TERLEPAS PANDANG EMMELDHA JASSIEDA
SEKALUNG PENGHARGAAN EMMELDHA JASSIEDA ANAK JACKSON PS2T2-9 DR. NOOR HAYATI CHE MAT DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083) Saya mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Drama dalam Pendidikan kerana telah memberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan buku cerita Terlepas Pandang ini.Di samping itu, tidak lupa juga dengan rakan-rakan sekelas PS2T2-9 kerana memberikan pendapat yang bernas sepanjang proses penyiapan buku ini. Sekian terima kasih
Terlepas pandang mengisahkan dua orang adik beradik yang berlainan sifat dan juga minat. Mereka berdua mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Suatu hari, ibu bapa mereka terpaksa meninggalkan mereka berdua untuk mencari tempat tinggal yang baru. Katak betina bernama Punya dan abangnya bernama Zubir hidup berdikari dan melakukan kehidupan seharian mereka seperti biasa. Pada satu hari, Punya telah mendapat risalah ujibakat di mana mereka perlu menunjukkan bakat terpendam mereka. Dia berasa sangat tertarik dengan ujibakat tersebut lalu berlatih bersungguhsungguh. Namun begitu, sesuatu kejadian telah menimpa Punya sewaktu menjalankan latihan. Seekor ular tedung yang sangat sasa menjalar dengan deras untuk memakan Punya yang sedang khusyuk bernyanyi. Apakah perkara yang terjadi sehingga menyababkan Punya berasa insaf atas sikapnya yang tamak itu? Sinopsis
W A T A K D A N P E R W A T A K A N Seekor katak betina. Adik kepada Zubir. Punya tidak memiliki suara yang sedap. Bersikap sombong dan bongkak terhadap keindahan suaranya. Berani untuk mengambil resiko. Seekor katak jantan. Abang kepada Punya. Mempunyai bakat dalam pertukangan membuat senjata tajam. Sangat menyanyangi adiknya meskipun selalu bersikap angkuh terhadapnya. Mempunyai suara yang sangat sedap. Seekor ular tedung yang suka menipu. Ular yang suka mengambil kesempatan terhadap sesuatu perkara. Mempunyai tubuh yang sangat sasa namun susah untuk mendapat makanan. PUNYA ZABIR NIPAN
W A T A K D A N P E R W A T A K A N Bercakap bohong atas permintaan Zubir. Kawan rapat Zubir Sentiasa mendengar luahan Zubir. Terdengar nyanyian Punya lalu terpaksa memujinya. Bertanggungjawab kerana mengedarkan risalah. Baik hati apabila tidak membalas percakapan Punya walaupun menguris harinya. JUMARI HANIM
BABAK 1
Pada suatu ketika, di pinggir sebuah hutan tinggal sebuah keluarga katak yang sangat bahagia. Ayah dan ibu katak sentiasa mengajar kedua-dua orang anaknya iaitu Punya iaitu katak betina dan Zubir iaitu katak jantan untuk bersikap baik dengan orang lain. Namun begitu, pada satu hari, ibu dan bapa katak tersebut terpaksa pergi ke luar ibu kota untuk mencari rumah baru untuk mereka sekeluarga. Mereka berdua terpaksa tinggal di kampung tersebut untuk menjaga rumah mereka.
Punya dan Zubir bagai nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana tidak mempunyai minat yang sama. Katak betina lebih gemar untuk bermain alat muzik dan bernyanyi manakala abangnya sangat menyukai bidang pertukangan. Pada suatu hari, Punya sudah berasa puas mendengar bunyi bising yang seakan-akan gempa bumi dilakukan oleh abangnya setiap hari. “Oi, awak bising sangatlah setiap hari saya dengar bunyi yang sama, saya nak tidur waktu petang pun terganggu. Jangan pentingkan diri sendiri boleh tak!” , tengking Punya terhadap abangnya.
Ya, saya tahu, adik kita bagai langit dan bumi, mempunyai minat yang berlainan, sekejap lagi abang berhenti. Namun begitu, Zubir hanya terdiam seketika lalu meneruskan kembali perjuangannya untuk menyiapkan sebilah parang. Zubir sangat menyayangi adiknya, sehingga terpaksa menyorokkan tentang sesuatu perkara terhadapnya menyebabkan dia sentiasa mengelamun dan ragu-ragu membuat keputusan. Awak ni, bising sangat, menyusahkan orang. Telinga saya ini sudah sakit sangat.
Mentang-mentang ibu ayah tidak ada di rumah suka hati dia membuat bising.
BABAK 2
Satu hari, Punya pergi menuju ke kawasan kolam tanpa pengetahuan abangnya untuk mencari makanan. Tiba-tiba dia terserempak dengan Nipan yang sedang melilit dirinya di atas dahan. Eh, Nipan awak buat apa tu? Punya rupanya, ingatkan siapa tadi, tak ada saya di sini nak bina sarang. Nipan berbohong mengatakan dirnya ingin membuat sarang rumah, tetapi sebenarnya dia berasa sangat lapar dan ingin memakan anak burung yang ada di pokok tersebut. Namun begitu, Punya tidak melihat keberadaan anak burung di atas dahan itu kerana terlalu tinggi.
Punya pun terus pergi menuju ke kolam berdekatan lalu ternampak seekor belalang yang sedang memegang sehelai kertas. Dia berasa tertarik dengan risalah yang dipegang oleh belalang kerana ada tertulis ujibakat kembangkan potensi. Ujibakat itu akan dijalankan pada hujung minggu ini, jadi katak betina itu beranggapan bahawa dia sempat untuk berlatih lagi. Dia terus menunjukkan rasa bongkak dan sombong dengan kebolehannya menyanyi kepada belalang. Benarkah, baiklah saya nak pergi menuju ke kolam itu mencari makanan. Baiklah, Punya kalau ada masa kita berjumpa lagi ya
H a i b e l a l a n g , s a y a p a s t i s a y a a k a n l u l u s u j i b a k a t i n i n a n t i . S u a r a s a y a s a n g a t s e d a p d a n l u n a k u n t u k d i d e n g a r i . N a n t i k a l a u a d a m a s a s a y a a k a n b e r l a t i h d i k o l a m i n i , b o l e h k a w a n - k a w a n i k a n s a y a m e l i h a t s a y a m e n y a n y i Belalang hanya mengangguk dan tersenyum kerana dia malas untuk berkata banyak. Dia sentiasa bertemu dengan orang yang berlagak dan sombong.
BABAK 3 22TH JUNE
Keesokkan paginya, Punya pergi ke kolam itu untuk berlatih menyanyi, sesudah dia tiba disitu dia terus bernyanyi. Kupetik bintang-bintang Biarpun banyak halangan Rela tempuhi segalanya Onak yang kupijak bagai tak terasa. Siapakah empunya suara yang bagai bunyi perian pecah ini, tak sukanya.
Jumari merupakan kawan baik kepada Zubir sejak kecil kerana mereka selalu bermain bersama-sama. Tetapi semenjak keluarga Zubir merantau, dia terpaksa duduk dan menjaga rumah. Jumari terus berenang ke dasar untuk melihat siapakah empunya suara itu. Ternyata, dia ternampak Punya sedang berlatih bernyanyi di situ, lalu teringat akan pesanan Zubir bahawa dia terpaksa memuji suara adiknya, kerana dia sangat menyayangi adiknya itu. Namun begitu, Jumari terkenang akan segala kebaikan yang dilakukan oleh katak jantan itu, sehingga dia turut memuji adik Zubir tanpa seribu persoalan. Kupetik bintang-bintang Biarpun banyak halangan Rela tempuhi segalanya Onak yang kupijak bagai tak terasa. Wah, merdu bertingkah alunan suara, sampai tak sedar siapakah orangnya.
Menarik sungguh suara awak Punya, saya rasa awak memang layak mengikuti uji bakat yang diajurkan tak lama lagi. Namun begitu, kemerduan suara awak mesti dapat menyebabkan Nipan Si Ular Tedung tidur dengan lena . Hahaha…Itulah saya, wanita cantik tampak berseri anggun bergaya bernama Punya
Betul juga, baiklah bagus juga cadangan awak. Boleh saya cari makan dengan keasyikan suara saya ini. Terima kasih Jumari.
BABAK 4 22TH JUNE
Kemudian, Punya pun terserempak dengan ular tedung yang sedang nyenyak tidur, lalu berniat untuk berseloka dengan harapan ular tersebut bangun dan memuji suaranya. Aduhai malang, malang Pak Kadok, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pergi kebuluran.
Ular yang nyenyak tidur pun terbangun dan berasa sangat marah kerana lapar. Dia terus menjalar deras menuju ke arah Punya yang sibuk menyanyi. Sepintas lalu sahaja, Zubir melibas memotong ekor ular tedung itu menggunakan sebilah pisau yang dibuatnya.
Ular itu pun meraung kesakitan lalu pergi menjalar menusur ke arah hutan tebal. Punya hanya berdiri kaku tergamam dengan apa yang berlaku. Sejak daripada kejadian tu, Punya sedar akan suara buruknya itu mampu menyakiti orang lain.
Punya, awak sedar tak apa yang awak lakukan ini, bahaya sangatlah bahaya. Ular ini musuh kita, jangan mudah percaya! Itu pertama kali dia melihat abangnya menaikkan suara kepadanya. Dia berasa sangat malu kerana berisikap acuh tak acuh apabila bersama dengan abangnya. Punya terus berlari menghilangkan diri meninggalkan abangnya itu.
Pada hari uji bakat tersebut, Punya tidak menghadirkan diri kerana malu dengan kejadian itu. Hal ini menyebabkan abangnya terpaksa mengantikkannya, meskipun tidak mempunyai keberanian, Zubir tetap bernyanyi untuk mengantikan tempat adiknya. Semua peserta dan penonton tergamam mendengar suara Zubir yang sangat merdu dan vokal yang sangat padu.
Lontaran suara yang lunak berjaya menyebabkan Punya pergi ke uji bakat itu. Dia terkejut apabila dia melihat abangnya berada di atas pentas.
BABAK 5 22TH JUNE
Selepas selesai membuat persembahan, Punya melompat dengan cepat menuju ke arah abang lalu memeluknya dengan erat. Dia menangis dengan kuat sekali, kerana dia menyesal melayan abangnya dengan jahat dan sombong selama ini. Ibu bapa mereka sentiasa mengajarkan benda yang baik tetapi dia tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang tua mereka. Punya, nak minta maaf dengan apa yang saya sudah lakukan terhadap abang, tetapi mengapa abang sentiasa memuji suara adik. Maafkan abang, kerana tidak sanggup berkata benar abang sayangkan kamu. Setiap petang ketika kamu berada di luar abang akan bertukang sambil bernyanyi.
Keputusan pemenang telah diumumkan, Zubir pun di anugerahi sebuah beg besar yang berisi duit syiling emas.
Mereka pun pulang ke rumah apabila mendengar khabar berita bahawa orang tua mereka menuju pulang ke rumah membawa seribu cerita. Punya dan Zabir sama-sama bermonolong bahawa mereka berdua sama-sama terlepas pandang dengan sesuatu yang terjadi antara mereka berdua.
Abang, saya sudah mula pandai memasak. Wah, rajinya adik abang. Semasa berada di rumah, Punya ingin mengubah minatnya untuk belajar memasak dan Zabir mahu meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan aktif dalam bidang pertukangan. Dia berharap agar ikatan kekeluargaan mereka tidak pernah putus.
Pengajaran: Kita janganlah bersikap tamak dan sombong terhadap kebolehan diri sendiri kerana ada orang lain yang lebih bagus daripada kita.
TAMAT