The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-77102157, 2021-02-07 23:54:07

WIM MODUL15

WIM MODUL15

MODUL 15

MERUMPUT DI TAPAK
TANAMAN

PEKERJA AM TANAMAN
AF-010-1



BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ M15 MERUMPUT DI TAPAK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE 06.03 LAKUKAN KERJA MERUMPUT

NO. DAN PENYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT

OBJEKTIF MODUL/ MODULE LAKUKAN KERJA MERUMPUT MENGGUNAKAN
OBJECTIVES PERALATAN DAN BAHAN MERUMPUT TANAMAN SERTA
PAKAIAN KESELAMATAN SUPAYA RUMPAI DIRACUN,
MENGIKUT TEMPAT & KAEDAH YANG DITETAPKAN.

NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 1 Drp : 10

TAJUK/TITLE: MERUMPUT DAN MERACUN RUMPAI DI TAPAK TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas ini menerangkan tentang kepentingan merumpai, teknik menyembur racun, bahan
dan peralatan merumpai serta kaedah penyimpanannya.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 2 Drp : 10

1. PENGENALAN
Rumpai juga dianggap sebagai perosak kerana ia bukan sahaja bersaing dengan
tanaman yang ditanam untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien dan
kelembapan tanah tetapi juga sebagai perumah alternatif kepada perosak,
menyukarkan aktiviti bercucuk tanam, menuai dan memproses hasil tanaman
serta juga boleh menyekat sistem pengairan dan saliran.

2. FUNGSI BAHAN DAN PERALATAN MERUMPAI TAPAK TANAMAN.

BIL BAHAN KEGUNAAN
1.

Digunakan untuk mengisi rumpai yang
dipotong.

Plastik sampah
2.

Meracun rumpai secara kimia.

Racun

BIL PERALATAN KEGUNAAN

Untuk memotong rumput

1.

Mesin rumput sandang
belakang
Untuk mencedok sisa-sisa rumpai, sampah
ke dalam/keluar kereta sorong atau bekas
sampah bagi tujuan pelupusan.

2.

Skop

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 3 Drp : 10
3.
Untuk mengaut dan mengumpul sampah
atau sisa tanaman.

Pencakar

Untuk menarah rumput.

4.

Cangkul
Untuk mengangkut beg-beg sampah, sisa-
sisa tanaman dan sampah lain ke tempat
pelupusan.

5.

Kereta sorong

Untuk mengisi sisa rumpai atau sampah
untuk diangkut ke tempat pelupusan.

6.

Pungkis

Untuk memotong rumpai.

7.

Sabit

Untuk mengisi sisa-sisa rumpai dan
sampah yang hendak dilupuskan.

8.

Tong sampah

Untuk menyembur bancuhan racun dari
tangki keluar dari bentuk cecair ke
dalam bentuk titisan secara manual atau
9. bermotor.

Alat penyembur racun

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 4 Drp : 10
10.
Untuk mengisi air dan membancuh racun.

Baldi

Menyukat air dan larutan racun rumpai

11.

Penyukat

Untuk menebang tumbuhan kayu kecil,
dan menebas semak samun.
12.

Parang

Untuk menyimpan pelbagai peralatan
kerja yang kecil.

13.

Tool Kit

Untuk melindungi muka dan hidung
semasa membuat kerja-kerja meracun
rumpai.

14.

Alat pelindung pernafasan
dan Cermin mata
keselamatan (google)

Digunakan semasa kerja merumpai.

15.
Sarung tangan getah

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 5 Drp : 10

Untuk melindungi kaki semasa membuat
kerja-kerja meracun rumpai.

16.

Kasut Getah keselamatan
(Safety boot)

Untuk melindungi semasa membuat kerja-
kerja meracun rumpai.

Pakaian Keselamatan

3. KEPENTINGAN MERUMPAI TAPAK TANAMAN

Kepentingan merumpai adalah:
a. Menghindar sebarang tumbuhan yang mengganggu aktiviti dan kebajikan

manusia.
b. Mengurangkan daya persaingan dan sangat agresif.
c. Membuang tumbuhan yang tidak berguna dan tidak memberi faedah.
d. Tumbuhan yang tidak diperlukan dan perlu dikawal.
e. Membuang tumbuhan yang tumbuh tanpa ditanam atau disemai.
f. Dapat memusnahkan habitat haiwan perosak tanaman.

4. KAEDAH MERUMPAI
3.1 Teknik Meracun Rumpai
a) Lengkapkan diri dengan pakaian dan alat keselamatan diri (PPE).
b) Alat-alat penyembur dipastikan berada dalam keadaan baik. Tangki
yang bocor boleh membahayakan pengendali.
c) Masukkan air ke dalam tong racun.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 6 Drp : 10

d) Masukkan racun ke dalam tong racun yang telah di isi. Sukatan racun
adalah mengikut ketetapan dan saranan oleh pengeluar/ pengilang.
Pastikan kadar semburan tidak melebihi kadar yang disyorkan.

e) Semburan dilakukan di waktu pagi atau petang.
f) Pastikan tiada orang atau apa-apa aktiviti lain di kawasan yang hendak

disembur racun tersebut.
g) Mula meracun di kawasan rumput yang hendak diracun.
h) Pastikan muncung ‘nozzle’ tong racun tidak diarahkan kepada tanaman

selain daripada rumput yang hendak diracun.
i) Jangan menyembur racun melawan arah angin.
j) Selepas siap kerja-kerja meracun bersihkan peralatan kerja dan simpan

semula ke dalam stor.
k) Botol atau bekas racun yang telah habis/ kosong hendaklah dibasuh

bersih-bersih, keringkan sebelum dibungkus dan dibuang.
l) Bersihkan diri dan tukar pakaian kepada pakaian biasa.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 7 Drp : 10

3.2 Jenis racun rumpai

Racun rumpai sentuh
Racun jenis ini disembur pada daun
dan batang dan pada keseluruhan
rumpai yang mengakibatkan kecederaan
secara sentuh lazimnya racun ini dapat
menghapuskan rumpai berdaun lebar,
rumput, rusiga dan paku pakis.
Contoh racun: Paraquat
Racun rumpai serap
Racun jenis ini juga disembur pada daun
dan batang rumpai. Racun bergerak dari
punca yang terkena semburan ke
bahagian lain rumpai. Kesan semburan
dapat dilihat setelah dibiarkan beberapa
hari.
Contoh racun: Glyphosate
Racun rumpai separa serap
Racun jenis ini juga disembur pada daun
dan batang rumpai. Setelah disembur,
bahan aktif akan bertindak di dalam
daun dan akhirnya membunuh daun
tersebut. Terdapat juga sedikit
pergerakan bahan aktif daripada daun
dan pembentukan kesan racun akan
terjadi apabila terkena cahaya matahari.
Bahagian daun yang hijau akan berubah
warna dan rumpai akan mati dalam masa
beberapa hari.
Contoh racun: Glufosinate Ammonium
Racun rumpai sisa tanah
Racun jenis ini disembur pada tanah yang
bersih daripada rumpai dan akan kekal
aktif untuk beberapa waktu. Apabila biji
benih rumpai bercambah akar atau
pucuknya akan menyerap racun dan
seterusnya akan mati.
Contoh racun: Bensulide, metolachlor dan
pendimethalin

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 8 Drp : 10

3.3 Menebas Rumpai
Menebas boleh dilakukan dengan menggunakan sabit atau mesin rumput/
semak dengan memotong bahagian atas rumpai ke paras tanah.

Menebas menggunakan mesin Menebas menggunakan sabit.

Menebas semak menggunakan parang
3.4 Menarah Rumpai

Menarah menggunakan cangkul

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 9 Drp : 10

5. KAEDAH MENYIMPAN PERALATAN DAN RACUN RUMPAI
a. Bekas racun hendaklah disimpan dalam setor khas berkunci tetapi
mempunyai sistem peredaran udara yang mencukupi.
b. Elakkan daripada menyimpan racun bersama-sama bahan makanan dan baja.
c. Jangan terlalu banyak menyimpan racun pada satu tempoh masa.
d. Racun yang disimpan terlalu lama mungkin akan rosak dan akan
mengurangkan keberkesanannya.
e. Elakkan racun daripada terdedah kepada cahaya dan suhu yang tinggi.
f. Racun perlu disimpan dalam bekas-bekas asal.

6. MEMBERSIH DAN MENYIMPAN PERALATAN MEMBANCUH, ALAT
PENYEMBUR DAN RACUN TANAMAN
a. Tangki dan alat penyembur perlu sentiasa dijaga supaya di dalam keadaan
baik.
b. Tangki dan alat perlu di cuci setiap kali selepas digunakan.
c. Jangan gunakan penyembur yang sama untuk semua jenis racun.
d. Khaskan satu tangki penyembur untuk racun rumpai dan yang lain untuk
racun kulat atau racun serangga.
e. Penapis, muncung dan getah penyambung perlu diteliti supaya sentiasa
dalam keadaan baik dan tidak bocor.
f. Pam diteliti supaya injap penggolek atau diafragma berada dalam keadaan
baik.
g. Penyembur yang telah kering disimpan dalam stor supaya terhindar daripada
terdedah kepada habuk dan keadaan lembap.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/P(1/1) Muka : 10 Drp : 10

SOALAN

1. Senaraikan 3 bahan dan 3 alatan yang digunakan dalam aktiviti merumput.
a. Bahan:
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________
b. Alatan:
i. __________________________
ii. __________________________
iii. __________________________

2. Tuliskan 5 kepentingan merumput.
a. _______________________________
b. _______________________________
b. _______________________________
c. _______________________________
d. _______________________________

3. Namakan 3 contoh racun rumpai.
a. _______________________________
b. _______________________________
c. _______________________________

RUJUKAN
1. Nota Mata Pelajaran Pengurusan Tanaman Semester I - Institut Pertanian

Semenanjung Malaysia.

2. Hamdan bin Ab. Manap (1992), Penggunaan Jentera Dalam Kerja-Kerja
Penyediaan Kawasan Untuk Sayur-Sayuran- Nota Kursus Teknologi
Penanaman Sayur-sayuran, Serdang: Cawangan Kejuruteraan Pertanian
MARDI.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS TUGASAN

( ASSIGNMENT SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME L1

TAHAP / LEVEL

NO DAN TAJUK MODUL/ M15 MERUMPUT DI TAPAK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 06.03 LAKUKAN KERJA MERUMPUT
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT LAKUKAN KERJA MERUMPUT MENGGUNAKAN
PERALATAN DAN BAHAN MERUMPUT TANAMAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE SERTA PAKAIAN KESELAMATAN SUPAYA RUMPAI
OBJECTIVES DIRACUN, MENGIKUT TEMPAT & KAEDAH YANG
DITETAPKAN.

NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M15/T(1/1) Muka : 1 Drp : 5

TAJUK/TITLE: MERUMPUT DAN MERACUN RUMPAI DI TAPAK TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai kepentingan merumpai, teknik menyembur racun, bahan dan peralatan
merumpai serta kaedah penyimpanannya.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/T(1/1) Muka : 2 Drp : 5

ARAHAN/INSTRUCTION: Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.
Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.

SOALAN/QUESTION:

BAHAGIAN A

1. Rumpai adalah ______________________________ .

A. tumbuhan yang dikehendaki.
B. tumbuhan yang berguna.
C. tumbuhan yang tidak dikehendaki tumbuh dalam sesuatu kawasan.
D. tumbuhan yang memberi faedah.

2. Kawalan rumpai secara mencabut, menebas, mencangkul serta menggunakan
penutup dengan benda-benda tertentu adalah dipanggil kawalan secara ____________ .

A. amalan kultur.
B. kimia.
C. biologi.
D. penarik.

3. Alat ini digunakan untuk mengaut dan mengumpul sisa rumpai, sampah dan
ranting-ranting kayu adalah ____________ .

A. parang.
B. pencakar.
C. baldi.
D. tajak.

4. Racun jenis ini, disembur pada daun dan batang rumpai, bergerak dari punca yang
terkena semburan ke bahagian lain rumpai dan kesan semburan dapat dilihat setelah
dibiarkan beberapa hari. Racun rumpai ini adalah jenis _______________

A. sentuh.
B. separa serap.
C. sisa tanah.
D. serap.

5. Manakah di antara kenyataan berikut bukan langkah keselamatan dalam penggunaan
racun rumpai _______________________________________

A. sembur racun mengikut arah angin supaya tidak membahayakan pekerja.
B. basuh segera bahagian badan yang terkena percikan racun.
C. kadar semburan boleh melebihi kadar yang disyorkan.
D. baca pada label sebelum menggunakan sesuatu jenis racun.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/T(1/1) Muka : 3 Drp : 5

BAHAGIAN B
Arahan/Direction: Bagi soalan 6 hingga 10 isikan jawapan yang betul pada ruang kosong
yang disediakan.

6. __________________ ialah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak
dikehendaki.

7. Menebas boleh dilakukan dengan menggunakan _________________________
dengan memotong bahagian atas rumpai ke paras tanah.

8. Beberapa kaedah untuk melupuskan sisa rumpai dan sampah ialah dengan
______________ , _____________ dan membuat _______________ .

9. Semua alat hendaklah ________________ dan ____________ sebelum
digunakan.

10. Alat penyembur digunakan untuk mengubah racun daripada bentuk
_____________ ke dalam bentuk ______________ .

BAHAGIAN C ) pada jawapan yang

Arahan/Direction: Tandakan ( ) pada jawapan yang betul dan (
salah.

11. Rumpai adalah tumbuhan yang hidup dengan cepat dan agresif hingga
menyingkir tumbuhan yang lain.

12. Menebas adalah sangat sesuai untuk mengawal rumpaI yang tumbuh
rapat dengan tanah.

13. Benda-benda seperti tiub getah, tayar terpakai atau kertas boleh
digunakan sebagai bahan pembakar.

14. Kita boleh menggunakan peralatan mengikut kaedah dan cara yang
bebas mengikut kehendak kita sendiri dan bukan mengikut manual.

15. Racun jenis separa serap mengakibatkan kecederaan secara
sentuh.

16. Kita digalakkan untuk menyembur racun pada waktu panas
dan membiarkan kanak-kanak dan haiwan ternakan berkeliaran
ditempat rumput yang baru disembur.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/T(1/1) Muka : 4 Drp : 5

17. Elakkan menyimpan racun bersama-sama bahan makan dan
baja dan daripada terdedah kepada cahaya dan suhu yang
tinggi.

18. Bagi racun jenis sistemik, tumbuhan yang disembur tidak
perlu dibasahi keseluruhan kerana racun tersebut boleh
diangkut ke bahagian lain rumpai.

19. Racun rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk
membantu kerja-kerja pembersihan sebelum membajak.

20. Kita tidak perlu beritahu kepada pihak yang berkenaan
mengenai kerja pembakaran yang akan dibuat.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/T(1/1) Muka : 5 Drp : 5

SKEMA

Soalan objektif

1. C
2. A
3. B
4. D
5. C

Soalan isi tempat kosong

6. sampah
7. sabit/ mesin rumput
8. membakar, menanam dan kompos
9. diperiksa dan diuji
10. cecair, titisan

Soalan padankan

11. 
12. X
13. 
14. X
15. X
16. X
17. 
18. 
19. 




BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

( WORK SHEET )

KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/ M15 MERUMPUT DI TAPAK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 06.03 LAKUKAN KERJA MERUMPUT
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT LAKUKAN KERJA MERUMPUT MENGGUNAKAN
PERALATAN DAN BAHAN MERUMPUT TANAMAN SERTA
OBJEKTIF MODUL/ MODULE PAKAIAN KESELAMATAN SUPAYA RUMPAI DIRACUN,
OBJECTIVES MENGIKUT TEMPAT & KAEDAH YANG DITETAPKAN.

NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 1 Drp : 8

TAJUK /TITLE: LAKUKAN KERJA MERUMPAI DAN MERACUN RUMPAI DI TAPAK
TANAMAN

TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS:
Murid-murid mesti boleh / Pupils should be able to :

1. Melakukan kerja merumpai dengan kaedah meracun, menebas dan menarah mengikut
manual prosedur kerja.

2. Membancuh racun rumpai dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan mengikut
peraturan pada label bekas racun.

3. Menyembur rumpai mengikut teknik menyembur racun.
4. Membersih dan menyimpan peralatan membancuh,alat penyembur dan racun tanaman

mengikut peraturan yang ditetapkan.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 2 Drp : 8

ARAHAN:

1. Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, semasa dan selepas
selesai kerja dilakukan.

2. Murid dikehendaki menyediakan bahan dan alatan merumput di tapak tanaman.
3. Melaksanakan kerja merumpai di tapak tanaman.
4. Membancuh racun rumpai untuk kawalan rumpai.
5. Menyembur racun rumpai pada kawasan tanaman.
6. Membersihkan dan menyimpan peralatan yang digunakan dengan selamat.
7. Jawab soalan ringkas sebelum aktiviti selanjutnyn dijalankan.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 3 Drp : 8

LUKISAN, DATA DAN JADUAL / DRAWING, DATA AND TABLE: TIADA

PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS:

BIL. BAHAN UKURAN KUANTITI
(Bahan:Calon)

1. Plastik sampah mengikut keperluan

2. Racun rumpai mengikut keperluan

BIL. PERALATAN/KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/Kelengkapan :
1. Kereta Sorong
2. Bekas sampah Calon)
3. Sarung Tangan getah dan kain 1:5
4. Baldi 1:5
5. Alat penyembur racun 1:1
6. Pungkis 1:1
7. Pencakar 1:5
8. Mancis/pemetik api 1:1
9. Parang 1:1
10. Sabit 1:1
1:1
Alat Perlindung pernafasan dan 1:1
11. cermin mata
12. Pakaian keselamatan 1:1
13. Tool Kit
1:1
1:10

SOALAN

1. Namakan dua contoh bahan dan alatan yang biasa digunakan untuk merumput.

Bahan:
a. ...........................................................

b. ...........................................................

Alatan:
a. ...........................................................

b. ...........................................................

2. Apakah tujuan merumput?

.................................................................................................
.................................................................................................

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 4 Drp : 8

LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
1. Menyediakan bahan dan alatan.
a. Pakai pakaian ladang yang sesuai.
2. Merumput/ menarah rumpai / b. Sediakan peralatan dan bahan mengikut senarai
menebas semak.
yang telah ditetapkan.
Merumput/ menarah rumpai
a. Gunakan cangkul/tajak/sabit untuk kerja-kerja

merumput dan membersih sekeliling pokok yang
ditanam.

Menebas
a. Pakai sarung tangan dan pakaian kerja ladang

untuk aktiviti kerja menebas dan membersih
kawasan ladang.
b. Gunakan jenis parang yang sesuai dengan
rumpai atau tumbuhan liar yang hendak ditebas.

Melonggok/ melupus rumpai
a. Kumpulkan semua sisa rumpai dan sampah

dengan menggunakan penyapu dan pencakar.
b. Sekiranya sisa rumpai dan sampah banyak,

boleh dikumpulkan dengan membuat beberapa
longgokan.
c. Tiap-tiap satu longgokan boleh bergaris rentas
antara 3.3 meter hingga 6.6 meter.
d. Gunakan skop atau tangan untuk memasukkan
longgokan tadi ke dalam bekas sampah.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 5 Drp : 8

LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
3. Membancuh racun rumpai.
e. Gunakan kereta sorong untuk mengangkut
bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan
rumpai dan sampah.

Melupus rumpai/sampah
a. Gunakan benda-benda seperti tiub getah, tayar

terpakai atau kertas sebagai bahan pembakar.
b. Jika menggunakan minyak tanah sebagai bahan/

pembakar, curahkan sedikit minyak ke atas
longgokan sampah dan letakkan bahan
pembakar yang telah dibakar ke atas longgokan
sisa rumpai dan sampah tersebut.
c. Balik-balikkan longgokan sisa rumpai dan
sampah semasa pembakaran untuk
mempercepatkan proses pembakaran dan
pelupusan.
d. Pembakaran ini hendaklah dikawal supaya tidak
merebak ke kawasan lain.
f. Utamakan aspek-aspek keselamatan dan
sentiasa berhati-hati untuk kerja pembakaran.
Kumpulkan semua sisa rumpai dan sampah
dengan menggunakan penyapu dan pencakar.
g. Sekiranya sisa rumpai dan sampah banyak,
boleh dikumpulkan dengan membuat beberapa
longgokan.
h. Tiap-tiap satu longgokan boleh bergaris rentas
antara 3.3 meter hingga 6.6 meter.
i. Gunakan skop atau tangan untuk memasukkan
longgokan tadi ke dalam bekas sampah.
e. Gunakan kereta sorong untuk mengangkut
bekas-bekas sampah ke tempat pelupusan
rumpai dan sampah.
a. Pakai pakai keselamatan yang lengkap.
b. Masukkan air ke dalam tong racun.

c. Masukkan racun ke dalam tong racun yang
telah di isi. Sukatan racun adalah mengikut

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 6 Drp : 8
LANGKAH KERJA/ STEPS
BUTIRAN KERJA/ DETAILS

ketetapan dan saranan oleh pengeluar/
pengilang. Pastikan kadar semburan tidak
melebihi kadar yang disyorkan.

4. Menyembur racun rumpai a. Lengkapkan diri dengan pakaian dan alat
keselamatan diri (PPE).

b. Alat-alat penyembur dipastikan berada dalam
keadaan baik. Tangki yang bocor boleh
membahayakan pengendali.

c. Mula meracun di kawasan rumput yang hendak
diracun.

d. Pastikan muncung ‘nozzle’ tong racun tidak
diarahkan kepada tanaman selain daripada
rumput yang hendak diracun.

e. Jangan menyembur racun melawan arah angin.

Kaedah Menggunakan Mesin Penyembur
Sandang/Galas
a. Pakai pakaian keselamatan dan sarung tangan

untuk mengendalikan kerja menyembur racun
kimia.
b. Gunakan baldi untuk membancuh racun dengan
sukatan yang disyorkan.
c. Isikan cecair semburan tangki melalui penapis
mengikut isipadu tangki.
d. Bawa penyembur dengan menyandang pada
bahu atau digalas di bahagian belakang.
e. Gerakkan pam penyembur dengan tuil bagi
mewujudkan tekanan di bahagian dalam tangki
f. Tuil digerakkan berulangkali untuk mewujudkan
tekanan dalam suatu ruang dan tekanan yang

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 7 Drp : 8

LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS

5. Membersih dan menyimpan wujud akan menolak cecair semburan di dalam
peralatan membancuh, alat tangki itu keluar melalui muncung (nozzle).
penyembur dan racun rumpai. g. Proses di atas (iaitu mengepam sambil menekan
injap pelepas) dibuat secara berterusan
sehinggalah habis cecair semburan di dalam
tangki.
Kaedah memeriksa dan mengendali alat
penyembur racun berkuasa tinggi.
a. Pastikan tangki bahan kimia dalam keadaan baik
dan tidak bocor.
b. Patuhi langkah-langkah pengendalian mesin
penyembur berkuasa tinggi sebelum operasi.
(Rujuk manual - Pengendalian mesin High
Power Sprayer).
c. Pastikan semua sambungan diketatkan dan tiada
kebocoran.
d. Pastikan muncung penyembur tidak tersumbat
dengan sampah, kotoran atau bahan kimia.
e. Sambungkan komponen tuil, saluran getah
dengan penyembur dan nozzle kepada alat.
f. Semasa mengendalikan mesin ini, pakai pakaian
keselamatan, sarung tangan, goggle dan
penutup hidung terlebih dahulu.
g. Bancuh bahan kimia dalam baldi mengikut kadar
yang betul dan ditetapkan.
h. Tuangkan bancuhan ke dalam tangki melalui
penapis.
i. Tutup tangki dengan kemas.
j. Halakan nozzle ke arah sasaran permukaan
yang hendak disembur dan mulakan kerja-kerja
penyemburan dengan mengikut langkah
keselamatan.
a. Selepas proses penyemburan racun selesai,
keluarkan saki-baki bahan racun dan bersihkan
tangki dan komponen lain menggunakan air
bersih.
b. Isikan air bersih dalam tangki dan semburkan
keluar.
c. Tanggalkan komponen-komponen dari alat dan
keringkan.
d. Penyembur yang telah kering disimpan dalam
stor supaya terhindar daripada terdedah kepada
habuk dan keadaan lembab.

No. Kod / Code No. AF-010-1/M15/K(1/1) Muka : 8 Drp : 8

SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST

BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
TERIMA

A. PROSES KERJA / WORK PROCESS

1. Memakai pakaian dan kelengkapan
keselamatan dipilih dengan betul .

2. Menggunakan bahan dan peralatan
dengan betul.

3. Merumput/ menarah rumpai / menebas
semak.

Membancuh racun rumpai mengikut
4 prosedur.

5 Menyembur racun rumpai mengikut
prosedur.

Membersih dan menyimpan peralatan
6 membancuh, penyembur dan racun

rumpai.

B. HASIL KERJA / END RESULT

1. Rumpai di sekeliling pokok ditarah/ semak
ditebas mengikut prosedur kerja

2. Racun rumpai dibancuh mengikut sukatan
yang disyorkan dan prosedur kerja.

3. Racun rumpai disembur mengikut
prosedur kerja.

4. Peralatan dan bahan meracun dibersihkan
mengikut prosedur kerja.

C. SIKAP / ATTITUDE

1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan.

2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
C. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
1. Mengamalkan langkah keselamatan.

........................................................ ........................................................
(Tandatangan & Nama Murid) (Tandatangan & Nama PP)

Tarikh: Tarikh:


Click to View FlipBook Version