Tragedi di 13 Mei: Punca dan
Pengajaran
Nama pelajar Kelas No. Pendaftaran
DKM5B 05DKM19F1091
MOHAMAD RIDZMAN BIN
MOHAMAD RIDZUAN SAJI DKM5B 05DKM19F1101
DKM5B 05DKM19F1042
LILLIAN ANAK ALAM
DKM5B 05DKM19F1057
AHMAD KHALISH AKMAL
BIN AHMAD FAUZI
ERIC ANTHIONY ANAK
EDWARD ABEL
NAMA KURSUS : MPU 21032 PENGHAYATAN DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
PENGENALAN 2
3-8
OBJEKTIF 9-14
PUNCA-PUNCA 15
PENGAJARAN 16
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGENALAN 1
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu
tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan
suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau
kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab
atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
merupakan salah satu faktor yang turut
menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu
kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh
dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.
Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah
banyak merenggangkan lagi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi
peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang
negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan
golongan bumiputera amnya.
Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan
ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata
selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru
yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971
merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia.Kesimpulannya,
kejadian ini telah menyebabkan kemerosotan
ekonomi Malaysia dan kerajaan telah mengambil
tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap
kaum melayu.
OBJEKTIF
1) Mengetahui maksud sebenar tragedi 13
mei 1969.
2) Mengkaji dan mengenalpasti punca-
punca dan faktor yang menyebabkan
peristiwa 13 mei 1969.
3) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar-
iktibar yang diperolehi daripada tragedi
13 Mei 1969.
4) Mempelajari kesimpulan yang dikaitkan
dengan peristiwa 13 mei 1969.
2
PUNCA-PUNCA
Punca-punca yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan
kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan
orang Cina. Antara punca tragedy berdarah ini berlaku ialah :
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
➢ Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan sevara
berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh
tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan
Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan
berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang
Melayu dan Cina.
3
PUNCA-PUNCA
2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
➢ PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “ Pembangunan
Ekonomi dan kelas Sosial di Semenanjung Malaysia “, isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi
orang Melayu adalah dibawah berbanding dengan kaum Cina.
4
PUNCA-PUNCA
3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
➢ Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan
jelas tentang kedudukan Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris adalah sebagai
Bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan Bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
menggugurkannya daripada status Bahasa rasmi dan hanya Bahasa Melayu sahaja
yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan Bahasa melayu.
5
PUNCA-PUNCA
4. Perbezaan agama dan budaya
➢ Kaum melayu sebahagian besarnya beragama Islam , Kaum Cina beragama
Buddha, Lao-Tza , Taoisme manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu,
terdapat juga yang beragama Kristian. Setiap kaum mempunyai kebudayaan yang
tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi
akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
6
PUNCA-PUNCA
5. Masalah ekonomi
➢ Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara
kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu
sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kajayaan orang cina
manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
7
PUNCA-PUNCA
6. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
➢ Kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British yang mengaitkannya dengan bebeapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang
mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan
dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di Kawasan-Kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki asset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang melayu dan india adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan.
8
PENGAJARAN
Pergaduhan kaum antara melayu dan orang Cina tercetus pada 13 Mei 1969
merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan
lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya tahun 1969 selesai
diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan
negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.
9
PENGAJARAN
1. Kehilangan nyawa dan harta benda
➢ Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah
kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara
melayu dan kaum cina yang mangakibatkan kerosakan harta benda yang telah
terkorban akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran
yang pahit dan getir kepada saudara-mara kaum keluarga yang terlibat dalam
tragedi 13 Mei 1969.
10
PENGAJARAN
2. Perintah berkurung
➢ Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara
kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan buruk terhadap suasana
persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya
menyekat aaktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti
menjalankan perniagaan, susah untuk berinteraksi dan berhubung.
11
PENGAJARAN
3. Keuntungan kepada musuh-musuh negara
• Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang
sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan
ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman
yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi
tidak aman dan rakyat berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak
berpuas hati dengan isu-isu yang sensitive terutama isu perkauman antara kaum
dan segala aktiviti masyarakat tersekat.
12
PENGAJARAN
4. Perpaduan Nasional
➢ Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan
telah mengadakan dasa perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk
dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman sentiasa bersifat bersangka bail antara satu sama
lain. Peristiwa ini juga memberi kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap
hormat, bertolak-ansur, bertolenransi. Peristiwa 13 Mei ini pasti akan berulang
sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitive yang timbul seperti hak
kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.
13
PENGAJARAN
5. Keadilan Ekonomi
➢ Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan. Keadaan
ekonomi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk bumiputra
tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin.
Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyarakat Malaysia, khususnya
masyarakat bumiputra untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu,
selepas 13 Mei, satu dasar pragnatik dasar ekonomi baharu ( DEB ) telah digubal
oleh kerajaan.
14
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang meggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh
semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa
yang mencakupi bidang-bidang politik, social dan ekonomi seta betapa pentingnya
integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperoleh itu gagal dimanfaatkan
sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
Makmur akan menjadi bayangan sahaja.
15
RUJUKAN
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
➢ https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-
bersatu-padu
➢ http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
➢ https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-mei
➢ https://harakahdaily.net/index.php/2019/05/15/pengajaran-50-tahun-tragedi-13-mei-1969/
➢ http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com/
16