The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damhaimza, 2022-03-19 19:52:10

TAMAN SERI PAYA RUMPUT

minit mesyuarat AGM1

MINIT MESYUARAT, MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN SERI PAYA RUMPUT.

Tarikh : 20hb Disember 2015 (Ahad)
Tempat : Dataran Kolej Komuniti Masjid Tanah.
Masa : 4.00 petang.
Kehadiran : 58 Orang ahli.

Pengerusi mengumumkan bilangan kehadiran ahli seramai 58 orang dan bilangan tersebut telah
mencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan.

Agenda 1. - Ucapan Pengerusi.
Pengerusi merakamkan rasa bangga dengan kehadiran ahli ahli persatuan yang ramai pada

mesyuarat tersebut. Beliau mengajak semua penduduk memberi kerjasama kepada persatuan untuk
menjalankan segala aktiviti. Beliau menceritakan sejarah penubuhan persatuan penduduk yang mana
bermula dari perjumpaan pertama pada ogos 2015. Kemudian, pada 5 november 2015, pendaftaran
persatuan penduduk ke pendaftar pertubuhan telah berjaya dilakukan.

Beliau menyatakan juga, segala gerak kerja persatuan penaja adalah daripada sumbangan
peribadi daripada semua ahli jawatankuasa penaja. Seterusnya beliau memperkenalkan semua ahli
jawatankuasa penaja.

Agenda 2. - Pembubaran Ahli Jawatankuasa.

Pengerusi telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa penaja Persatuan Penduduk Taman Seri Paya
Rumput dibubarkan dengan rasminya.

Agenda 3 - Memilih dan Melantik Persatuan Penduduk Taman Seri Paya Rumput bagi sesi 2015-
2016/2016-2017.

Setelah menjalani proses pencalunan dan pengundian, barisan Persatuan Penduduk Taman Seri
Paya Rumput sesi 2015-2017 adalah seperti berikut:-

PENGERUSI : EN NOR LIZAM BIN RAJULAN

NAIB PENGERUSI : EN NASHARUDDIN BIN WAHAB

SETIAUSAHA : EN AHMAD AZMI BIN SAUD

PENOLONG SETIAUSAHA : EN NOR HAZNIZAM BIN MD YUSOF

BENDAHARI : UST. RADZI BIN MUSTAFA

PEN. BENDAHARI : EN MOHD IRWAN BIN MD SAKIR

AJK :

1. EN. RAMLAN BIN JONID
2. EN FAIZUL ANUAR BIN SULAIMAN
3. EN MOHD KHAIRIL BIN MD ZAHARI
4. EN MOHD SHAHRIL BIN ABD AZIZ
5. EN ROSLAN BIN ASKUR
6. EN AHMAD NAHAR
7. EN KAMAROL BAHARI
8. EN MOHD ISA BIN HUSSIN
9. EN HAIRUDIN BIN HARON
10. EN MOHD AMRI BIN ZAINAL
11. EN MAZLAN HAROUNI
12. EN ZAIFULNIZAM BIN AHMAD
13. EN MOHD POZI ABDULLAH
14. PN NORAISHAH BT HASHIM
15. PN MAZNAH BT MAHAT
16. PN MORIAH BT SIJAN
17. PN NORAZIAN BT ISMAIL
18. PN ROHANA BT KARNO

2 orang Pemeriksa Kira Kira :
EN MUHAMMAD HAFIZ BIN KASIM
PN NOOR FHARIZAN BT SHAFIEE

Agenda 4. - Perbincangan usul.

Usul 1 : En Ramlan Jonid mencadangkan keselamatan taman hendaklah sentiasa dipantau. Beliau
menyatakan ada anjing liar berkeliaran di waktu malam. Pengerusi sementara mencadangkan agar
persatuan meminta pihak rela untuk membuat pemantauan. Perbincangan isu ini juga akan dibawa ke
perhatian JPP zon 8.

Usul 2 : EN Efendi st 246 mencadangkan keselamatan penduduk dibuat dengan mewujudkan pagar
berpalang. Yuran boleh dikutip dari setiap rumah (RM5).

- Pn Fatihah membuat cadangan balas dengan menyatakan KRT boleh ditubuhkan bagi
menjaga keselamatan taman. Proses penubuhan KRT boleh dibuat rujukan kepada beliau.
Beliau juga menyatakan KRT boleh mendapat peruntukan daripada kerajaan bagi
menjalankan aktivitinya.

- Pengerusi mencadangkan usul penubuhan ini dibawa ke mesyuarat jpp.

Usul 3 : PN Siti Norshahilla Mat Johar mengusulkan masalah penduduk dengan pelajar kolej yang mana
ia tidak menyenangkan. Pengerusi menyatakan aduan sebarang salah laku/moral yang dilakukan
dalamm taman boleh dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa. Penduduk juga boleh menjalankan aktiviti
pencegahan tetapi hendaklah dengan cara yang betul dan baik.

Agenda 5. - Ucapan penangguhan oleh pengerusi JPP zon 8 (DR EHSAN)

Dr Ehsan menyatakan situasi dan permasalahan taman adalah hamper sama dengan taman Bidara
permai yang man ataman mempunyai rumah teres+rumah pangsa. Pekerja luar didapati menduduki
rumah flat. Beliau menekankan pengurusan flat oleh JMB adalah bagi tujuan pengurusan bangunan
rumah flat sahaja.

Beliau seterusnya menyatakan peranan JPP zon 8 akan diperkasakan dengan pelbagai aktiviti seperti
mesyuarat yang akan dihadiri oleh wakil taman dalam zon 8, kursus-kursus pemantapan kepimpinan
pertubuhan, perhubungann antara taman-taman di JPP zon 8 melalui pertandingan permainan dan lain-
lain lagi.

Berhubung dengan keselamatan taman dan penduduk, beliau mencadangkan KRT diwujudkan dan
rondaan keselamatan boleh dibuat mengikut jadual tanpa perlu memberatkan ahli iaitu tidaklah
membuat rondaan 7 hari seminggu.

Akhir sekali, beliau menyentuh sedikit berkenaan pembinaan surau. Beliau mencadangkan penubuhan
jawatankuasa boleh dibentuk dan boleh menghubungi pihak berkaitan terutamanya JAIM untuk proses
pembinaan surau. Beliau juga akan cuba membantu dengan mengusahakan sokongan kewangan dari

pihak Parlimen (Datuk Mas Ermiyatie) dan Adun –adun terdekat. Seterusnya beliau mengucapkan
selamat maju jaya kepada AJK yang dilantik.
Mesyuarat agung kali pertama PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SERI PAYA RUMPUT ditangguhkan pada
jam 5.00 ptg.

Disediakan Oleh :
(AHMAD AZMI SAUD)
S/U PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN SERI PAYA RUMPUT

Disahkan oleh :
(NOR LIZAM BIN RAJULAN)
PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN SERI PAYA RUMPUT.


Click to View FlipBook Version