The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fattyuni, 2021-05-27 02:30:44

E-MAJALAH LUMBA HARAM

LUMBA HARAM

MPU 21032
PENGHAYATAN
ETIKA &
PERADABAN

TAJUK : LUMBA
HARAM

DISEDIAKAN OLEH : AHMAD FATHULLAH AZRI BIN
HASLILI RIJAL
(18DEV20F2035)
AZIZI HAKIMI BIN ROSMADI
(18DEV20F2021)

DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK HANAFI

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK
1. KATA HALUAN
2. SIDANG REDAKSI
3. PENDAHULUAN
4. JENIS PERLUMBAAN
5. UBAHSUAI KENDERAAN YANG

DILARANG
6. PUNCA LUMBA HARAM
7. AKIBAT LUMBA HARAM

8. USAHA MENCEGAH LUMBA HARAM
9. KESAN-KESAN LUMBA HARAM
10. PENUTUP

KATA ALUAN

AHMAD FATHULLAH AZRI BIN HASLILI RIJAL
KETUA EDITOR MAJALAH

 Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
ilahi kerana dengan izin kurnianya saya dan ahli kumpulan saya dapat
menyempurnakan tugasan bagi membuat E-majalah yang diberikan oleh
Puan Ainul sebagai pensyarah kami.

 Penghayatan Etika Dan Peradaban.

 Dengan kesempatan ini saya dan ahli kumpulan saya ingin mengucapakan
ribuan terima kasih kepada Puan Ainul Farhaan Harun, selaku Pensyarah
Etika Dan Peradaban yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam
penghasilan E-majalah ini. Dan memberikan kepercayaan kepada kami satu
kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

 Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya
yang telah bertungkus lumus untuk menghasilkan E-majalah ini dengan
sehabis baik memberi komitmen. Untuk merealisasikan usaha
menyempurnakan E-majalah ini terutamanya kepada pensyarah kami Puan
Ainul atas budi bicara beliau dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kami
melaksanakan tugasan.

 Ucapan ini juga ditujukan kepada pihak yang terlibat sejara langsung atau
tidak langsung yang menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang telah
diberikan kepada amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan pertolongan
anda tugasan kami mungkin tidak dapat dilaksankan dengan baik.

SIDANG REDAKSI

NAMA : ENCIK
HANAFI

JAWATAN :
PENASIHAT

NAMA : AHMAD
FATHULLAH AZRI BIN

HASLILI RIJAL
JAWATAN : KETUA

EDITOR

NAMA : AZIZI HAKIMI
BIN ROSMADI

JAWATAN : KETUA
EDITOR

LUMBA HARAM

JENIS
PERLUMBAAN
HARAM

UBAHSUAI PUNCA
KENDERAAN LUMBA
YANG HARAM
DILARANG

USAHA AKIBAT
MENCEGAH LUMBA
LUMBA HARAM
HARAM

 Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan
bermotor yang diadakan di atas jalan raya
awam tanpa kebenaran daripada pihak
berkuasa. Lumba haram sering diadakan di
kawasan bandar, luar bandar ataupun di
kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan
trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu
tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah
salah di sisi undang-undang jalan raya kerana
membahayakan nyawa pengguna jalan raya
yang lain serta nyawa pelumba haram itu
sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan
haram juga merupakan satu kesalahan kerana
akan menggalakkan pelumba haram untuk terus
berlumba tanpa menghiraukan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.

 Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang
diadakan di Malaysia adalah melibatkan
motosikal dan kereta, namun ada juga
kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres
yang turut mengadakan perlumbaan haram.
Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan
haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan
melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya
etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan
jalan raya amat mudah berlaku, selalunya
melibatkan kematian

 Perlakan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba,
tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan
memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang
kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.

 Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan
laluan perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan
seterusnya berlumba di laluan tersebut.

 Perlumbaan lebuh raya - Pelumba haram memilih kawasan
lebuhraya untuk berlumba. Kawasan lebuh raya sering
menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuh raya direka
untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram dengan
mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuh
raya itu sendiri. Perlumbaan lebuh raya amat popular di
Jepun pada satu masa dahulu tetapi kini semakin
berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta
penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat.

 Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun
sebagaimana yang digambarkan di dalam siri manga/anime
Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.
Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika
sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat
sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu
memendekkan umbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang
sah, pelumba masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik
tersebut.

JENIS PERLUMBAAN HARAM

PUNCA LUMBA
HARAM

MEDIA
MASSA

KELUARGA

INDIVIDU

MEDIA MASSA

 Pada masa kini, banyak saluran media elektronik dan
media cetak seperti televisyen, internet, majalah dan
sebagainya yang memaparkan rancangan atau filem yang
bertemakan lumba haram seperti Remp-It, Evolusi KL Drift,
Adnan Sempit dan banyak lagi. Filem-filem tersebut
memaparkan "mat rempit" melakukan aksi-aksi berbahaya
di atas jalan raya serta gejala sosial yang berlaku dalam
dunia "mat rempit" seperti pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan. Keadaan ini menyebabkan remaja mudah
meniru aksi-aksi berbahaya yang dipaparkan dalam filem-
filem tersebut dan seterusnya mengaplikasikan aksi-aksi itu
ketika mereka menunggang motosikal di jalan raya. Hal ini
demikian kerana pihak-pihak yang terlibat dengan industri
perfileman tidak peka dengan keadaan sekeliling dan isu
semasa yang melibatkan aktiviti tidak bermoral yang
dilakukan oleh remaja, malah semakin rancak memaparkan
isu lumba haram dengan menerbitkan banyak filem
berkaitan dengan isu tersebut. Keadaan ini boleh
diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Disamping itu, penerbit filem menyatakan bahawa mereka
menerbitkan filem bertemakan lumba haram supaya dapat
memberi kesedaran kepada remaja agar tidak terlibat
dengan aktiviti lumba haram.

 Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya KELUARGA
masing-masing dan mencari rezeki
menyebabkan mereka tidak dapat
meluangkan masa bersama anak-anak
serta mengabaikan tanggung jawab
mereka terhadap anak-anak. Situasi
ini akan menyebabkan anak-anak
berasa kesunyian dan seterusnya
memberontak untuk mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka.
Apabila ibu bapa tidak mengambil
berat terhadap anak-anak, mereka
akan mencari kawan untuk meluahkan
perasaan serta tekanan yang dihadapi.
Mereka berpendapat bahawa rakan-
rakan lebih memahami perasan dan
juga masalah mereka berbanding
dengan ibu bapa kerana ibu bapa lebih
mementingkan wang dan kerjaya
masing-masing daripada mengambil
berat terhadap anak-anak. Namun
demikian, sekiranya tersalah memilih
kawan, mereka akan mudah terlibat
dengan aktiviti sosial. Oleh itu,
kegagalan ibu bapa dalam mengawal
dan kurang memberi perhatian untuk
mengikuti perkembangan anak-anak
menyebabkan anak-anak mereka
terlibat dalam aktiviti tidak bermoral
yang boleh merosakkan masa depan
mereka. Di samping itu, ibu bapa juga
tidak menitikberatkan pendidikan
agama kepada anak-anak yang perlu
diserap dalam diri anak-anak sejak
dari kecil lagi supaya mereka dapat
membezakan yang baik dengan yang
buruk. Oleh hal yang demikian,
kurangnya pendidikan agama
menyebabkan remaja pada masa kini
mudah terjebak dengan masalah sosial.

 Antara punca yang menyebabkan remaja
pada masa kini terlibat dengan gejala
sosial seperti lumba haram adalah
disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri
yang mempunyai perasaan ingin
mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi
terutamanya apabila dicabar oleh rakan-
rakan mereka. Remaja pada masa kini
pantang dicabar untuk melakukan sesuatu
serta bertindak terburu-buru tanpa
memikirkan kesan buruk akibat daripada
perbuatan tersebut. Apabila dicabar oleh
rakan-rakan, mereka terus menyahut
cabaran tersebut tanpa berfikir panjang
tentang baik ataupun buruk perbuatan
tersebut kerana tidak mahu dianggap
sebagai pengecut oleh rakan-rakan
mereka. Selain itu, mereka juga ingin
menunjukkan kehebatan diri masing-
masing dengan membuat pelbagai aksi
berbahaya seperti " wheelie ", " wikang ",
"pereng/corner ", " superman ", dan
sebagainya. Mereka akan mendapat
kepuasan setelah berjaya melakukan
aksi-aksi tersebut kerana dapat
membuktikan kepada rakan-rakan
mereka bahawa mereka seorang yang
berani dan tidak takut akan cabaran yang
diberi. Di samping itu, mereka berasa
seronok apabila menjadi perhatian dan
tumpuan rakan-rakan rempit yang lain
atau perempuan yang lebih dikenali
sebagai " minah rempit ".

INDIVIDU

 Lumba haram sering menyebabkan kemalangan
maut terutamanya di kalangan pelumba haram
motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang
berpunca daripada lumba haram. Oleh itu, tidak
hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah
satu punca utama peningkatan kadar kemalangan
jalan raya.

 Lumba haram turut menyumbang kepada gejala
keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja
yang semakin serius kerana selain menyediakan
hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan
dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga
turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.

 Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut
berperanan dalam memajukan industri automotif
berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal
serta pengubahsuaian kenderaan. Sungguhpun
demikian, persaingan di kalangan pelumba haram
mengakibatkan pelumba haram membazirkan
banyak wang dengan sia-sia untuk mengubahsuai
kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan tabiat
sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.

 Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang
utama kepada peningkatan kes kecurian kenderaan
terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir
pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana
ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana
mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah
kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang
kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka
kepada pemenang.

 Menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan
terbabas.

AKIBAT LUMBA
HARAM

 Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi
mengurangkan gejala lumba haram
terutamanya di kalangan remaja seperti
berikut:

 Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan
bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix
dan Pesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua
perlumbaan tersebut penganjur perlumbaan
mengenakan bayaran penyertaan yang
rendah serta subsidi bagi peserta baru untuk
menggalakkan remaja
menyertainya.Memperbanyakkan rondaan
serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk
membolehkan pihak polis membanteras gejala
lumba haram dengan lebih berkesan, pihak
polis perlu disediakan kereta atau motosikal
yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana
selama ini pihak polis hanya dibekalkan
dengan kereta dan motosikal talaan kilang
yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram.Mengadakan
kempen pemanduan berhemah di sekolah dan
kawasan tumpuan awam.Menguatkuasakan
undang-undang yang lebih ketat serta
hukuman yang lebih berat terhadap pesalah
lumba haram.

USAHA MENCEGAH
LUMBA HARAM

KESAN –

KESAN LUMBA
HARAM

 Remaja merupakan aset penting kepada
negara kerana mereka bakal mentadbir dan
memimpin negara pada masa hadapan. Oleh
itu, penglibatan remaja dalam gejala lumba
haram sangat membimbangkan semua pihak
kerana masalah ini semakin hari semakin
berleluasa. Hal ini boleh mengakibatkan
negara mengalami masalah kekurangan
tenaga kerja muda yang berkualiti untuk
berkhidmat kepada negara pada masa
hadapan kerana ramai remaja pada masa
kini terlibat dengan gejala sosial yang akan
memusnahkan masa depan mereka. Oleh
sebab itu, secara tidak langsung ekonomi
negara sukar berkembang kerana kurangnya
pekerja muda yang mahir untuk
membangunkan dan memajukan negara.

KESAN : NEGARA

KESAN :
MASYARAKAT

 Masalah lumba haram yang semakin
berleluasa turut memberi kesan secara tidak
langsung kepada masyarakat, terutamanya
kepada pengguna jalan raya yang lain. Hal ini
demikian kerana aktiviti lumba haram yang
dilakukan di jalan raya boleh membahayakan
serta mengancam nyawa pengguna jalan raya
yang lain apabila terdapat golongan " mat
rempit " menunggang motorsikal secara
berbahaya dan melanggar peraturan jalan
raya. Perbuatan "mat rempit" yang
menunggang motosikal secara melulu dan
berbahaya tanpa memikirkan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain turut
menyebabkan pengguna jalan raya yang lain
berada dalam keadaan terancam dan tidak
selamat. Keadaan ini seterusnya akan
meningkatkan kadar kemalangan jalan raya
dan menyebabkan banyak nyawa yang
terkorban akibat daripada perbuatan tidak
bertanggung jawab yang dilakukan oleh "mat
rempit". Di samping itu, sekiranya terdapat
sekumpulan "mat rempit" yang berleluasa di
sesuatu tempat, pengguna jalan raya di
kawasan itu berisiko untuk terlibat dalam
kemalangan jalan raya kerana mereka tidak
mempedulikan keselamatan orang lain.

 Remaja yang melibatkan diri
dalam lumba haram kebiasaanya
terlibat dalam kes-kes jenayah
yang lain. Sebagai contoh, kes
ragut, rogol dan pergaduhan.
Selain itu, lumba haram turut
menjadi penyumbang kepada
peningkatan kes kecurian
kenderaan terutamanya
motorsikal dan kereta.
Perlumbaan haram ini turut
melibatkan maruah wanita kerana
mereka akan menjadikan wanita
sebagai pertaruhan apabila
memenangi sesuatu perlumbaan.
Wanita yang dipertaruhkan turut
digelar sebagai " bohsia " atau "
cikaro ". Situasi ini turut
menyebabkan gejala keruntuhan
akhlak dan maksiat dalam
kalangan remaja yang serius. Hal
ini demikian kerana selain
menyediakan hadiah wang yang
sememangnya berkaitan dengan
perjudian, penganjur lumba haram
turut menyediakan " bohsia "
untuk ditiduri.

KESAN : INDIVIDU

 Kesimpulannya, ibu bapa perlu mendidik anak dengan
sebaik yang mungkin. Ibu bapa perlu mengambil berat
tentang anak-anak kerana remaja sekarang mudah
mengikut rakan sebaya. Sebagai rakyat Malaysia janganlah
melumba haram kerana ia membahayakan nyawa.

PENUTUP


Click to View FlipBook Version