The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by purplecolor79, 2024-05-11 11:58:36

HARI GURU 2024

HARI GURU 2024

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG RELANG 34520 BATU KURAU PERAK


Sambutan Hari Guru merupakan sambutan yang diadakan bagi meraikan para guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia merupakan program tahunan yang sering dilaksanakan. Bagi aktiviti pada bulan Mei, sambutan Hari Guru yang dirancang untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mentor dan mantee kelas masing – masing. Disekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar sebagai ibu bapa kerana guru bukan setakat melaksanakan Pdpc untuk membina ilmu, bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi penuh penghayatan dan pengajaran. Disebalik aktiviti yang dijalankan. Murid juga menggunakan kreativiti masing – masing untuk menyerlahkan bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Sambutan Hari Guru. Semoga aktiviti yang dijalankan memberikan erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan seorang guru. 1. Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru selaku mentor dengan mentee (pelajar) 2. Mentee dapat meraikan mentor masing-masing dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. 3. Semua guru dapat diraikan Hari Guru dengan penuh meriah melalui kerjasama


Pengerusi : En.Faizan B. Ahmat Naib Pengerusi 1 : Pn. Sufina Bt. Ahmad Sofi Naib Pengerusi 2 : En. Ahmad Kamal B. Abdul Wahab Naib Pengerusi 3 : Pn. Nuresmalia Bt. Ismail Setiausaha : Cik Nur Adillah bt Mohd Sharif Teks Ucapan Perutusan : Cik Nur Adillah Bt. Mohd Sharif Teks Doa : En. Khairol Ikhwan B. Mohd Yusof Kawalan Disiplin : En. Mohd Zaidi bin Hj Harun / Semua guru Sumbangan/ Bendahari : En. Nazmi B. Che Omar Teks Pengacara Majlis : Cik Nurul Syaza Bt. Abdullah Buku Program : Pn. Idzah Bt. Yahya Hadiah / Doorgift : Pn. Habibah Bt. Mohd Nor : Pn. Haslinda Bt. Nayan Permainan / Aktiviti : En. Ahmad Sobri B. Halim : En. Mohd Sofian B. Nordin Pentas / Backdrop : En. Mohamad Hafizuddin B. Che Soh Persembahan : Cik Nur Adillah Bt. Mohd Sharif : En. Khairulanuar B. Rumly Dokumentasi : Pn. Haslinda Bt. Nayan Fotografi : En.Khairol Ikhwan B. Mohd Yusof Jamuan : Pn. Idzah Bt. Yahya : Pn. Aisah Bt. Mustafa : Pn. Dayang Sariah Bt. Awang Dol : Pn. Noor Azimah binti Othaman


7.40 pagi : Semua murid bergerak ke Dewan Bakat 7.45 pagi : Semua murid berhimpun di dalam dewan 8.00 pagi : Perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan 8.10 pagi : Nyanyian lagu Negaraku : Ucapan alu-aluan pengacara majlis : Bacaan doa –En. Khairol Ikwan B. Mohd Yusof : Ucapan Wakil Murid - Muhammad Ammar Haikal : Ucapan Guru Besar -En. Faizan B. Ahmat : Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan - En. Ahmad Kamal B. Abdul Wahab, PKP : Bacaan Perutusan Pengarah Pendidikan - Pn. Nuresmalia Bt. Ismail, PK HEM : Ikrar Guru -En. Khairulanuar B. Rumly : Nyanyian lagu -Kami Guru Malaysia : Simbolik Sambutan Hari Guru : Persembahan Murid : Penyampaian cenderahati : Jamuan Sambutan Hari Guru 10.30 pagi : PdPc mengikut jadual masing-masing


Bahawasanya kami, Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami, Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti, Kepada masyarakat, Dan negara kami Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa


Kami Guru Malaysia, Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin, Putra putri negara kita Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama Membantu, membina, Negara yang tercinta Amanah yang diberi, Kami tak persiakan Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan


TERIMA KASIH diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kampung Relang tahun 2024 ini. Bunga raya di tengah pekan, Merah menyala menawan hati, Terima kasih atas didikan, Ilmu diberi tersemat di hati. Pohon kelapa tegak berdiri, Kelapa ditanam tepi bangunan, Ilmu di dunia terus dicari, Jasa guru dilupa jangan. Istana kota sebelas langkat, Tempat baharu Nakhoda Pekan, Sama kata sama sepakat, Hari guru mari raikan


Click to View FlipBook Version