The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suhaini Samsudin, 2019-11-28 20:49:53

MINIT MESYUARAT BIL 11 2019

MINIT MESYUARAT BIL 11 2019

Keywords: MINIT MESYUARAT NOVEMBER 2019

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

KAMPUNG GUMUT/ TITIWANGSA, KALUMPANG

d/a Balai Raya Kg. Titiwangsa, No. Tel : 03-60491511 (Pejabat Penghulu)

Jalan Titiwangsa Utama : 03-6041026 (Pejabat Daerah)

Mukim Kalumpang, No.Faks: 03-60491511 (Pejabat Penghulu)

44100 Kuala Kubu Bharu : 03-60642909 (Bahagian Pembangunan)

SELANGOR DARUL EHSAN : 03-60644253 (Pegawai Daerah)

No. h/p : 019-2680727 (Pengerusi MPKK)

MINIT MESYUARAT BIL. 11/2019
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

KG. GUMUT/TITIWANGSA

Tarikh : 01/11/2019
Hari : Jumaat
Masa : 08.30 malam
Tempat : Balai raya Kg. Titiwangsa

KEHADIRAN
1. Mohd. Razik bin Abdul Majid (Pengerusi)
2. Suhaini bin Samsudin (Setiausaha)
3. Normala binti Samat
4. Suroso bin Radiyo
5. Normawani binti Nordin
6. Suhana binti Suhud
7. Suzana bte. Zambri
8. Mohd Zawawi bin Awang Hamat
9. Noorkartini Bte Anuar
10. Mohd. Hafiz bin Maseroo

TIDAK HADIR
1. Azizan Bin Aziz
2. Mansor Abd. Rahman

Bil Perkara Tindakan
Ucapan Pengerusi Makluman

1. Pengerusi merakamkan terima kasih kepada AJK yang hadir.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke-10/2019

Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat MPKK Kg. Makluman
Gumut/Titiwangsa bertarikh 11/10/2019.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Cadangan : Noorkartini Bte Anuar Makluman
Sokongan : Mohd. Hafiz bin Maseroo

3. Perkara Berbangkit Makluman
3.1 Perkara 6.0 Ralat tarikh Hari karnival PIBG SK Kalumpang pada
10/11/2019 dan bukan seperti tercatat.

1

Bil Perkara Tindakan
3.2 Perkara 6.9.2 Gotong-royong menebas/membersihkan bahu Makluman
jalan Kg. Gumut yang akan diadakan pada 3/11/2019 ditangguhkan Makluman
pelaksanaannya. Makluman

3.3 Perkara 6.9.4 Program Gunting Rambut Percuma kepada murid Makluman
lelaki yang akan diadakan pada 26/12/19 diuruskan oleh Penghulu Mukim
Kalumpang dengan kerjasama pelajar kolej kemahiran. Pengerusi
Semua AJK
3.4 Perkara 6.9.7 Gotong-royong pemasangan ‘sign board’ Balai raya AJK Terpilih
Kg. Gumut Tambahan dengan yang sepatutnya diadakan pada Makluman
26/10/2019 ditangguhkan pelaksanaannya kepada 17/11/2019. Makluman
Makluman
4. Laporan Bendahari Makluman

4.1 Bendahari membentangkan Laporan Kewangan Berakhir 31
Oktober 2019. (Sila lihat Laporan Kewangan yang dilampirkan).

5. Laporan Biro-biro

5.1 Pembangunan Prasarana
Mohon dibina lampu isyarat amaran berdekatan klinik kerana kawasan
tersebut kerap mengalami kemalangan jalan raya.

5.2 Kesejahteraan dan Keceriaan
Gotong-royong menceriakan Balai Raya Titiwangsa akan diadakan pada
02/11/2019. Semua AJK dikehendaki hadir.

5.3 Hal ehwal Wanita dan Keluarga
Seramai 5 orang daripada AJK MPKK dikehendaki menghadiri Kursus Nadi
Desa akan diadakan di Hotel Accapella Shah Alam pada 25 & 26/11/2019.
Kampung yang terpilih akan diberikan dana sebnyak RM5k bagi
pelaksanaannya.

5.4 Kebajikan dan Sukarelawan
Lawatan ziarah dan memberi sumbangan kepada asnaf bersama Pusat
Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam diadakan dari semasa ke semasa.

5.5 Pendidikan dan Inovasi
Karnival PIBG di SK Kalumpang akan diadakan pada 10/11/2019 (Ahad).
Ustaz Mohd Zawawi bin Awang Hamat mempelawa AJK yang
berkelapangan untuk membantu beliau menguruskan gerai PIBG. Pn.
Normawani binti Nordin bersedia membantu pada hari tersebut.

5.6 Pemantapan Spiritual
Bekerjasama dengan pihak Masjid At-Taqwa Kalumpang bagi menjayakan
program keagamaan.

5.7 Keselamatan dan Kesihatan
Program ziarah cakna iaitu Program Saringan Kesihatan dan lawatan dari
rumah ke rumah akan diadakan pada 9 – 10/11-2019 dengan kerjasama

2

Bil Perkara Tindakan
Pejabat Kesihatan Daerah dan Alam Sekitar Hulu Selangor. Balai Raya Pn. Normala
Titiwangsa dijadikan sebagai pusat operasi. Semua AJK
Semua AJK
6 Hal-hal lain
Makluman
6.1 Laporan Pengurusan Pasar Malam. Perjumpaan bersama para Makluman
peniaga pasar malam akan diadakan pada 16/11/2019 di Balai Raya Kg.
Titiwangsa jam 9.00 pagi. Majlis dialog bersama Pengerusi MPKK Kg.
Gumut/Titiwangsa diadakan untuk menjelaskan perkara-perkara yang
berbangkit berkaitan dengan peniaga pasar malam serta membantu
menguruskan lesen secara berkelompok.

6.2 Semua AJK dikehendaki menghadirkan diri pada 03/11/2019 (Ahad)
jam 5.00 petang untuk meninjau keadaan tapak pasar malam dan
menentukan kedudukan petak peniaga pasar malam bagi penstrukturan
semula.

6.3 Program Minum Petang bersama penduduk akan diadakan pada
17/11/2019 di Balai raya Kg. Titiwangsa bermula jam 2.30 petang.
Sumbangan barangan dapur akan diserahkan kepada 20 orang penerima
yang layak. Kaunter pendaftaran Program Air Selangor dan Pendaftaran
Warga Emas juga akan dibuka pada hari tersebut. Pn. Suzana bte. Zambri
akan membawa pasukan perubatan alternatif bagi saringan dan nasihat
kesihatan secara rawatan homeopati. Pegawai daripada Pusat Latihan
Pertanian Kalumpang juga akan dipanggil untuk memberikan ceramah
berkaitan pertanian. Hebahan dan kain rentang akan diuruskan oleh
Pengerusi.

6.4 Cadangan riadah bersama AJK MPKK Mukim Kalumpang iaitu
perlawanan boling persahabatan di Pusat Boling IOI Mall, Puchong.

6.5 Cadangan Pengerusi untuk lawatan penanda aras ke Terengganu.
Namun butiran berkaitan masih belum diperolehi.

Penutup
Pengerusi merakamkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Beliau
berharap program yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.10 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SUHAINI BIN SAMSUDIN) (MOHD. RAZIK BIN ABDUL MAJID)
Setiausaha MPKK Kg. Gumut/Titiwangsa. Pengerusi MPKK Kg. Gumut/Titiwangsa
Tarikh : 02/11/2019
Tarikh : 02/11/2019
3


Click to View FlipBook Version