The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farisikmal210207, 2021-08-31 10:12:32

KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN JOHOR RIAU

NAMA:FARIS IKMAL BIN ALI IMRAN
KELAS:2 EDINBURGH
CIKGU:ZULKIFLI BIN YASOK

OBJEKTIF

1.Pengasasan Kesultanan Johor Riau

• Pusat perdagangan yang
unggul

• Pengurusan Pelabuhan

• Pusat persuratan

Pengasasan Kesultanan Johor Riau

Pengenalan

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan
Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem
pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk
dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor
Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal di Alam Melayu.

1. Pengasasan Kerajaan

• Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-1564).

• Bendahara Seri Nara Diraja dititahkanmenghimpunkanrakyat
untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara,
Pekan Tua

• Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528.

• Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai
yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar
masuk.

• Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong,
Sayong Pinang

• Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan
dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.

• Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka
pusat pemerintahan di Kota Sayong.

• Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh
sukar melintasi sungai yang sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu,
Johor Lama

• Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor
Lama.

• Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.

• Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang
lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal
dagang.

Kegemilangan Kesultanan
Johor Riau

Pengenalan

Kesultanan Johor Riau muncul sebagai sebuah kerajaan yang
kuat dan unggul di Alam Melayu. Kerajaan ini mencapai
kegemilangannya dalam aspek perdagangan dan
persuratan Melayu. Kerajaan ini juga berusaha
menghidupkan kembali tradisi perdagangan kerajaan di Alam
Melayu dengan Arab, India dan China.

Pusat Perdagangan yang Unggul

Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai
pusat perdagangan yang menjadi tumpuan
pedagang. Terdapat beberapa keistimewaan yang
menyebabkan Johor muncul sebagai pusat
perdagangan yang unggul.

1. Kedudukan Strategik

• Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor
mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai
Johor yang lebar dan dalam.

• Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat
Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas
kapal dagang dari Timur dan Barat.

• Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu
lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.

2. Tumpuan Para Pedagang

• Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda
dan pedagang Inggeris.

• Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan
pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan
Portugis di Melaka.

• Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti
beras.

• Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan
naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran
Pelbagai Barang Dagangan

• Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat
pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan
barangan dari China, India dan Arab.

• Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan
naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas.

• Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam
serta Pulau Bangka, Sumatera.

• Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.

• Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak,
sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang didatangkan
dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning
dan Rembau.

• Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan untuk
barangan yang dibawa dari China.

• Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih,
barang tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga.

• Pedagang Jawa membawa beras.
• Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik.

• Johor juga mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh
pedagang Siam.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

• Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di
pelabuhan Riau.

• Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.

Pengurusan Pelabuhan

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau
mengendalikan barang dagangan dan
kemampuannya membekalkan semula kapal
dengan cepat dan murah, merupakan antara faktor
utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai
pelabuhan entrepot.

1. Kemudahan Pelabuhan

• Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan
barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.

• Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan
urusan perdagangan.

• Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan rempah-ratus.

2. Urusan Jual Beli

• Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang.

• Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang
emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai
kupang dan wang timah sebagai katun.

• Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.

• Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab
mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai
pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah
berpatutan. Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan.

3. Sistem Naungan

• Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat
naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana
dan Raja Indera Bongsu.

• Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang
memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan
berdasarkan sistem naungan.

• Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat
kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa
gangguan di Selat Melaka.

4. Peranan Orang Laut

• Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,

penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para

pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat

Melaka.

• Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan
Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.

5. Kemudahan Membaiki dan Membina
Kapal

• Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan
membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.

• Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka
membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah
membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

Pusat Persuratan

Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan
Johor Riau juga tidak ketandusan dengan karya agung
dan tokoh persuratan yang berkaliber. Batu Sawar dan
Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting
dalam perkembangan penulisan karya persuratan
berkaitan kerajaan Melayu.

Karya Agung

Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung.
Karya agung bermaksud karya yang tertulis dalam bahasa
Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem
nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup
bangsa Melayu. Karya agung juga melambangkan
pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang
mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa
Melayu.

Sulalatus Salatin

• Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala
Raja-Raja.

• Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan
ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.

• Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja
Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka.

Hikayat Hang Tuah

• Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh
pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka
pada tahun 1641.

• Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan
yang merentas sepanjang zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka.

• Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan
Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

langkah yang perlu dilakukan untuk
memartabatkan karya-karya persuratan
Melayu ke peringkat antarabangsa.

• mempertingkatkan kajian dan pengajian sastera Melayu melalui
program penyelidikan dan pengukuhan kesusasteraan Melayu
tradisional dan moden hendaklah sentiasa dilakukan

• Kerjasama rapat DBP dengan gerakan sastera dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO), terutama Gabungan Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (GAPENA) mesti ditingkatkan lagi.

• usaha penterjemahan karya sastera berbahasa Melayu harus
diberikan keutamaan tinggi.

• Promosi perluasan kesusasteraan Melayu tambahnya, boleh
didorong sama oleh mereka yang diberikan penghargaan dan
pengiktirafan kesarjanaan masing-masing.

Sebab mengapa perlu memelihara
kedaulatan negara agar kemakmuran dan
kemajuan negara terus terjamin?

kedaulatan amat penting apabila membincangkan tentang
pembangunan negara-bangsa. Kedaulatan berkaitan hak sesebuah
negara-bangsa untuk membentuk dasar-dasar kerajaan dalam
lingkungan wilayah pemerintahannya semata-mata untuk memastikan
kesejahteraan rakyat. Justeru itu, para pemimpin di sesebuah negara
perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk bekerjasama
rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan negara. Tambahan pula, rempuhan
gelombang globalisasi amat menakutkan, terutamanya dalam kalangan
Negara-negara Membangun. Maknanya, kedaulatan merupakan suatu
realiti, bukan isu retorik.

Rumusan

Antara pengetahuan yang saya perolehi ialah
Pengasasan Kesultanan Johor Riau, Kegemilangan
Kesultanan Johor Riau dan Pengurusan
Pelabuhan.Kesemua maklumat ini ada di dalam
laporan yang saya sediakan.Ianya berlaku sewaktu
kesultan johor riau.

Sumber rujukan

 1. Bahan ilimiah/buku teks : Buku teks
tingkatan 3

 2. Laman web :www.wikipedia.com.my


Click to View FlipBook Version