SEjarah pilihan raya di
malaysia
Sejarah Pilihan Raya
Pada 16 Februari 1952, berlakunya pilihan raya perbandaran di
Kuala Lumpur. Pilihan raya ini merupakan susulan daripada
Perjanjian Tanah Melayu 1948. Berlakunya perjanjian ini
disebabkan oleh bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Namun begitu, pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran
yang pertama. Pada 27 Julai 1955,berlangsungnya pilihan raya
persekutuan yang pertama di Tanah Melayu. Antara parti yang
mengambil bahagian ialah Parti Perikatan yang terdiri daripada
UMNO ,MCA , MIC. Selain itu , terdapat parti lain yang turut serta
seperti Parti Negara yang diasaskan oleh Datuk Onn dan Parti
Islam se-tanah Melayu (PAS) . Terdapat parti-parti lain yang
mengambil bahagian dalam pilihan raya ini antaranya ialah Parti
Buruh ,Parti Kemajuan Perak ( Kemudian menjadi Parti Kemajuan
Rakyat) , Pertubuhan Kebangsaan Perak dan pertubuhan Melayu.
Jalan cerita:
Sebelum Tanah Melayu merdeka, Pilihan raya hanya dijalankan di
peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1951 iaitu di George Town
Pulau Pinang pada Disember 1951 . Pilihan raya ini bertujuan untuk
memilih perwakilan di peringkat kerajaan tempatan. Kemudiannya
pada zaman pilihan raya merdeka , ancaman komunis dalam keadaan
terkawal, Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan
pada Februari 1952. Pilihan raya ini adalah proses latihan awal ke arah
mentadbir Kerajaan dan membentuk kerajaan yang berlandaskan
demokrasi. Pada Julai 1955, Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955 telah diadakan dan merupakan pilihan raya umum
yang pertama untuk Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak 52 kerusi
telah dipertandingkan . Dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan
telah memenangi 51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam
Semalaysia (PAS).
Dengan kemenangan ini, Parti Perikatan secara automatiknya
memenuhi matlamat menjadi kumpulan majoriti dalam Majlis
Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah
kerajaan. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
pada tahun 1957, pilihanraya telah diadakan lima tahun sekali. Walau
bagaimanapun, setelah kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura
pada tahun 1963, Pilihan Raya Umum yang pertama yang melibatkan
seluruh negeri di dalam Malaysia telah diadakan pada 13 Mei 1969.
Malangnya pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut telah
menimbulkan tragedi hitam yang diingati sehingga ke hari ini. Akibat
daripada peristiwa tersebut, darurat telah diisytiharkan. Semua
pilihanraya yang masih belum selesai pada ketika itu dihentikan
termasuk yang diadakan di Sabah dan Sarawak.Namun setelah
Singapura menarik diri daripada Penubuhan Malaysia, sistem politik
negara kembali pulih dan pilihanraya tetap diadakan lima tahun sekali
setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
KONFLIK
Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak
kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan
kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak
tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali
pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum.
Namun begitu, terjadinya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 di mana berlakunya
insiden rusuhan kaum dan masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei
1969". Ianya merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang
Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang mahu mendapatkan faedah
daripadanya dalam pilihan raya.
Pada pilihan raya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan
MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk
kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu
kemenangan yang besar buat mereka.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, mereka melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian
tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar daripadanya ialah kaum Cina
dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit
polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui
kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar
orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tenggelamnya kapal Perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti
Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan
penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan
bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul
7.30 malam, 13 Mei 1969.
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari
Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri
besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta
dalam perarakan ini. Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran),
pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan
pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung
Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke
arah mereka.
Pasukan FRU dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk
mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas
pemedih mata, perintah berkurung 24 jam diumumkan oleh radio pada
pukul 7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam. Perintah tembak
dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar mula
meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang
tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang
ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri. Laporan
wartawan asing menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan
tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa
sebab.
Pada hari seterusnya, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80
orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan
majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami
luka teruk akibat tetakan dan juga tembusan peluru. Malah mayat orang
yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai
Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak,
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada
sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,
Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang
Dipertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan
Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari
mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara
tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan
Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
PENGGARAPAN SETIAP KARAKTER
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Pada waktu pemulaaan pimpinan Tunku, tugas terpenting Tunku ialah
menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan bangsa Melayu dan
MCA (Pertubuhan Cina Tanah Melayu) yang ditubuhkan pada tahun 1952 di
kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA telah
memberi kemenangan kepada kedua-duanya.
Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC (Kongres India
Tanah Melayu) sebagai mewakili kaum India. Dengan pertubuhan Perikatan ini
semua kaum-kaum yang penting adalah terwakil dalam sebuah badan politik yang
terbesar bergerak menuju kemerdekaan.
Kata sepakat yang dahulunya susah untuk dicapai kerana parti-parti tidak
mempunyai pendapat yang sama, sekarang boleh diselesaikan secara konsensus
dalam Perikatan. Soal kerakyatan ditimbulkan dimana bukan Melayu
menghendaki kelonggaran yang lebih sedangkan orang Melayu mempertahankan
syarat-syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa bagi orang-
orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas
dasar pelajaran kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi.
.TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
Ketokohan Tun Abdul Razak tidak terbatas kepada soal-soal dalam negara sahaja. Tun
sedar akan kepentingan membentuk satu dasar luar yang berkesan untuk menjamin
keselamatan negara dan rantau Asia Tenggara. Dalam masa yang singkat, Tun
meletakkan asas-asas bagi dasar luar Malaysia yang bebas dan aktif, bertujuan
menjalin persahabatan dengan semua negara-negara yang menghormati serta ingin
bersahabat dengan Malaysia tanpa mengira ideologi politik atau sistem sosial
mereka.
Hasil dari daya pemikiran Tun, dasar pengecualian Asia Tenggara telah dilahirkan
pada tahun 1971. Dasar ini menekankan rantau ini perlu dijadikan kawasan aman,
bebas dan berkecuali. Tun juga telah merintis jalan mengadakan dasar yang lebih
realistik terhadap Republic Rakyat China. Pada bulan Mei 1974, Tun telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara yang berkenaan bertujuan
menjalin perhubungan diplomatik dengannya. Langkah ini membawa implikasi politik
yang penting dalam hubungan antara kedua negara dan serantau.
Dalam tahun 1971 yang bersejarah itu juga, dasar kebudayaan nasional telah
diperkenalkan oleh Tun. Kebudayaan ini adalah berteraskan unsur-unsur tempatan
rantau ini, Islam dan unsur-unsur yang sesuai dari kebudayaan-kebudayaan lain
TUN HUSSEIN ON
Dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada tahun 1978, Ba
risan Nasional yang bermanifesto “A man whom you can trust” (Tun Hussein) telah beroleh
kejayaan yang cemerlang dengan 131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping
menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.
Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan
perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi
cabaran-cabaran yang timbul. Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil
beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di
samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-
elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis. Bagi kemajuan parti, Tun
Hussein telah melancarkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada bulan Mei 1977. Koperasi ini
menerima keahlian daripada kalangan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu umumnya dengan
tujuan memesatkan lagi penyertaan orang-orang Melayu dalam ekonomi.
Setelah memangku jawatan Presiden selama dua tahun, Tun Hussein Onn dipilih menjadi
Presiden UMNO yang ke-4 dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam tahun 1978. Beliau telah
menewaskan penentangnya, Tuan Haji Sulaiman Palestin dengan memperolehi majoriti yang
besar.
LATAR BELAKANG
TUNKU ABDUL RAHMAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ DIPUTERAKAN PADA 8 FEBRUARI 1903 DI ALOR
STAR, KEDAH. TUNKU MERUPAKAN PUTERA KE-20 KEPADA SULTAN ABDUL HAMID
HALIMSHAH, SULTAN KEDAH YANG KE-24 DAN ISTERI BELIAU IAITU BONDA KEPADA
TUNKU ABDUL RAHMAN BERNAMA NEARNG ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI MAKCHE
MENJALARA.
PADA USIANYA ENAM TAHUN BELAJAR DI SALAH SEBUAH SEKOLAH MELAYU DI ALOR
STAR DAN KEMUDIAN SEKOLAH GOVERNMENT ENGLISH SCHOOL. PADA TAHUN 1913,
KETIKA TUNKU BERUSIA SEPULUH TAHUN, BONDANYA MENGHANTARNYA KE BANGKOK
UNTUK TINGGAL BERSAMA-SAMA KAKANDA SULUNGNYA TUNKU YUSUF YANG SEDANG
BERTUGAS DISITU. BELIAU TELAH DIMASUKKAN KE SEKOLAH DEBSURIN.
KEMUDIANNYA TUNKU PULANG KE KEDAH DAN MENYAMBUNG PELAJARAN DI SEKOLAH
MELAYU PADA TAHUN 1916, SEBELUM MEMASUKI PENANG FREE SCHOOL. SEMASA USIA
TUNKU TUJUH BELAS TAHUN, BELIAU DIHANTAR OLEH KELUARGANYA KE SEBERANG
LAUT UNTUK MENUNTUT PELAJARAN DI ST. CATHERINE’S COLLEGE, UNIVERSITI
CAMBRIDGE, ENGLAND.
BELIAU ADALAH ORANG MELAYU YANG PERTAMA DARI KEDAH YANG LULUS DARI
SESEBUAH UNIVERSITI INGGERIS PADA TAHUN 1925 DENGAN MENDAPAT IJAZAH
SARJANA MUDA DALAM UNDANG-UNDANG DAN SEJARAH DARI UNIVERSITI CAMBRIDGE.
PADA TAHUN 1926 BELIAU PULANG KE TANAH MELAYU TETAPI EMPAT BULAN
KEMUDIAN
.TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
TUN ABDUL RAZAK BIN DATUK HUSSEIN YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI ‘BAPA
PEMBANGUNAN’ TELAH DILAHIRKAN PADA 11 MAC 1922 DI PULAU KELADI, PEKAN,
PAHANG. NAMA ABDUL RAZAK ITU BERMAKNA, ‘HAMBA ALLAH’, MAKA BENARLAH
BELIAU SENTIASA MEMIKIR DAN BEKERJA MENURUT SURUHAN ALLAH DI MANA
SENTIASA MEMIKIR DAN BERUSAHA MEMBAIKI KEHIDUPAN RAKYAT JELATA. BAPA
BELIAU DIGELAR ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR DATUK HUSSEIN BIN MOHD
TAIB IAITU DARIPADA KETURUNAN PAHLAWAN SULAWESI, INDONESIA YANG
DATANG KE TANAH MELAYU UNTUK BERDAGANG DAN KEMUDIAN MENETAP DI
PAHANG. IBU TUN ABDUL RAZAK BERNAMA HAJAH TEH BINTI DAUD DAN
MERUPAKAN ORANG BIASA. TUN ABDUL RAZAK ADALAH DARIPADA KELUARGA
YANG BERTARAF BANGSAWAN DAN HIDUP DALAM SERBA KEMEWAHAN. OLEH ITU,
KELUARGA BELIAU AMAT DISEGANI DI KALANGAN PENDUDUK PEKAN, PAHANG.
MESKIPUN DILAHIRKAN DALAM KELUARGA BANGSAWAN, TUN ABDUL RAZAK
MENJALANI KEHIDUPAN YANG TIDAK BERBEZA DARIPADA ORANG LAIN. BELIAU
DIBESARKAN SECARA SEDERHANA KERAN BAPANYA TIDAK MAHU BELIAU HIDUP
DALAM KEMEWAHAN. DI PERINGKAT AWAL ZAMAN KANAK-KANAK, BELIAU TINGGAL
DI PULAU KELADI, PEKAN, PAHANG IAITU RUMAH DATUKNYA. APABILA BAPA
BELIAU TELAH DINAIKKAN PANGKAT DAN DIPINDAHKAN KE TEMERLOH, PAHANG,
TUN ABDUL RAZAK TELAH DIHANTAR UNTUK TINGGAL BERSAMA DATUK SEBELAH
BAPANYA DI KAMPUNG JAMBU, LANGGAR, PEKAN DALAM SUASANA KAMPUNG
YANG PENUH DISIPLIN.
.TUN HUSSEIN ONN
TUN HUSSEIN ONN DILAHIRKAN PADA 12HB FEBRUARI, 1922 DI JOHOR
BAHRU. BELIAU ADALAH ANAK SULUNG DATUK ONN BIN JA’AFAR DAN DATIN
HALIMAH BINTI HUSSEIN YANG MEMPUNYAI LAPAN ORANG ANAK. BELIAU
MENDAPAT DIDIKAN AWAL DI SINGAPURA DAN PELAJARAN MENENGAHNYA DI
ENGLISH COLLEGE, JOHOR BAHRU. SELEPAS TAMAT SEKOLAH PADA TAHUN
1940, BELIAU BERKHIDMAT SEBAGAI KADET DALAM PASUKAN TIMBALAN
SETIA NEGERI JOHOR. PADA AWAL TAHUN 1941, BELIAU DIHANTAR KE
AKADEMI TENTERA DI DEHRA DUN, INDIA DAN MENERIMA TAULIAH PADA
TAHUN 1942. SELEPAS ITU BELIAU MENYERTAI REGIMENT HYDRABAD KE-19
DI INDIA.
BELIAU PULANG KE MALAYA PADA TAHUN 1945 DAN BERTUGAS SEBAGAI
KOMANDEN POLIS DEPOT, JOHOR BAHRU. SELEPAS ENAM BULAN DI DALAM
PERKHIDMATAN TENTERA DI MALAYA, BELIAU MEMASUKI PERKHIDMATAN
PENTADBIRAN MELAYU SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PENTADBIR DI DAERAH
SEGAMAT DAN KEMUDIAN SEBAGAI PEGAWAI DAERAH DI KUALA SELANGOR
DAN KELANG. KETIKA ITU BRITISH SEDANG MENGEMUKAKAN RANCANGAN
MALAYAN UNION DAN DATUK ONN SENDIRI MEMAINKAN PERANAN PENTING
MENENTANG MALAYAN UNION DENGAN MENUBUHKAN UMNO.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
1 31/8/1957-22/9/1970
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
2
22/9/1970-14/1/1976
TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
3 15/1/1976-16/7/1981
TUN HUSSEIN ONN
4
16/7/1981-30/10/2003
TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
5 31/10/2003-3/4/2009
TUN ABDULLAH AHMAD
BADAWI
6
3/4/2009-9/5/2018
DATUK SERI NAJIB TUN
RAZAK
7
10/5/2018-24/2/2020
TUN DR.MAHATHIR
MOHAMAD
8
1/3/2020-KINI
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
KESIMPULAN
SEJARAH PILIHAN RAYA SESUNGGUHNYA
MENDATANGKAN BANYAK KEBAIKAN KEPADA
RAKYAT NEGARA INI. SISTEM INI TELAH
MEWUJUDKAN SUASANA POLITIK YANG
STABIL.SELAIN ITU, SETIAP INDIVIDU JUGA
AKAN DILINDUNGI KEDUDUKANNYA DAN BOLEH
MENGGUNAKAN HAK MEREKA UNTUK
MENENTUKAN TAMPUK PEMERITAHAN NEGARA.
DIHARAPKAN SETIAP WARGANEGARA AKAN
SENTIASA BEKERJASAMA BAGI MEMBOLEHKAN
KONSEP DEMOKRASI INI TERUS WUJUD.
RUJUKAN
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/MOBILE/ANEP
HANIFFMSML/GROUP-4-AZIM-FARIS