KOMIK MENARIK DI DALAMDPD30082 QAWAID FIQHIYYAH PERANAN KAEDAH FIQH: DARURAT MENGHARUSKAN PERKARA YANG DILARANG DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA
Segunung perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Norhafizah binti Abd Kadir selaku pensyarah pembimbing kami yang terlalu banyak membantu,membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin kami dapat menghasilkan kerja kursus yang lengkap. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping memberi idea-idea yang bernas ketika ketandusan idea. Sekian, terima kasih Penghargaan i
ISI KANDUNGAN FALSAFAH Majalah Bulanan SIDANG EDITOR DALIL - DALIL BERKAITAN KAEDAH DARURAT MENGHARUSKAN PERKARA YANG DILARANG 08 EXCLUSIVE! ISU DOKTOR LELAKI MEMEGANG PESAKIT WANITA HUKUM MEMEGANG ANJING DALAM KEADAAN ADAKAH DIBENARKAN ATAU KECEMASAN TIDAK UNTUK DOKTOR LELAKI MENYENTUH DAN MELIHAT AURAT PESAKIT WANITA? ADAKAH BETUL KITA DIBENARKAN MEMEGANG ANJING DALAM KEADAAN KECEMASAN? 05 DAKWAH + USTAZ + ICT APA ITU DARURAT MENGHARUSKAN PERKARA YANG DILARANG?? PARA EDITOR YANG PAKAR DALAM MEMBUAT DAN MENGHASILKAN E-MAJALAH YANG CANTIK DAN MENGAGUMKAN INI KAMI JUGA MENYEDIAKAN BEBERAPA KOMIK DAKWAH DAN PANTUN YANG MENARIK DAN MENYENTAP HATI YANG KINI SEMAKIN MENGHITAM. MENERANGKAN DAN MEMBUKTIKAN ISLAM ADALAH AGAMA YANG MUDAH 08 10 02 04 PENGENALAN KOMIK MENARIK BERKAITAN KAEDAH INI 06 ISU PEMINDAHAN ORGAN 07 KELONGGARAN DALAM MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG 12 KOLEKSI PILIHAN 13 KESIMPULAN APA YANG KITA DAPAT KITA SIMPULKAN DARIPADA SEGALA PERBINCANGAN APLIKASI KAEDAH DARURAT MENGHARUSKAN PERKARA YANG DILARANG 54 RUJUKAN ADAKAH DIBENARKAN PEMINDAHAN ORGAN DILAKUKAN SEBAGAI UMAT ISLAM?
NAMA PENSYARAH : NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR SIDANG EDITOR 02 NAMA : MUHAMAD ALI IMRAN BIN CHE ROSLAN NO. PENDAFTARAN : 17DIB22F1043
FALSAFAH Majalah Bulanan NAMA : MUHAMMAD ZULHUSNI BIN MOHD TAJUDIN NO. PENDAFTARAN : 17DIB22F1038 03 NAMA : MUHAMMAD HIDAYAT BIN MASDAR NO. PENDAFTARAN : 17DIB22F1014 NAMA : MUHAMMAD IZZWAN SYAFIQ BIN RIZAINI NO. PENDAFTARAN : 17DIB22F1069
FALSAFAH Majalah Bulanan PENGENALAN LATAR BELAKANG ● Darurat Mengharuskan Perkara Yang Dilarang atau “Al-Darurah Tubih alMahzurat” adalah salah satu kaedah daripada Pecahan Asas 4 iaitu Kemudaratan Mesti Dihilangkan atau Dihapuskan yang dimana membolehkan seseorang melakukan sesuatu yang dilarang dalam keadaan darurat seperti keadaan yang mengancam nyawa atau keselamatan. Walau bagaimanapun, prinsip ini mempunyai hadnya dan harus digunakan dengan bijak, dengan matlamat utama untuk melindungi kehidupan dan kesejahteraan individu. ● Apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan yang mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka diharuskan ketika iaitu untuk melakukan perkara yang haram. Namun, keharusan itu hanyalah sekadar untuk melepaskan keadaannya yang dalam keadaan darurat dan dia tidak boleh mengambil kesempatan untuk berlebihlebihan serta tidak sering untuk melakukannya melainkan kerana keadaan pada waktu itu sangat memaksanya untuk berbuat demikian Dari segi istilah “Darurat mengharuskan perkara yang dilarang” merujuk kepada prinsip syariah yang menyatakan bahawa dalam keadaan darurat yang mengancam nyawa atau kesejahteraan individu, perbuatan yang harus ditegah dalam agama boleh dibenarkan atau dikecualikan. Ini adalah konsep undang-undang yang mengutamakan perlindungan kehidupan dan kesejahteraan individu daripada peraturan agama. Dalam konteks undang-undang Islam, “darurat” merujuk kepada keadaan mendesak atau kritikal, manakala “mengharuskan perkara yang dilarang” menunjukkan bahawa tindakan yang lazimnya dilarang atau haram di dalam agama tetapi boleh diterima dalam keadaan darurat. APA ITU DARURAT MENGHARUSKAN PERKARA YANG DILARANG??? 04 Penulis – Ali Imran
FALSAFAH Majalah Bulanan DALIL AL-QURAN Surah Al-Baqarah (2:173): Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-Nah (16;106): "Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar." Hadis Riwayat Ibn Majah: Dari Abu Dzar ra, ia berkata: Rasulullah SAW berkata, "Darurat memperbolehkan yang dilarang, selama tidak ada unsur dosa." (Ibn Majah, Kitab AlAt'imah, Hadis No. 3340) Hadis Riwayat Ahmad: Dari Ibn Abbas ra, iaberkata: Rasulullah SAW berkata, "Tidak ada kemudaratan dan tidak ada membalas kemudaratan." (Musnad Ahmad, Hadis No. 16144) Hadis Riwayat Ibn Majah: Dari Anas bin Malik ra, iaberkata: Rasulullah SAW bersabda, "Darurat memperbolehkan yang dilarang." (Ibn Majah, Kitab Al-At'imah, Hadis No. 3341) 1. 2. 3. DALIL HADIS 05 Penulis Ali Imran 10 NOVEMBER 2023 HURAIAN HADIS Dari hadis-hadis ini, terlihat bahwa Rasulullah Muhammad SAW mengakuiprinsip "Al-Darurah Tubih al-Mahzurat," yaitu bahwa dalam situasi darurat, diizinkan untuk melakukan sesuatu yang biasanya dilarang dalam Islam asalkan tindakan tersebut diambil dengan kewajaran, tanpa unsur dosa, dan hanya untuk mengatasi darurat tersebut. Prinsip ini mencerminkan kebijaksanaan dalam Islam untuk menjaga nyawa dan kesejahteraan individu dalam keadaan sulit HURAIAN AYAT AL-QURAN Ayat-ayat ini menegaskan bahawa dalam situasi darurat atau keadaan terpaksa, Islam membolehkan pengecualian dari beberapa larangan asalkan tindakan tersebut diambil dengan penuh kewajaran dan tidak berlebihan. Prinsip "Al-Darurah Tubih alMahzurat" didasarkan pada pemahaman ini dari ayat-ayat Al-Quran.
FALSAFAH Majalah Bulanan ISU KURANGNYA PEMINDAHAN ORGAN DI MALAYSIA Kesedaran rakyat Malaysia menjadi penderma organ terutama buah pinggang masih rendah dengan kempen derma organ anjuran pelbagai pihak dilihat tidak mendapat sambutan. Pakar kesihatan menyifatkan situasi itu sangat membimbangkan sekali gus memberi kesan buruk kepada pesakit yang benar-benar memerlukan. (Sumber: Berita Harian) Isu pemindahan organ memerlukan dalil dan kaedah fiqh yang boleh mengharuskan untuk melakukannya. Persoalannya adakah kita dibenarkan menggunakan kaedah fiqh ‘Darurat mengharuskan perkara yang dilarang’ untuk menjustifikasikan penggantian organ pesakit yang telah gagal berfungsi yang diterima daripada penderma sama ada penderma itu masih hidup ataupun telah mati ? Penulis: Hidayat 06 ADAKAH IANYA DIBENARKAN? jejas peluang pesakit sembuh (Sumber: Berita Harian) APAKAH PUNCANYA? Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi penderma organ amat rendah di samping kebimbangan apabila menderma organ sekaligus menjadi faktor utama kurangnya penderma organ di Malaysia. Punca lain termasuklah kurangnya keberkesanan kempen derma organ yang dijalankan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kemalangan atau kerosakkan organ akibat jangkitan bekteria merupakan salah satu punca yang memerlukan pemindahan organ. Justeru, pada bulan Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan pemindahan organ dibenarkan sekiranya ia adalah jalan terakhir bagi menyelamatkan nyawa seseorang yang mengalami kegagalan organ . Namun, keharusan ini bersyarat. Demikian juga pandangan yang diutarakan para ulama kontemporari termasuk professor Dr. Yusuf AlQaradhawi. Mereka mengatakan bahawa menderma organ atau sel tunjang adalah harus dengan syaratsyaratnya.
FALSAFAH Majalah Bulanan 07 Akhir kalam, pengambilan organ si mati disebabkan darurat serta pengambilan organ si mati hendaklah dengan syarat tidak menyatakan sebarang bayaran atau pampasan kerana ia termasuk dalam maqasid syariah iaitu menjaga nyawa yang ini terbukti bahawa dengan memindahkan organ yang baharu bagi mengantikan organ yang telah rosak dapat meyelamatkan nyawa seeorang. Oleh itu kaedah ‘Darurat mengharuskan perkara yang dilarang’ penting bagi menyelesaikan permaslahan yang terjadi dalam kehidupan kita. APAKAH SOLUSINYA? Kerajaan terutamanya KKM perlu bergiat aktif dalam membuat kempen dengan lebih berkesan, dan tidak bergantung dengan kempen secara fizikal sahaja malah kempen dalam talian perlu digerakkan kerana media sosial adalah medan utama untuk menggerak sesuatu kempen. Selain itu, KKM juga perlu turun ke padang lebih kerap di mana-mana institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk mendedahkan generasi muda tentang kebaikan dan hukum pemindahan organ. Generasi muda adalah generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan, oleh itu mereka perlu didedahkan akan kebenaran akan hukum dan cara pendermaan organ yang sebenar berlaku.
FALSAFAH Majalah Bulanan Penulis – Husni KURANGNYA KEMAHIRAN CPR DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA November Edition | 2023 Kesedaran akan kepentingan mengetahui cara melakukan CPR amatlah rendah sekaligus menjadi faktor utama mengapa ramai rakyat Malaysia yang kurang tahu cara melakukan CPR yang betul. Selain itu, kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak mahu keadaan lebih buruk terjadi apabila dilakukan PR juga boleh dijadikan punca kurangnya pengetahuan CPR. 08 Pendedahan mengenai teknik bantuan asas hayat atau 'Cardiopulmonary Resuscitation' (CPR) kepada orang ramai sangat penting bagi mengelak individu memerlukan pertolongan kecemasan mengalami kecederaan serius pada otak. Oleh itu, perlunya kaedah asas ‘Darurat mengharuskan perkara yang dilarang’ bagi situasi ini kerana hukum menyelamatkan orang adalah wajib bagi seorang Muslim. kecederaan otak (Sumber: Berita Harian) APAKAH PUNCANYA? APAKAH HUKUMNYA? Berkaitan dengan kelonggaran menyelamatkan nyawa seseorang dengan melakukan cpr dapat diklasifikasikan dalam maqasid shariah iaitu pembahagian Al Dharuriyyat Al-Khamsah yang ke-2 Iaitu memelihara nyawa yang men jadi Ikhtiar perubatan secara umum itu sendiri bertujuan untuk memelihara nyawa. Ia juga bertujuan bertepatan dengan dalil alquran dalam surah Al-Maidah ayat ke 32 yang membawa maksud “dan barangsiapa yang menghidupkan (berusaha menyelamatkan) nyawa, maka seumpama dia telah menghidupkan nyawa seluruh manusia.
FALSAFAH Majalah Bulanan S O L U S I Justeru, mengetahui kemahiran asas untuk melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) adalah penting kerana tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa seseorang yang jantungnya henti berdegup atau lemas atau masalah pernafasan.Ini adalah tindakan darurat yang penting dan dapat meningkatkan peluang bertahan hidup seseorang dalam situasi kritis. Hal ini kerana islam sangat mementingkan nyawa seseorang. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya kaedah ‘Darurat mengharuskan perkara yang haram’, umat Islam tidak perlu ragu-ragu sebaliknya berusaha untuk memperoleh ilmu kemahiran asas ini kerana kita tidak tahu sesiapa sahaja yang kita boleh selamatkan nyawa, mungkin nyawa keluarga sendiri mahupun orang lain. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menimba ilmu baik kecil mahupun besar. Pihak sekolah terutamanya perlu mendidik murid-murid tentang cara mengendalikan CPR supaya mereka mempunyai kemahiran asas untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Apabila mereka sudah dilatih sejak kecil lagi, mudah untuk dipupuk agar mereka menyelamatkan nyawa orang lain kerana mereka sudah mempunyai pengalaman melakukan CPR sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu, pihak IPT dan Klinik Kesihatan perlu melakukan bengkel kemahiran melakukan Rawatan Kecemasan CPR di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) agar warga belia juga terdedah akan cara melakukan CPR 09
Babak dari filem Adoiii Jiwaku FALSAFAH Majalah Bulanan Secara umum kita mengetahui bahawa menyentuh anjing bukanlah satu budaya yang biasa bagi rakyat Malaysia terutama bagi kaum Muslim. Anjing dianggap haiwan yang kotor dan tidak layak diasayangi atau dikasihani.Namun apakah hukum menyentuh haiwan tersebut di dalam Islam berdasarkan kaedah ‘Darurat mengharuskan perkara yang dilarang’? APAKAH HUKUMNYA? Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Sepertimana yang dinyatakan oleh Imam alBujairimi dan Sheikh Ibnu Hajar alHaithami: التضمخ بالنجاسة إنما يحرم Maksudnya: Menyentuh najis secara sengaja ia adalah Haram. (Rujuk Hasyiah Bujairami ala Syarah Manhaj al-Tullab, m/s 105 dan Hawasyi Tuhfah al-Manhaj bi Syarah al-Manhaj, m/s 174). PENTING!!! ISU PEGANG ANJING DALAM LAKONAN 10 Penulis: Izzwan Syafiq APAKAH PUNCANYA? Antara faktor berlakunya isu ini adalah tidak lain kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan umat Islam sendiri yang tidak merujuk kepada ustaz atau mereka yang merupakan guru agama sebelum melakukan apaapa tindakan yang jelas terlarang dalam Islam. Malah, ketiadaan sesiapa dalam kru lakonan yang menegur juga menjadi faktor yang menyebabkan isu ini kerap terjadi dalam industri hiburan di Malaysia.
FALSAFAH Majalah Bulanan Program yang julung kali diadakan di Malaysia ini menyasarkan umat Islam yang teringin dan belum pernah memegang anjing untuk mencuba pegang anjing di samping mahu mengajar umat Islam cara sertu yang sebenar. Program ini berlaku pada 19 Oktober 2014 di Central Park, Petaling Jaya. Selepas kejadian ini, penganjur iaitu Syed Azmi telah memohon maaf atas kontroversi yang berlaku akibat penganjuran program ini dan JAKIM juga telah menyiasat tentang program ini. CONTOH AKTIVITI MEMEGANG ANJING DI MALAYSIA Acara "I Want To Touch A Dog" Kita sebagai umat Islam perlu merujuk kepada pihak yang lebih berkuasa dalam menentukan hukum agama terlebih dahulu sebelum menganjurkan apa-apa program. Hal ini adalah kerana boleh berlaku kita menyangka ilmu agama kita sudah cukup atau kita mengetahui sesuatu hukum hakikatnya kita salah atau pun ilmu agama kita tidak lengkap kerana kurangnya ilmu agama. Oleh itu, ulama-ulama di Malaysia perlu lebih bergiat aktif dalam menyuarakan pandangan mereka dalam membanteras perkara seperti ini boleh berlaku. Apabila ulama’ lantang bersuara, masyarakat Muslim terutamanya takut untuk melakukan kesalahan kerana bimbang ditegur oleh ulama’ terutamanya ulama’ yang terkenal. 11 S O L U S I Apa yang dapat disimpulkan daripada contoh-contoh sebelum ini adalah bahawasanya haram menyentuh anjing secara sengaja. Sebagai contoh,memegang anjing didalam lakonan adalah haram walaupun sekadar lakonan kerana tiada tujuan yang mustahak. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah, menyentuh anjing atau mengusap kepalanya dengan tujuan lakonan dalam filem dan juga program menyentuh anjing adalah tidak dibenarkan kerana dilakukan dengan sengaja tanpa sebab yang diizinkan oleh syara’. Oleh itu, kaedah ‘Darurat mengharuskan perkara yang dilarang’ juga tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana ketiadaan darurat untuk menyentuh anjing dalam kedua-ua contoh di atas. Jika menyentuhnya membawa kepada dosa dan sewajibnya menyamak tangan selepas sesi pengambaran dengan 7 kali basuhan air mutlak dan salah satu daripadanya air yang bercampur tanah.
FALSAFAH Majalah Bulanan K OMIK MENA R IK KOLEKSI PILIHAN 12
FALSAFAH Majalah Bulanan K OMIK MENA R IK KOLEKSI PILIHAN 13
FALSAFAH Majalah Bulanan KESIMPULAN Prinsip "Al-Darurah Tubih alMahzurat" mengizinkan individu untuk melanggar larangan agama atau hukum Islam tertentu dalam situasi darurat atau keadaan yang mengancam nyawa atau kesejahteraan mereka. Prinsip ini didasarkan pada prinsip perlindungan nyawa dan kesejahteraan individu. Penggunaan prinsip ini tidak boleh disalah gunakan, terbatas pada situasi darurat yang sesungguhnya dan dilakukan tanpa berlebihan. Prinsip ini tidak boleh disalahgunakan atau dijadikan pembenaran untuk melanggar hukum Islam dalam keadaan normal. 14
SUMBER RUJUKAN Osman, M. I. F. (2018, November 9). AL-KAFI # 886: MEMEGANG ANJING KETIKA DALAM LAKONAN. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al fatawi/2744-al-kafi-886-memegang-anjing-ketika dalam-lakonan Nordin, N. (2023, Julai 26). Tak takut jika babak pegang anjing jadi kontroversi. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/rap/2023/07/992002/ taktakut-jika-babak-pegang-anjing-jadi-kontroversi Ahmad Zaidi, H. (2023, Jun 12). Lewat bantuan CPR, berisiko alami kecederaan serius otak. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/hujung minggu/sihat/2023/06/1113488/lewat-bantuan-cpr berisiko-alami-kecederaan-serius-otak Abu Yamin, A. (2023, November 2) Rekod derma organ membimbangkan, jejas peluang pesakit sembuh. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/ 11/1172338/rekod-derma-organ-membimbangkan jejas-peluang-pesakit-sembuh 15
RM100 SM | RM 150 SS