The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadhumaidim.zaki, 2023-06-21 14:19:50

BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA

BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA

Isu bahasa Isu budaya Isu sosial ISU KESANTUNAN BERBAHASA BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA NAMA PELAJAR: AHMAD HUMAIDI BIN MOHAMAD ZAKI NAMA PENSYARAH: PUAN NORHAYATI BINTI AYIT KELAS: PENGAJIAN MELAYU 3


Isi kandungan 1) Pendahuluan 2) Isu-isu kesantunan berbahasa serta justifikasi -Isu bahasa -Isu budaya -Isu sosial 3) Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa -Peranan institusi pendidikan -Peranan kerajaan -Peranan media sosial 4) Kesimpulan


PendahuLuan Kesantunan berbahasa merujuk kepada kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi. Menurut Abdull Sukor Shaari et. al. (2003) dalam buku Khairuddin Mohamad et.al. mendenifinisikan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap atau kurang ajar. Namun kini, kesantunan berbahasa semakin luntur dalam kalangan masyarakat Melayu disebabkan oleh pengaruh media sosial dan budaya luar.


isu bahasa Bukti 1 Bukti 2


JUSTIFIKASI Penggunaan bahasa Melayu yang tiada kesantunan dalam media sosial merupakan isu yang semakin meningkat dan menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat Melayu. Isu yang diwujudkan contohnya isu bahasa seperti bahasa rojak. Bahasa rojak merupakan kod atau bahasa campuran yang bercirikan penggunaan perkataan daripada pelbagai bahasa. Percampuran bahasa dalam komunikasi telah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Penggunaan bahasa rojak ini juga semakin meluas tanpa masyarakat menyedarinya. Contoh penggunaan bahasa rojak : Bukti 1: "duit tengah drain" " tomorrow kan jom we go" Bukti 2: " kemana je today" " sorang patient" "operate transfer hati" Berdasarkan bukti diatas, penggunaan bahasa rojak telah mempengaruhi kehidupan masyarakat dalam komunikasi seharian. Masyarakat juga tidak berasa bersalah oleh kerana perkara sedemikian mereka menganggap tidak bersalah. Namun begitu, perbuatan ini menunjukkan bahawa dalam diri setiap masyarakat tidak mempunyai kesantunan yang tinggi.


isu budaya Bukti 1 Bukti 2


Isu pembawaan budaya dalam komunikasi dapat JUSTIFIKASI memberi kesan kepada asas kesantunan berbahasa. Isu budaya ini boleh dikaitkan dengan penggunaan bahasa seperti dialek, longat atau slanga. Dalam penggunaan dialek atau loghat, terdapat dua kesan iaitu positif dan negatif. Kesan positif yang boleh dinyatakan adalah dapat memudahkan komunikasi antara rakan yang sudah kenali atau penduduk setempat. Sebaliknya, kesan negatif pula adalah dapat menimbulkan salahfaham dalam proses komunikasi dan dapat mengubah maksud perkataan bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga isu budaya seperti menyentuh sensitiviti kaum yang akan mewujudkan pergaduhan. Contoh pembawaan budaya dialek atau loghat: Bukti 1: ghaser = rasa, suke = suka, nape = kenapa, yer = ya Bukti 2: "pukimak cina" , "mak kau pelacur" Berdasarkan bukti diatas, menunjukkan bahawa masyarakat kini tidak menghiraukan kesantunan dalam komunikasi. Hal ini akan meyebabkan keaslian dan keindahan bahasa Melayu tercemar dan dipandang remeh orang bangsa lain.


Isu sosial Bukti 1


Contoh penggunaan bahasa kasar: Bukti 1: "bodoh" , "bangsat" , "anak haram" , "benak" JUSTIFIKASI Penggunaan bahasa kasar dan lucah boleh mempengaruhi asas kesantunan berbahasa serta menimbulkan kesan negatif terhadap bahasa Melayu. Penggunaan bahasa sedemikian banyak digunakan oleh golongan remaja kerana mereka menganggap perkara itu sebagai gurauan. Bahasa lucah dan kasar juga akan menunjukkan kerendahan budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran dan hormat. Seterusnya, hal demikian boleh menjatuhkan martabat dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan bukti diatas, jelas menunjukkan bahawa masyarakat banyak menormalisasikan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, masyarakat juga semakin berani menyentuh sensitiviti sesuatu kaum dan tidak menunjukkan kesantunan yang baik yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum.


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA


PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN Institusi pendidikan seperti sekolah memainkan peranan penting dalam menangani masalah penggunaan bahasa yang tidak sopan. Saban hari remaja dalam media sosial menunjukkan etika yang tidak sopan contohnya mencaci, menghina, mengherdik dan sebagainya. Perkara sedemikian perlu dibendung bagi memastikan mereka mendapat kesedaran bahawa kesopanan didalam media sosial juga perlu dijaga. Antara peranan pihak sekolah dalam menangani isu ini adalah mengadakan ceramah atau seminar. Contohnya ceramah yang bertajuk "Keruntuhan Bahasa Melayu Dalam Media Sosial". Hal ini demikian dapat membuka mata remaja sekarang bahawa pentingnya menjaga bahasa kebangsaan. Seterusnya, para guru seharusnya menerapkan pendidikan moral dalam setiap sesi pembelajaran. Guru merupakan ibu bapa yang kedua disekolah untuk membentuk akhlak yang terpuji agar para pelajar menjadi insan yang berakhlak mulia.


PERANAN PIHAK KERAJAAN Peranan pihak kerajaan sangat penting dalam mengawasi masalah kesantunan berbahasa dalam media sosial. Kerajaan di Malaysia perlu sentiasa peka keatas setiap isu yang berlaku didalam negara. Hal ini demikian kerana apabila pihak kerajaan tidak ambil cakna atas setiap apa yang berlaku maka masalah kesopanan akan sukar dikawal. Antara peranan pihak kerajaan untuk mengawasi masalah kesantunan berbahasa ini adalah sentiasa mengawal penggunaan bahasa seperti loghat, dialek dan slanga. Hal sedemikian dapat membantu memperkukuhkan bahasa kebangsaan dimana ia perlu dijaga agar tidak tercemar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjada adab dan juga budi bahasa dalam media sosial. Tamsil kempen yang boleh dilaksanakan seperti "Marilah Berbudi Bahasa". Perkara ini membantu memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa kesopanan merupakan asas yang perlu dijaga.


PERANAN MEDIA SOSIAL Peranan media sosial dalam mendidik masyarakat supaya mengamalkann kesantunan bahasa sangat diperlukan. Hal ini demikian kerana remaja banyak menghabiskan masa mereka di media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Tiktok dan sebagainya. Pihak media dan penerbitan perlu mengambil peluang untuk mencengah pencemaran atau penggunaan bahasa yang tidak sopan serta tidak bermoral ini. Antara peranan media sosial dalam menbendung isu kesantunan berbahasa adalah sentiasa mempromosikan kandungan iklan-iklan dalam bahasa Melayu dengan betul. Dengan itu, masyarakat dapat membaca iklan tersebut dalam bahasa Melayu dengan betul dan fasih. Perkara ini sekaligus dapat mendidik masyarakat untuk memartabatkan bahasa Melayu. Di samping itu, pihak penerbitan perlu mewar-warkan etika penggunaan media sosial di internet. Contohnya, menulis artikal berkaitan dengan kesantunan dan adab sopan. Hal ini bagi mendidik masyarakat untuk sentiasa menjaga perlakuan dimana sahaja mereka berada.


Justeru, dapat disimpulkan bahawa kesantunan berbahasa perlu dititikberatkan oleh masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana kesantunan yang baik mencerminkan keperibadian diri kita. Berbudi bahasa perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berakhlak mulia. Akhir sekali, kita mestilah memartabatkan dan menjaga keindahan bahasa Melayu supaya menjadi masyarakat Melayu yang sejati. KESIMPULAN


SEKIAN TERIMA KASIH "SEMOGA MEMPEROLEH ILMU YANG BERMANFAAT"


Click to View FlipBook Version