The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifulwkq1717, 2019-01-10 00:05:27

Minit Mesyuarat. koop kali ketiga 2018

Minit Mesyuarat. koop kali ketiga 2018

Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi
Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur Bhd

Kali Ketiga Tahun 2018

___________________________________________________________________________

Tarikh : 10 Ogos 2018
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Jubah
Kehadiran : Sila Rujuk Lampiran

Bil. Agenda Makluman /
Tindakan

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuat terima kasih atas kehadiran semua
ALK kerana dapat meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat
pada kali ini .

1.2 Beliau meminta semua ALK membaca surah al-fatihah bagi Makluman
memberkati majlis.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Kovokesyen Kolej
Vokasional peringkat Zon Tengah akan diadakan pada bulan Sept
bertempat diadakan di USIM .

2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lepas Makluman

2.1 Puan Elizawati binti Abdullah mencadangkan minit mesyuarat
kali kedua tahun 2018 disahkan.

2.2 En. Mohd Faisal bin Harun menyokong cadangan tersebut.

3. Pengagihan tugas AJK Jubah Konvo AJK Jubah

3.1 Pengerusi meminta semua AJK jubah dapat melaksanakan tugas
dengan baik bagi memastikan kelancaran pengagihan jubah
kepada pelajar.

3.2 Beliau juga ingin memastikan bilik jubah sentiasa dalam keadaan
kemas dan bersih kerana ianya akan merosakkan jubah jika tidak
dijaga dengan baik.

3.3 Pn. Najwa memaklumkan bahawa AJK jubah akan melaksanakan
melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan
bilik dan jubah sentiasa dalam keadaan bersih .

1

3.4 Pn. Najwa memaklumkan bahawa senarai tugas akan diagihkan
kepada semua ALK seminggu sebelum pangagihan jubah kepada
pelajar dilakukan .

3.5 En. Mohd Nor memaklumkan bahawa pelajar dikehendaki AJK Jubah
memulangkan semula jubah selepas tamat majlis Konvokesyen
pada hari tersebut bertempat di USIM.

3.6 AJK bertugas perlu memastikan tempat yang sesuai bagi proses
pemulangan jubah dan memaklumkan kepada semua pensyarah
kelas untuk disampaikan kepada pelajar masing-masing.

4. Jadual bertugas semasa konvo .

4.1 Pengerusi meminta supaya diadakan jadual bertugas semasa hari Pn. Hasnita
Konvokesyen bagi meringankan beban tugas pensyarah yang
bertugas pada hari tersebut.

4.2 En. Mohd Nor memaklumkan bahawa seramai 6 orang pelajar En. Mohd Nor
yang akan membantu pensyarah bertugas bagi proses pemungutan
jubah dilakukan selepas tamat majlis konvokesyen pada setiap
hari majlis konvokesyen berlangsung .

4.2 Pensyarah bertugas akan dikehendaki hadir mengikutt jadual yang Semua AJK
akan ditetapkan .Sekiranya ada apa-apa masalah boleh
maklumkan kepada Pn. Hasnita atau Pn. Najwa untuk tindakan
selanjutnya.

5. Gerai jualan di tapak konvo

5.1 Pengerusi meminta supaya Koperasi KV Setapak menjalankan
urusniaga pada hari majlis Konvokesyen yang diadakan di USIM.

5.2 Urusan sewaan tapak boleh berhubung terus dengan urusetia En. Mohd Nor
jualan dari KV Shah Alam .

5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa satu khemah boleh
menempatkan empat buah gerai jualan . Beliau mencadangkan
supaya koperasi mengambil satu atau dua gerai bergantung kepada
kesesuaian .

6. Baju korporat tahun 3 2019 En .Mohd Nor

6.1 Koperasi perlu memastikan baju korporat pelajar tahun 3 akan
dibuat tempahan awal supaya semua pelajar dapat memakainya
pada hari pendaftaran pelajar Diploma 2019.

2

6.2 Baju korporat tahun 3 perlu diserahkan kepada pelajar sebelum AJK Jualan
tamat pengajian tahun 2018 supaya pelajar dapat memakainya
pada hari pendaftaran Diploma pada Jan 2019. Bendahari
AJK Jubah
7. Hal-hal lain

7.1 Penyarah bertugas semasa hari Konvokesyen akan diberikan elaun
bertugas .

7.2 Jubah yang telah digunakan semasa majlis konvokesyen perlu
segera dibersihkan dengan menghantar ke kedai dobi dan
digantung seperti sediakala mengikut saiz.

8. Ucapan penangguhan

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

3

LAMPIRAN

Senarai kehadiran mesyuarat kali ketiga tahun 2018

1. En. Ruslan bin Zainudin ( Pengerusi )
2. En. Mohamad Ghazali Bin Abd Kadir (Naib Pengerusi)
3. En. Mohd Nor Bin Seman (Setiausaha)
4. Pn. Hasnita Binti Ali (Bendahari)
5. Pn. Siti Norlizawati Binti Mohamed Rajib
6. Pn. Elizawati Binti Abdullah
7. En. Mohd Zuki Bin Mohamad
8. En. Faisal Bin Harun
9. En. Shahril Bin Sahbudin
10. Cik Wan Norfarah Waheeda Binti Tuan Ismail
11. Puan Nurul Najwa Binti Mohd Shukri
12. Pn Eliana binti Alias
13. Asiah bt. Abdullah
14. Siti Noriah Hatun binti Shamsuri
15. Pia A/P Munusamy

4


Click to View FlipBook Version