The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

oleh Melyna Azureen dan Aina Amira
3 Lunar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8411765, 2021-10-14 09:12:28

cerpen legasi tapai ubi

oleh Melyna Azureen dan Aina Amira
3 Lunar

CERPEN

LEGASI
TAPAI UBI

MAienlaynAamAirzaubreinetni bEiznatmi Mizoudhainm-aSduArizahar -Buana
3 Lunar

KANDUNGAN

01 Sinopsis
02 Tema dan Persoalan
03 Watak dan Perwatakan
04 Gaya Bahasa
05 Latar
06 Nilai dan Pengajaran

SINOPSIS Sejak kecil lagi Parjo membantu
emak dan bapanya menjual tapai
ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak
Salikon’ semua orang sudah tahu

dan nama Parjo sudah sebati
dengan makanan tersebut

sehinggakan rakan-rakan sekolah
menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses

membuat tapai ubi agak rumit,
kerana banyak pantang larang yang

perlu dipatuhi, antaranya adalah
tidak boleh memberitahu orang
semasa membuat tapai, elakkan
daripada terkena kotoran atau
minyak dan tidak boleh membuat
bising kerana dikhuatiri tapai tidak

menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya
berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di

matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah
memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi
membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan
serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan
akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria
yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang
pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat
pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa

pada peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis
konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen
Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr.
Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak
dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang
Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di
kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin
meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan
meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai
pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit
dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

TEMA

Kesungguhan seorang anak kepada
peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan
bahawa makanan tradisional tersebut
mampu menjadi penawar penyakit
berbahaya seperti kanser.

PERSOALAN

KETAATAN seorang anak kepada
ibu dan bapanya

Contohnya, setiap hari Parjo terpaksa menjinjit karung yang berisi tapai
ubi untuk dibawa ke sekolah. Pada masa yang sama, dia juga
membawa tapai ubi itu ke pasar, kedai kampung dan di mana-mana
sahaja jika ada tempahan.

Bercita-cita tinggi demi kemajuan
pada masa depan

Contohnya, Wak Salikon bercadang untuk memperingat perusahaan
tapai ubinya setelah kajian Dr. Parjo tentang tapai itu berjaya.

Pengorbanan ibu dan bapa untuk
menyekolahkan anak-anak

Contohnya, Parjo dan adik-adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran
ke menara gading hasil daripada usaha emak dan bapanya menjual
tapai ubi.

WATAK DAN PERWATAKAN

Parjo 1.Seorang yang taat akan emak dan bapanya
kerana sanggup menghantar tapai ubi ke
kenatin sekolah dan warung-warung di
kampungnya tanpa membantah arahan
bapanya.

2.Seorang yang bersungguh-sungguh


melakukan sesuatu apabila Parjo melakukan

kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi
dapat membantu mengurangkan serangan
kanser
3.Seorang yang teliti apabila proses kajian
terhadap kanser telah dilakukanya mengikut
prosuder dan peringkat demi peringkat bagi
memastikan kajian tersebut berjaya.

PERIBAHASA Kata ganda

Contohnya : Contohnya :
Namun alah bisa Pagi-pagi lagi bapa
tegal biasa akan ke kebun untuk
mencabut ubi.

REPETISI
GAYA SINKOPE
BAHASA
Contohnya : Contohnya :
"Tapai! Tapai! diksi "Tak dengar pun..."
Tapai!" jawab emak
Pengarang telah selamba.
menggunakan laras

bahasa Sains.
Contohnya :
bakteriosin, asid
laktik, benign,
malignan

LATAR MASA

(a) Waktu pagi. Bapa Parjo telah menjerit
dalam loghat Jawanya yang pekat agar
Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai
ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan
melumatkan ragi juga.
(b) Selepas sembahyang isyak. Emak
meneruskan tugasannya membuat tapai ubi
yang dikatakan banyak pantang larangnya.
(c) Permulaan semester. Profesor Haidar
memberitahu Parjo bahawa mereka ada
projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai
ubi yang dikatakan dapat mengurangkan
risiko serangan kanser.

latar tempat

(a) Fakulti perubatan di universiti. Tempat Parjo
melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar
mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi
yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
(b) Amerika Syarikat. Tempat yang menunjukkan
bahawa kajian kadar kanser payudara di negara itu
adalah berbeza antara kaum, iaitu kes paling tinggi

berlaku dalam kalangan wanita berkulit putih
berbanding dengan wanita berkulit hitam atau
berketurunan Hispanic atau berketurunan Asia.
(c) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon. Emak
dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus

kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi
dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat

tempahan.

latar masyarakat

(a) Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
Parjo bersungguh-sungguh membantu emak dan bapanya
menghantar tapai ubi pada setiap pagi. Semasa di universiti
pula, Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian
tentang projek tapai ubi yang diarahkan oleh Profesor
Haidar.

(b) Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
Wak Salikon dan isterinya sentiasa mematuhi pantang larang
semasa membuat tapai ubi untuk memastikan kualiti tapai
itu terjamin.

(c) Masyarakat yang berpandangan jauh.
Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang
tapai ubi kerana terdapat penemuan yang membuktikan
bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan
kanser.

nilai murni

(a) Kegigihan.
Parjo bersungguh-sungguh membuat
kajian tapai ubi yang dikatakan
mampu mengurangkan serangan
kanser.

(b) Kerajinan.
Pada setiap pagi, Parjo akan
menghantar tapai ubi Wak Salikon ke
pasar, ke kantin sekolah, warung,
kedai kampung, dan ke mana-mana
sahaja jika ada tempahan.

(c) Kesyukuran.
Semasa disoal oleh wartawan, Parjo
mengatakan bahawa kejayaannya
ialah hasil inspirasi emak dan
bapanya yang mengusahakan
perniagaan tapai ubi

pengajaran

(a) Kita hendaklah tabah mengharungi susah
payah dalam kehidupan.
Contohnya, sejak di bangku sekolah menengah
lagi, Parjo akan menjinjit karung tapai ke kantin
sekolah. Dia telah digelar ‘Parjo Tapai’ oleh
kawan-kawannya. Namun begitu, dia tabah kerana
mahu membantu emak dan bapanya mencari
rezeki.

(b) Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
Pagi-pagi lagi Wak Salikon akan ke kebun untuk
mencabut ubi, manakala emak Parjo akan
mengopek kulit ubi itu. Parjo pula akan membantu
emaknya untuk memotong ubi itu.

(c) Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara.
Parjo banyak membaca kajian tentang kanser
payudara sebelum memulakan kajiannya. Dia
melakukan kajiannya dengan teliti untuk
memastikan kajian itu berjaya.

Terima

Kasih

melyna, aina


Click to View FlipBook Version