The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Khas untuk murid-murid SPM 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Mariam Jamilah, 2022-09-11 01:13:58

KARANGAN B

Khas untuk murid-murid SPM 2022

Keywords: karangan respon terbuka

BAHASA MELAYU
KERTAS 1 SPM

SELANGKAH MENUJU SPM 2022

APA TARGET BM SPM ?

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANA KAN DAPAT SAGUNYA

ADD A FOOTER 2

Apa perlu anda buat apabila dapat soalan?

1. BERTENANG. BACA DOA. BUKA SOALAN DENGAN BISMILLAH
2. BACA SOALAN DENGAN TELITI
3. PILIH SOALAN YANG TEPAT
4. KENAL PASTI T.A.S IAITU TEMA, ARAHAN SOALAN DAN SASARAN
5. CATAT SEMUA ISI YANG TERLINTAS DI FIKIRAN
6. SUSUN ISI MENGIKUT URUTAN
7. MULA MENULIS DALAM TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN.

3

KARANGAN B (70 markah)
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU
KERTAS 1 (BAHAGIAN B)

• Bahagian B merupakan soalan yang wajib para pelajar skor untuk
mendapatkan markah yang cemerlang kerana bahagian B mewakili 70
markah daripada 100 markah pada kertas 1. Bahagian B juga perlu ditulis
melebihi 350 hingga 500 patah perkataan.
Cadangan Buat para pelajar:

•Buat 6 /7 perenggan yang terdiri daripada 1 pendahuluan, 4/5 isi
dan 1 penutup
•Anggarkan 70 patah perkataan bagi setiap perenggan
•Pastikan setiap perenggan seimbang kerana perenggan yang tidak
seimbang menunjukkan bahawa para pelajar kurang mampu
dalam menulis karangan yang menarik.

4

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN CONTOH PENDAHULUAN

• Pendahuluan Terdiri Daripada: • Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21
•Definisi ini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti
•Ayat Huraian- Para pelajar boleh cendawan tumbuh selepas hujan. Namun demikian
menulis 2 atau lebih huraian dasawarsa ini, isu faedah kokurikulum kian menjadi polemik
mengikut kreativiti para pelajar dalam kalangan mujtamak, ibu bapa khususnya. Secara
•Ayat Contoh konsepnya, aktiviti kokurikulum diasaskan oleh kerajaan
•Ayat Arah/Ayat Tuju untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani, rohani dan intelektual yang bakal menjadi
ADD A FOOTER pemimpin pada masa hadapan (Definisi). Remaja boleh
diibaratkan seperti satu kertas putih yang perlu dicorak atau
dilakar oleh ibu bapa untuk menjadikan seseorang remaja
itu mencapai kejayaan pada masa hadapan. Ibu bapa perlu
cakna terhadap perkembangan anak-anak mereka (Ayat
Huraian). Menurut mantan Perdana Menteri kita, Tun
Abdullah Ahmad Badawi, untuk melahirkan masyarakat
hadhari, kita perlu memupuk perpaduan dari akar umbi
persis aforisme Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya (Ayat Contoh). Persoalannya, apakah kebaikan
yang diperoleh remaja jika menyertai aktiviti kokurikulum
ini?(Ayat Arah)

5

PERENGGAN ISI

ISI KARANGAN CONTOH AYAT ISI

• Isi Terdiri Daripada: • Antara faedahnya ialah aktiviti kokurikulum dapat mengisi
•Ayat Topik masa lapang remaja. Dengan adanya aktiviti ini, mereka dapat
•Ayat Huraian - Para pelajar boleh menulis 2 mengelakkan diri daripada membuang masa kerana
atau lebih huraian mengikut kreativiti para sesungguhnya masa itu emas (Ayat Topik). Hal ini dikatakan
pelajar demikian kerana mereka akan menghadiri aktiviti kokurikulum
•Ayat Contoh yang biasanya diadakan pada setiap petang hari rabu (Ayat
•Ayat Penegas Huraian). Dengan ini, mereka tidak akan menggunakan masa
terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
ADD A FOOTER seperti melepak. merokok, menghabiskan masa di kafe siber
dan merempit. Sementelahan itu, remaja dapat mengelakkan
diri daripada terpengaruh oleh persekitaran yang tidak baik.
Tamsilnya, seseorang remaja akan menjadi liar dan tidak
terkawal jika sering menghabiskan masa terluangnya dengan
berkunjung ke tempat-tempat yang tidak bermoral. Hal ini juga
boleh disifatkan sebagai serampang dua mata kerana remaja
juga dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika
mentelaah pelajaran. Menurut kajian yang dijalankan, di India
kes bunuh diri yang paling banyak dicatatkan melibatkan
remaja yang tidak tahu mengatasi tekanan ketika belajar(Ayat
Contoh). Dalam konteks ini, remaja atau belia boleh
mengambil prakarsa dengan menghadiri aktiviti kokurikulum
yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah yang boleh dijalankan.
Izharnya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang boleh
mengisi waktu senggang remaja (Ayat Penegas).

6

PENUTUP / KESIMPULAN KARANGAN

PENUTUP KARANGAN CONTOH AYAT PENUTUP

• Penutup Terdiri Daripada: • Sebagai pengiktilakan, murid-murid sepatutnya menyertai
•Ayat Kesimpulan aktiviti kokurikulum bagi memperolehi faedahnya (Ayat
•Ayat Cadangan Kesimpulan). Murid-murid tidak seharusnya terpengaruh
•Ayat Harapan oleh rakan-rakan yang mempunyai pemikiran negatif
mengenai aktiviti kokurikulum. Pepatah Arab ada
ADD A FOOTER menyatakan, jika kamu berkawan dengan seorang
saudagar minyak, kamu akan dapat bau wanginya, jika
kamu berkawan dengan tukang besi, kamu akan dapat
bahangnya. Oleh itu, remaja haruslah bijak dalam memilih
rakan (Ayat Cadangan). Bukan itu sahaja, ibu bapa tidak
wajar mempunyai persepsi yang buruk terhadap aktiviti
kokurikulum. Sepatutnya, mereka perlu menggalakkan
anak-anak mereka menyertai aktiviti ini. Ibu bapa yang
melarang anaknya menyertai aktiviti ini tidak ubah seperti
katak di bawah tempurung kerana tidak berfikiran di luar
kotak. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu
mengambil prakarsa yang pragmatik dengan mewajibkan
semua murid menyertai aktiviti kokurikulum (Ayat

7 Harapan).

BAHAN

BM 1 SET 1 SKEMA B1 SET 1
BM 1 SET 2 SKEMA BM 1 SET 2
BAHAN TAMBAHAN BM1 KARANGAN A

BAHAN TAMBAHAN KARANGAN B

ADD A FOOTER 8

TAKE 5

ADD A FOOTER 9

SENARAI PERIBAHASA

TEMA: BUDI BAHASA

❖ BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya.
❖ .BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
❖ BAIK MEMBAWA RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG.- merendah diri
❖ BERKATA PELIHARALAH LIDAH.hati-hati dengan setiap pertuturan
❖ HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA.-setiap manusia

dikenang kerana baktinya semasa hidup.

ADD A FOOTER 10

SENARAI PERIBAHASA

❖ TEMA:KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN

❖ AIR DICENCANG TIDAK AKAN PUTUS.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan.

❖ . ANAK DI PANGKUAN DILEPASKAN, KERA DI RIBA DISUSUI.-melebihkan orang
lain daripada keluarga sendiri.

❖ BAGAI ISI DENGAN KUKU/ BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS/ BAGAI
BELIUANG DENGAN ASAHAN.-hubungan yang sangat rapat.

❖ BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi
kuat,tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah.

❖ BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI-perhubungan yang sangat akrab
dan tidak dapat dipisahkan.

ADD A FOOTER 11

SENARAI PERIBAHASA

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA
❖ ADA SAMPAN HENDAK BERENANG.-sengaja menyusahkan diri sendiri

❖HARAPKAN GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN.-
melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti
miliki.

❖ KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG.-dua pihak yang berkelahi sama-
sama menanggung kerugian.

❖ KUTU EMBUN.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
❖ MENCURAHKAN GARAM KE LAUT-melakukan pekerjaan yang sia-sia.

ADD A FOOTER 12

SENARAI PERIBAHASA

TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA

✓ BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA / BAHASA JIWA BANGSA.-bahasa menjadi lambing dan
identitI sesuatu bangsa

✓DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.-mematuhi peraturan dan adat di tempat
yang diduduki

✓HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan
lenyap

✓HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI
SENDIRI.-sebaik-baik Negara orang tidak sebaik Negara sendiri.

✓ SEPERTI BURUNG GAGAK PULANG KE BENUA-seseorang yang tidak berubah keadaannya
meskipun telah lama merantau.

ADD A FOOTER 13

SENARAI PERIBAHASA

TEMA:PENYESALAN.

➢BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH-buang yang jahat dan ambil yang baik.
➢ NASI SUDAH MENJADI BUBUR-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
➢SUDAH TERHANTUK,BARU TENGADAH-setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-

hati.

➢TAKUT AKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-rasa takut kerana bersalah.
➢SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN.-sekiranya terlanjur dalam melakukan

sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

ADD A FOOTER 14

SENARAI PERIBAHASA

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA

❖BAGAI AUR DENGANTEBING.-saling membantu dan bekerjasama
❖BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING.-mementingkan

diri sendiri.
❖BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERABA MUAFAKAT.-mencapai

kata sepakat dengan mesyuarat.
❖ HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH.-pengagihan yang sama

banyak.
❖ IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA.-orang yang bermuafakat akan

sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

ADD A FOOTER 15

SENARAI PERIBAHASA

TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT

✓ BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH.-melakukan sesuatu kerja dengan

berhati-hati.

✓BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya

mendapat hasil yang baik dan sempurna.

✓MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.-Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

✓SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada

masa akan datang.

✓ MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.-sesuatu perkara yang buruk dapat

dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.

✓MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

ADD A FOOTER 16

VIDEO SLIDE

ADD A FOOTER 17

ADD A FOOTER 18

KATA-KATA MOTIVASI

ADD A FOOTER 19

SEKIAN,TERIMA KASIH!

SELAMAT MENJAWAB SPM
SEMOGA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN

DILAPANGKAN DADA, DITERANGKAN HATI
SEMOGA CEMERLANG DAN TERUS MAJU JAYA PADA

MASA HADAPAN..
CIKGU SAYANNNNGGGG SEMUANYA ☺ ;)


Click to View FlipBook Version