Penasihat : En. Azizan b. Murad (Guru Besar)
Pengerusi : En. Aminuddin b. Baharom (YDP PIBG)
Setiausaha : En. Md Yazid b. Harun
Bendahari : Pn. Nur Amalina bt. Ahmad
AJK : En. Norhesam b. Suliman (PKP)
: En. Kamarul Ariffin b. Che Kamaluddin (PK HEM)
: En. Abdul Rani b Mat Assain @ Hashim (PK KOKO)
Pengacara Majlis : Pn. Haslinda Bt. Nayan
Bacaan Doa : En Nazmi bin Che Omar
Pendaftaran/ Buku Program: Pn Idzah binti Yahya
Perantara/ Teknikal/Media: En. Md Yazid b. Harun
En Norhesam b. Suliman
Pn Idzah binti Yahya
Backdrop: / Siaraya : En Mohd Sofian bin Nordin
En. Ahmad Sabri bin Halim
Fotografi / Laporan : En. Ahmad Sabri bin Halim
En. Md Yazid b. Harun
Pencatat Undian : En. Kamarul Ariffin b. Che Kamaluddin
En. Abdul Rani b Mat Assain @ Hashim
Pn. Nur Amalina bt. Ahmad
En. Khairulanuar b. Rumly
Pencatat Minit Mesyuarat : Pn Norjihan bt. Ishak
Pn. Shamsudiar bt. Sudin
Pn. Marliana bt. Mohd Rahim
9.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan guru (Google Form)
: Pautan Google Meet dibuka.
9.15 pagi : Majlis Bermula / Majlis Perasmian
: Ucapan alu-aluan pengacara majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Yang Dipertua PIBG
- En Aminuddin bin Baharom
: Ucapan Penasihat PIBG
- En Azizan bint Murad
10.00 pagi : Mesyuarat PIBG kali ke- 47 di jalankan.
11.30 pagi : Mesyuarat tamat. / Majlis bersurai
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung
tahun 2019 yang lalu
3. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan
berakhir 31hb. Disember 2019
4. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan 2019
5. Pembubaran AJK PIBG 2018/2020
6. Perlantikan AJK PIGB 2021/2023
7. Membahaskan usul
8. Ucapan penangguhan.
Tarikh : 12hb. MAC. 2019
Hari : SELASA
Masa : 4.00 Peteng
Tempat : Dewan Bakat SKKR
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
1.1. En. Aminuddin bin Baharom mengalu-alukan kedatangan semua
ahli yang hadir. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang
dapat meluangkan masa untuk hadir. Beliau mengharapkan semua yang
hadir dapat memberi buah fikiran yang berguna untuk menambah baik
setiap perkara yang dirancang kelak.
Tindakan : Maklumat Semua
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
2.1. Setiausaha PIBG Md Yazid b. Harun membentangkan minit mesyuarat
lalu untuk diterima dan disahkan.
2.2. En.Zulkifli bin Mohd Nor mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke
44 diterima dan disahkan.
2.3. En. Hassan bin Zakaria dan En. Mohd Adzhar b. Rohaizat menyokong.
Tindakan : Setiausaha
3. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
3.1.Nur Amalina binti Ahmad Bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan berakhir pada 31.12.2018 lalu untuk diterima dan disahkan.
3.2. Pn. Nor Dalila bt. Mohd Yusof mencadangkan agar penyata
kewangan diterima dan disahkan.
3.3. En. Ridhwan b. Abu Bakar dan En.Zulkifli bin Mohd Nor menyokong.
Tindakan : Setiausaha
4. Pembentangan aktiviti tahunan PIBG 2018/2019
4.1. En. Aminuddin bin Baharom selaku YDP PIBG membentangkan
aktiviti tahunan PIBG sesi 2018.
4.2. En. Mohd Fadeli b. Ayob mencadangkan penyata aktiviti tahunan
diterima.
4.3. Semua ahli setuju sebulat suara menerima usul tersebut.
Tindakan : Makluman
5. Membahaskan Usul
USUL 1 : MOHAMAD AMIN BIN HAMDAN
1. PASANGKAN CERMIN CEMBUNG BULAT DI HADAPAN SIMPANG SEKOLAH
2. MELETAKKAN SATU PAPAN PUTIH DI TEMPAT PONDOK MENUNGGU ANAK
SEKOLAH –Pencadang tidak hadir
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Pembawa usul perlu hadir dalam mesyuarat.
USUL 2 : ZULKEFLI BIN MOHD NOOR
1 TUISYEN UNTUK PELAJAR TAHUN 6
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Kelas Tuisyen telah pun di mulakan pada
5/3/2019
USUL 3 : NOR DALILA BINTI YUSOP
1. MENYEDIAKAN TEMPAT DUDUK UNTUK IBU BAPA MENUNGGU ANAK
PULANG DARI SEKOLAH DAN MEMPERBESARKAN LAGI RUANG MENUNGGU
UNTUK IBU BAPA.
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Tempat menunggu sekarang adalah tanah hak
milik persendirian, perlu mendapat kebenaran dari tuan tanah. Mohon
PIBG minta kebenaran bertulis dari tuan tanah.
Ulasan Dari YDP PIBG : Akan berbincang dan meminta kebenaran dari tuan
tanah. YDP mencadangkan kutipan dana RM10.00 (sepuluh ringgit sahaja)
setiap keluarga untuk membeli barang binaan dan membina secara
gotong-royong.
- Semua Ahli PIBG bersetuju sebulat suara.
USUL 4 : MOHAMAD FADELI B. AYOB
1. MENCADANGKAN MANA-MANA SYARIKAT PENJUALAN BUKU YANG
BERUNSURKAN KOMIK ATAU TAHTUL TIDAK DIBENARKAN, KECUALI BUKU-
BUKU YANG BERBENTUK ILMU YANG BERFAEDAH.
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Kebanyakan syarikat penjual buku tidak
berterus terang akan bahan yang akan dijual. Untuk itu, di masa akan
datang setiap Syarikat yang hendak menjual buku perlu pamerkan hanya
buku ilmiah yang tunjuk dan ditapis sahaja yang dibenarkan menjualnya.
Jualannya hanya pada masa waktu balik sekolah sahaja.
USUL 5 : NOOR MIZAWATI BIN MD KASSIM
1. MOHON PIHAK SEKOLAH MENAMBAH BAIK PONDOK MENUNGGU.
2. MOHON KERETA YANG SELALU DIPARKIR BERSEBELAHAN PONDOK DI
PARKIR DI TEMPAT LAIN KERANA MENYUSAHKAN IBU-IBU UNTUK KELUAR
MASUK.
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Pihak sekolah akan memaklumkan pada
pekerja agar memarkirkan kereta di dalam kawasan sekolah.
AJK PIBG akan mencadangkan 5 usul untuk dibahaskan iaitu ;
6.1 . AJK PIBG mengusulkan ketetapan wang sumbangan PIBG untuk tahun
2019 dan 2020 kekal iaitu sebanyak RM110.00 (ringgit Malaysia satu ratus
sepuluh sahaja) untuk setiap murid. Seperti ketentuan berikut:
Tajuk / Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Bil Jenis
Kutipan
Program 30.00 30.00
1. Peningkatan 30.00 30.00 30.00 30.00
Akademik
Sumbangan 30.00 30.00
Tahunan 30.00 30.00 30.00 30.00
2. PIBG
Sumbangan 50.00
Tahunan Untuk satu Keluarga
3. SARANA
Jumlah 110.00 110.00 110.00 110.00 110.00 110.00
Besar
En. Hassan bin Zakaria mencadangkan menerima usul tersebut dan
disokong oleh Semua ahli PIBG setuju sebulat suara menerima usul
tersebut.
6.2. Mohon murid yang menghilangkan atau merosakkan buku teks , pihak
penjaga menggantikan semula dengan nilai wang mengikut harga buku
ataupun dengan buku yang baru pada SPBT sekolah.
Semua ahli PIBG sebulat suara menerima usul tersebut.
6.3. Mengusulkan agar memohon pada pihak berkuasa untuk
membina bonggol, memasang cermin cembong dan lampu amaran
berklip di jalan utama kampung Relang.
Ulasan Dari YDP PIBG: Telah menghantar surat permohonan kepada
pihak JKR dan sedang tunggu keputusan dari JKR.
6.4. Mencadangkan memohon lampu jalan di hadapan Pondok Jaga dan
di Dataran Kejap demi untuk keselamatan murid.
Ulasan Dari YDP PIBG: Surat permohonan kepada pihak TNB telah pun
dihantar. Surat permohonan kepada Pengerusi MPKK akan dihantar.
6.5. Mencadangkan menggantikan 3 AJK PIBG lama tidak aktif dengan
yang baru yang boleh memberi kerjasama pada setiap program.
Ulasan Dari YDP PIBG: YDP telah memaklumkan pada ahli berkenaan.
Semua ahli berkenaan Akur atas kesibukan masa bekerja. Oleh itu YDP
memberi peluang ahli mencadangkan 3 ahli AJK PIBG yang baru.
Cikgu Yazid mencadangkan En. Hassan bin Zakaria menggantikan En.
Mohd Adzhar b. Rohaizat . Semua ahli PIBG setuju sebulat suara.
YDP mencadangkan Pn. Dalila bt. Yusof dan Pn. Noor Mizawati bt. Md.
Kassim menggantikan Pn. Nor Safina bt. Jaafar dan Pn. Maziah bt.
Awang Bahari . Semua ahli PIBG setuju sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha
7. Hal-hal lain.
7.1. En. Hassan memohon agar pihak sekolah memaklumkan pada waris
lebih awal sekiranya terdapat perubahan jadual.
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Berjanji akan menguruskan setiap
perubahan jadual akan dimaklumkan pada waris mengikut SOP sedia
ada. Setiap perubahan akan disertakan dengan surat rasmi kepada
waris.
7.2. Cikgu Puan Norjihan ingin memohon sumbangan dari tabung sarana
sebanyak RM500.00(lima ratus ringgit sahaja) secara one-off untuk
program bacaan.
Ulasan Dari YDP PIBG: Akan dibincangkan diperingkat AJK PIBG.
Ulasan Dari Penasihat PIBG: Mohon Pn. Norjihan sediakan kertas kerja
dan dibentangkan dalam mesyuarat AJK PIBG.
8. Ucapan Penangguhan
8.1. Puan Nor Amalina binti Ahmad selaku Bendahari PIBG mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang sudah
menyumbang sumbangan tabung. Walau bagaimanapun masih terdapat
segelintir yang tidak menjelaskan sumbangan tersebut. Hasil tabungan
ini digunakan untuk program yang betul-betul memerlukannya sahaja.
Digunakan oleh semua murid. Oleh itu diharapkan pada yang masih
belum menjelaskan sumbangan pada tahun lepas, dapatlah
menjelaskannya secepat mungkin walaupun secara ansuran demi
kemajuan anak-anak kita semua.
8.2. En. Aminuddin b. Baharom sebagai YDP PIBG mengharapkan
kerjasama dan terima kasih atas sokongan dan mengharapkan
kerjasama pada semua ahli PIBG bagi menjayakan setiap aktiviti yang
dijalankan. Beliau juga berterima kasih pada semua ibu bapa, guru-
guru dan jemputan yang berkorban masa demi kemajuan anak bangsa.
Jutaa terima kasih kepada kedai-kedai runcit yang berdekatan serta
orang perseorangan yang bermurah hari menyumbang hadiah cabutan
bertuah. Akhir sekali beliau memohon maaf sekiranya sepanjang
mengendalikan mesyuarat tersebut terdapat tersalah kata atau
tersinggung mana-mana pihak.
Mesyuarat ditangguh pada jam 5.00 petang.
Disediakan Oleh Disemak Oleh,
……tt…… ……tt……
(MD YAZID BIN HARUN) ( AMINUDDIN B. BAHAROM )
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG
SK. Kg. Relang, Sk. Kg. Relang,
34520 Batu Kurau, Perak. 34520 Batu Kurau, Perak.
USUL 1 : AJK PIBG mengusulkan tiada kutipan untuk tahun 2020. Kutipan
wang sumbangan PIBG hanya akan dikutip pada tahun 2022/23 iaitu
sebanyak RM100.00 (ringgit Malaysia satu ratus sahaja) Seperti ketentuan
berikut:
Tajuk / Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun
Bil Jenis 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) 4 (RM) 5 (RM) 6 (RM)
Kutipan
Program
1. Peningkatan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
Akademik
Sumbangan
2. Tahunan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
PIBG
Sumbangan 40.00
Untuk satu Keluarga
3. Tahunan
SARANA
Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
Besar
PENASIHAT : AZIZAN BIN MURAD (GURU BESAR SK. KG. RELANG)
YANG DIPERTUA : AMINUDDIN B. BAHAROM
NAIB YANG DIPERTUA : JAMALUDIN B. MOHD ASEK
SETIAUSAHA : MD YAZID B. HARUN
BENDAHARI : NUR AMALINA BT. AHMAD
AJK GURU :1. HASLINDA BT. NAYAN
2. KHAIRUL ANUAR B. RUMLY
3. MARLIANA BT. MOHD RAHIM
4. IDZAH BT. YAHYA
AJK IBU BAPA : 1. MOHD FADELI B. AYOB
2. MAHATHIR B. HASSAN
3. DALILA BT. YUSOF
4. MOHD AMIN B. HAMDAN
5. NOOR MIZAWATI BT. MD. KASSIM
6. USMAINI B. BAHARI
7. HASSAN BIN ZAKARIA
JURUAUDIT DALAMAN :1. NAZMI B. CHE OMAR
2 AHMAD ZAMRI B. ABDULLAH
1 Program Transisi Penyayang - Januari
2 Mesyuarat Agung PIBG –Mac 2019
3 Menjayakan Sukan tahunan - 2018/2019
4 Gotong-royong membina dan memperbaiki dua tempat menunggu
5 Gotong-royong menebang pokok di laluan masuk sekolah
6 Majlis bacaan Yassin Perdana 2019
7 Penyerahan Bantuan Makanan- Mei 2020
Jawatankuasa PIBG SK Kampung Relang dengan rendah diri mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, ibu bapa dan penjaga termasuk
semua individu-individu yang terlibat dengan perjalanan MESYUARAT AGUNG
PIBG 2010 / 2021 ini. Semoga anda dirahmati dan dilindungi daripada wabak
Covid19
Akhir kata, jaga diri anda dan keluarga , patuhi SOP yang ditetapkan dan
sentiasa berdoa agar pandemik Covid19 berakhir segera. Insyaallah.