dalam proses pembinaan ikonik ini. Menara 2 siap awal
seminggu lebih awal berbanding Menara 1. Kontraktor Menara 2 iaitu Samsung Engineering
& Construction bersama Kukdong Engineering juga merupakan kontraktor yang
bertanggungjawab semasa pembinaan jambatan langit Menara Berkembar Petronas.
Antara cabaran awal pembinaan projek ini ialah struktur tanah yang tidak rata. Ahli
geologi kemudian membuat tinjauan dan mengeluarkan beberapa sampel tanah di kawasan
tersebut untuk mendapatkan sesuatu bagi menyokong bangunan. Hasil tinjauan mendapati
di kawasan tersebut terdapat sedikit kawasan batu kapur iaitu tanah yang keras. Namun,
kebanyakkannya adalah terdiri daripada tanah lembut dengan sedikit batuan. Hal ini boleh
mengakibatkan salah satu menara yang dibina tenggelam atau runtuh. Bagi atasi masalah
ini, Charlie Thornton telah usulkan untuk gerakkan tapak menara 60 meter ke kawasan
yang lembut bagi memberikan sokongan kepada bangunan. Maka, terhasillah cerucuk batu
dasar yang dalam sedalam 120 meter menjadikan asas (foundation) terdalam di dunia.
Setelah itu, barulah proses pembinaan dapat dijalankan walaupun berdepan dengan
pelbagai cabaran dan rintangan.
19
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara
berkembar ini didirikan atas konkrit bertelulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang
murah sekali. Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih
berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli. Namun begitu, bahagian ini dua kali
beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras
konkrit 23x23 meter dan segelang luar tiang super yang berluang legar, menara-menara ini
menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta
menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi.
(Pelan Tapak Menara Berkembar Petronas)
20
(Pelan Tapak Bangunan Berkembar Petronas)
21
(Peta Bangunan Berkembar Petronas)
22
3.4 TUJUAN BANGUNAN DIBINA
1. Tujuan Asal / Kegunaan
Tujuan Menara Berkembar Petronas ini dibina adalah sebagai sebuah bangunan yang
menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat menjadi lambang kejayaan Malaysia
menempa nama di mata dunia. Pembinaannya mampu menempatkan pelbagai fasiliti dan
manfaat kepada rakyat Malaysia mahupun orang luar. Pembinaan Menara Berkembar
Petronas ini telah memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti ekonomi negara.
Pembinaan menara ini telah berjaya memberitahu dunia, bahawa Malaysia ketika itu
sudah mampu menjadi pesaing di kelompok depan negara berkembang maju. Bangunan
agung melambangkan kuasa, kejayaan dan kepimpinan teknikal. Dengan itu, Malaysia
berjaya memecah monopoli kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
23
3.5 FUNGSI BANGUNAN MASA KINI
1. Fungsi Bangunan
i) Ruang Pejabat
Menara 1 didiami oleh syarikat Petroleum Nasional Berhad (Petronas).
Menara 2 disewakan kepada syarikat-syarikat gergasi Malaysia dan dunia
seperti CNN, Bloomberg, Huawei, IBM, Khazanah Nasional, Microsoft,
Reuters, Shell dan Al-Jazeera.
ii) Pusat Membeli-belah
Suria KLCC merupakan salah satu pusat membeli belah yang terkenal di Malaysia.
Mempunyai 4 tingkat dan berkeluasan 1.5 juta kaki persegi.
Barangan berjenama mewah dan terkenal di seluruh dunia boleh didapati di Suria
KLCC.
iii) Galeri Seni Petronas
Menempatkan pameran-pameran menarik tentang Petronas.
Pameran popular seluruh dunia.
Ruang yang mewah dan elegant.
iv) Petrosains
Pusat sains interaktif untuk pelbagai peringkat umur terutama kanak-kanak.
Ditubuhkan pada 25 Mac 1999.
Dimiliki oleh Petrosains SDN. BHD., anak syarikat Petronas.
Lokasi di tingkat 4 bangunan Suria KLCC.
v) Dewan Filharmonik Petronas
Dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik oleh
Petronas.
Pengkalan Orkestra Filharmonik Malaysia.
Bilik berbentuk kotak barang kemas yang boleh menempatkan 885 orang.
Ciri istimewa bumbung bergerak yang tersorok.
Terletak di Menara Berkembar Petronas.
Dirasmikan pada 17 Ogos 1998 oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tun Dr.
Mahathir Mohamed.z
24
vi) Jejantas Langit / Skybridge
Terletak di tingkat 41 dan 42 Menara Berkembar Petronas.
58.4 meter panjang Skybridge menghubungkan menara 1 dan menara 2.
170 meter ketinggian Skybridge di atas paras bumi.
Skybridge ialah jejantas udara 2 tingkat.
Tingkat 41 dikhususkan kepada pelancong.
Tingkat 42 dikhaskan untuk laluan kaki tangan juga tetamu VIP.
Lawatan ke Skybridge dibuka setiap hari.
vii) Taman KLCC
Direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada menara berkembar Petronas
dan kawasan-kawasan di sekelilingnya.
Keluasan 20 hektar.
Dibuka percuma sepanjang tahun.
Menyediakan trek jogging dan bersiar-siar, taman permainan kanak-kanak, air
pancut symphony juga kolam renang.
viii) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur.
Dibuka pada Jun 2005.
Pemilik KLCC Properties SDN. BHD.
Terdapat pusat pendidikan marine iaitu Aquaria KLCC berkeluasan 60,000 kaki
persegi yang terletak di bawah pusat konvensyen ini.
ix) Masjid Asy-Syakirin
Terletak di hujung utara Taman KLCC.
Mampu menampung kemasukan seramai 12,000 orang semenjak diubah suai pada
tahun 2009.
Dibuka pada 12 Julai 1999.
Gaya seni bina asia barat dan timur.
Keluasan 100 ekar.
Kos binaan RM24 juta.
25
3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN
Cadangan
Langkah-langkah Memelihara / Memulihara Bangunan Menara Berkembar Petronas
Berikut adalah cadangan yang boleh diambil tindakan oleh pelbagai pihak :
1. Pihak Kerajaan
i) Pihak Kementerian Pendidikan perlu memasukkan maklumat sejarah pembangunan
Menara Berkembar Petronas ke dalam sukatan mata pelajaran Sejarah atau melalui kajian
kerja kursus, buku teks mahupun video-video pendidikan.
ii) Mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk mewartakan Menara Berkembar
Petronas sebagai salah satu warisan dunia.
iii) Usaha DBKL untuk mempergiat tahap kebersihan dan keselesaan rakyat Malaysia juga
pelancong dengan menjalankan ‘Ops Bersih’ atas sikap warga asing yang tidak mengamalkan
kebersihan dan mengganggu keselesaan orang ramai.
iv) Kementerian Pelancongan mewajibkan Menara Berkembar Petronas sebagai tempat
wajib kunjung kepada para pelancong antarabangsa.
v) Mengadakan sambutan hari-hari penting di Menara Berkembar Petronas.
2. Sekolah / Ibubapa
i) Persatuan / kelab sekolah / ibubapa boleh membuat lawatan ke Menara Berkembar
Petronas terutamanya pada musim cuti sekolah untuk lawatan sambil belajar.
ii) Pihak sekolah boleh membuat pertandingan-pertandingan seperti pertandingan kuiz,
bercerita, melukis, lukisan mural dan lain-lain yang menggalakkan untuk pelajar lebih
mengenali Menara Berkembar Petronas.
26
iii) Ibubapa perlu membawa anak-anak bersiar-siar dan berkunjung ke tempat-tempat
menarik yang terdapat di Menara Berkembar Petronas seperti Taman KLCC, Suria KLCC,
Petrosains, Aquaria KLCC, Galeri Petronas untuk memupuk minat dan cintakan negara
Malaysia. Secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan anak-anak tentang menara
bangunan ikon Malaysia ini.
3. Media Massa (Majalah / Akhbar / TV)
i) Pihak media perlu membuat dokumentasi mengenai keunikan dan sejarah pembinaan
juga pengiktirafan Menara Berkembar Petronas untuk pengetahuan umum terutama
golongan kanak-kanak.
ii) Pihak media mahupun stesen TV boleh membuat rancangan bersifat kuiz mahupun
pertandingan cabaran untuk kanak-kanak di Menara Berkembar Petronas supaya kanak-
kanak teruja untuk ke Menara Berkembar Petronas.
iii) Pihak produksi / perfileman juga boleh memilih Menara Berkembar Petronas sebagai
lokasi penggambaran sekaligus dapat mempromosikan Menara Berkembar Petronas sebagai
mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia
Diharapkan cadangan-cadangan cara memelihara bangunan bersejarah ini dapat
membuka mata orang ramai. Semoga kita dapat bersama-sama memulihara sejarah
kebanggaan kita.
27
3.7 RUMUSAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan dan peluang untuk saya
menyiapkan kerja kursus sejarah ini tepat pada masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan
kajian kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya berasa teruja dan amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangunan bersejarah dan ikonik yang unik serta mampu membuka mata dunia
dengan terbinanya bangunan ikon kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas.
Sudah tentulah saya juga tersenyum bangga apabila melihat, membaca juga mendengar
berita-berita kejayaan Malaysia yang mampu mengatasi nama besar Amerika Syarikat dalam
projek pembinaan bangunan pencakar langit ikon negara ini.
Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada
bangunan Menara Berkembar Petronas mempunyai sebab dan maksud tertentu. Cetusan
idea dengan ciri-ciri islamik melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Menara
Berkembar Petronas adalah mercu tanda yang amat membanggakan rakyat Malaysia kerana
terkenal seantero dunia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada
bangunan ini mendapat pujian dan sanjungan segenap lapisan masyarakat dan pernah
diiktiraf sebagai Bangunan Tertingi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004 sebelum diatasi
oleh bangunan Taipei 101 dan Burj Khalifa. Kini walaupun Menara Berkembar Petronas
sudah diatasi oleh rekod lain namun masih tegak megah berdiri di tangga ke-11 tertinggi di
dunia. Juga masih mengekalkan gelaran menara berkembar tertinggi di dunia sehingga kini.
Bangunan Menara Berkembar Petronas terus bercahaya menyinari kota Kuala
Lumpur terutamanya ketika menyambut perayaan-perayaan penting seperti sambutan
Tahun Baru, sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi
pelancongan negara.
Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa dan negara. Juga
dapat terus mengamalkan keharmonian berbilang kaum demi keamanan negara tanah air
Malaysia. Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan
berusaha memelihara dan memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan
kebanggaan negara. Generasi masa depan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai
bangunan Menara Berkembar Petronas juga bangunan-bangunan bersejarah lain yang
terdapat di Malaysia.
28
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama
antara rakan-rakan dan guru semasa menjalankan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai
kerjasama telah membuatkan saya dan rakan-rakan mahupun keluarga berganding bahu
untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan bersejarah yang harus kita
banggakan.
Saya juga berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan tepat pada tarikh ulang
tahun perasmian Menara Berkembar Petronas yang ke-22 tahun dan bersempena juga
tarikh sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun iaitu pada 31 Ogos 2021.
29
3.8 RUJUKAN
Buku Ilmiah:
Hanisah Mohd. Amin, 2005, Atlas Informatif, Fajar Bakti SDN. BHD.
Internet:
Menara Berkembar Petronas,
https://ms.m.wikipedia.org
Sejarah dan Proses Pembinaan Menara Berkembar Petronas,
https://panjislammuda.blogspot.com
Menara Berkembar Petronas – Sebuah Kebanggaan Malaysia
https://www.thepatriots.asia
National Geographic – The Making of KLCC
https://youtu.be/S-R7_SVoZg
National Geographic – Mega Structures Petronas Towers Malaysia
https://youtu.be/zVnapgO8kOg
Orang Sumber:
Hajah Mani binti Dol, 83,
No. 12 Lorong Makmur 10
Bandar Tun Razak, Cheras,
56000, Kuala Lumpur.
Media Massa:
National Geographic – The Making of KLCC, 3 Mac 2016, YouTube.
National Geographic – Mega Structures Petronas Towers Malaysia, 20 Februari 2017,
YouTube.
30
4. PENILAIAN UMUM
KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, Malaysia
sedang giat melaksanakan pelbagai pembangunan demi mencapai status negara maju.
Mercu tanda negara yang serba moden dan diiktiraf dunia seperti Menara Berkembar
Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah
dibina agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain. Pada masa yang sama, pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan tidak
pernah terlepas pandang terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan tempat
bersejarah. Kota A’Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Condong Teluk Intan
merupakan antara contoh bangunan serta tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia.
Hakikatnya, terdapat pelbagai kepentingan khazanah negara yang tidak ternilai ini.
Pertama sekali, bangunan dan tempat bersejarah harus dipelihara dan dipulihara
supaya sejarah tanah air tidak mudah hilang ditelan zaman. Hal ini demikian kerana
bangunan bersejarah mampu menjadi bukti yang penting berlakunya sesuatu peristiwa pada
masa lampau. Generasi muda kini lebih gemar melihat sendiri bukti sebenar sesuatu sejarah
berbanding dengan membaca mengenainya dalam buku sahaja. Contoh jelas yang dapat
kita lihat sehingga hari ini ialah bukti penjajahan Portugis terhadap Melaka. Tinggalan
bangunan gereja dan kubu pertahanan mereka masih dapat dilihat di bandar raya
bersejarah itu. Secara tidak langsung, apabila generasi muda melawat bangunan-bangunan
bersejarah, mereka dapat mengetahui dan mempelajari sejarah Malaysia secara lebih
mendalam.
Di samping itu, bangunan bersejarah juga penting untuk menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda. Golongan belia yang bakal menjadi pemimpin
negara pada masa hadapan. Namun begitu, kumpulan individu ini perlu dipupuk dengan
rasa dan cinta akan Malaysia sejak mereka kecil lagi supaya kesetiaan mereka terhadap
negara sentiasa kekal.
Seterusnya, bangunan bersejarah mampu menaikkan nama negara dipersada
antarabangsa. Pelbagai langkah sentiasa dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia kerana ia mampu memberi sumbangan yang
besar terhadap ekonomi negara. Bangunan-bangunan bersejarah sememangnya mampu
menjadi tempat pelancongan yang menarik keadaan ini seterusnya menyumbang kepada
ekonomi negara apabila pelancong-pelancong sanggup berbelanja semata-mata untuk
melihat tinggalan bangunan bersejarah di negara kita.
31
Intihannya, semua pihak terutamanya pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan harus berganding bahu ibarat kebukit sama di dahi, kelurah sama dituruni dan
melaksanakan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan serta tempat
bersejarah di negara kita. Pemodenan tidak boleh dijadikan alasan untuk memusnahkan
warisan negara yang berharga ini. Oleh itu, kita harus mencontohi negara-negara asing
seperti China dan Egypt yang telah menjadi negara membangun tanpa mengorbankan
khazanah negara.
MENARA BERKEMBAR PETRONAS ALI BIN SOSLI
32 1 AL-AZHAR
21 ASSERTIVE
CP211014