The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMAD DANISH BIN NORAHAIRUZAN
BAHASA MELAYU (B)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norahairuzandanish, 2023-02-22 03:53:22

PB1_Danish0032_BMB_Pantun Budi

MUHAMAD DANISH BIN NORAHAIRUZAN
BAHASA MELAYU (B)

PANTUN BUDI BMMB1104 Puan Hjh. Roziah binti Hj. Ramli DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD DANISH BIN NORAHAIRUZAN KELAS : BAHASA MELAYU (B) ANGKA GILIRAN : 2022232310032


1 PENGENALAN ISI KANDUNGAN 2 TAKRIF KESUSASTERAAN 3 PERKEMBANGAN PUISI TRADISIONAL 4 TAKRIF PUISI TRADISIONAL 5 DEFINISI PANTUN 6 JENIS PANTUN 7 BENTUK PANTUN 8 FUNGSI SASTERA MELAYU 9 PANTUN BUDI 10 MANIFESTASI AKAL BUDI 11 RUMUSAN 12 RUJUKAN


Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya yang telah melalui fasa evolusi dari semasa ke semasa dan akhirnya menjadi suatu karya yang agong dan estetik. Karya sastera ini merupakan salah satu karya turun-temurun dari nenek moyang orang Melayu. Karya ini seharusnya terus berkembang dan digunakan walaupun dalam era yang berbeza berbanding dahulu. Ilmu sastera perlu didalami agar dapat memahami kesemua isi-isi tersirat, istilah lama, serta bahasa yang estetik. Menurut Abu Bakar Hamid (1997:13) sastera merupakan satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. PENGENALAN


TAKRIF KESUSASTERAAN


TAKRIF DARI BAHASA SANSKRIT DAN BAHASA INGGERIS Berasal daripada perkataan Sastera yang bermaksud segala yang tertulis, bernilai seni dan estetika untuk memberi pengajaran , panduan dan petunjuk. Bahasa Sanskrit Bahasa Inggeris Berasal dari pada perkataan Literature yang bermaksud huruf atau abjad yang digunakan dalam tatabahasa dan puisi.


Harun Mat Piah (2006) - perkataan "sastera" berasal daripada bahasa Sanskrit "castra" iaitu kitab suci. Hashim Awang (1984) - kesusasterdan merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Syed Ali Ashraf (1989) - sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi a merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. TAKRIF KESUSASTERAAN


satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa TAKRIF KESUSASTERAAN karya bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta memaparkan nilai dan citra kemanusiaan hasil karya yang terdapat kata-kata indah, memberi mesej dan menggambar sesuatu perasaan atau keadaan tertentu gambaran peribadi seperti pengalaman, pemikiran, perasaan, idea dan semangat samaada bermutu atau tidak hasil seni karya tulisan berbentuk prosa puisi dan mempunyai ciri keistimewaan tertentu berunsurkan keindahan dan kehalusan berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa atau puisi tradisional


PERKEMBANGAN PUISI TRADISIONAL


merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Hindu menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan Awal bangsa Arab juga terltulis dalam bentuk puisi. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan karya yang bertajuk Iliad dan Odyssey. Perkembangan Puisi Tradisional


T A K R I F P U I S I T R A D I S I O N A L


bertujuan untuk memudahkan memhami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu hasil karya dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti Puisi Tradisional Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap dalam susunan yang istimewa dan bentuk, pemikiran serta fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya.


DEFINISI PANTUN


Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat melayu. Za’ba (1964: 34), Pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak orang Melayu belum tahu suratmenyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas sesama sendiri. Pantun merupakan salah satu daripada komponen puisi Melayu tradisional yang terdiri dari baris pembayang dan maksud (Mat Piah, 1989) PANTUN


JENIS PANTUN


a. Menghibur Dalam semak ada kebun, Dalam kebun ada para; Dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada bicara. c. Menduga Akal Buah bidara masak mengkal, Masak sebiji di tepi pantai; Hilang budi bicara akal, Buah apa tidak bertangkai? . b. Nasihat Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, Rapat lagi pohon matahari; Kawan seribu mudah dapat, Sahabat setia payah dicari.


d. Meluahkan Perasaan Lubuk Kelah banyak ikan, Tempat nelayan menebar jala; Puas sudah saya hiburkan, Siang malam terkenang juga. f. Menyedapkan Cakap Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismilah pembuka bicara. e. Menyampaikan Hasrat Seni Anak Cina bertimbang madat, Dari Pasak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli.


g. Menyampaikan Hasrat Tersembunyi Anak Cina menjual kayu, Amoi cantik menjual kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain. i. Budi Payah kami menabur padi, Nanas juga ditanam orang; Payah kami menabur padi, Emas juga dipandang orang. h. Agama Menantunya pula Lela Sari, Semua melihat jatuh berahi; Selagi agama tidak dingkari, Sebarang perintah wajib dipatuhi.


j. Jenaka Oh bulan ke mana bintang, Atas puck kayu ara; Oh tuan ke mana hilang, Dalam bilik anak dara. I. Perpisahan Pucuk pauh selara pauh, Sembilu ledung ledungkan; Adik jauh kekanda jauh, Kalau rindu sama menungkan k. Percintaan Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya; Apa guna bermain mata, Kalau tidak dengan sungguhnya.


BENTUK PANTUN


BENTUK PANTUN a. 2 Kerat Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. b. 4 Kerat Kalaulah jadi pergi ke ladang, Kain Panjang cari dahulu; Kalaulah jadi pergi berdagang, Induklah semang cari dahulu.


BENTUK PANTUN c. 6 Kerat Bergayut-gayut si anak ungka, Cukup takut bila dimandi, Lari keluar masuk ke kota; Sayang saudara masa bersuka, Sayang emak sayang abadi, Sayang kekasih masa bercinta. d. 8 Kerat Korek perigi di parit seberang, Tepi parit tumbuh mengkudu, Berselang dengan pohon puding, Hidup subur kanan dan kiri; Tuan pergi dagang seorang, Tuan saudara tempat mengadu, Tiada saudara tempat berunding, Pandai-pandailah membawa diri.


BENTUK PANTUN e. 10 Kerat Sakit kepala rasa pening, Dalam peti ubatnya habis, Mahu diminta pada siapa, Hanya dinding di kanan kiri, Bila jatuh diri berseorangan; Apabila hati semakin kering, Payah sekali mahu menangis, Bersabar serta bertimbang rasa, Hanya mementing diri sendiri, Semakin jauh tersimpang jalan. f. 12 Kerat Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sultan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Biala gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang di sini dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur meniadi mimpi.


BENTUK PANTUN Orang berpadi di tanah liat, Di Mekah banyak buah pedada; Mayat tiada dapat dilihat, Seperti merekah rasanya dada. Di Mekah banyak buah pedada, Bunga tanjung di atas rakit; Seperti merekah rasanya dada, Terkenangkan diri ujian sedikit. Bunga tanjung di atas bukit, Serambi indah di muka pintu; Terkenangkan diri ujian sedikit, Maka sampai sehingga situ. Serambi inda di muka pintu, Pergi ke parit hendak merayau; Maka sampai sehingga situ, Ratu Amas balik ke Riau. Pergi ke parit hendak merayau, Situlah banyak ubi kemili; Ratu Amas balik ke Riau, Duduk mendiam-diamkan diri. g. pantun berkait


FUNGSI SASTERA MELAYU


Melahirkan karya sastera yang membawa kepada keseronokan yang indah. Hiburan terhasil melalui keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, unsur kelucuan dan sebagainya. Menjadikan karya ini seperti cerita penglipurlara diterima ole masyarakat sebagai karya yang digilai ramai pada zaman dahulu. HIBURAN


Sastera merupakan rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan mempunyai sudut pandangan yang berbeza beza. Karya sastera yang mengfokuskan kepada masyarakat. kehidupan dan manusia Karya ini bertujuan untuk mengkritik dan menegur. KRITIKAN SOSIAL


Terdapat unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan. kewarganegaraan, menanam perasaan bangga akan tanah air. Mampu mengkaji karya-karya dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. PENDIDIKAN


Mempunvai nilai ilabivah (positif) dan waqi'iyyah (realistik). Lebih menekankan peranan membimbing dan mendidik. Pengarang sastera Islam mempunyai daya kreativiti yang estetik tetapi imaginasinya terbatas disebabkan ruang yang tidak bercanggah dengan Islam. DAKWAH


PANTUN BUDI


Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papa kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hat terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Padang Temu Padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan liauhari, Bagai cincin dengan permata. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan SdnBhd.)


PANTUN BUDI Sebagai kritikan sosial Memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang budi bahasa Terdiri daripada tujuh rangkap. Pantun empat kerat. Ada pembayang dan maksudnya. Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku kata. Pantun Nasihat FUNGSI BENTUK JENIS


MANIFESTASI AKAL BUDI


Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hat terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Berdasarkan rangkap di atas, budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang. Pantun di atas juga mengatakan bahawa setiap perlakuan baik atau budi yang telah dilakukan oleh seseorang sudah semestinya akan menjadi ingatan dan kenang-kenangan buat orang yang terhutang budi. Oleh itu, masyarakat janganlah segan untuk melakukan perkara yang baik kepada orang lain kerana ianya akan diingati orang sekeliling dan akan memberi impak yang baik buat diri sendiri dan orang lain.


Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa Rangkap kedua diatas menekankan bahawa budi dan bahasa yang perlu diterapkan dalam diri. Budi dan bahasa yang baik akan membentuk insan yang berguna dan akan disanjung oleh orang ramai. Sesungguhnya masyarakat yang mempunyai budi bahasa yang baik melahirkan perspektif yang positif daripada orang ramai terhadap dirinya sendiri. Kesimpulannya, orang yang baik ialah orang yang mempunyai budi dan bahasa yang tinggi dalam dirinya.


Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Hati yang berbudi hendaklah wujud dalam setiap orang yang hidup dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, budi sangat diperlukan dalam diri masing-masing agar terciptanya keharmonian dalam hidup sesuatu kelompok atau masyrakat tersebut. Seseorang yang tidak berbudi akan dipandang rendah dan tidak akan disanjung. Berdasarkan rangkap di atas, baris keempat menekan bahawa orang yang tidak berbudi akan dipandang hina oleh orang sekeliling.


Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Budi bahasa adalah perkara yang sangat berharga dalam diri setiap insan. Budi akan menimbulkan dan mewujudkan masyarakat yang sentiasa positif dan baik. Namun, pada zaman sekarang terdapat segelintir masyarakat kita yang lebih mementingkan kekayaannya dari budi pekerti dirinya mahupun orang lain. Seperti yang ditulis pada baris yang keempat pada rangkap ini, sudah menjadi lumrah hidup dimana kekayaanlah yang akan menyebabkan budi sesorang itu diketepikan.


Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Budi bahasa tidak mengenal erti rupa dan wajah orang yang membawanya. Budi pekerti ini seharusnya diamalkan dan dibiasakan oleh semua orang dan tiada yang terkecuali. Budi bahasa ini perlu ada dalam setiap golongan masyarakat agar tiada jurang antara masyarakat sendiri. Walaubagaimanapun diri kita, janganlah kita lupa pada budi bahasa yang harus ada dalam diri. Kesimpulan dari rangkap di atas ialah biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.


Tingkap papa kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Pada baris yang ketiga, kita dapat memahami bahawa indahnya diri seseorang itu terletak pada budi bahasa yang ada pada dirinya. Masyarakat yang berbudi bahasa akan sentiasa disanjung dan dipandang mulia disisi orang ramai. Seterusnya, berdasarkan baris yang ketiga, kita dapat mengetahui bahawa imej sesuatu bangsa itu boleh dinilai dengan bahasa yang ditutur dan dibawa bersama mereka. Kesimpulannya, orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.


Padang Temu Padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhhari, Bagai cincin dengan permata. Budi bahasa sangat penting dalam mewarnani diri sesorang dan mewujudkan suasana yang hamoni dalam masyarakat. Namun, kini terdapat anak muda diluar sana yang bijak akan tetapi tidak terselit budi bahasa dalam dirinya. Sesungguhnya masyarakat yang sempurna itu ialah masyarakat yang mempunyai kebijaksanaan dan budi pekerti. Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannnya.


Sudah terang lagi bersuluh, kesemua karya sastera mempunyai nilainya yang tersendiri. Hal ini kerana, setiap hasil karya yang dihasilkan mempunyai keunikan dan fungsinya yang berlainan. Dengan adanya karya sastera ini masyarakat terdahulu sehinggalah kini boleh menjadikannya sebagai suatu hiburan, nasihat, dan teguran buat diri sendiri. Hasil karya ini perlu difikirkan cara agar mengelakkannya lenyap dimamah dunia moden dan tak basah dek hujan tak lekang dek panas. Oleh itu, kita mestilah mengambil tempat dalam menjaga kelestarian karya sastera ini agar ianya akan sampai dari generasi ke generasi yang akan datang. RUMUSAN


Abu Bakar Hamid, (1997). " Kesusasteraan moden" , dim. diskusi sastera jilid II, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, (1984). Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Fajar Bakti. Harun Mat Piah, (1989). Puisi Melayu tradisional. Selangor: Percetakan Dewan. Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah, (2006). Kesusasteraan melayu tradisional .Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Azah Abd Aziz, (2016). Baik budi indah bahasa. ARAH PENDIDIKAN SDN BHD. Syed Ali Ashraf, (1989). Crisis in Muslim Education. United Kingdom: Abby Herts. Za’aba, (1964). Kalong Bunga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka RUJUKAN


Click to View FlipBook Version