SEKTOR PERTANIAN DI
MALAYSIA
NAMA:ARINAH ZULAIKHA BT
JAFAR
TINGKATAN:2REFLECTIVE
NAMA GURU:CIKGU SA’ADIAH
MAKSUD SEKTOR PERTANIAN
Sektor pertanian
ialah sektor yang
mengeluarkan
makanan dan
baranagan melalui
penanaman secara
kecilan,
perladangan,
perternakan,
perikanan,dan
perhutanan.
Kepentingan sektor pertanian di malaysia
a. Pengeluaran bahan makanan
· Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
· Kurang kos import bahan makanan
· Memenuhi keperluan keselamatan negara
b. Pengeluaran bahan mentah
· Bahan mentah untuk keperluan industri
· Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak
dll.
c. Pendapatan eksport
· Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit,
koko dll.
· Sumber aliran masuk wang asing
· Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
· Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
· Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah
kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
Jenis jenis sektor pertanian di malaysia
PERTANIAN DIMALAYSIA merupakan salah satu sektor penting dalam sumbangan kepada KDNK dan
jaminan kecukupan makanan dalam negara. Sejak sebelum merdeka negara kita adalah sebagai negara
pertanian sebelum ia kini berubah kepada sektor perindustrian, petrolium dan perkhidmatan yang lebih
dominan. Perubahan masa, teknologi dan industru asas tani dalam sektor pertanian juga telah membawa
banyak perubahan dalam senario pertanian dimana sektor ini terus memainkan peranan penting dalam
negara. Sistem pertanian di Malaysia jauh berubah daripada sebelum merdeka, selepas merdeka dan
masa kini. Bagaimana pun kali ini saya akan imbas kembali akan beberapa jenis dan ciri sistem pertanian di
Malaysia untuk dibincangkan. Terdapat 4 jenis sistem pertanian di Malaysia yang dikenalpasti iaitu Sistem
pertanian pindah (Nomadic Agriculture), Sistem Pertanian Sara Diri (Self sufficiency), Sistem Pertanian
Kebun Kecil (Smallholder) dan juga terkini Sistem Perladangan Ekstensif dan Komersial (Commersial
Agriculture). Bagaimana pun di Malaysia kesemua 4 jenis sistem pertanian ini masih wujud dibeberapa
lokasi dan negeri. Dalam pada itu kini Sistem Pertanian Vertikal (Vertical Agriculture) lebih mampu
menarik minat kalangan usahawan muda seperti pertanian dengan menggunakan Struktur Plindung Hujan
(SPH), Pertanian Secara Fertigasi, Vege Factory dan beberapa terminologi lagi. Walau pun kos dalam
pertanian vertikal ini agak mahal kos permulaannya akan tetapi ia didakwa mampu menjamin pendapatan
yang baik. Dikawasan perbandaran dan kota pula ada jenis pertanian yang diperkenalkan iaitu Sistem
Pertanian Bandar (Urban Agricuture) yang mana ia menumpukan kepada penanaman tanaman sayuran
dan herba dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro
Tchnology" saya menulis mengenai beberapa jenis dan sistem pertanian di Malaysia untuk dijadikan
bahan rujukkan dan bacaan anda.
1.Sistem pertanian pindah
Sistem pertanian pindah ialah sistem pertanian tradisional yang ringkas dan berkonsepkan
pindah tapak. Tapak pertanian sering dipindahkan mengikut tahap kesuburan tanah dengan
membuka dimana meraka akan membakar hutan (Sila lihat fotoo disebelah). Ia biasanya
diamalkan oleh masyarakat pribumi di Malaysia. Apa pun penulis blog yang membuat
beberapa kali tinjauan sistem inidi Pahang, Sarawak, Sabah dan Perak mendapati dimana
antar beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Pindah boleh dibahagikan kepada berikut. Pertama
mengenai jenis tanaman yang diusahakan iaitu dari jenis tanaman jangka pendek seperti
keledek, jagung, ubi kayu, padi huma dan juga ada jenis binatang atau haiwan ternakan.
Dalam pada itu lasimnya taburan dan lokasi jenis ini adalah tertumpu di kawasan pedalaman
yang jauh daripada bandar atau memerlukan perjalanan berhari-hari untuk ke kawasan lain
yang maju. Dari segi skala operasi cara pertanian ini hanyalah melibatkan kawasan yang kecil
iaitu antara 0.5 shingga 1 hektar sahaja. Mengenai orientasi pengeluaran pula biasanya- hasil
keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. Aspek pemilikan dan
pengurusan tanah lazimnya tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian (dalam
kawasan rizeb rayauan mereka). Kawasan pertanian dibuka mengikut arahan ketua puak atau
tuai rumah dan diusahakan secara bergotong-royong. Semua anggota keluarga terlibat dan
mempunyai tugas mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang saya perhatikan dimana
kaedah pengeluaran dan juga tahap penggunaan teknologi adalah paling asas. Penggunaan
kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan sering digunakan.
Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan
(mula menanam musim hujan dijadualkan) dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan
yang ditebang. Apa pun jenis pertanian ini semakin berkurangan mengikut kemajuan dan
permodenan sekarang dimana bahan asas makanan lebih mudah didapati.
2.Sistem pertanian sara diri intensif
Sistem Pertanian Sara Diri Intensif yang lebih praktikal daripada jenis diatas. Sistem
pertanian ini dijalankan secara giat dengan mengkhususkan hanya kepada satu jenis tanaman
utama sahaja seperti tanamanm Padi (Oryza sativa) sawah di samping beberapa jenis
tanaman luar musim seperti keledek (Impomea batatas), jagung (Zea mays) dan sayur-
sayuran. Hasil tanaman hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada
lebihan. Apa pun berikut adalah beberapa ciri-ciri Sistem Pertanian Sara Diri Intensif dimana
dari segi jenis tanaman biasanya terdapat dua sistem penanaman iaitu monokultur (tanaman
sejenis) dan multikultur (tanaman pelbagai jenis). Mengenai taburan dan lokasi ia akan
tertumpu dikawasan seperti lembah sungai yang subur dan mempunyai bekalan air yang
mencukupi seperti Dataran Kedah (MADA), Delta Kelantan (KADA) dan beberapa kawasan
jelapang padi dibawah IADA seperti IADA Kerian, IADA Barat Laut Selangor, IADA KETARA,
IADA Kota Belud, IADA Pekan, IADA Rompin, IADA Batang Lupar, Skim Luar Pengairan JPS dan
beberapa lagi. Lazimnya skala operasi atau keluasan tanah pertanian antara 1 hingga 1.5
hektar sahaja dan diusahakan secara individu. Orientasi pengeluaran dimana hasil tanaman
hanya untuk keperluan keluarga sahaja dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Namun kini di
Malaysia semua hasil pertanian dijual untuk mendapatkan subsidi harga padi. Dari sei ciri
buruh dan modal dimana sistem pertanian ini masih lagi berintensifkan buruh walaupun
sudah ada penggunaan jentera. Petani masih dibelenggu kemiskinan menyebabkan
penggunaan modal juga kecil. Bantuan kerajaan diperlukan melalui pemberian baja, racun
serangga dan khidmat nasihat. Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi sebanrnya
masih ada yang menggunakan kaedah tradisional dan moden seperti penggunaan jentera,
baja kimia dan racun serangga. Kemudahan asas seperti sistem pengairan juga disediakan.
3.Sistem pertanian kebun kecil
Bagi Sistem Pertanian Kebun Kecil dimana lazimnya sistem pertanian ini
melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial iaitu
campuran diantara tanaman untuk jualan dan untuk kegunaan sendiri. Apa pun
dalam tinjuan penulis blog di seluruh negara mendapati diantara siri-ciri sistem ini
adalah jenis tanaman yang diusahakan. Biasanya jenis tanaman jualan termasuk
seperti tanaman getah (Hevea braziliensis), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) serta
buah-buahan terpilih mebgikut kesesuaian. Taburan dan lokasi sistem ini meliputi
kawasan kaki bukit dan kampung tradisional. Dari segi skala operasi ia mempunyai
keluasan kebun kurang daripada 40 hektar (100 ekar) dan berubah-ubah mengikut
jenis perkebunan yang diusahakan. Cara orientasi pengeluaran adalah
bermatlamat pengeluaran adalah untuk jualan dan kegunaan sendiri. Dari segi
tahap pemilikan dan pengurusan tanah pertanian jenis ini lazimnya ia dimiliki
secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga. Pengurusan kebun bergantung
kepada jenis kebun, iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara
tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara mini estet. Kaedah
pengeluaran dan penggunaan teknologi pula dimana tahap penggunaan teknologi
dalam sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan
yang diuruskan secara mini estet. Kawasan kebun kecil individu masih
menggunakan kaedah tradisional kerana masih wujud isu kekangan modal.
4.Sistem perladangan ekstensif
Sistem Perladangan Ekstensif dimana sistem ini adalah berkonsepkan komersial sepenuhnya.
Hasil tanaman adalah untuk jualan dan mementingkan keuntungan dan pulangan kepada
pelaburan. Apa pun penulis blog mendapati dimana antara ciri-ciri sistem ini adalah
mengenai pilihan jenis tanaman seperti tanaman getah, kelapa sawit atau nanas. Tanaman
komersil nanas MD2 (Ananas comosus) merupakan diantara contoh yang dimasukkan dalam
kategori ini seperi ladang KPF di Tanah Abang, Mersing Johor inii seluas l3bih 300 ekar (Sila
lihat foto disebelah). Ladang KPF di Ulu Tiram, Johor Bahru pula mempunyai 700 ekar ladang
nanas MD2 dengan jenama MELITA untuk pasaran domestik dan eksport. Mengenai taburan
dan lokasi sistem ini lazimnya akan tertumpu di kawasan hutan yang diteroka dan kawasan
pembangunan oleh pihak swasta dan juga di wilayah khusus seperti KESEDAR, KETENGAH
dan DARA. Dari skala operasi pula ia akan melibatkan keluasan melebihi 40 hektar. Mengenai
orientasi pengeluaran dimana hasil pertanian untuk jualan sepenuhnya sama ada di dalam
atau luar negara. Dari segi modal, pemilikan dan pengurusan sistem ini biasanya
menggunakan modal yang besar kerana melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Biasanya ia
melibatkan pelaburan syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY dan DUNLOP serta
agensi kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan Tabung Haji. Kaedah pengeluaran, penggunaan
teknologi, tenaga buruh serta penggunaan teknologi moden dalam semua peringkat bagi
meningkatkan pengeluaran dan mampu memantapkan pengurusan. Namun biasanya
pergantungan kepada tenaga buruh masih tinggi sehingga ada terpaksa menggunakan tenaga
kerja kontrak terutama bagi peringkat bawahan
Masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sektor
pertanian di malaysia
Bencana Alam
Antara cabaran lain yang dilalui oleh pengusaha dalam bidang pertanian
adalah faktor bencana alam yang berterusan dan membawa kepada
kemusnahan tanaman sekaligus menyebabkan kekurangan sumber
makanan. Apabila terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan
musnah dan ianya merencatkan pengeluaran hasil tanaman. Ini akan
menyebabkan bekalan makanan terjejas dan pengusaha mengalami
kerugian yang besar. Oleh kerana bencana alam yang berterusan, tanah-
tanah pertanian terpaksa ditukar menjadi kawasan penempatan
penduduk.Disebabkan itu, keluasan tanah pertanian menjadi kecil dan
tanaman akan menjadi terhad. Melalui kajian yang dikongsi di
Usahawan.com juga, Malaysia pernah melalui era krisis makanan pada
bulan Mac dan April tahun 2008. Kekurangan beras dan kenaikan harga
minyak mentah global menjadi punca kepada krisis makanan ini.
Akibatnya, kadar inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik
dengan mendadak sehingga menyebabkan penduduk merasa kesannya.
BANJIR :
PUNCA KEMUSNAHAN TANAMAN PADI
KEMARAU:
PUNCA TANAH MENJADI KERING
TANAH RUNTUH:
PUNCA TANAMAN ROSAK
Langkah langkah untuk meningkatkan
sektor pertanian di malaysia
1.Menggubah pertanian menggunakan teknologi
terkini
2.Memberi bantuan insentif dan bengkel
kemahiran
3.Menggalakan penggunaan membeli produk tani
tempatan
4.Membuka kawasan pertanian baru
5.Menawarkan sistem pemasaran tanpa orang
tengah
6.Menganjurkan pameran pertanian tempatan di
luar negara
SUMBER RUJUKAN
https://www.scribd.com/doc/198984758/Sektor
-Pertanian
https://sainspertanian.wordpress.com/nota-
sp/pertanian-di-malaysia/
http://animhosnan.blogspot.com/2020/10/jen
is-dan-sistem-pertanian-di-
malaysia.html?m=1