The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sara.beden, 2023-08-28 08:33:16

TAJUK 5 M4

TAJUK 5 M4

BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU PISMPBM 1622


TAJUK 5 BMMB3093 M4 5. Prosa Melayu Moden •Karya drama • - Latar belakang • - Pemikiran dan nilai • - Penelitian struktur • Kesamarataan Gender dalam prosa Melayu moden


Aktiviti Kuliah 1 Apa yang anda faham tentang drama?? Jelaskan ciri-ciri drama.


Aktiviti Kuliah 2 Boleh anda lakonkan sebuah drama pendek? Pemikiran nasionalisme Pemikiran kemasyarakatan Pemikiran kemanusiaan Pemikiran psikologi


Latar belakang drama Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa drama berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani iaitu droamai yang membawa maksud bertindak balas. Tradisi drama dikatakan telah wujud pada zaman kegemilangan tamadun Yunani, iaitu pada sekitar abad kelima sebelum Masihi. Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui penemuan bukti yang bertulis iaitu naskhah drama kuno di Yunani yang mengandungi isi cerita berupa penyembahan terhadap dewadewa Yunani. Naskhah tersebut telah ditulis oleh Aeschylus yang dikatakan hidup antara tahun 525-456 sebelum Masihi. Secara amnya, drama dapat didefinisikan sebagai sebuah karya sastera yang ditulis dalam bentuk dialog, dipentaskan dan dilakonkan oleh pelakon.


Sejarah terawal drama di Malaysia ada hubungan dengan fungsi keagamaan yang ada kaitannya dengan kepercayaan tertua nenek moyang, iaitu fahaman animisme. Animisme berhubung dengan daya pemikiran manusia yang cuba memahami proses alam sekeliling yang suka dikuasai oleh mereka seperti gejala alam yang dianggap mempunyai kuasa roh atau semangat yang perlu dipuja bagi mendapatkan keselamatan. Aktiviti ritual yang diamalkan itu merupakan salah satu bentuk drama yang terawal kerana di dalamnya mengandungi beberapa aspek drama seperti tarian, nyanyian dan aksi-aksi. Semua ini menjurus kepada amalan atau adat kebiasaan yang cenderung memperlihatkan aspek kesenian, motif dan kepercayaan.


Aktiviti kuliah 3 Cari maklumat tentang sejarah perkembangan darma di dunia Perkembangan di Yunani Perkembangan di Rom Perkembangan di Eropah


Tahap perkembangan drama terawal berkembang di Yunani, iaitu sekitar tahun 2300. Pada zaman ini, ada tiga tokoh Yunani terkenal iaitu Plato, Aristotle dan Sophocles. Kebanyakan drama tragedi di Yunani dibuat berdasarkan legenda. Perkembangan drama di Rom berdasarkan pemikiran dan falsafah teater Yunani, tetapi mempunyai pengaruhnya yang tersendiri di dalam cerita, panggung, watak dan sebagainya telah ditambah baik. Antara seniman teater yang terkenal pada zaman tersebut ialah Lucius Anneus Seneca (4sm-65 sm) dalam perkembangan teater di Rom. Bentuk drama yang terkenal pada zaman Rom ini ialah Tragedi, Drama (farce) Pendek dan Mime (senyap/miming). Tahap drama pada zaman Rom tidak begitu lama kerana kejatuhan kerajaan Rom ketika itu disebabkan peperangan bangsa-bangsa barbar serta munculnya kuasa gereja yang melarang pertunjukkan teater pada ketika itu.


Drama di Eropah lebih menitiberatkan penilaian dari segi keindahan estetikanya daripada sifat-sifat keagamaan. Drama tidak lagi dihadkan kepada perayaan agama sahaja, tetapi sudah berubah menjadi satu usaha perdagangan yang menguntungkan. Muncul aliran romantis dan realis yang daripadanya berkembang pada aliran baharu seperti simbolis, naturalis dan lain-lain yang timbul berikutan perkembangan pemikiran manusia pada masa itu. Negara di Eropah seperti Perancis, England, Itali, Sepanyol dan Jerman telah menghasilkan karya drama yang diolah mengikut keadaan tempatan dalam zaman kegiatan drama di negara masing-masing. Di Perancis misalnya, muncul tokoh dramatis seperti Pierre Racine dengan karyanya Andromaque, Phedre dan Brenica.


Aktiviti kuliah 4 Sejarah perkembangan drama di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua Zaman Pemerintahan Jepun Menjelang Kemerdekaan Drama Zaman Kontemporari


Pemikiran dan nilai dalam drama (rujuk nota M3) Idea pokok/utama dalam drama -rujuk nota cerpen dan novel Nilai murni sama juga sebagaimana dalam cerpen.


Aktiviti kuliah 5 STRUKTUR DRAMA Bagaimanakah struktur drama??


Penelitian struktur drama


Aktiviti Kuliah 6 Apa yang anda tahu?? Babak? Adegan? Dialog? Prolog? Epilog ?


Babak dalam struktur drama Babak Babak dalam drama adalah suatu kisah kecil yang menggambarkan suatu kejadian tertentu. Cerita dalam drama biasanya mengandungi beberapa babak yang saling berkaitan satu sama lain. Dalam karya prosa, ada istilah episode atau bab tertentu sebagai pembahagian cerita. Babak adalah istilah kisah-kisah kecil cerita dalam karya drama.


Adegan dalam struktur drama Adegan Unsur yang lebih kecil dari babak adalah adegan. Dalam suatu babak, terdapat sejumlah adegan yang harus diperankan tokoh (aktor atau aktris). Adegan dalam drama ditentukan dari bahagian babak dalam cerita. Apabila kisah kejadiannya berubah, maka adegannya akan bergeser ke adegan selanjutnya. Contohnya, dalam suatu adegan, suatu tokoh berdialog dengan tokoh lain. Adegan ini tuntas. Cerita akan memasuki babak selanjutnya ketika ada tokoh lain yang dimunculkan pengarang.


Dialog dalam struktur drama Dialog adalah percakapan antara tokoh/pemeran/watak dalam drama. Dialog wajib ada dalam drama bagi mmebolehkan watak berinteraksi antara satu sama lain bagi mengembangkan lpot drama. Dialog menjalinkan hubungan antara watak/pelaku. Dialog mewujudkan konflik antara watak.


Epilog dan prolog dalam struktr drama Epilog ialah bahagian penutup drama. Biasanya, kesimpulan atau pesan yang diperoleh dari cerita drama. Epilog lazimnya tetap hadir untuk memberikan kesimpulan dan berkaitan nilai dan mesej dalam drama tersebut. Prolog ialah bahagian pembuka drama atau pengenalan drama. Umumnya prolog merupakan kata-kata pembuka, pengantar, atau latar belakang drama.


Plot dan Struktur Dramatik • Unsur yang satu ini merupakan jalinan cerita dari awal sampai akhir cerita. • Umumnya memuatkan jalan cerita dalam drama yang berupa permasalahan, konflik, klimaks dan akhir atau penyelesaian permasalahan. • Konflik menjadi salah satu unsur penting dalam drama. Konflik dimainkan oleh karakter sebuah drama. • Plot yang kompleks dan tidak kronologis dipanggil sebagai “fragmentation plot” • Aspek-aspek plot yang diberi penelitian apabila membaca skrip drama:


Gustav Freytag (1863) KONFLIK PENGENALAN PELERAIAN PENYELESAIAN KLIMAKS


Hudson (Wiliiam Henry Hudson) dalam Yapi Tambayong (1982) KRONOLOGIS


PLOT TIDAK KRONOLOGIS 2 1 4 3 5 PENGENALAN KONFLIK KLIMAKS PENYELESAIAN PELERAIAN Teknik imbas muka Teknik imbas kembali Teknik imbas kembali Teknik imbas muka


Aktiviti kuliah 7 Apakah gaya bahasa? Berikan gaya bahasa dalam drama, cerpen dan novel.


Gaya bahasa Anafora Epifora Personifikasi Hiperbola metafora Simile Sinkop Pengulangan bahasa berirama peribahasa


Struktur drama pentas Watak perwatakan -Pembinaan emosi dan psikologi watak dalam drama


Struktur drama Latar -tempat -masa -masyarakat Nilai murni Pengajaran


Aktiviti Kuliah 5 Apakah anda faham tentang kesamarataan gender? Bagaimana hendak mengetahui wujudnya kesamarataan gender dalam prosa Melayu moden?


Prosa Melayu moden merujuk kepada genre cerpen, novel dan drama Kesamarataan gender diteliti dalam prosa-prosa tersebut.


Gender berkait rapat dengan pembahagian peranan dan kedudukan di antara golongan lelaki dengan wanita dalam sesebuah masyarakat yang terhasil daripada proses sosialisasi dan budaya. Sebagaimana pendapat Wan Abdul Kadir Yusoff (1998: 2) bahawa perbezaan yang dapat dilihat antara lelaki dan wanita kebanyakannya disebabkan oleh proses sosialisasi anakanak lelaki dan perempuan dalam sesuatu budaya. Istilah gender sering dikaitkan dengan istilah seksualiti yang terhasil daripada pembentukan budaya atau culturally constructed (Ruzy Suliza Hashim, 2006). Namun, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang berbeza menurut feminisme (Ungku Maimunah, 2013; Love, 2007; Mansour Fakih, 1996). Istilah gender merujuk kepada cara-cara lelaki dan wanita dalam memenuhi sifat-sifat kelelakian (maskulin) dan kewanitaan (feminin) menurut tuntutan masyarakat dan kepercayaan, manakala seksualiti pula merujuk kepada identiti dan perlakuan seksual yang juga terikat kepada norma tempatan (Ruzy Suliza Hashim, 2006).


Bagaimana meneliti kesamarataan gender dalam karya prosa moden?? Kesamarataan gender dalam prosa Melayu memerlukan kajian dan penelitian. Kesamarataan gender wujud apabila pengarang dalam penghasilan prosa moden (cerpen, novel dan drama) bersikap adil dan seimbang antara peranan watak lelaki dan wanita. Kesamarataan juga dilihat dari segi fungsi, peranan dan sumbangan watak lelaki dan wanita kepada keluarga, masyarakat dan organisasi yang lebih besar. Pengarang juga memeperlihatkan kebangkitan wanita daripada ditindas dalam menzahirkan kesamarataan gender.


Dari satu sudut, Azizah dillihat sebagai seorang wanita yang mendendami bekas suami dan ibu mertuanya yang selama ini meminggirkannya dan memandang rendah padanya. Ini kerana, sepanjang perkahwinannya, Azizah seolah-olah tidak punya hak untuk bersuara sebagai seorang wanita mahupun isteri. Azizah sering diketepikan dalam apa juga perkara yang berkaitan keluarga mahupun syarikat. Siti Norfazilah Mat Ail dalam kajiannya terhadap novel Mencari Azizah karya Khadijah Hashim dengan menggunakan teori Feminisme, mendapati watak Azizah menunjukkan keunggulan wanita yang seorang wanita yang tabah dalam mencari identiti dan kekuatan diri. https://www.academia.edu/11318939/Kata_Kunci_Fem inism_Novel_Mencari_Azizah_PENGENALAN Azizah mempunyai semangat perjuangan, kesungguhan serta pengorbanan yang tinggi dan kuat setanding dengan kaum lelaki dalam membela maruah dan mengejar cita-citanya. Azizah berjaya mengalihkan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih positif iaitu menyambung pelajaran di peringkat sarjana di sebuah universiti di Iowa. Dalam keadaan diri yang penuh dengan konflik jiwa, Azizah berjaya membina semula keyakinannya.


Khadijah Hashim telah menghidupkan watak Zamri sebagai seorang lelaki yang angkuh atau sombong kerana dia telah memperkecilkan kebolehan Azizah yang mempunyai ijazah ekonomi. Selain itu, watak mertua Azizah juga digambar sebagai seorang yang sangat mementingkan darjat. Dia menjadikan Azizah seperti seorang babu di dalam rumahnya. Azizah dilayan seakan-akan orang gaji bukan sebagai menantu. Khadijah Hashim telah menunjukkan perubahan dalam watak Azizah apabila dia sanggup menanggung risiko. Khadijah Hashim bertindak sebagai pengarang yang mewujudkan kesamarataan gender apabila mengubah karakter watak Azizah sehingga menjadi berani, yakin dan berkebolehan dalam menyambung pengajian pada peringkat sarjana walaupun dipandang rendah oleh suaminya. Azizah mencanangkan pencarian ayah kandungnya di media massa walaupun menerima kutukan dan pandangan sinis orang lain yang mengatakan dia hanya mahu mencari populariti. Ketegasan Azizah dalam membuat keputusan untuk mencari ayah kandungnya, menunjukkan tugas sosial Azizah sebagai seorang anak yang bertanggungjawab untuk mencari ayah kandungnya.


Sara Beden (2020) dalam kajiannya terhadap novel Wajah Seorang Wanita karya Othman Puteh mendapati bahawa watak Siti Musalmah dipotretkan sebagai wanita yang berjaya memimpin dan mentadbir keluarganya setelah kematian suami tercinta. Kajian ini juga menzahirkan peranan wanita, sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai ketua keluarga, meskipun watak utamanya terpaksa mengharungi cabaran yang hebat sebagai ibu tunggal. Impaknya, Pendekatan Pengurusan menerusi prinsip kepimpinan memiliki kekuatan untuk memugar dan merincikan ciri-ciri pengurusan yang dipraktikkan oleh kaum wanita bagi mensejahterakan keluarga sekali gus memotretkan kepimpinan wanita semasa zaman pendudukan Jepun. Siti Musalmah juga dipotretkan sebagai ketua keluarga yang berjaya mengurus pendidikan dengan mempraktiskan dasar pendidikan yang mementingkan keagamaan, iaitu bersandarkan al-Quran. Nilai-nilai keislaman, iaitu pendidikan dalam aspek keagamaan yang meliputi pengajian al-Quran, ilmu nahu dan mantik, yang menjadi aspirasi pemikiran pengarang yang berjaya mengangkat dan memaparkan aspek pengurusan menerusi dimensi pendidikan. Tuntasnya, pengaplikasian Pendekatan Pengurusan menerusi prinsip kepimpinan berupaya membuktikan novel WSW mengandungi aspek pengurusan dari segi kepimpinan dalam keluarga.


Watak Siti Musalmah dideskripsikan oleh pengarang sebagai wanita yang berkarisma, berkaliber, bijaksana, kental dan kuat keimanannya sehingga berjaya menjadi peneraju keluarga setelah kematian suaminya. Kejayaan Siti Musalmah yang lebih ketara diperlihatkan menerusi tindakannya mengurus keluarganya kerana ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya, iaitu melalui dasar pentadbiran, dasar ekonomi dan dasar pendidikan. Novel ini memperlihatkan keadilan pengarangnya dalam mewujudkan kesamarataan gender dalam genre novel walaupun pengarangnya seorang lelaki. Pengarang menyeimbangkan peranan dan fungsi wanita menerusi watak Siti Musalmah setelah kematian suaminya.


Saravanan P. Veeramuthu & Manonmani Devi M.A.R Annamalai (2019) dalam kajian mereka menerusi novel Anthima Kaalam karya Re.Karthigesu membuktikan bahawa wanita mempunyai imej, pengalaman, suara, keinginan, wawasan, bahasa dan budaya mereka yang dicemari oleh ketidakadilan. Dalam novel ini terdapat tujuh watak wanita dengan merujuk kepada latar cerita dan kedudukan mereka dalam garapan plot cerita ini. Untuk itu, lima manifestasi yang telah dikemukakan oleh Mansour Fakih(2002) digunakan sebagai landasan untuk membicangkan ketidakadilan yang terpaksa ditempuhi oleh watak dan perwatakan wanita dalam novel ini. Re Karthigesu jelas lebih selesa untuk membela watakwatak lelakinya berbanding watak wanita yang hanya pelengkap sahaja kepada dunia lelaki. Lantaran itu watakwatak wanita tersebut terikat dan tenggelam dalam nilainilai konvensional yang membentuk tanggapan pengarang.


Adakah dalam novel Anthima Kaalam wujud kesamarataan gender?


Kajian lain-prosa Melayu tradisional Kajian terawal yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu yang berkait rapat dengan gender adalah Ismail Sarbini (1990) yang mendapati bahawa wanita dalam Sulalatus Salatin terpaksa akur dalam sistem patriarki dan mereka tunduk kepada lelaki dan diperlakukan dengan sesuka hati oleh lelaki. Walaupun Islam telah datang ke Melaka namun nasib mereka tetap sama. Siti Hawa Salleh (1992) menyatakan bahawa “Dalam sastera sejarah, watak wanita yang dikemukakan jarang memegang suatu yang penting, sebaliknya hanya berupa watak sampingan. Watak-watak itu dihadirkan untuk memenuhi sesuatu fungsi dan kemudian apabila tidak lagi diperlukan terus dihilangkan begitu sahaja. Dalam karya-karya lain, watak-watak wanita muncul sebagai dayang-dayang dan gundik-gundik, serta tidak bernama sahaja. Ini adalah kerana penulisan sejarah itu ialah suatu penulisan yang lebih bersandarkan realiti, iaitu sejarah sesebuah kerajaan dan asal usul negeri serta asal usul raja-raja yang memerintah”.


Ruzy Suliza Hashim pada tahun 2003 mendapati bahawa wanita walaupun diperlihatkan oleh pengarang sebagai lemah dan submersif namun mempunyai cara yang tersendiri untuk menuntut hak dan membela keadilan mereka. Wanita dikatakan memberi sumbangan dalam sejarah negaranya serta bertindak dalam pemerintahan walaupun tidak diberikan kuasa sebagai raja. Harun Jaafar (2006) juga ada menyebut berkaitan hubungan gender khususnya berkaitan imej wanita dalam Sulalatus Salatin. Namun, perbicaraannya yang ringkas tentang wanita dalam Sulalatus Salatin memperlihatkan bahawa wanita masih dicirikan dengan nilainilai stereotaip yang bersifat lemah lembut, penyabar, tabah, cekal dan submisif serta bertindak sebagai ibu dan isteri. Malah, wanita digunakan sebagai ‘objek politik’ atau ‘hadiah’ untuk tujuan politik khususnya mengeratkan hubungan di antara pembesar dengan raja


Adakah dalam SULATUS SALATIN wujud kesamarataan gender?


Noriah Taslim (2011), dalam Journal of Business and Social Development Volume 4(2) meneliti dua watak dalam dua buah syair iaitu watak Siti Zubaidah dalam Syair Siti Zubaidah dan Siti Rafaeh dalam Syair Abdul Muluk. Menariknya, kedua-dua syair ini memaparkan tentang watak wanita yang tidak terbatas pergerakan dan peranan mereka seperti paparan terhadap watak lelaki. Namun begitu, watak wanita dalam ruang awam tersebut ditampilkan sebagai lelaki atau menyamar sebagai lelaki. Menurut Noriah Taslim (2011), penyamaran atau pengayaan wanita kepada identiti seorang lelaki ini merupakan akibat dari tanggapan budaya stereotaip yang khusus kepada seorang wanita yang pergerakannya amat terbatas. Jadi dengan penyamaran menjadi lelaki akan memungkinkan wanita tersebut keluar daripada ruangnya yang sempit dan membolehkan dia merealisasikan autonominya.


Adakah dalam Syair Siti Zubaidah dan Siti Rafaeh wujud kesamarataan gender?


Rumusan Prosa Melayu moden seperti drama memberikan sumbangan yang besar dalam mencerminkan sosiobudaya,sosioekonomi dan sosiopolitik masyarakat. Karya-karya ini juga menzahirkan pemikiran dan daya keintelektualan pengarang dalam menggarap isu dan kisah yang berlaku dalam masyarakat untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada khalayak. Kesusasteraan berkembang mengikut perubahan zaman dan tuntutannya. Keadaan ini memberi kesan terhadap erti sastera kepada kehidupan manusia.


Aristotle meletakkan sastera lebih utama berbanding dengan sejarah kerana sastera dapat meramalkan masa hadapan masyarakat itu. Sastera mampu menembusi batas kemungkinan. Kemungkinan sastera melihat masa hadapan masyarakat ada hubungannya dengan keupayaan sastera untuk memberikan kebijaksanaan kepada pembacanya dengan membawa pembaca melihat dirinya dan persekitarannya. Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, mencatatkan bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan.


Sekian Terima kasih


Click to View FlipBook Version