BUKU SKRAP TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. BIODATA 3 2. PENDAHULUAN 4 3. SEJARAH KEMERDEKAAN 5-7 4. TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA 8 5. TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN MAT KILAU 9 6. TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN RENTAP 10 7. TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN MAT SALLEH 11 8. TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN TOK JANGGUT 12 9. PENUTUP 13
BIODATA NO. K.P : 110305-04-0036 UMUR : 12 TAHUN KELAS : 6 IBNU RUSYD SEKOLAH : SK SERI MENDAPAT TARIKH LAHIR : 5 MAC 2011 TEMPAT LAHIR : MELAKA NAMA: NUR NADHRAH IZZATI BINTI KHALILULLAH
PENDAHULUAN Tujuan buku skrap ini dihasilkan adalah untuk melahirkan rasa jati diri yang tinggi serta membentuk keperibadian bangsa yang terpuji dan kita juga dapat membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, sebab dan juga akibatnya tentang sejarah negara kita.
SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA Hari Kemerdekaan atau juga dikenali Hari Kebangsaan di sambut dengan begitu meriah pada setiap tahun dimana pelbagai acara mengikut tema Hari Merdeka seperti perarakan warna warni perbarisan di Dataran Merdeka, mnegibarkan bendera Malaysia, pertunjukan pentas, pertandingan dan banyak lagi. Sebagai contoh menggantung bendera pada pintu rumah atau kereta. Kesemua acara ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan Malaysia Merdeka, serta secara tidak langsung mendidik generasi muda untuk mengenal sejarah negara dengan lebih dalam. Peristiwa penting wajar disambut secara besar-besaran bagi menanam sifat sayangkan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia.
PERISTIWA 31 OGOS 1957 MENJADI PERISTIWA YANG PALING BERMAKNA BAGI SELURUH RAKYAT MALAYSIA. STADIUM MERDEKA, TEMPAT LAUNGAN KEMERDEKAAN Pada 31 OGOS 1957 antara upacara-upacara yang tercatat sejarah adalah upacara menyanyikan lagu kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka untuk kali terakhir. Selain itu, Ratu Ellizabeth ll juga membaca perutusan dimana baginda mengalukan kemasukan Tanah Melayu ke dalam Komenwel serta mendoakan kedaulatan negara. Kemudian TUNKU Abdul RAHMAN memberi ucapan penghargaankepada Great Britain dalam membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan membaca teks Pemasyuran Kemerdekaan. LAUNGAN MERDEKA 7 KALI
BENDERA MALAYSIA DINAIKKAN BUAT PERTAMA KALI Bendera persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan berkibar seiring Lagu Kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kali secara rasmi di khalayak ramai. SERUAN AZAN DAN 101 DAS TEMBAKAN Seruan azan oleh Hassan Azhari dilaungkan menjadi simbolik bahawa Islam menjadi agama rasmi negara. 101 das tembakan ke udara bagi memeriahkan lagi upacara pengisytiharaan Merdeka
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
MAT KILAU Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi kepahlawanan beliau. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
RENTAP Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
MAT SALLEH Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
TOK JANGGUT Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
PENUTUP PENUTUP Dengan penghasilan buku skrap ini telah memberi pendedahan kepada saya tentangtoko pejuang kemerdekaan dan pemimpin di Malaysia. Sejarah kemerdekaan dapat membangkitkan semangat dan memupuk perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjagajaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit.