The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9474193, 2022-12-26 07:29:20

Amalan Penggunaan Teknologi Hijau

Amalan Penggunaan Teknologi Hijau

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU)

DISEDIAKAN OLEH:

CHIN WUAN YEE

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/12/2022

1


SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
3
1 Penghargaan 3

2 Pendahuluan 4-5
5
3 Jadual Kerja
6
4 Objektif Kajian 7–8
9 – 14
KAJIAN KES

5 Kaedah Kajian

6 Kawasan Kajian

7 Hasil Kajian
i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Molek, Johor Bahru.
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian.
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

8 Rumusan 15
9 Rujukan 15
10 Lampiran 16 - 18

2


PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi

Tingkatan 2 yang bertajuk KAJIAN TENTANG AMALAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI HIJAU. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada

guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah Binti Jamaluddin kerana
telah membantu saya dalam penyediaan kerja ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada rakan-rakan saya kerana membantu saya mencari maklumat. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Chong Poey See
dan Chin Seong Kai kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan AMALAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan oleh kalangan murid di
Sekolah Sultan Ismail semasa berada di rumah masing-masing. Saya membuat
kajian tentang kepentingan penggunaan teknologi dan punca amalan
Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian yang dihadapi
oleh murid di kawasan kajian. Selain itu, saya juga memberi cadangan
mengamalkan teknologi hijau ini secara mudah walaupun berada di rumah.
Antara sebab pemilihan tajuk dan kawasan kajian ini ialah mudah
memandangkan negara sedang mengalami krisis wabak penyakit COVID-19
yang memerlukan pematuhan SOP. Saya hanya perlu berkongsi maklumat
antara rakan-rakan sekolah dan jiran secara maya sahaja.

3


JADUAL KERJA

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini:

BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN

1 05 Disember 2022 Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan Bincang dalam kelas
Geografi daripada guru mata pelajaran saya iaitu
2 07 Disember 2022 Puan Hanifah binti Jamaluddin Buat sendiri
3 08 Disember 2022 Membuat persediaan awal dan merancang jadual
4 09 Disember 2022 kerja dengan teratur dan tertib Buat sendiri
- Menulis penghargaan dan pendahuluan
5 10 Disember 2022 - Menyediakan boring soal selidik di Google Form -Berbincang
6 11 Disember 2022 Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan bersama kawan
7 13 Disember 2022 kaedah kajian yang sesuai -melayari internet
Buat sendiri
8 15 Disember 2022 Mencari maklumat daripada internet, buku teks,
9 16 Disember 2022 dan buku rujukan. Berbincang bersama
Menganalisis taklimat yang telah diperoleh kawan
10 18 Disember 2022 daripada guru -Melayari internet
10 19 Disember 2022 Mencari peta dan maklumat tentang kawasan -Kawasan kajian:
kajian saya Taman Molek
Buat sendiri
Mengenal pasti konsep dan definisi teknologi hijau Melayari internet
- Mengenal pasti jenis dan contoh Teknologi Hijau
yang terdapat di kawasan kajian saya Melayari internet
- Menjelaskan kepentingan Teknologi Hijau
Menghuraikan punca amalan Teknologi Hijau tidak Bincang dengan
diterapkan dalam kehidupan seharian kawan
Mencadangkan langkah-langkah atau strategi yang
boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai

4


11 21 Disember 2022 Menulis rumusan dan rujukan Berbincang bersama
rakan
12 24 Disember 2022 Mengumpul analisa yang diperolehi daripada soal Buat sendiri
selidik
Buat sendiri
13 26 Disember 2022 Menyemak dan menghantar tugasan

OBJEKTIF KAJIAN

Diakhir kajian ini, saya akan dapat:

a) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
b) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di

Taman Molek, Johor Bahru.
c) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau.
d) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam

kehidupan seharian.
e) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi

meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.

5


KAEDAH KAJIAN

Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat
tentang Amalan Penggunaan Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk di
Taman Molek, Johor Bahru.

1) PEMERHATIAN

- Saya telah melawat Kawasan kajian saya iaitu Taman Molek, Johor
Bahru. Melalui pemerhatian saya, saya dapat mengumpul data dan
maklumat yang terdapat di kawasan kajian itu.

2) SOAL SELIDIK

- Saya membuat soal selidik terhadap 8 orang responden di Taman
Molek untuk mengenal pasti bilangan yang melakukan Amalan
Teknologi Hijau di rumah masing-masing dan juga di Kawasan tempat
tinggal mereka.

3) SUMBER RUJUKAN INTERNET DAN BUKU RUJUKAN

- Saya melayari Internet dan merujuk buku untuk mencari maklumat
tentang AMALAN TEKNOLOGI HIJAU di kalangan penduduk serta
sebagai maklumat tambahan.

6


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Molek, Johor Bahru. Lingkungan kawasan
kajian saya adalah lebih kurang 12 kilometer persegi. Kawasan ini adalah satu
perbandaran utama di daerah Johor Bahru. Kawasan ini dibangunkan oleh
Kumpulan Pelangi Berhad pada 1990an dan kini menjadi pusat komersial mini
dengan beberapa cawangan bank utama. Kawasan ini dikelilingi oleh Taman
Johor Jaya, Taman Redang dan bersebelahan dengan dua padang golf utama.
Pandang darat budaya yang terdapat di Kawasan ini pula ialah bangunan,
sekolah, taman permainan dan banyak lagi.

7


PETA LAKAR

8


HASIL KAJIAN

Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk
spesies bangsa keturunan manusia. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk.

Teknologi hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-
kriteria berikut:

• meminimumkan degrasi persekitaran
• mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar
• selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik

untuk semua hidupan
• menjimatkan tenaga dan sumber asli
• menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Oleh itu, teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah
Hijau atau digunakan untuk membangunan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi haruslah dikurangkan.

AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

Bil. Amalan Teknologi Hijau Bilangan Responden

1 Penjimatan Tenaga 7
2 Pengangkutan Awam 3
3 Beg Kitar Semula 8
4 Kitar Semula 7
5 Menanam Pokok 3

9


AMALAN
TEKNOLOGI

HIJAU

10


AMALAN TEKNOLOGI HIJAU YANG TERDAPAT
DI TAMAN MOLEK

Jadual dan gambar rajah ini menunjukkan tentang Amalan Teknologi Hijau yang
dilakukan oleh penduduk Kawasan kajian saya iaitu Taman Molek, Johor Bahru. Saya
mendapat 8 responden yang mana sudi menjawab soal selidik yang diberikan.
Kebanyakan mereka mengamalkan kaedah yang mudah dan mampu untuk dilakukan
oleh kita walau berada di rumah. Terdapat 3 orang responden mengamalkan kaedah
menanam pokok di Kawasan rumah. Responden yang suka menanam pokok ini
adalah di kalangan suri rumah tangga yang memang minat dengan aktiviti
menanam.Tujuh responden yang mengamalkan kaedah kitar semula iaitu
mengasingkan sampah seperti botol, kertas dan tin untuk dikitar semula. Manakala 8
responden yang mengamalkan penggunaan beg kitar semula apabila membeli belah.
Amalan penjimatan tenaga elektrik juga dilakukan oleh 7 responden lagi dan amalan
penggunaan pengangkutan awam iaitu bas awam oleh 3 orang responden.
Kesimpulan dapat dibuat bahawa rata-rata penduduk mempunyai kesedaran amalan
teknologi hijau dari kempen media massa.

11


KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi amalan hijau dalam kehidupan seharian kita adalah sangat penting. Berikut
merupakan kepentingan penggunaan teknologi hijau:

Ekonomi

• mengurangkan kos operasi
• meningkatkan nilai aset dan keuntungan
• meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja
• meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan
• industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK)

Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar

• meningkatkan kualiti udara dan air
• mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
• mengurangkan pembuangan bahan yang bokeh dikitar semula
• melindungi sumber semula jadi
• meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup

Menjana Tenaga

• merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solat dan ombak yang
bersumberkan alam semula jadi

• mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak dapat diperbaruhi
• mempromosikan kecekapan guna tenaga negara, selamat dan pengguna

Sosial

• meningkatkan kualiti hidup
• mengurangkan peningkatan suhu
• mengurangkan pencemaran bunyi
• meningkatkan kualiti udara
• meningkatkan kemudahan infrastruktur tempatan
• meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat

12


PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Terdapat beberapa punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian, antaranya ialah:

Kurang Punguatkuasaan
• kempen tanpa plastic adalah kempen yang sangat baik bagi
mengurangkan penggunaan plastic tetapi hanya di pasar raya besar
sahaja yang mengamalkan penggunaan beg biodigrasi untuk
membungkus makanan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan
kelemahan yang terdapat dari segi penguatkuasaan yang masih lagi
belum menyeluruh dan tegas.

Masalah Kos
• tiada peruntukan dana yang khusus untuk promosi dan juga
mewujudkan kesedaran.

Kurang Kesedaran
• usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia masih ada banyak yang
perlu dibuat. Oleh itu, sekolah dan juga ibu bapa haruslah memberi
kesedaran kepada kami semua dan berkongsi amalan teknologi hijau.

Tidak Konsisten
• kekurangan bajet tahun telah menyebabkan program dihentikan kerana
banyak usaha menggalakkan amalan teknologi hijau secara program
dengan tempoh masa yang terhad

13


LANGKAH-LANGKAH ATAU STRATEGI BAGI
MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Kerajaan perlu menjalankan program kesedaran
• mengadakan kempen kesedaran berkaitan dengan teknologi hijau. Ini
dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penggunaan
teknologi hijau. Sebagai contoh, mengadakan kempen menanam pokok
di kawasan perumahan masing-masing. Seterusnya, pihak kerajaan
boleh menyebarkan maklumat tentang teknologi hijau melalui Internet.

Mengadakan program pendidikan dan latihan
• mengadakan program pendidikan dan latihan dari awal seperti
memperkenalkan program teknologi hijau di dalam pelajaran di sekolah.
Ini akan dapat memberi penerapan kepada murid-murid untuk amalkan.
Pelajar yang kreatif dalam mencipta produk yang berciri teknologi hijau
juga dapat dilahirkan.

Kerjasama antara kerajaan dengan swasta
• kerajaan memerlukan kerjasama daripada syarikat swasta yang
mempunyai banyak pengalaman.

Kerajaan perlu memperuntukkan dana
• kerajaan perlu memberikan insentif kepada program teknologi hijau
yang besar supaya program dapat dijalankan dengan berjaya. Bajet
haruslah dimasukkan ke dalam perbelanjaan tahunan negara supaya
kualiti hidup menjadi lebih baik.

14


RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja ini, saya lebih memahami
tentang teknologi hijau. Teknologi hijau dapat banyak membantu dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar kita. Oleh sebab itu, kita
memerlukan satu sistem pengurusan sumber yang berkesan bagi menjamin
bekalan dan penggunaan yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa
depan. Ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
supaya mereka mengamalkan penggunaan teknologi hijau. Contohnya, guna
beg plastic biodegradasi semasa membeli belah, guna pembungkus makanan
yang mesra alam dan menanam pokok di persekitaran rumah. Saya berharap
masyarakat dapat mengamalkan penggunaan teknologi hijau agar dapat hidup
dalam kualiti yang baik dan ceria pada masa akan datang.

RUJUKAN

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Penulis – Kang Chai Yoeng/ Zulkipli Bin Ismail/ Rajanderan Subramaniam
IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.

2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

15


LAMPIRAN

Borang soal selidik (GOOGLE FORM)
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQPNSWvHyj0S_j3_ItXLufNg11N
OpK8Xp1FnIyhxDCQ_4U5g/viewform?usp=sf_link

Analisa yang diperolehi daripada soal selidik

16


17


18


Click to View FlipBook Version