The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77102157, 2021-01-19 12:23:33

WIM MODUL14

WIM MODUL14

MODUL 14

MEMANGKAS TANAMAN

PEKERJA AM TANAMAN
AF-010-1



KOD DAN NAMA PROGRAM / BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROGRAM CODE & NAME KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN

TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/
MODULE NO. AND TITLE M14 MEMANGKAS TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND 04.05 CANTAS TANAMAN SAYUR-SAYURAN
STATEMENT
04.06 LAKUKAN KERJA MEMBUANG BAHAGIAN/
OBJEKTIF MODUL/ MODULE
OBJECTIVES TANAMAN ROSAK

NO. KOD / CODE NO. PANGKAS TANAMAN MENGGUNAKAN GUNTING
PANGKAS, PISAU, KERETA SORONG, PUNGKIS,
KARUNG SAMPAH, SARUNG TANGAN, GERGAJI
PANGKAS, JADUAL PENANAMAN, PENCAKAR,
CANGKUL, PENGGALI DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA
BAHAGIAN TANAMAN YANG TIDAK DIPERLUKAN DAN
BERPENYAKIT DIPOTONG LICIN & RAPAT KE BATANG
UTAMA, SISA CANTASAN, TANAMAN DIKUMPUL,
DILUPUS MENGIKUT KAEDAH AMALAN PERTANIAN
BAIK.

AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 1 Drp : 8

TAJUK/TITLE: PANGKAS TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas ini menerangkan tentang tujuan memangkas, bahagian-bahagian yang perlu
dipangkas, jenis-jenis pemangkasan serta peralatan dan bahan pemangkasan
tanaman.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 2 Drp : 8

1. PEMANGKASAN (PRUNING/ CROPPING) / CANTASAN
Aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan
pengeluaran pucuk baru, cabang atau dahan dan pengeluaran bunga serta
buah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak
berfungsi. Selain, itu pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk
tanaman.

Jenis Pemangkasan Tanaman
a. Pemangkasan/ Cantasan bentuk

Untuk melatih atau membentuk tumbuhan kepada bentuk-bentuk yang diingini.
Tunas-tunas sisi yang keluar dipotong.

b. Pemangkasan/ Cantasan rutin
Untuk mengekalkan bentuk dan kesuburan pokok. Dahan-dahan yang patah,
berpenyakit, mati dan juga tunas air dibuang.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 3 Drp : 8

c. Pemangkasan/ Cantasan memperbaharui (pemulihan)
Untuk dahan-dahan baru tumbuh segar. Dahan-dahan dipotong dengan
banyak sehingga ke pangkal batang utama.

Membuat cantasan pemulihan

d. Pemangkasan penjarangan/ pengudaraan
Untuk memastikan pengudaraan pokok tidak terhalang oleh dahan-dahan
yang tumbuh rapat/terlalu rimbun

Menjarang kan dahan supaya pengudaraan tidak terhalang

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 4 Drp : 8

2. TUJUAN CANTASAN DAN PEMANGKASAN hendak
Tujuan cantasan/pemangkasan pokok adalah:
a. Merangsang pertumbuhan tunas, bunga, buah.
b. Membuang dahan-dahan yang rosak, mati dan berpenyakit.
c. Mengawal saiz pokok supaya tidak terlalu besar.
d. Memberi keseimbangan pada pokok
e. Mendapatkan tumbesaran yang sekata dan hasil yang banyak.
f. Membentuk pokok mengikut bentuk yang dikehendaki seperti topiari.
g. Mengurangkan transpirasi (perpeluhan) terutama apabila
memindahkan pokok besar.

3. TANDA-TANDA KEROSAKAN TANAMAN HIASAN, BUAH-BUAHAN DAN
SAYUR-SAYURAN

Tanda-Tanda Penyakit Punca Penyakit
Daun berbintik hitam. Tanaman

Daun berbintik-bintik dengan sempadan berwarna kuning. Kulat
Tompok-tompok kuning yang bertukar menjadi coklat.

Akar kelihatan hitam dan basah.

Bahagian-bahagian tumbuhan kelihatan basah, daun menjadi Bakteria
kuning, reput dan berbau busuk.

Terdapat bintik-bintik basah pada daun. Bintik-bintik
mempunyai bahagian tengah yang berwarna coklat atau
hitam dan dikelilingi oleh sempadan kemerah-merahan.

Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi bantut. Virus
Daun berbintik-bintik serta berkerekot.

Tanda kerosakan Jenis serangga

Pertumbuhan tanaman terbantut dan perubahan bentuk. Kutu afid
Dapat menyebabkan kulapuk tumbuh dan menyebarkan virus.

Menghisap cairan tumbuhan. Menyebabkan daun tumbuhan Kutu trip (teritip)
menjadi kuning dan gugur. Menggalakkan kulapuk tumbuh.

Memakan dan mencacatkan daun. Siput

Pertumbuhan tumbuhan terbantut, layu dan daun-daun gugur Cacing nematod
atau menjadi kuning. Terdapat bengkak-bengkak pada akar.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 5 Drp : 8

4. BAHAGIAN POKOK PERLU DIPANGKAS/ DICANTAS
Tanaman yang sedang membesar perlu dijaga dengan sempurna bagi menjamin
tumbesaran yang baik dan seterusnya mengeluarkan hasil yang maksimum.
Tumbesaran tanaman boleh terbantut atau tidak mengeluarkan hasil jika tidak
dilakukan kerja penjagaan. Antara penjagaan yang perlu dilakukan adalah
mencantas dan membuang bahagian tanaman yang rosak .

4.1 Tunas air
Tunas air ialah tunas pokok . Ia biasanya tumbuh tegak ke atas . Ia tidak
banyak membawa faedah kepada tanaman. Kesannya kurang hasil tanaman
yang keluar di dahan atau batang

Tunas air dibuang dengan tangan

Tunas air pada dahan/ batang pokok dibuang dengan sekateur atau alatan yang
bersesuaian.

4.2 Bahagian Daun Berlebihan

Daun berlebihan boleh merencatkan pengeluaran hasil tanaman

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 6 Drp : 8

4.3 Bahagian dahan dan daun berpenyakit, rosak, reput atau kekeringan

Dahan yang reput/
berpenyakit/ mati

Bahagian dahan yang reput/ berpenyakit/ mati dipangkas.

Teknik pemangkasan yang betul

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 7 Drp : 8

4.4 Bersilang dan Menghalang Pengudaraan Baik

Bahagian dahan yang bersilang perlu Pokok renek yang rimbun dijarang untuk

dibuang memberi pengudaraan.

5. ALATAN DIGUNAKAN UNTUK PANGKASAN/ CANTASAN
5.1 Jenis alat pangkasan/ cantasan

Gunting ranting/sekateur Gunting pokok pagaran (hedge shear)

Mesin PangkasTanaman Pagaran Gergaji berantai (chain saw)
(Hedge Trimmer)

Gergaji cantas (prunning saw) Gergaji dan Gunting cantas bergalah
(Extendable Pole Saw)

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/P(1/1) Muka : 8 Drp : 8

SOALAN

1. Apakah maksud pangkasan/ cantasan?
________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. Senaraikan 3 alat yang digunakan dalam pangkasan/ cantasan.
a. ___________________________________
b. ___________________________________
c. ___________________________________

RUJUKAN

1. Nota Syarahan Kejuruteraan Pertanian Semester 2, Institut Pertanian
Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian, Jun 1997

2. Kemahiran Hidup Bersepadu , Kementerian Pendidikan Malaysia, Tropical
Press Sdn Bhd, 1991

3. Mustafa Kamal (1984), Hortikultur Hiasan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Pustaka.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS TUGASAN

( ASSIGNMENT SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ M14 MEMANGKAS TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 04.05 CANTAS TANAMAN SAYUR-SAYURAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT 04.06 LAKUKAN KERJA MEMBUANG BAHAGIAN/

OBJEKTIF MODUL/ MODULE TANAMAN ROSAK
OBJECTIVES
PANGKAS TANAMAN MENGGUNAKAN GUNTING
PANGKAS, PISAU, KERETA SORONG, PUNGKIS, KARUNG
SAMPAH, SARUNG TANGAN, GERGAJI PANGKAS, JADUAL
PENANAMAN, PENCAKAR, CANGKUL, PENGGALI DAN
MANUAL TANAMAN SUPAYA BAHAGIAN TANAMAN YANG
TIDAK DIPERLUKAN DAN BERPENYAKIT DIPOTONG LICIN
& RAPAT KE BATANG UTAMA, SISA CANTASAN, TANAMAN
DIKUMPUL, DILUPUS MENGIKUT KAEDAH AMALAN
PERTANIAN BAIK.

NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 1 Drp : 6

TAJUK/TITLE: PANGKAS TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai tujuan memangkas, bahagian-bahagian yang perlu dipangkas, jenis-
jenis pemangkasan serta peralatan dan bahan pemangkasan tanaman.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 2 Drp : 6

ARAHAN/INSTRUCTION: Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.
Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.

SOALAN/QUESTION:
BAHAGIAN A

1. Tujuan membuat pangkas/cantasan pada tanaman ialah untuk
____________________

A. membuang bahagian tanaman yang perpenyakit.
B. mematikan tanaman yang berpenyakit.
C. mengurangkan kualiti pengeluaran hasil.
D. mengelakkan serangan gajah pada tanaman.

2. Gunting pokok pagaran sesuai digunakan untuk ______________________

A. mencantas dahan rambutan.
B. mencantas dahan nangka.
C. mencantas pelepah kelapa.
D. mencantas pembentukan pokok pagaran.

3. Selepas melakukan kerja cantasan, sisa-sisa tanaman perlu dilupuskan supaya
______________________

A. menambahkan kuantiti hasil tanaman.
B. pembiakan penyakit tanaman dapat dikawal.
C. mengurangkan penggunaan air untuk siraman.
D. menjimatkan penggunaan tenaga buruh.

4. Dahan tanaman yang perlu dicantas ialah :

I. dahan/ranting yang terlalu rimbun.
II. dahan/ranting yang rosak dan berpenyakit.
III. dahan bergesel.
IV dahan yang menpunyai buah muda.

A. I sahaja
B. I, II, III sahaja
C. I, II, III, IV
D. IV sahaja

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 3 Drp : 6

5. Cantasan untuk melatih tumbuhan kepada bentuk-bentuk yang diingini dikenali
sebagai _________________ .

A. cantasan selepas ringan.
B. cantasan berat.
C. cantasan membentuk.
D. cantasan pemulihan.

(5 markah)

BAHAGIAN B
Arahan/Direction: Bagi soalan 6 hingga 10 isikan jawapan yang betul pada ruang
kosong yang disediakan.

6. Memangkas ialah ________________ bahagian-bahagian pokok yang tidak
diperlukan.

7. Cantasan dengan cara memotong dahan dengan banyak sehingga ke pangkal
batang utama dikenali sebagai ______________________________ .

8. Alat cantasan yang sesuai untuk memotong ranting-ranting kecil pada kedudukan
yang tinggi ialah ____________________________ .

9. Kutu Afid menyebabkan pertumbuhan tanaman ___________________dan
perubahan bentuk.

10. Tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh __________________________ialah
bahagian tumbuhan kelihatan basah, daun menjadi kuning, reput dan berbau busuk.

(5 markah)

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 4 Drp : 6

BAHAGIAN C ) pada jawapan

Arahan/Direction: Tandakan ( ) pada jawapan yang betul dan (
yang salah.

11. Pangkasan bermaksud memotong dan membuang bahagian-bahagian
yang diperlukan.

12. Sisa-sisa cantasan yang berpenyakit seelok-eloknya dibakar atau
ditanam.

13. Tunas air adalah tunas yang akan mengeluarkan cecair apabila dicantas.

14. Tujuan cantasan pemulihan ialah untuk melatih atau membentuk
tumbuhan kepada bentuk-bentuk yang diingini.

15. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan bermutu, pemangkasan perlu
dilakukan setiap hari

(5 markah)

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 5 Drp : 6

BAHAGIAN C
Arahan/Direction: Bagi soalan 16 hingga 20 suaikan/padankan gambar alatan dengan
jawapan yang betul.

16.

Gergaji berantai
(chain saw)

17.
Gergaji dan Gunting
cantas bergalah
(Extendable Pole
Saw)

18.

Gunting pokok
pagaran

(hedge shear)

19.
Gergaji cantas
(prunning saw)

20
Gunting ranting
(scetuer)

(5 markah)

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/T(1/1) Muka : 6 Drp : 6

SKEMA
1. A
2. D
3. B
4. B
5. C
6. Memotong
7. Cantasan memperbaharui
8. Gunting cantasan bergalah
9. Terbantut
10. Bakteria

11. Salah
12. Betul
13. Salah
14. Betul
15. Salah

16. Gunting pokok pagaran (hedge shear)
17. Gergaji berantai (chain saw)
18. Gergaji dan Gunting cantas bergalah (Extendable Pole Saw)
19. Gunting ranting (scetuer)
20. Gergaji cantas (prunning saw)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

( WORK SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ M14 MEMANGKAS TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 04.05 CANTAS TANAMAN SAYUR-SAYURAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT 04.06 LAKUKAN KERJA MEMBUANG BAHAGIAN/

OBJEKTIF MODUL/ MODULE TANAMAN ROSAK
OBJECTIVES
PANGKAS TANAMAN MENGGUNAKAN GUNTING
NO. KOD / CODE NO. PANGKAS, PISAU, KERETA SORONG, PUNGKIS, KARUNG
SAMPAH, SARUNG TANGAN, GERGAJI PANGKAS, JADUAL
PENANAMAN, PENCAKAR, CANGKUL, PENGGALI DAN
MANUAL TANAMAN SUPAYA BAHAGIAN TANAMAN YANG
TIDAK DIPERLUKAN DAN BERPENYAKIT DIPOTONG LICIN
& RAPAT KE BATANG UTAMA, SISA CANTASAN, TANAMAN
DIKUMPUL, DILUPUS MENGIKUT KAEDAH AMALAN
PERTANIAN BAIK.

AF-010-1/M14/K(1/1) Muka :1 Drp :9

TAJUK /TITLE: MELAKUKAN KERJA PEMANGKASAN DAN MENGUMPUL DAN
MELUPUS SISA.

TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS:
Murid-murid mesti boleh / Pupils should be able to :
1. Mengutil dengan tangan bahagian tanaman mengikut keperluan.
2. Memotong tanaman/ memangkas dan membuang bahagian yang tidak diperlukan

menggunakan peralatan yang sesuai berdasarkan manual prosedur kerja.
3. Mengumpul sisa tanaman berdasarkan manual tanaman.
4. Memungut dan memunggah sisa tanaman ke tempat pelupusan berdasarkan tatacara

kerja.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:2 Drp: 7

ARAHAN:
.

1. Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, semasa dan selepas
selesai kerja dilakukan.

2 Murid dikehendaki melakukan kerja mengutil, memotong, mencabut, memangkas,
mengumpul dan memunggah di tapak tanaman.

3 Menyediakan peralatan dan bahan untuk melaksanakan aktiviti mengutil, memotong,
mencabut, memangkas, mengumpul dan memunggah sisa tanaman ke tempat
pelupusan mengikut keperluan tapak tanaman.

4 Sebelum anda meneruskan aktiviti tersebut dicadangkan, jawab soalan yang
dikemukakan di bawah.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:3 Drp: 7

LUKISAN, DATA DAN JADUAL / DRAWING, DATA AND TABLE: TIADA

PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS:

BIL. BAHAN UKURAN KUANTITI
1. Tanaman (yang sesuai) (Bahan:Calon)
mengikut keperluan

2. Karung sampah mengikut keperluan

3. Cat mengikut keperluan

BIL. PERALATAN/KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/Kelengkapan :
1. Sekatuer
2. Gergaji pangkas (manual/ mesin) Calon)
3. Gunting pokok pagaran 1:1
4. Parang 1:5
5. Cangkul 1:1
6. Pungkis 1:1
7. Pencakar 1:1
8. Pisau 1:1
9. Kereta sorong 1:1
10. Sarung tangan 1:1
11. Skop 1:5
1:1
1:1

SOALAN
1. Namakan dua contoh alat yang digunakan untuk memangkas tumbuhan.

a. _________________________________
b. _________________________________
2. Namakan satu jenis pemangkasan.
_____________________________________

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:4 Drp: 7

LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
1. Menyediakan bahan dan
a. Memakai pakaian ladang yang sesuai.
peralatan. b. Sedia bahan dan peralatan seperti di dalam jadual.
c. Periksa peralatan dan kelengkapan berada dalam
2. Mengutil dengan tangan
bahagian tanaman keadaan baik.
d. Pastikan langkah keselamatan diutamakan semasa

mengendalikan peralatan mesin.
a. Sediakan bekas untuk membuang sisa tanaman.
b. Memilih bahagian tanaman yang rosak.
c. Kutil bahagian tanaman yang rosak dengan

menggunakan hujung jari.
d. Kumpulkan sisa tanaman di dalam bekas dan buang ke

tempat pelupusan sisa tanaman.

3. Memotong/ memangkas a. Kenal pasti bahagian tanaman yang perlu dipangkas.
dan membuang tanaman i. Daun (tidak normal, tumbuh di pangkal tanaman dan
yang tidak diperlukan. terlalu rimbun).
ii. Dahan/ ranting (rosak, berpenyakit, bergesel, terlalu
rimbun, tumbuh ke bawah dan lepas mengeluarkan
hasil).
iii. Tunas air (dahan tumbuhan yang tumbuh tegak ke
atas).

b. Laksanakan kerja pangkasan :
i. Cantas daun
- Potong menggunakan pisau yang tajam atau
sekatuer.
- Potong di tangkai daun rapat pada ranting/
dahan/ batang yang tidak diperlukan.

ii. Cantas ranting/ dahan
- Potong ranting/ dahan kecil menggunakan
sekateur.
- Potong ranting/ dahan besar secara menyerong
menggunakan gergaji cantas.

Buat potongan sebelah bawah
dahan lebih kurang 12 cm dari
pangkal dahan

Buat potongan kedua sebelah atas
dahan pula jarak lebih kurang 30 cm
dari pangkal pokok hingga dahan
putus

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:5 Drp: 7

LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS

iii. Cantas tunas air
- Potong rapat ke dahan/ batang pokok secara
menyerong menggunakan sekateur atau gergaji
cantas.
- Rawat bekas cantasan menggunakan cat anti
kulat.

4. Mengumpul a. Menyapu sisa tanaman disekeliling pokok yang
/Memungut dan dipangkas.
memunggah sisa tanaman
ke tempat b. Memungut dan memunggah sisa tanaman di dalam
pelupusan. bekas dan buang ke tempat pelupusan sisa tanaman.

5. Bersih dan simpan a. Kumpulkan peralatan dan bahan yang telah digunakan.
peralatan ditempat asal. b. Buat penyelengaraan pada peralatan yang digunakan :

i. Bersihkan alatan
ii. Ketatkan nat-nat yang longgar
iii. Keringkan (lap dengan kain pengelap)
c. Simpan peralatan di tempat yang ditentukan.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:6 Drp: 7

SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST

BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
TERIMA

A. PROSES KERJA / WORK PROCESS

1. Memakai pakaian dan kelengkapan
keselamatan dipilih dengan betul.

2. Menggunakan bahan dan peralatan
dengan betul.

3. Mengutil dengan tangan bahagian
tanaman.

Memangkas dan membuang tanaman
4. yang tidak diperlukan menggunakan

peralatan yang sesuai.

5. Rawat kesan cantasan menggunakan cat
anti kulat

6. Mengumpul/ memungut dan memunggah
sisa tanaman ke tempat pelupusan.

Bersih dan simpan peralatan ditempat
7. asal.

B. HASIL KERJA / END RESULT

1. Peralatan dan bahan disediakan.

2. Bahagian tanaman dikutil dengan
menggunakan hujung jari.

3. Tanaman dipangkas dan dibuang dengan
menggunakan alatan yang sesuai.

4. Kesan cantasan dirawat menggunakan
cat.

5. Sisa tanaman dikumpul dan punggah ke
tempat pelupusan.

6. Peralatan dan bahan dibersihkan dan
disimpan ditempat yang ditetapkan.

C. SIKAP / ATTITUDE

1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan.
2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M14/K(1/1) Muka:7 Drp: 7

C. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
1. Mengamalkan langkah keselamatan.

........................................................ ........................................................
(Tandatangan & Nama Murid) (Tandatangan & Nama PP)

Tarikh: Tarikh:


Click to View FlipBook Version