The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharvina Irulandy, 2023-04-23 07:56:23

Jenayah siber

Jenayah siber

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG JENAYAH SIBER NAME:SHARVINA A/P IRULANDY NO.REGISTRATION:03DMK22F1008 PROGRAMME:DMK2A SESSION :2:2022/2023 LECTURER:EN.MOHAMAD SHAHRIL BIN ZAINUDDIN


ISI KANDUNGAN 1. OBJEKTIF 2. PENGENALAN 3. APAKAH ITU JENAYAH SIBER???? 4. SIAPAKAH PENJENAYAH SIBER?? 5. JENIS-JENIS JENAYAH SIBER 6. CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI JENAYAH SIBER DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA 7. FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER 8. KESAN JENAYAH SIBER 9. LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER 10. PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT 11. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKAITAN JENAYAH SIBER 12. ISU CABARAN BERLAKU DI MALAYSIA 13. STATISTIK JENAYAH SIBER DI MALAYSIA 14. KESIMPULAN 15. RUJUKAN 16. LAMPIRAN


PENGHARGAAN Terlebih dahulu,saya ingin mengucapakan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya,saya dapat menyiapkan Tugasan E-Folio ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En.Mohamad Shahril Bin Zainuddin selaku pensyarah kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta memberi ide dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali ,harapan saya agar tugasan ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya agar dapat menjadi insan yang berguna dan menjauhi jenayah siber.Selain itu juga,saya berharap agar dapat E-Book yang saya sediakan ini dapat memberi maanfaat kepada pembaca agar dapat bersama-sama lebih berpengetahuan dan dapat menjauhi jenayah siber.


OBJEKTIF Memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahayanya jenayah siber. Dapat membantu masyarakat menghindari gejala jenayah siber. Dapat mengenalpasti punca jenayah siber serta langkah mengatasinya. Membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran rasional dalam setiap perkara yang dilakukan. Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi mangsa jenayah siber.


PENGENALAN Di Malaysia, jenayah siber bukanlah perkara yang baru tetapi ia telah melibatkan antarabangsa.Banyak hal atau kes yang telah melibatkan jenayah siber telah pun dikesan seluruh negara. Malah,ramai dikalangan rakyat Malaysia juga telah menerima kesan-kesan yang neatif daripada aktiviti –aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini.Peralatan teknologi maklumat seperti laptop,telefon pintar,radio,tablet dan komputer peribadi yang semakin canggih telah disalahgunakan oleh orang ramai menyebabkan berlakunya jenayah siber.Hal ini berlaku kerana ada pihak yang menyalahgunakan peralatan teknologi dan tidak bertanggunjawab demi keuntungan. Walaubagaimanapun,jenayah siber bukan sahaja memberikan kesan yang negatif,malah boleh membawa kesan yang positif kepada masyarakat dan negara.Sekiranya rakyat Malaysia masih bersikap tamak,acuh tak acuh ,leka dan tidak mengambil Tindakan terhadap isu ini maka,jenayah siber akan semakin meningkat.


APAKAH ITU JENAYAH SIBER? Jenayah siber adalah merujuk suatu bentuk perlakuan yang menggunakan sebarang jenis perantu eletronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan sama ada ia melibatkan seseorang individu ataupun sekumpulan orang dan perbuatan ini mampu menjangkaui batasan dari sesebuah negara ke negara lain dalam tempoh masa yang singkat dan tidak terhad batasannya. Selain itu,jenayah siber ini telah menyebabkan berlakunya kehilangan atau kerosakan terhadap peralatan ,data dan maklumat yang melibatkan perisian mahupun pemprosesan komputer seperti serangan virus,pencerobohan data dan kecurian maklumat melalui sesebuah komputer atau peranti elektronik yang sering dijadikan sasaran dan kerap berlaku.Perlakuan jenayah siber ini juga merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud pada zaman kemodenan ini di mana ia tidak lagi seperti pada zaman dahulu yang terhad kepada persekitaran fizikal sahaja ,namun kini ia telah menjangkau kepada perlakukan jenayah melalui alam siber dengan menggunakkan teknologi komputer. Hal ini kerana,lapangan jenayah siber lebih luas berbanding jenayah konvensional kerana ruang lingkup yang mampu dicapai dengan sesebuah jenayah siber adalah sangat luas di sampingan dengan proses pendakwaan yang agak sukar.Jenayah siber yang wujud pada hari ini tidak lagi terbatas hanya dengan menggunakan komputer sebagai alat dalam melakukan jenayah ,sebaliknya perlakuan ini juga boleh ditakrifkan dengan jenayah yang berlaku di internet mahupun alam sekitar yang melibatkan penipuan dan helah tipu daya.Tahap keseriusan berkenaan ancaman siber ini dapat dilihat apabila wujudnya pelbagai akta serta undang-undang yang melibatkan siber dan komputer yang digubal dan sering dibahaskan dalam menyesuaikan dengan peredaran kemajuan teknologi dan komunikasi yang kian membangun dengan pesat yang turut mengundang pelbagai ancaman disebalik kemudahan yang dibawa.


Di samping itu, kewujudkan sebuah Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) yang berperanan dalam memberikan khidmat rujukan dan informasi kepada masyarakat Malaysia dalam mendepani masalah-masalah berkaitan dengan keselamatan komputer.Jenayah siber ini juga berbeza dengan jenayah fizikal yang lain seperti membunuh,merompak dan mencuri di mana ia kadangkalanya masih boleh dilihat sebagai satu cabaran dan masalah penipuan siber sukar diatasi.Akhir sekali,jenayah siber memberi ancaman yang hebat dan sangat besar kepada pengguna dan turut dilihat sebagai satu bentuk cabaran dan jenayah alaf baru yang tidak seperti mana jenayah pembunuhan yang boleh dikemukakan senjata sebagai bahan bukti sebaliknya jenayah siber hanya menggunakan komputer mahupun peranti elektronik dan melibatkan banyak pihak dalam pendakwaan di samping pakarpakar yang terlibat dalam pendakwaan.


SIAPAKAH PENJENAYAH SIBER? • Siapakah penjenayah siber?Apakah jenayahyang dilakukan ? Di soalan yang sukar di jawab.Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata ,penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber.”Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang system kita ,mengapa,bagaimana,dan sari mana,”Michael A.vatis dari FBI. • Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional.Mungkin kawan kita ,mungkin pelajar,mungkin professor atau siapa sahaja.Mereka akan melakukan ia jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya,pekerja atau bekas pekerja Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah professional.Manakala,pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar.Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.


• Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang dirangka untuk membendungnya tidak akan bermakna.Di Amerika yang canggih teknologinya pun gagal mengesan perancang terjadi 11 September .Semasa Peristiwa 11 September 2001,19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah.Selain secara peribadi ,mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad perbayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington .


JENIS-JENIS JENAYAH SIBER Penipuan Judi siber Pengintipan Pornografi Skim cepat kaya Kecurian maklumat Penyebaran virus Penggodam atau “hacker” Menyalin perisian secara tidak sah Capaian secara tidak sah ke atas system Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer Menyalurkan maklumat –maklumat yang palsu


CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENANGANI JENAYAH SIBER DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA PERMASALAHAN REMAJA AKTIVITI PERJUDIAN PENYEBARAN FITNAH DAN GOSSIP KESAHIHAN MAKLUMAT PELAYARAN WEB NEGATIF


• PERMASALAHAN REMAJA Kemajuan teknologi seperti internet dan media sosial lain termasuk aplikasi WhatsApp dan Wechat telah mendedahkan golongan remaja kepada ancaman dunia siber sekiranya digunakan dengan cara salah.Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di siber café dan telefon tengah.Program seperti chatting,permainan video,sms,mms,3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran kepada ibubapa mereka.Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet. • AKTIVITI PERJUDIAN Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi.


• PENYEBARAN FITNAH DAN GOSSIP Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. • PELAYARAN WEB NEGATIF Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela..


• KESAHIHAN MAKLUMAT Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.


FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER PENINGKATAN PENGGUNAAN INTERNET KEKURANGAN PAKAR-PAKAR FORENSIK COMPUTER PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH SIKAP INDIVIDU YANG SUKAR DIKAWAL KEKURANGAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT SUKAR MENGENAL PASTI PENJENAYAH SIBER


• PENINGKATAN PENGGUNAAN INTERNET Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Sebagai contoh pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya, peningkatan pengguna internet mendorong ramai individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya. • KEKURANGAN PAKAR-PAKAR FORENSIK KOMPUTER Kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga menjadi penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan. Kekurangan pakar-pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini berlaku kerana, pelaku jenayah siber ini kebiasaanya, terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan tinggi dalam bidang IT.


• PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga penyebab berleluasanya kejadian jenayah siber di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana, kurangnya keseriusan agensi-agensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Sebagai contoh, agensi-agensi kerajaan tidak saling bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan akta dan undangundang sedia ada tidak dapat menangani jenayah siber ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, akta dan undang-undang sedia ada sudah lapuk dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang terlalu pantas. Sebagai contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. • SIKAP INDIVIDU YANG SUKAR DIKAWAL Sikap individu yang sukar dikawal juga adalah salah satu faktor terjadinya peningkatan penggunaan internet yang menyebabkan berleluasanya kejadian jenayah siber. Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman komputer. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, individu yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Sebagai contoh, penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu masyarakat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Oleh itu, masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu semasa agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.


• KEKURANGAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT Jenayah siber juga berlaku disebabkan oleh kekurangan pendidikan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Individuindividu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan pencerobohan adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada orang lain. Individu-individu tersebut hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan menimpanya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan yang berkepentingan dalam menjalankan tanggungjawab ini mempunyai peranan penting untuk memberikan didikan yang efektif kepada masyarakat dalam menangani penyalahgunaan internet yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara. • SUKAR MENGENAL PASTI PENJENAYAH SIBER Sukar mengenal pasti penjenayah siber juga merupakan faktor berleluasanya jenayah siber. Hal ini dikatakan demikian kerana, penjenayah siber ini melakukan kegiatan jenayah di alam maya yang tanpa sempadan. Oleh itu, lokasi penjenayah siber ini sukar untuk dikenal pasti. Jika dikenal pasti pun, pendakwaan terhadap penjenayah siber ini sukar dilakukan di mahkamah kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan kegiatan jenayah siber ini terus berleluasa.


KESAN JENAYAH SIBER DATA MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA TERDEDAH MANGSA MENGHADAPI TEKANAN YANG TINGGI MANGSA JENAYAH SIBER MENGHADAPI TUDUHAN KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN


• DATA MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA TERDEDAH Implikasi yang signifikan dalam isu ini ialah data maklumat peribadi pengguna terdedah kepada semua orang terutamanya penjenayah siber.Mangsa tanpa disedari telah berkongsi maklumat dalam laman sesawang yang tidak rasmi atau laman sesawang tiruan yang direka oleh penjenayah siber.Malah mereka bagai sudah jatuh timpa tangga apabila mereka sering menjadi mangsa penipuan penjenayah siber.Hal yang demikian ini adalah kerana penjenayah dapat mengakses maklumat pengguna atau mangsa jenayah siber lalu melakukan transaksi wang dari akaun pengguna ke akaun penjenayah siber.Oleh itu, pengguna perlulah ke berhati –hati melakukan transaksi dalam internet agar data maklumat peribadi tidak dicuri atau digodam oleh penjenayah siber. • MANGSA JENAYAH SIBER MENGHADAPI TUDUHAN Kesan jenayah siber yang lain ialah mangsa jenayah siber juga akan menghadapi tuduhan yang tidak berasas daripada pihak tertentu. Mereka akan diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baik mereka. Lazimnya, perkara ini terjadi pada pemimpin negara, artis dan individu yang menjadi ikon masyarakat. Mereka dituduh dengan pelbagai fitnah yang tidak berasas dan beranggapan kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang . Tegasnya, ancaman fitnah merupakan implikasi buruk terhadap seseorang.


• KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN Implikasi buruk yang kerap diterima oleh mangsa jenayah siber ialah mereka kehilangan sumber pendapatan, diberhentikan kerja, atau ditamatkan kontrak. Mereka menjadikan laman sosial sebagai diari kehidupan mereka. Malangnya, diari kehidupan mereka telah diceroboh lalu penjenayah siber mengambil kesempatan untuk melakukan fitnah, penipuan yang mengakibatkan mangsa dibuang kerja, hilang kontrak perniagaan atau ditamatkan perkhidmatannya. Keadaan ini menyebabkan perniagaan mereka terpaksa gulung tikar disebabkan fitnah yang dilakukan oleh penjenayah siber. Oleh itu, kita hendaklah berhati- hati kerana sesungguhnya pelanduk selalu lupa jerat tetapi jerat tidak pernah lupa akan pelanduk. • MANGSA MENGHADAPI TEKANAN YANG TINGGI Mereka yang menjadi mangsa jenayah siber ini akan menghadapi tekanan yang tinggi seperti peribahasa yang menyebut berat mata memandang berat lagi bahu memikul sehingga mangsa menutup akaun dalam laman media sosial. Mereka akan mengurungkan diri di rumah lalu bertindak menyalahkan diri mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kemurungan apatah lagi jika tekanan tersebut membabitkan ahli keluarga Akibatnya keluarga mangsa turut dikecam oleh pelbagai pihak. Tegasnya, implikasi daripada tindakan penjenayah siber ini menyebabkan mangsa bertindak di luar batas norma kehidupan manusia.


LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER MEMBERIKAN KESEDARAN MELALUI KEMPEN DAN IKLAN MENGKAJI DAN MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG SIBER MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN ETIKA DALAM PENGGUNAAN JENAYAH SIBER BEKERJASAMA SECARA MULTILATERAL DALAM MEMBANTERAS JENAYAH SIBER MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DENGAN SYARIKAT DAN PENGGUNA KOMPUTER KESELAMATAN BERSESUAIAN DENGAN PENGGUNAAN


• MEMBERIKAN KESEDARAN MELALUI KEMPEN DAN IKLAN Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasiaplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.


• MENGKAJI DAN MEWUJUDKAN UNDANGUNDANG SIBER Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.


• MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN ETIKA DALAM PENGGUNAAN JENAYAH SIBER Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah.


• BEKERJASAMA SECARA MULTILATERAL DALAM MEMBANTERAS JENAYAH SIBER Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika sebaliknya hanya kerugian akan kita dapat.


• MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DENGAN SYARIKAT DAN PENGGUNA KOMPUTER Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah- Langkah keselamatan dengan mengekang pencerobohan penjenayah siber.Pengguna internet boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer kerajaan,swasta dan komputer persendirian daripada digodam. • KESELAMATAN BERSESUAIAN DENGAN PENGGUNAAN Organisasi atau perseorangan ,perlu memastikan sistem keselamatan bersesuaian dengan penggunaan dengan mengetahui apa yang peril dilindungi agar tidak membelanjakan wang yang banyak.Untuk menyelamatkan data,menangani ,penipuan dan menghalang penggodam dari melakukan jenayah ,kita perlu menangani gan bersedia lebih awal.Kerana bila serangan Web Applications,hijacking or sniffing wireless communication terjadi kita mungkin akan terdedah kepada serangan lain seperti pelbagai serangan DDOS;SYN,TCP dan HTTP DDOS atau menjadi sebahagian dari serangan botnet/zombie army.


PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT UNDANG-UNDANG BADAN KERAJAAN PIHAK MEDIA BADAN BUKAN KERAJAAN/SWASTA


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKAITAN JENAYAH SIBER 1.AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006 2.AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997 3.AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 4.AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 5.AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999(PINDAAN 2010) Undang-undang merupakan salah satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan negara.Hal ini kerana melalui undangundang kita dapat mengatur dan mengawal masyarakat.Walau bagaimanapun,kebanyakan masyarakat tidak menyukai undangundang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas.Dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah.Antara Langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang –undang siber.Walau bagaimana ,netizen masih tidak menyedari tentang kewujudan undang- undang siber dan peningkatan angka kes jenayah siber setiap tahun.Justeru,kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesedaran informan terhadap kewujudan undang-undang siber dan menganalisis pelaksanaan undang-undang ancaman keselamatan siber di Malaysia.Dari segi metodologi,kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kumpulan focus,temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mendapatkan data kajian yang berkualiti.Jumlah informan kumpulan focus ialah seramai 35 orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual mendalam adalah seramai 6 orang pegawai kerajaan .Antara dokumen utama yang dianalisis ialah akta dan perundangan ,laporan tahunan dan siaran media.Hasil kajian mendapati informan kumpulan focus tidak mengetahui kewujudan undang-undang siber kerana mereka merasakan undang – undang tersebut tidak penting,selain informam kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa.Hasil analisis dokumen juga mendapati terdpat beberapa undang-undang siber yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber akta perdagangan elektronik 2006,akta jenayah komputer 1997,akta komunikasi dan multimedia 1988,akta perlindungan data peribadi 2010 dan akta perlindungan pengguna 1999(pindaan 2010).


ISU CABARAN BERLAKU DI MALAYSIA 1) ISU SINDIKET JUAL KAD ATM 2) ISU KERUGIAN SEBANYAK RM560 JUTA 3) ISU PERAS UGUT RAKAMAN LUCAH SEMAKIN MENINGKAT


4) ISU KANDUNGAN LUCAH MELIBATKAN KANAK-KANAK 5)ISU AKTIVIS WANITA MEMULAKAN PENGHANTARAN KOMUNIKASI YANG ”JELIK”


STATISTIK JENAYAH SIBER DI MALAYSIA


KESIMPULAN Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada zaman kini.Kes jenayah siber tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama daripada semua pihak.Hal ini kerana,teknologi pada masa kini semakin canggih tetapi pada masa yang sama terdapat keburukkan dan kekurangannya.Keburukkan dan kekurangannya ini akanmembawa kesan –kesan yang buruk dan negatif malah dapat merosakan dan menghancurkan keutuhan masyarakat khususnya generasi muda.Oleh itu,kita hendaklah sentiasa bersikap waspada dan berhati –hati pada setiap masa.Bak kata pepatah ,”sediakan payung sebelum hujan”.Jika semua perkara ini diambil perhatian ,kes-kes jenayah siber di Malaysia akan dapat diatasi dengan baik.


RUJUKAN • https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktorberlakunya-jenayah-siber.html • https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber • https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasijenayah-siber.html • https://www.irujukan.my/jenayah-siber/ • https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/12/ke san-kesan-jenayah-siber.html • https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/12/kesankesan-jenayah-siber.html


LAMPIRAN • GAMBAR


• AKHBAR


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version