The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48074738, 2023-06-28 11:25:50

PAKEJ PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH NEGERI KEDAH

SMK SULTAN BADLISHAH

PAKEJ Pelancongan KOPERASISEKOLAH DDaarriippaaddaa kita uunnttuukkkkiittaa Koperasi SMK Sultan Badlishah Kulim Kedah Berhad [email protected] RUZA AGROTECH Pn. Norhasini : 019-5485088 https://sites.google.com.moe-dl.edu.my/kosbad Pn. Ermelia : 019-3156368


Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Alor Setar pada 8 Februari 1903 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Jalan Baharu,1909 sebelum ke Sekolah Inggeris Kerajaan atau Kolej Sultan Abdul Hamid. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj juga merupakan seorang penulis dan pengkritik sosial yang tajam. Memulakan kerjaya sebagai kadet Perkhidmatan Awam Kedah, 1931 dan dipindahkan sebagai Penolong Pegawai Daerah Kulim, Padang Terap, Langkawi dan Sungai Petani. Setelah lulus undangundang Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan Presiden Mahkamah Selangor. Beliau mula menceburi dalam politik pada tahun 1951 sehingga berjaya merdekakan Malaysia pada tahun 1957 dan menjadi Perdana Menteri Pertama. Sewaktu beliau bersara,beliau pernah menjadi kolumnis dalam akhbar The STAR. Buku-buku yang ditulis oleh beliau,contohnya Political Awakening, Looking Back-Monday Musing dan selebihnya


KENALI KULIM Daerah kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah penduduk seramai 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani.Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat.Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya atas jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim". Kulim merupakan sebuah daerah dan bandar pentadbiran di selatan negeri Kedah.Lokasinya terletak sangat berhampiran dengan Bukit Mertajam ,Pulau Pinang dan merupakan bandar ketiga terbesar bagi negeri Kedah menggamit kehadiran pelancong ke bandar ini. Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Smk St.Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan, SMK Sultan Badlishah (1948),Balai Polis Kulim dan sebagainya


SANTAI-SANTAI KULIM Senam pagi Lawatan ke Ruza Agrotech Treasure Hunt Petting Zoo Kulim Tour Malam Kebudayaan Majlis penutup Pengisian Pakej PAKEJ TERMASUK: TERMASUK: MAKAN MINUM MAKAN MINUM PENGINAPAN PENGINAPAN CENDERAHATI CENDERAHATI INSURANS INSURANS PENGANGKUTAN PENGANGKUTAN Ruza Agrotech bertempat di Sungai Limau, Lunas, Kedah dengan keluasan hampir 50 relung. Konsep Ruza Agrotech adalah Agrotourism iaitu Pertanian, Penternakan dan Pelancongan. Dengan adanya Ruza Agrotech, syarikat dapat menceburi bidang baharu serta membantu dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara dari segi pertanian dan penternakan sekaligus dapat menarik pelancong dalam mahupun luar negara khususnya datang ke negeri Kedah Darul Aman. PAKEJ TERMASUK: TERMASUK: MAKAN MINUM MAKAN MINUM PENGINAPAN PENGINAPAN CENDERAHATI CENDERAHATI INSURANS INSURANS PENGANGKUTAN PENGANGKUTAN


JELAJAH SEDIM PAKEJ YANG KAMI SEDIAKAN: PAKEJ A 2 HARI 1 MALAM (RM130) PAKEJ B 3 HARI 2 MALAM (RM Jung 235) le trekking Tree top walk Demo kopi tumbuk dan kuih tradisional Lawatan ke Rumah Lindungan RajaKetahui sejarah Rumah Lindungan Raja Pengisian Pakej


a) Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan laluan kanopi terpanjang di dunia serta menawarkan aktiviti *whitewater* *rafting* yang sangat menyeronokkan.Ia adalah destinasi pelancongan alam semula jadi yang cukup mengagumkan . Laluan kanopi Tree Top Walk sepanjang 925 meter merentasi Hutan Simpan Gunung Inas ini membolehkan pengunjung melihat pemandangan hutan semula jadi ini dari atas. b) Rumah Lindungan Raja di mukim Sedim pula merupakan sebuah rumah kampung milik Allahyarham Tuan Haji Mohd Yasin Bin Abdul Mutalib,bekas penghulu mukim Sedim yang dibina olehnya pada tahun 1353 Hijrah (1934M). Rumah ini dipilih oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj untuk menyelamatkan ayahandanya, Sultan Kedah yang ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan dijadikan tempat berlindung sewaktu pendudukan tentera Jepun.


Click to View FlipBook Version