The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor (AnyfliP)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by evechow23, 2021-04-05 01:55:25

Tun Hussein Onn

Pertandingan Mencipta Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor (AnyfliP)

Pertandingan
Mencipta Buku
Skrap Digital
Tokoh Pemimpin
Johor (AnyfliP)

Tun Hussein bin Dato Onn

Ho Loy Sham

5M

[email protected]

SJKC AI CHUN 1 (JBC 0001)
PETI SURAT 7, JALAN MOHD KHALID,

83007 BATU PAHAT, JOHOR.

Pendahuluan

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana
Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau
dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai
perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa
yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh
sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Biodata Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru.
Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti
Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Ayahandanya Dato’ Onn
merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 dan juga Presiden
UMNO yang pertama.

Tun Hussein berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd
Noah dan dikurnia enam orang anak, dua anak lelaki dan empat anak
perempuan. Salah seorang anak lelakinya ialah Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein, Menteri Luar Negeri Malaysia sekarang ini.

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila
Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British,
India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang
bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras, Tun Hussein merancang dan
menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik
sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan
berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama
6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya,
beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga
pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Pendidikan

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini
Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya,
Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.
Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst,
di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19
(Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas
peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan
dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Kerjaya

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya
menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan
Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung
UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya
menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di
Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua
Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih
menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka
pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri
daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara.

Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau
meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's
Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu, beliau sudah pun
berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh
pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri
daripada arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru
Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968
selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan menang
dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik
sebagai Menteri Pelajaran.

Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau
mewarisi Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973
sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, beliau
dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas
kematian Tun Abdul Razak.

Sumbangan

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri
Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau
maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang
daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau
dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail
meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah disahkan sebagai
pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan
Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah
digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin,
beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan
perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan
dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa pentadbirannya pada
temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang
bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten
tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar
Ekonomi Baru. Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk
mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pernah menjalani rawatan
jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada
bulan April 1981. Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.

Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang
diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik
dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk
tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan
diri daripada kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan untuk
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 1981 atas sebab
kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya. Disebabkan
perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran
Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan
kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah
menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir
menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu,
beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei
1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton,
San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang

Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat
tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai
seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan
majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah
diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau
dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh
sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta
UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

Memorial
Tun Hussien Onn

Di mana sahaja wujudnya ketidakadilan, di situ akan terdapat Memorial Tun Hussein Onn. - Foto Aziah Azmee
kekacauan, perasaan bermusuhan dan berpecah belah,"
menyelami kata-kata keramat Perdana Menteri ketiga,
Allahyarham Tun Hussein Onn, hati terasa sayu pula.
Walaupun tidak sempat mengenali dan menikmati kemakmuran
pentadbiran tokoh dikenali Bapa Perpaduan itu, perasaan
hormat dan kagum menyelinap di sanubari ketika kronologi
kisah hidupnya, termasuk latar belakang pendidikan, karier,
pencapaian, hobi juga siapa beliau dalam kalangan keluarga dan
rakannya, yang dipaparkan di Memorial Tun Huesein Onn.

KUALA LUMPUR: Prinsip hidup Allahyarham Tun Hussein Onn ketika memimpin negara selaku Perdana Menteri ketiga masih
relevan dijadikan panduan dalam pembangunan negara selaras aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Allahyarham sentiasa komited dan berdedikasi berkhidmat untuk
negara kerana baginya, ia adalah satu penghormatan tertinggi.
Katanya, ada tiga perkara kita boleh pelajari dalam menghayati perjuangan dan
legasi Allahyarham bapanya itu yang paling relevan dalam konteks hari ini.

"Ia adalah komitmen dan dedikasi dalam berkhidmat untuk negara, perpaduan
sebagai teras kejayaan negara bangsa dan akhir sekali, kedudukan negara dalam
konteks hal ehwal antarabangsa.

"Apa yang penting lagi dalam memikul amanah besar, Tun Hussein tetap
berpegang teguh kepada kejujuran, kegigihan dan integriti yang menjadi
landasan pentadbiran beliau.

"Semangat dan nilai inilah yang perlu kita contohi dalam bersama-sama berusaha membangunkan Malaysia ke arah negara
maju, inklusif dan berdaya saing seiring aspirasi TN50," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis
Penyerahan Bangunan Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) di Bukit Perdana, di sini, hari ini kepada Arkib Negara. "Ia adalah
satu pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia kepada negarawan yang begitu besar jasa dan pengorbanannya kepada tanah
air. Ini hadiah cukup istimewa dan menyentuh hati kami sekeluarga.

"Betapa sayu melihat kembali barang peribadi milik Allahyarham dipamerkan,
daripada beg bimbitnya ke koleksi alat tulis seperti pen dan pembaris.

"Cukup tersentuh hati saya apabila melihat senyuman terukir pada wajah beliau
dalam gambar yang dipamer di ruang galeri. Syahdu terkenang kata-kata beliau
yang masih menjadi pegangan saya," katanya.

MTHO dibuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk, bermula Fazrik Kamarudin - November 1, 2017 @ 6:57pm

esok. Ia beroperasi dari Selasa hingga Ahad, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. [email protected]

Penutup

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan
hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan
Allahyarham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Allahyarham Tun
Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini
akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyarham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan yang
disegani dan dihormati. Allahyarham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dan beliau
disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin.

Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai 'Penyambung Warisan Yang
Terbilang‘ kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Tun
Hussein Onn kini juga dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk
perpaduan di negara ini.



Sumber Rujukan

• "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1981" (PDF).

• ^ "Anugerah Tun untuk Hussein kerana jasanya pada negara" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan Kepimpinan
Perdana. 17 Julai 1981. Dicapai pada 23 Januari 2021.

• ^ "DK 1977". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 26 December 2020.
• ^ "Hussein orang pertama terima darjah Seri Paduka Negeri Sembilan" (PDF). Utusan Malaysia. Yayasan

Kepimpinan Perdana. 26 Februari 1980. Dicapai pada 23 Januari 2021.
• ↑ Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, m.s. 38. Eastern Universities Press. ISBN 967-

908-051-X.


Click to View FlipBook Version