KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
FIQH MUAMALAT 2
(ECO 2513)
TUGASAN
E-KOMIK
TAJUK:
BAY’ AL-SARF
DISEDIAKAN OLEH: NO ID
NAMA BMF20-11-001
AKMAL AMSYAR BIN MOHD ZAIDI BMF20-11-019
MUHAMMAD EZRY BIN MUHAMAD RIZAL BMF20-11-006
BALQIS SYUHADA BINTI MAZRI BMF20-11-005
AYU MASYITAH BINTI ROSMAN BMF20-11-002
ALIS IZYAN BINTI AHMAD FARID
KELAS:
DBF 4A
DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM SITI AENSAH BINTI YUSOF
TARIKH PENGHANTARAN:
27 JANUARI 2022
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 PENGENALAN 4
MUKA HADAPAN KOMIK 5
3 WATAK YANG TERLIBAT 6
4 PLOT PENCERITAAN
5 DALIL PENSYARIATAN BAY’ AL-SARF 7-10
6 ISU DAN ULASAN BERKAITAN ISU BAY’ AL-SARF 11-13
7 KESIMPULAN 14-16
8 KUIZ UJIAN MINDA
9 RUJUKAN 17
18
19
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana telah memberi
peluang kepada kami ruang dan masa untuk kami menyiapkan tugasan kami pada kali ini. Secara
umumnya, kami telah diamanahkan untuk melakukan tugasan e-komik yang menceritakan
konsep Bay’ Al-Sarf dan pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian.
Walau dengan segala permasalahan yang timbul, tugasan ini dapat disempurnakan atas
daya upaya seluruh ahli kumpulan yang sentiasa bersikap positif dan tolong menolong. Selain
itu, kami dengan penuh rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Madam Siti Aensah
selaku pensyarah kami kerana banyak memberi panduan dan tunjuk ajar semasa perlaksanaan
tugasan berkumpulan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan yang berusaha keras mengumpulkan maklumat
dan menyumbang idea dari masa ke semasa. Akhir sekali, kami mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada pihak yang telah membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Diharapkan
tugasan kami yang tidak seberapa ini menepati citarasa dan kehendak sebenar bagi tajuk kami
ini.
3
PENGENALAN
Kita sering didedahkan dengan perbuatan penukaran duit dengan duit dalam kehidupan
seharian terutamanya jika seseorang itu hendak ke luar negara di mana mereka perlu
menukarkan duit mata wang Malaysia kepada duit mata wang sesebuah negara yang lain seperti
pertukaran RM dengan USD. Perkara ini berkait rapat dengan pertukaran atau jual beli mata wang
yang lebih dikenali sebagai currency exchange (forex). Di dalam fiqh muamalat, perkara ini
dinamakan sebagai kontrak Bay’ al-Sarf.
Definisi Sarf dari sudut bahasa adalah lebihan atau tambahan. Dari sudut istilah pula,
Bay’ al-Sarf merupakan satu akad jual beli yang melibatkan pertukaran mata wang antara pihak
yang berakad sama ada mata wang itu diperbuat daripada emas atau perak seperti dinar dan
dirham yang digunakan pada zaman dahulu atau mata wang yang diperbuat daripada nikal,
kopranikal, tembaga dan kertas yang kita gunakan pada hari ini.
Di dalam tugasan ini, kami sekumpulan diamanahkan untuk menerangkan dengan lebih
lanjut tentang jual beli mata wang (Bay’ al-Sarf) dalam bentuk e-komik. Kami mengharapkan
agar tugasan e-komik ini dapat memberi gambaran dan kefahaman yang jelas tentang intipati
Bay’ al-Sarf kepada para pembaca seterusnya dapat mengaplikasikan di dalam kehidupan
seharian.
4
5
6
7
8
9
10
DALIL PENSYARIATAN AL-SARF
• Al-quran
Tiada pensyariatan yang jelas dan mendalam tentang konsep Al-Sarf di dalam Al-Quran
namun hanya berpandukan kepada konsep urusniaga yang dibenarkan oleh Allah Swt secara
umum melalui surah Al-Baqarah ayat 275 iaitu:
َوأَ َﺣﻞﱠ اﻟﻠﱠـﻪُ اﻟْﺒـَﻴْﻊَ َو َﺣ ﱠﺮمَ اﻟ ّﺮِﺑَﺎ
Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba.”
Melalui potongan ayat ini, riba yang diharamkan adalah Riba al-Nasi’ah dan Riba al-Fadl dan
setiap jual beli yang mengandungi unsur riba adalah diharamkan dan tidak sah. Berbalik
kepada Bai al-Sarf adalah merupakan salah satu konsep jual beli yang dibenarkan di sisi Islam
namun modus operandinya mestilah berpandukan kepada syarat dan rukun yang sah disisi
syariat Islam.
• Hadis
Rasulullah SAW menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep dan hukum Bai Al-Sarf
melalui beberapa hadis yang berikut:
i. Hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a
“Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali dengan sama-sama
(kuantiti), jangan Kamu menukarperak dengan perak kecuali sama-sama
(kuantiti) dan jangan menukar dengan melebihkan atas yang lain, jangan
kamu menjual al waraqa dengan waraqa kecuali sama (bilangan), dan jangan
kamu melebihkan atas yang lain, dan jangan kamu menjual antaranya dengan
sesuatu yang tiada.”
ii. Hadith daripada Abu Bakrah r.a
“Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali sama (bilangan) antara
satu sama lain, jangan Kamumenukar perak dengan perak kecuali sama
11
(bilangan) antara satu sama lain dan tukarlah perak dengan emas sebanyak
mana yang Kamu hendak. (Tidak perlu sama bilangan.)”
iii. Hadith daripada ‘Ubaidah Ibn al-Samit r.a.
“(Tukarlah) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam
dengan sama kuantiti dan tangan dengan tangan (qabd). Apabila berlainan
jenis maka tukarlah mengikut yang kamu suka apabila ia dilakukan dengan
tangan dengan tangan (qabd).”
Berdasarkan semua hadith di atas, beberapa perkara telah diterangkan dengan lebih
terperinci iaitu pertukaran emas dengan emas atau perak perlu sama kuantiti dan tidak
boleh ada tafadul iaitu berlebihan dan perlu taqabud iaitu saling melakukan qabd.
Pertukaran emas dengan perak dibenarkan tafadul iaitu berlainan kuantiti dan perlu
taqabud. Rasulullah s.a.w. menerangkan salah satu contoh riba seperti menukar sekeping
duit dinar dengan dua keping duit dinar. Sekiranya wujud unsur tafadul di dalam
pertukaran maka ia adalah riba dan jelas haram di sisi syarak.
• Ijma’
Jumhur ulama yang terdiri daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’I dan Hanbali bersepakat
bahawa hukum pertukaran mata wang adalah harus apabila adanya keperluan serta
adanya perubahan kadar pertukaran pada masa-masa tertentu tetapi perlu memenuhi
syarat-syarat berikut iaitu:
a) Tamathul iaitu pertukaran yang sama berat atau kuantiti atau timbangan atau nilai
Sebagai contoh Ringgit Malaysia ditukar dengan Ringgit Malaysia.
b) At-Taqabudh iaitu proses serah dan terima dilakukan semasa majlis akad iaitu
dibuat secara tunai, bukannya berhutang dan bersifat bertangguh.
• Jualbeli matawang melalui adalah bersifat segera iaitu penerimaan dan
penyerahan matawang yang ingin dijualbeli mestilah dilakukan dalam satu
majlis akad tanpa bertangguh. Maka jualbeli matawang melalui pengurup
wang dan bank-bank diharuskan syarak.
12
c) Tiada Syarat Khiyar
• Sekiranya terdapat syarat khiyar yang dimasukkan ke dalam akad jualbeli
maka akad itu akan menjadi fasid.
• Penangguhan penyerahan salah satu matawang atau kedua-duanya sekali
juga tidak boleh menjadi salah satu syarat kerana ia akan menjadikan
jualbeli itu menjadi fasid.
Kesimpulannya, selagi memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan di sisi syarak, maka jualbeli
matawang asing adalah dibolehkan dan hukumnya adalah harus. Sekiranya ia melibatkan
pertukaran matawang antara Ringgit Malaysia dengan Dollar Singapura misalnya, walaupun ia
dibenarkan kerana berlainan jenis tetapi jual beli atau pertukaran tersebut tetap perlu dilakukan
secara tunai tanpa sebarang penundaan. Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut,
hukumnya adalah haram sepertimana yang telah difatwakan mengenai sistem Foreign Exchange
(Forex) spot kerana ia menimbulkan banyak keraguan atau gharar di kalangan umat Islam.
13
ISU DAN ULASAN BERKAITAN ISU BAY’ AL-SARF
Bai` al-sarf merujuk kepada kontrak pertukaran/jual beli mata wang. Dalam Syariah, serah terima
mata wang (subjek akad) dalam bai` al-sarf mestilah berlaku serta merta dalam majlis akad
(majlis al-`aqd). Hal ini penting bagi memastikan kepatuhan Syariah dalam pelaksanaan urus
niaga mata wang asing oleh institusi-institusi kewangan Islam dan tidak mempunyai unsur gharar
dalam transaksi.
Asas keperluan serah terima subjek akad Bay’ al-Sarf dalam majlis akad adalah berdasarkan hadis
Rasulullah SAW seperti berikut:
ِﻣﺜًْﻼ ﲟِﺜٍْﻞ، واﻟْ ِﻤْﻠ ُﺢ ﺑﺎﳌِْﻠ ِﺢ، واﻟﺘﱠ ْﻤُﺮ ﺑﺎﻟﺘﱠ ْﻤِﺮ، واﻟ ﱠﺸﻌِﲑُ ﺑﺎﻟ ﱠﺸﻌِ ِﲑ،ّ واﻟُْﱪﱡ ﺑﺎﻟُِﱪ، واﻟِْﻔ ﱠﻀﺔُ ﺑﺎﻟِﻔ ﱠﻀِﺔ،اﻟ ﱠﺬ َﻫ ُﺐ ﺑﺎﻟ ﱠﺬ َﻫ ِﺐ،
إذا ﻛﺎ َن ﻳًَﺪا ﺑﻴَ ٍﺪ، ﻓَﺒِﻴﻌُﻮا ﻛﻴ َﻒ ِﺷْﺌـﺘُْﻢ، ﻳًَﺪا ﺑﻴَ ٍﺪ ﻓﺈذا ا ْﺧﺘَـﻠََﻔ ْﺖ ﻫ ِﺬﻩ اﻷ ْﺻﻨﺎ ُف،َﺳﻮاءً ﺑ َﺴﻮاٍء
“Dari `Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah SAW bersabda: “(Penjualan/pertukaran) emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan
kurma, garam dengan garam, apabila ia sama jenisnya, hendaklah sama kadar atau
timbangannya dan hendaklah secara lani. Sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah
mengikut kehendak kamu tetapi dengan syarat pertukaran dua barangan tersebut berlaku
secara lani (serahan tangan ke tangan).
Tiada khilaf dalam kalangan fuqaha menurut fiqh kontemporari bahawa perkataan ( َﻳ ًﺪا ﺑ َﯿ ٍﺪtangan
dengan tangan) dalam hadis di atas membawa maksud penyerahan kedua-dua subjek akad Bay’
al-Sarf kepada pihak-pihak berkontrak mestilah berlaku dalam satu majlis akad, sebelum pihak-
pihak berkontrak berpisah secara fizikal.
Sekiranya serah terima mata wang berlaku selepas majlis akad dan tidak memenuhi syarat
penyerahan serta merta dalam bai` al-sarf, ini akan menyebabkan berlakunya riba nasi’ah iaitu
penangguhan dalam pertukaran barang ribawi.
Namun begitu, menurut Bank Negara Malaysia, terdapat beberapa keperluan lain yang perlu
diambil kira mengikut keperluan konteks operasi perbankan semasa.
14
Isu yang timbul dalam pelaksanaan Bay’ Al-Sarf:
1. Adakah akad Bay’ al-Sarf ini dianggap sempurna jika waktu penyerahan mata wang itu
dilaksanakan pada hari kedua akad/kontrak dimerterai dan adakah akad tersebut
dianggap telah sempurna semasa atau selepas majlis akad.
(Majlis akad = Masa/kesinambungan/tangguhan)
Dalam hal ini, terdapat keperluan untuk menentukan majlis akad bagi Bay’ al-Sarf dalam konteks
operasi perbankan semasa dan juga menentukan sama ada serah terima mata wang yang berlaku
pada hari kedua selepas tarikh akad adalah dianggap sebagai disempurnakan semasa atau
selepas majlis akad.
Amalan serah terima mata wang dalam Bay’ al-Sarf seperti yang dilaksanakan pada hari kedua
selepas tarikh akad dianggap berlaku selepas majlis akad. Namun begitu, amalan ini boleh
dibenarkan berdasarkan amalan pasaran yang terbina akibat daripada kekangan operasi. Di
samping itu, serah terima mata wang selepas majlis akad juga boleh dibenarkan sekiranya berlaku
gangguan operasi di luar jangka.
Sekiranya serah terima mata wang yang dilaksanakan selepas majlis akad bukan disebabkan oleh
`urf tijari (adat permasalahan perniagaan yang tidak dapat dielakkan/amalan pemasaran semasa)
akibat daripada kekangan operasi atau gangguan di luar jangkaan, transaksi tersebut akan
termasuk dalam transaksi riba nasi’ah kerana sengaja menangguhkan pertukaran barang ribawa,
ini kerana, pada asasnya, penyerahan serta merta dalam akad Bay’ al-Sarf ini menjadi satu syarat
khusus untuk perlaksanaan akad ini.
Kebiasaannya, serah terima mata wang yang berlaku pada hari kedua merupakan amalan pasaran
(`urf tijari) bagi Bay’ al-Sarf yang dimeterai melalui medium-medium elektronik atau atas talian
dan bukannya secara fizikal seperti perkhidmatan pengurup wang (money changer). Maka, ini
dibenarkan, berbeza dengan kontrak yang dibuat secara fizikal. Tambahan pula, operasi
perbankan semasa kini tidak melibatkan pertemuan secara fizikal dan lebih kepada transaksi atas
talian.
15
(Majlis Akad = Tempat)
Memandangkan operasi perbankan semasa kini tidak banyak melibatkan pertemuan secara fizikal,
timbul isu tentang situasi yang melibatkan dua pihak berkontrak perlu saling bersemuka di satu
tempat yang sama secara fizikal.
Bagi menjawab isu yang dikemukakan ini, ulama’ fiqh kontemporari telah membahagikan majlis
akad dalam amalan operasi semasa kepada dua jenis iaitu:
Majlis akad haqiqi : Pihak yang berkontrak bertemu secara fizikal.
Majlis akad hukmi : Pihak yang berkontrak tidak bertemu secara fizikal bahkan kontrak
dimeterai menggunakan teknologi moden.
Oleh itu, melihat kepada pembahagian majlis aqad dalam amalan semasa kini, dibolehkan untuk
melakukan kontrak secara atas talian melalui teknologi-teknologi moden namun pihak yang
berkontrak perlu mengetahui dengan jelas bilakah waktunya tamat sesuatu majlis aqad tersebut.
Sebagai contoh, kontrak yang dimeterai melalui dalam talian atau platform elektronik, majlis akad
itu akan berakhir setelah tamat perbualan telefon antara pihak-pihak yang berkontrak. Manakala,
kontrak yang melalui e-mel atau faks, majlis akadnya akan bermula Ketika mana penawaran telah
sampai kepada pihak yang terlibat dan ia akan berakhir apabila pihak yang ditawarkan itu
menolak tawaran itu, sekiranya dia menerima maka penawaran itu masih berterusan dalam satu
majlis aqad sehingga tamatnya kontrak yang dimeterai.
16
PENUTUP
Berdasarkan intipati e-komik bay’ al-Sarf yang telah disiapkan oleh kami dan diikuti pula
dengan beberapa ulasan daripada para ulama, kami dapat menyimpulkan bahawa memahami
kandungan sesebuah kontrak itu adalah sangat mustahak demi memastikan segala perbuatan
dilakukan dengan tertib khususnya dalam bidang muamalat.
Tugasan berkumpulan ini telah mengajar kami untuk sentiasa bekerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain. Kesemua ahli kumpulan memberikan respon dan kerjasama
yang baik dalam memastikan kerja yang telah di buat siap dengan sempurna. Bimbingan dan
tunjuk ajar daripada Madam Siti Aensah yakni pensyarah Fiqh Muamalat 2 kami turut memainkan
peranan penting dalam menyiapkan tugasan ini.
Seikhlasnya, kami dapat mendalami tentang kontrak bay’ al-Sarf yang sangat digunakan
terutamanya pada masa kini. Hal ini membolehkan kami untuk sentiasa peka dalam menjalani
transaksi jual beli mata wang agar tidak terlibat dengan riba. Kami turut berharap agar para
pembaca turut memahami asas kontrak bay’ al-Sarf ini serta mampu untuk menyelesaikan quiz
yang telah kami sediakan.
17
KUIZ / UJIAN MINDA
1
2
3
4
56
7
Across Down
2. __adalah instrument dalam bay al-Sarf
4. __merupakan jenis riba yang terhasil apabila 1. __nilai ialah syarat bagi bay al-Sarf
melanggar syarat bay al-Sarf 3. __adalah serah terima
5. __bermaksud berlebihan 5. __merupakan syarat bagi bay al-sarf
6. __adalah singkatan bagi currency exchange
7. __adalah hukum bagi bay al-Sarf
18
RUJUKAN
Tarmizi, L. (2018, November 15). BAYAN LINNAS SIRI KE-153: HUKUM PENGGUNAAN MATA
WANG BITCOIN. Retrieved from https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-
jawab/2773-bayan-linnas-153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin
muamalat.my. (2019, September 12). Qabd - Serah Terima. Retrieved from
https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/qabd-serah-terimasatu-unsur-penting-
dalam-jual-beli-ialah-qabd-ejaan-arabnya-ial/2483815728367828
SACBNM. (2017, Disember). Bai` Al-Sarf. Retrieved from KOMPILASI KEPUTUSAN SYARIAH
DALAM KEWANGAN ISLAM: http://sacbnm.org/wp-content/uploads/2017/12/27.pdf
ISLAMIC FINANCE. (n.d.). Bay al-Sarf. Retrieved from http://www.islamic-
finance.com/item_sarf_f.htm
BNM. (2017, Ogos 22). Penentuan Majlis Akad dan Serah Terima Bagi Bai’ al-Sarf Dalam Operasi
Kewangan Semasa.
Retreived from
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/1085561/SAC+179th+Meeting+Statement
+BM.pdf
Husna Aziz (2015 Jun 25). Ijarah dan al-Sarf. Retrieved from
https://www.slideshare.net/HusnaAziz/isbn1
Mahyuddin Khalid (2012 Jun 19). Bay’ al-Sarf. Retrieved from
https://www.slideshare.net/emkay84/bay-al-sarf
19