The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RUMAH KELAHIRAN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jessrinaa, 2021-07-27 05:24:35

RUMAH KELAHIRAN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD

RUMAH KELAHIRAN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD

RUMAH
KELAHIRAN
DATUK SERI DR.
MAHATHIR
MOHAMAD

E
E

Alor Setar Kedah adalah daerah dimana Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dilahirkan iaitu pada 20
Disember, 1925.
Daripada seorang rakyat biasa yang dibesarkan di dalam rumah
papan yang hanyalah berbumbungkan daun nipah, beliau telah
membesar menjadi seorang doktor dan seterusnya sebagai
pemimpin negara.
Rumah satu bilik ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun
1992.

PENGENALAN P
P
Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. P
Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Keempat Malaysia telah
dilahirkan di rumah Nombor 18,
Lorong Kilang Ais, Alor Star,
Kedah. Rumah kayu beratap
nipah ini dibeli oleh ayah beliau,
Mohamad bin Iskandar dari
seorang penjual yang masa itu

hendak mengahwinkan
anaknya. Semasa dibeli, rumah
ini tidak dicat dan mempunyai

satu bilik sahaja mempunyai
serambi tetapi tidak bertangga

di hadapan. Rumah ini
menggambarkan kehidupan
zaman kanak-kanak Tun Dr.

Mahathir.

T INFO

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin.
Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di
Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk

menziarahi ibu bapa beliau.

Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah.
Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah

mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan
untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di
bawah projek Arkib Perdana Menteri.

Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat

kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29

Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan.

Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993.

Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah W
untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai

sejarah ini daripada lupus.

DISEDIAKAN
OLEH:

JESSRINAA KAUR


Click to View FlipBook Version