The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elmelda22-310, 2023-02-05 01:14:50

Budaya kaum Iban di Sarawak

Budaya kaum Iban di Sarawak

1 Budaya kaum Iban di Sarawak Isi Utama Kehidupan masyarakat Iban di Sarawak


2 Pengenalan Tradisi masyarakat kaum Iban Pengenalan Tradisi masyarakat kaum Iban ini adalah terdiri daripada adat, budaya, kepercayaan dan kehidupan di rumah panjang. Walaupun kini masyarakat Iban kurang dalam mengamalkan amalan dan tradisi nenek moyang mereka dahulu, tetapi adat dan budaya mereka masih diamalkan sehingga kini walaupun dalam bilangan yang sedikit. Adat mereka ini bertujuan untuk menjaga keamanan rumah panjang di samping dapat membina pergaulan dan hubungan yang baik sesama ahli-ahli keluarga di dalam rumah panjang.


3 Cara Hidup Masyarakat Iban Masyarakat iban dahulu lazimnya keluar pergi berperang. Mereka sangat terkenal dengan memenggal atau memburu kepala juga dikenali sebagai ‘head hunter’. Tujuan untuk mereka berperang ini adalah untuk mempertahankan kawasan sendiri daripada dimasuk oleh musuh. Disamping itu juga, mereka turut dapat memperluaskan kawasan jajahan mereka. Perluasan kawasan ini penting bertujuan untuk memburu dan bercucuk tanam dan melakukan aktiviti harian mereka. Keluasan kawasan jajahan menjadi simbolik bagi mereka dimana semakin besar kawasan yang mereka takhluk semakin kuat dan besar kuasa mereka. Mereka berperang atau bergaduh dengan kaum yang berbeza dari mereka. Sebagai contoh, kampung kaum Iban berperang atau bergaduh dengan kampung kaum Dayak. Mereka tidak bergaduh sesama kaum sendiri kerana talian persaudaraan mereka sangat kuat yang telah diterapkan di dalam Rumah Panjang dengan tradisi dan adat nenek moyang mereka. Cara Hidup Masyarakat iban dahulu terkenal dengan aktiviti memburu dan memenggal kepada yang dikenali juga sebagai Head Hunter.


4 Upacara ritual (miring) Sebelum para pertempur pergi berperang, mereka akan mengadakan satu upacara ritual iaitu upacara "miring" yang dihadiri oleh orang-orang atasan dan barisan para pertempur yang bakal pergi bertempur. Kanak-kanak dan ibu mengandung tidak dibenarkan untuk menghadiri upacara tersebut. Upacara ritual ini merupakan upacara yang melibatkan ilmu memuja demi membakar semangat para pertempur. Selain itu, mereka juga menggunakan beberapa alatan dan bahan sepanjang memuja seperti mangkuk yang di isi beras, telur ayam, rokok gulung, tembakau dan sebagainya. Selain itu, upacara ini juga diselitkan dengan tarian sebelum bertempur. Sajak dan lagu untuk para pertempur di nyanyikan dan disampaikan demi menaikkan semangat mereka dan bertempur dengan bersungguh-sungguh.


5 Kebiasannya, para pertempur akan keluar berperang pada waktu tengah pagi dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Hal ini bertujuan untuk tidak ingin menyedarkan seisi rumah sewaktu mereka ingin keluar rumah untuk berperang. Sebelum mereka memulakan pertempuran, para pertempur akan berkumpul. Seorang lelaki yang merupakan ketua mereka akan menyembelih ayam dan mengambil darahnya untuk disalitkan ke muka mereka. Setelah lengkap dengan kelengkapan berperang, mereka akan teriak ‘Agi Idup Agi Ngelaban….Ooooooo Haaaaaaaa’. Moto ini sudah menjadi kata keramat untuk kaum yang berbangsa Iban sekaligus dapat menaikkan semangat mereka untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga ketitisan darah terakhir mereka . Moto ini bermaksud selagi nyawa di badan, pasti akan melawan. Mereka akan balik bertempur pada awal pagi dalam jam 3 hingga 4 pagi dengan membawa kepala-kepala musuh mereka. Keesokan harinya, mereka akan mengadakan upacara untuk meraikan para pejuang yang telah pulang dari bertempur. Seorang wanita tua yang bertatu di tangan dan badannya yang dipercayai telah menerima sumpahan telah ditugaskan untuk menerima kepala ketua musuh yang telah dipenggal itu. Setelah itu, kepala tersebut direbus untuk membuang kulit dari tengkoraknya. Tengkorak yang telah direbus dan dibersihkan akan di gantungkan di tengah-tengah bahagian rumah. Hal ini untuk menunjukkan kekuatan ahli Rumah Panjang sekaligus bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh kerana makin banyak bilangan tengkorak yang digantung, semakin ramai pejuang-pejuang di dalam Rumah Panjang tersebut.


6 Mencacah badan Tradisi mencacah badan Aktiviti mencacah badan bagi masyarakat Iban untuk menunjukkan keberanian serta pangkat bagi seorang individu dalam kaum iban Tatu badan Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban. Corak tatu di badannya mereka juga turut berbeza-beza. Perbezaan corak tatu ini untuk membezakan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak. Gambar di atas merupakan corak tatu kaum Iban. Corak ini dikenali sebagai bunga terung. Corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi. Tatu ini juga menunjukkan keberanian dan pangkat seseorang. Misalnya bagi kaum lelaki, tujuan mereka bertatu ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah terlibat dalam peperangan dan banyak pengalaman. Bilangan tatu di badan juga akan ditentukan dengan jumlah kepala musuh yang di penggal dan di bawa balik daripada memburu (ngayau). Manakala bagi kaum wanita, mereka bertatu untuk menunjukkan kebolehan mereka memasak, menganyam, menari (Ngajat) dan berpantun.


7 Tatu yang penuh dibahu juga; diamalkan dikalangan lelaki sahaja; melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang tidak bertatu dianggap sebagai ‘telanjai’ atau bermaksud seperti rumah yang tidak punyai atap. Terdapat sesetengah corak tatu yang dikhaskan untuk golongan pahlawan sahaja. Dikalangan kanak-kanak berusia 10 atau 11 tahun, tatu ini dicacah menandakan mereka “baru lanjau” iaitu sudah bersedia untuk menyertai aktiviti buruan dan menjadikan mereka kebal. Bagi mereka, pemilihan pasangan hidup samada lelaki atau perempuan juga berpandukan pada bilangan tatu di badan. Ini kerana, makin banyak tatu di badan makin banyak kebolehan dan kemampuan yang mereka ada disamping dapat menarik minat pasangan yang melihat. Tatu yang penuh dibahu diamalkan dikalangan lelaki sahaja yang melambangkan tanggungjawab besar yang dipikul di dalam sesebuah keluarga.


8 ALATAN UNTUK MENCACAH TUBUH INI SECARA TRADISIONAL SEPERTI PEMEGANG KAYU DAN JARUM. JARUM AKAN DIIKAT DI HUJUNG PEMEGANG KAYU. PUKULAN RINGAN AKAN DILAKUKAN PADA KAYU YANG MENGENA PERMUKAAN KULIT DENGAN JARUM YANG TELAH DICELUP PADA DAKWAT UNTUK MENINGGALKAN TATU DI BADAN. [Cite your source here.]


9 Selain bertatu, mereka juga menyimpan rambut yang panjang di belakang dan pendek dihadapan seperti di dalam gambar. Gaya rambut sebegini mempunyai fungsi dan kepercayaan mereka tersendiri. Mereka mengumpul rambut yang panjang dibelakang bertujuan untuk menyelamatkan kepala mereka daripada ingin dipenggal dari belakang; daripada pihak musuh. Contohnya apabila rambut di letakkan atau di tutup bahagian batang pokok pisang (mewakili kepala), apabila dipotong, lapisan rambut tadi itu melindungi batang pokok pisang daripada terbelah dua. Struktur rambut yang kuat itu mampu melindungi kepala apabila pergi bertempur.


10 Agama dan Kepercayaan Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme. Mereka berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai Raban Bansa” dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’. Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini terdapat 7 orang dewa. Anataranya ialah: · Dewa Peperangan – Sengalang Burong · Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara · Dewa Perubatan – Menjaya · Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah · Dewa penyembuh semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan · Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.


11 Perayaan Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain. Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut .


12 1. Adat mengurus kandungan Bagi bakal si ibu dan suami, mereka dilarang untuk menggali parit, tidak boleh minyang daging, membunuh binatang dan membenam pokok pisang. Pantang larang ini perlu diikuti untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga fungsinya untuk mengalang kuasa-kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi. 2. Adat perkahwinan Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak perempuan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersamasama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin. 3. Adat mengurus kematian Semasa upacara kematian ini, sanak-saudara akan datang berkunjung untuk tanda hormat. Mayat si mati akan dimandikan dan turut dipakaikan pakian yang baik dan diletakkan di tengah-tengah Rumah Panjang iaitu di ruai. Barang-barang si mati akan dibungkus kerana kepercayaan mereka untuk bekalan di dunia selepas mati atau “dunya sebaya”. Di atasnya akan tergantung kain pua kumbu. Sepanjang malam dan siang, ada orang yang akan ditugaskan untuk menangisi si mati selain dari keluarga si mati. Tangisan itu adalah untuk mendoakan dan berharap dapat menghantar dan bawa si mati ke dunya sebayan. ADAT RESAM Masyarakat Iban juga mempunyai pelbagai adat resam yang masih juga diamalkan sehingga zaman kini. Adat resam ini juga dianggap sebagai pantang larang menurut kepercayaan mereka yang tersendiri. Antara contoh adat mereka ialah mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan dan adat sewaktu menguruskan kematian.


13


Click to View FlipBook Version