The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHIN LI HOONG Moe, 2020-07-08 20:22:39

Saya kembali ke sekolah

Kembali ke sekolah

Saya akan kembali
ke sekolah

Sekolah saya, SMK Telok Gadong telah
ditutup lama kerana virus COVID-19.

Mama kata itu cuti PKP

Sepanjang PKP,
saya belajar di
rumah
dengan
menggunakan
telefon bimbit,
komputer riba,
atau diajar oleh
ibu bapa.

15 Julai 2020, saya akan kembali ke
sekolah untuk belajar.

Saya akan berjumpa semula dengan
cikgu-cikgu dan kawan-kawan semua.

Namun ada

sedikit
perubahan
berlaku apabila

saya kembali ke
sekolah

Cikgu tetapkan pintu masuk ke
sekolah yang baharu. Saya akan

masuk mengikut Pintu B.

Cikgu akan mengambil
suhu saya sebelum
masuk ke sekolah
untuk memastikan
saya sihat dan
dibenarkan belajar di
sekolah.

Jika suhu badan 37.5C atau
lebih tinggi, saya perlu
balik dan rehat di rumah
sehingga saya sihat.

Selepas ambil suhu, saya perlu sanitasi
tangan saya dengan hand sanitizer

Letak tangan di
bawah mulut botol
hand sanitizer

Pijak dan tunggu
cecair sanitasi

keluar dari botol.

Cikgu sediakan jalan yang baharu
bagi saya masuk ke kelas.

Jalan baharu ini khas untuk murid PPKI. Jadi saya
kurang bertembung dengan murid-murid lain.

Saya boleh ikut arahan guru dan penunjuk arah
untuk biasakan diri dengan jalan baharu ini.









Saya perlu kerap
mencuci tangan,
lebih kerap daripada
biasa.
Cuci tangan dengan
air dan sabun boleh
bantu mencegah
jangkitan kuman.

Saya melihat ada kawan dan cikgu
memakai pelitup muka,

tetapi saya rasa kurang selasa.

Pakai pelitup muka
dapat menyekat
titisan air liur yang
mungkin membawa
virus.

Saya perlu elakkan
sentuh muka dan
mata saya.
Ini kerana tangan
saya mungkin ada
virus selepas saya
sentuh barang-
barang lain

Apabila bersin atau batuk, saya
perlu tutupkan muka dan hidung

saya.

Saya perlu jarakkan 1 meter daripada kawan.
Ini dinamakan penjarakan sosial.

1m 1m 1m 1m

Penjarakan sosial dapat menjauhkan saya daripada
jangkitan virus.

Di dalam bilik darjah, meja saya akan
dijarakkan dengan kawan untuk
mengekalkan penjarakan sosial.

Saya perlu kekal di
tempat duduk saya dan

tidak bergerak ke
tempat lain sekiranya

tiada perkara yang
penting.

Untuk mengekalkan
penjarakan sosial, saya makan
di dalam kelas pada waktu
rehat.

1m

Saya perlu amalkan penjarakan 1m
sosial dan tata cara baharu jika
ingin pergi ke tandas

Untuk sementara waktu ini,
saya tidak boleh menjabat
tangan atau memberi high 5
kepada cikgu dan kawan.

Saya boleh say hi dengan
melambai-lambaikan tangan
atau letakkan tangan kanan
di bahagian dada kiri untuk
memberi salam atau tanda
hormat

Semua ini menjadikan
saya rasa hidup di
sekolah tidak sama lagi
daripada hari-hari
sebelum cuti PKP.

Namun ini perubahan-
perubahan ini perlu untuk
menjamin saya jauh
daripada jangkitan
COVID 19

Jangan risau, guru-guru dan rakan

sentiasa akan membantu saya utk menerima
norma baharu ini.

Saya yakin dapat melakukannya.


Click to View FlipBook Version