The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurnadzirah.kamil, 2022-06-10 03:20:25

PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM

SESI II 2021/2022
PENGAJIAN ISLAM - MPU23012

E-FOLIO

SITUASI ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA BUKAN

ISLAM

1. ENCIK MOHD FARID BIN DAWAM
2. PUAN NOORWATI BINTI MOHD DAWAM

FATIN HAMIZAH BINTI AHLI KUMPULAN
AKBAR ALI
NURNADZIRAH BINTI
(17DIB21F1073) KAMIL (17DIB21F1055)

ZUBAIDAH BINTI
MOHAMED
(17DIB21F1038)

.NUR SUNDUS SOFEA SITI KHAFIYAH BINTI
BINTI HARUN MOHD ZAINI
(17DIB21F1034) (17DIB21F1023)

ISI KANDUNGAN HALAMAN
1-2
NO TAJUK 3-4
5-6
1 PENGHARGAAN 7 - 11

2 PENGENALAN 12 - 16

3 MAKSUD ISLAMOFOBIA 17 - 21

4 SITUASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM 22 – 26
27 - 31
5 FAKTOR LUARAN YANG MENDORONG SITUASI ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM 32 - 35

6 FAKTOR DALAMAN YANG MENDORONG SITUASI ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM

7 KESAN-KESAN BERLAKUNYA ISLAMOFOBIA

8 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISLAMOFOBIA DI NEGARA-NEGARA
BUKAN ISLAM

9 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PENGHARGAAN

‫ِﺑ ْﺳ ِم ﱠ ِﷲ اﻟ ﱠر ْﺣ َﻣ ِن اﻟ ﱠر ِﺣﯾم‬

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih serta salam dan selawat
ke atas umat Nabi Muhammad SAW yang dikasihi. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi
kami ucapkan kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya ahli kumpulan kami telah berjaya
menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan
kepada Ustaz Mohd Farid bin Dawam serta Ustazah Noorwati binti Mohd Dawam selaku
pensyarah Pengajian Islam bagi sesi 2 2021/2022 yang telah menyumbangkan masa dan
tenaga mereka untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyiapan
tugasan ini.

1

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan yang bekerjasama
dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka telah banyak memberi kerjasama yang bagus
dalam menyiapkan tugasan serta telah banyak mencurahkan pelbagai idea-idea yang
bernas untuk menyiapkannya.

Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang
terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Semoga segala bantuan dan
kerjasama semua pihak akan diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Justeru, semoga
hasil tugasan kami semua ini dapat memberi manfaat dan pengajaran terhadap pelajar
politeknik mengenai situasi Islamofobia di negara-negara bukan Islam terutamanya
kepada umat Islam.

2

PENGENALAN

Islam merupakan agama yang paling banyak disalah fahami oleh manusia terutamanya
masyarakat bukan Islam yang tidak mempunyai agama.

Antara perkara yang sering berlaku mengenai salah faham terhadap Islam ialah
kekeliruan dan kekusutan dari sudut kefahaman terhadap Islam dan ajaran Islam yang
terpesong daripada landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Salah faham terhadap Islam bukan
sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam
kalangan masyarakat Islam sendiri.

Pelbagai tuduhan, fitnah yang dilemparkan oleh masyarakat bukan Islam mengenai
Islam sehingga menyebabkan kesalahfahaman terhadap Islamofobia timbul di benak fikiran
mereka sehingga yang tidak mengetahui maksud Islam yang sebenar. Semua ini kerana
kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Hal ini berlaku kerana kejajahan Barat ke
tanah Islam yang memperkenalkan sistem Barat kepada masyarakat Islam setempat.

3

Sehubungan dengan itu, marilah kita semua mengetahui serba sedikit
mengenai Islamofobia daripada topik situasi Islamofobia di negara-negara bukan
Islam yang telah kami bincangkan dan mengumpulkan pelbagai isi-isi yang boleh
dirujuk sebagai ilmu tambahan semua.

Antara isi kandungan yang bakal kami bincangkan adalah maksud
Islamofobia, situasi Islamofobia di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom,
faktor luaran yang mendorong situasi Islamofobia di negara-negara bukan Islam,
faktor dalaman yang mendorong situasi Islamofobia di negara-negara bukan Islam,
kesan-kesan berlakunya Islamofobia dan akhir sekali mengenai kesimpulan dan
cadangan penambahbaikan.

4

MAKSUD ISLAMOFOBIA

Islamofobia bermaksud ‘takut, benci dan prejudis ke atas agama Islam dan penganutnya’.
Islamofobia ini selalunya dikaitkan dengan geopolitik dan perbuatan yang dilakukan iaitu teroris.

Masyarakat dari negara Arab dan Asia termasuklah Malaysia sering kali dicurigai dan
sesuatu perbuatan walaupun seperti melakukan solat di tempat terbuka juga dianggap melakukan
perbuatan yang mengancam masyarakat Barat.

Islamofobia sering dikaitkan dengan pandangan seperti berikut, Islam adalah sebuah
agama yang mempromosikan keganasan dan agresif, Islam adalah agama yang tidak
bertamadun, Islam membenci Barat, Islam memecah belah masyarakat dan negara, Islam
bersifat menjajah dan mengambil peluang pekerjaan dan menghabiskan duit pembayar cukai,
Islam menyebabkan pertembungan tamadun dan Islam juga adalah ideologi politik. Fenomena
Islamofobia pada asasnya adalah kebencian berasaskan agama

5

Not to islamoFobiA

6

ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA BUKAN

ISLAM

7

ISLAMOFOBIA DI AMERIKA SYARIKAT

Gerakan anti Islam sebenarnya agak dahsyat di Amerika Syarikat. Orang awam mengetahui
kelantangan Presiden Donald Trump dalam beberapa isu masyarakat Islam di negara itu, seperti
mencadangkan agar masyarakat Islam didaftarkan kerana Trump meragui ketaatan masyarakat
Islam.

Dalam satu laporan pada 2016, orang awan menyatakan bahawa kebencian terhadap
Muslim sudah berubah dari masa ke semasa. Calon Presiden pada tahun 2016 telah membuat
kenyataan mengenai Islam iaitu dengan mengatakan Islam membenci orang seperti kita dan beliau
juga tidak menyokong orang Islam untuk mentadbir negara Amerika Syarikat ini.

Pelbagai penggunaan perkataan yang mencemuh Islam “creeping sharia,” dan
sekurang-kurang 32 negeri di Amerika Syarikat telah memperkenalkan dan membahaskan
undang-undang anti-Shariah untuk merendah-rendahkan agama Islam. Undang Undang anti
Shariah telah diperkenalkan di Arizona, Kansas, South Dakota dan Tenesse pada 2011 dan 2012.

8

Islamofobia semakin meruncing dengan kewujudan industri yang
menyokong propoganda Islamofobia. Kumpulan anti Muslim dan organisasi
anti Muslim menikmati akses sekurang-kurangnya 205 juta USD untuk
menyebarkan ketakutan dan kebencian terhadap Muslim. Pada tahun 2011
sebagai contoh, Center for American Progress (CAP), sebuah organisasi
penyelidikan polisi di Washington mendapati 7 pertubuhan kebajikan telah
membelanjakan 42.6 juta USD pada 2001 dan 2009 untuk menyokong
penyebaran anti Muslim dan anti Islam di Amerika Syarikat melalui lisan,
visual atau (Considene, 2017).

ISLAMOFOBIA DI AUSTRALIA

Terdapat banyak kajian menunjukkan Islam menjadi sasaran ucapan kebencian di Australia.
Stewart (2019) menyatakan masyarakat Islam kerap menjadi mangsa pembulian di jalanan berbanding
masyarakat lain. Kemunculan media social adalah salah satu punca Islamofobia tercetusnya kes
pembulian di Australia.

Antara perkara yang lebih menakutkan bagi masyarakat Islam adalah ancaman gejala Islamofobia
ini tidak hanya datang daripada masyarakat lain, malah terdiri daripada ahli parlimen negara itu juga.
Sebagai contoh, Pauline Hanson pemimpin One Nation Party sengaja memakai Burka di dalam
Parlimen untuk menunjukkan kawalan keselamatan yang tidak ketat di Parlimen Australia. Hal ini
kerana beliau ingin menunjukkan seolah-olah burqa dikaitkan dengan pengganas dan jenayah.

Terdapat juga salah seorang pemimpin yang menghina penduduk Islam yang menyatakan mereka
adalah penyebab kenapa tembakan di New Zealand berlaku pada Mac 2019. Burka seringkali dikaitkan
dengan aktiviti keganasan dan menjadi faktor utama penubuhan gerakan ‘ban the burqa in Australia’,
mereka menggambarkan orang yang memakai burka amat mengelirukan orang awam; sama ada si
pemakai adalah lelaki, perempuan atau teroris di sebalik burka mereka.

10

ISLAMOFOBIA DI UNITED KINGDOM

Daripada satu kajian ini (Weller,Feldman, & Purdam, 2001) mendapati bahawa masyarakat Islam di
United Kingdom berterusan menghadapi layanan tidak adil yang dikatakan semakin ketara selepas 1996
dalam bidang pendidikan, pekerjaan, perumahan, undang-undang dan perkhidmatan kerajaan tempatan.

Sheridan menganalisa laporan pada 2002 oleh Allen & Nielsen yang mendapati bahawa masyarakat
Islam dan masyarakat lain menghadapi peningkatan jumlah yang ketara dalam insiden penderaan vokal,
kecaman dan ancaman fizikal. Bentuk kecaman dan ugutan juga pelbagai, secara metod tradisional dan
lebih moden merangkumi panggilan kecaman pangilan telefon, pesanan yang ditinggalkan di atas kereta,
surat yang dihantar ke rumah, masjid dan pusat Islam. Masyarakat Islam juga sering dikaitkan dengan imej
yang negatif.

Menurut Abbas, masyarakat Islam tidak digemari kerana dikategorikan sebagai golongan ‘lain’ yang
ekstrem, masyarakat Islam tidak disukai kerana dianggap sebagai cabaran kepada keselamatan awam serta
suara masyarakat Islam adalah tidak boleh dipercayai.

Tinjaun yang dibuat oleh akhbar The Independent pada 2019 mendapati bahawa 31 peratus populasi
Britain menyakini bahawa Islam adalah ancaman kepada kehidupan rakyat British. Walau bagaimanapun, ini

11 adalah pandangan di kalangan masyarakat berkulit putih yang mempunyai pendidikan yang rendah.

FAKTOR luaran YANG
MENDORONG SITUASI

ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA BUKAN

ISLAM

12

Terdapat banyak faktor timbulnya persepsi ini iaitu rasa benci dan kebimbangan terhadap Islam.
Faktor luaran dan dalaman adalah salah satu faktor berlakunya Islamofobia ini Iaitu:-

★ PENGHIJRAHAN
➔ Penghijrahan adalah salah satu faktor luaran berlakunya isu ini dimana terdapat segelintir
penduduk Islam yang berhijrah ke negara majoriti bukan islam telah mengambil kesempatan
atau peluang dalam melakukan jenayah dan sebagainya. Hal ini, telah menggugat
keharmonian kehidupan mereka dan tidak menghormati budaya di negara tersebut.
➔ Secara tidak langsung, insiden keganasan yang dilakukan atas nama Islam telah
menyemarakkan lagi sentimen anti Islam atau Islamofobia yang membawa kepada imej
agama islam akan dipandang serong serta dilabel sebagai pengganas.

13

➔ Contohnya dimana pengeboman yang berlaku di seluruh
dunia seperti di Madrid, London dan malangnya jenayah ini
sering kali dikaitkan dengan Islam serta serangan-serangan
yang dikatakan dilakukan oleh orang Islam di Amerika
Syarikat telah menjadi salah satu penyumbang kepada gejala
Islamofobia di negara tersebut.

➔ Akibat daripada perbuatan-perbuatan tersebut
bukan sahaja berita malah media sosial juga
bersikap Islamofobia dimana merujuk dari
“Public Radio (NPR) pada June 2017”, jika
serangan itu dilakukan oleh seorang Islam,
berita ini akan mendapat liputan media empat
kali ganda setengah berbanding jika serangan
itu dilakukan oleh orang bukan Islam.

14

★ KURANG PENDEDAHAN TENTANG ISLAM

➔ Selain daripada penghijrahan, antara faktor luaran yang menjadi penyebab
berlakunya islamofobia ini adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan
pendedahan tentang apa itu islam. Sistem pendidikan sedia ada tidak
mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang
ajaran Islam.

➔ Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap
ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai
sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi
ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan hak-hak wanita.

➔ Kurangnya pendedahan tentang islam ini kerana masih banyak negara barat
yang majoritinya dipenghuni oleh bukan islam dan diperintah oleh pemimpin

15 yang bukan beragama islam.

1 ➔ Hal ini, kita dapat membandingkan antara negara islam dan negara majoriti
bukan islam,seperti negara kita iaitu Malaysia yang majoritinya islam

mengamalkan sikap saling menghormati walaupun terdapat pelbagai agama
dan bangsa demi keharmonian negara. Kebencian terhadap Muslim sudah
berubah dari skala masyarakat kepada skala lebih besar arus perdana akibat

daripada pemimpin yang turut bersikap islamofobia.

1

16

FAKTOR DALAMAN YANG
MENDORONG SITUASI
ISLAMOFOBIA DI
NEGARA-NEGARA
BUKAN ISLAM

17

Berbanding faktor luaran, faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang berpunca
daripada sikap, amalan, budaya, perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dan
kesilapan serta keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah
menyebabkan persepsi masyarakat yang serong terhadap Islam. Antara sebab
berlakunya sedemikian adalah :

● Kelemahan penyebaran maklumat islam 18

kelemahan dan kurang penyebaran maklumat mengenai Islam di negara-negara
bukan islam juga menjadi salah satu punca mengapa islamofobia berlaku.
Perkara-perkara media kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan sering kali Islam
ini diberikan liputan yang negatif. Didapati juga media tidak mempunyai maklumat
yang tepat mengenai keganasan oleh gerakan agama yang lain bahkan tiada data
yang lengkap negara Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada
Islamofobia.

● Contohnya, orang Islam di Amerika Syarikat dikatakan telah
melakukan serangan-serangan yang menjadi penyumbang
kepada gejala Islamofobia di negara tersebut.

● Peristiwa pembunuhan 50 orang di sebuah kelab yang
dikaitkan dengan golongan LGBT oleh seorang suspek yang
dilaporkan terlibat dengan gerakan ISIS merupakan satu
serangan dahsyat di Amerika Syarikat selepas serangan 11
September 2001.

● Tragedi pembunuhan ini sengaja dikaitkan dengan agama
islam yang mengakibatkan kemunculan gelombang anti
Muslim akibat daripada laporan media .

● Presiden Trump Amerika Syarikat juga membuat andaian
daripada peristiwa yang berlaku bahawa masalah imigran

19 adalah punca kepada keganasan yang berlaku

● Keengganan masyarakat Muslim imigran untuk menghayati
budaya masyarakat barat.

● Muslim yang bersikap tertutup, pegun dan pasif menyebabkan

lebih sukar untuk mengasimilasikam diri dan keluarga mereka ke

dalam masyarakat Barat. Hal ini menyebabkan mereka terasing

dan terpinggir. Mereka dijadikan sasaran masyarakat yang lebih

dominan dan majoriti di negara-negara barat yang penganutnya

bukan islam. Sebab keengganan kumpulan Muslim ini mungkin

kerana kesalahfahaman terhadap budaya asing dan kerisauan

bahawa budaya asing akan mencemarkan aqidah dan kehidupan

bersyariat yang diamalkan.

20

● Contohnya, kajian juga dilakukakn terhadap penggunaan terma ganti nama
dalam liputan berita Islamofobia di Amerika Syarikat, Boulahne (2019)
mengemukakan teori menarik yang dikaji T. A Van Dijk (1995), yang dipanggil
Ideological Square.

● Teori ini menyatakan bahawa penggunaan perkataan ‘kami’ dengan
membawa maksud positif manakala golongan ‘mereka’ membawa maskud
negatif kepada golongan yang disasarkan. Dalam kes Islamofobia, media
menggunakan ganti nama ‘us’ untuk merujuk kepada masyarakat selain
‘Muslim’ yang dipanggil ‘them’.

● Kata ganti nama ini seolah-olah mengeluarkan mereka daripada kelompok

masyarakat. Perkataan yang sering diucapkan di dalam media di Amerika

21 Syarikat seolah-olah masyarakat Islam itu bukan sebahagian daripada
Amerika apabila sering dirujuk sebagai ‘mereka’.

Kesan-kesan
berlakunya
islamofobia

22

KESAN KEPADA SOSIO-EKONOMI

● Islamofobia juga memberikan kesan kepada pembangunan
sosio-ekonomi. Diskriminasi terhadap umat Islam dalam bidang
pendidikan, tempat kerja, peluang pekerjaan, dan sebagainya
juga memberikan impak kepada kehidupan umat islam
terutamanya di negara majoriti bukan Islam.

● Hak-hak asas kehidupan berpotensi untuk diketepikan dan
akibatnya ia mampu mengganggu pembangunan
sosio-ekonomi sesebuah negara.

● Sebagai contoh, negara miskin seperti Somalia,Afghanistan
dan lain-lain akan kurang mendapat bantuan antarabangsa oleh
kerana faktor Islamofobia. Jelaslah bahawa sosio-ekonomi
memberi kesan dalam berlakunya islamofobia.

23

Negara Afghanistan nEGARA-NEGARA MENGALAMI
KEMISKINAN:

Negara Somalia

24

KESAN KEPADA MENTAL DAN FIZIKAL

● Salah faham terhadap islam ini telah memberi persepsi buruk
kepada umat islam serata dunia, ianya juga mampu memberi
kesan mental dan fizikal terhadap mereka

● USA Toda Gallup Poll melaporkan bahwa 22% daripada
responden yang telah ditemu bual mengakui bahawa mereka
tidak mahu berjiran dengan muslim dan 18% berasa gementar
jika wanita Muslim menaiki kapal terbang yang sama dengan
mereka, dan 31% jika penumpang ialah lelaki Muslim.

25

KESAN KEPADA MENTAL DAN FIZIKAL

● Contohnya, melalui akhbar Sinar Harian iaitu berlaku apabila seorang
penyerang berkulit putih iaitu Brenton Tarrant melepaskan tembakan
terhadap Jemaah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand
pada Mac 2019 sehingga mengakibatkan 51 orang islam terbunuh
termasuk kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Tarrant dijatuhkan
hukuman iaitu dipenjara seumur hidup tanpa peluang parol.

● Jelas kita lihat bahawa fahaman mereka terhadap islam sendiri telah
salah dan hanya menganggap islam merupakan penganas. Ianya
sedikit sebanyak akan memberikan kesan negatif kepada mental dan
fizikal seseorang muslim.

26

LANGKAH - LANGKAH
MENGATASI ISLAMOFOBIO

DI NEGARA-NEGARA
BUKAN ISLAM

27

PERANAN MEDIA

Peranan media dalam membentuk pandangan umum sememangnya tidak dapat
dinafikan. Hampir kesemua manusia bergantung kepada media seperti media
cetak,televisyen dan radio sebagai sumber mendapatkan makumat atau berita.

Namun penggunaan internet yang semakin meluas sekitar tahun 1990-an turut
memberi perubahan dalam dunia media dan secara tidak langsung memberi kesan dalam
penyampaian maklumat.Hal ini menyebabkan maklumat dan sesuatu berita tersebar
dengan kadar yang sangat cepat dalam sebuah masyarakat.

Media massa terutamanya media elektronik di negara-negara islam menjadi
instrumen menimbulkan kesedaran terhadap isu-isu islamofobia yang semakin meluas di
seluruh dunia dengan menyebarkan berita mengenai keganasan yang dikaitkan dengan
Islam .

28

● Sebagai contoh, di negara Amerika syarikat dan Australia, timbul kerisauan di
akhbar mengenai pelancong Muslim berkunjung ke Australia dan Amerika syarikat
ketika itu yang mungkin menghadapi ancaman Islamofobia iaitu membuka tudung
bagi wanita islam

● Namun bagi wanita, menanggalkan tudung bukanlah suatu pilihan. Ekspresi hak
wanita Muslim untuk berhijab yang diimani sebagai suatu kewajipan agama,
menjadi suatu masalah utama ketika itu.

● Oleh itu, media-media islam harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan
program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan
perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan program dan
rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta
yang sahih.

29

ANCAMAN ISLAMOFOBIA TERHADAP WANITA
BAGI MEMBUKA HIJAB

30

‫ َو َﻟ ْن ُﯾ َﺷﺎ ﱠد اﻟ ﱢدﯾ َن أَ َﺣ ٌد إِ ﱠﻻ َﻏ َﻠ َﺑﮫ‬،‫إِ ﱠن اﻟ ﱢدﯾ َن ُﯾ ْﺳ ٌر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu
menyukarkan (menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas”. [Riwayat
al-Bukhari (39)]

Hadith ini menunjukkan tanda antara tanda-tanda kenabian. Ini kerana, apabila melihat
kepada manusia sebelum daripada kita bahawa setiap yang melampau dalam agama pasti
akan terhenti. Selain itu, ini tidak menunjukkan halangan dalam mencari kesempurnaan di
dalam beribadah kerana itu merupakan perkara yang terpuji. Bahkan, hadith ini melarang
bersikap melampau yang boleh membawa kepada lesu (malas) atau berlebih-lebih dalam
perkara yang sunat sehingga membawa kepada meninggalkan yang afdhal atau
mengeluarkan perkara yang fardhu itu daripada waktunya

31

Kesimpulan
DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

32

Islamofobia bukanlah fenomena baru di
alam ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak
zaman awal perkembangan Islam di mana pada
waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran
yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini
disokong oleh sepotong hadis Rasullulah
Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu
Hurairah yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan
akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing
seperti awalnya. Maka berbahagialah
orang-orang yang asing itu”.
(Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman)

33

Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga
akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang negatif seperti
mana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Orang bukan
Islam melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai
dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah
perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah.

Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam
untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya
meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami
oleh masyarakat.

34

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental,
fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu
digembleng secara berhikmah dan berterusan untuk mengatasi Islamofobia di
negara-negara bukan islam.

Maka dicadangkan perlu adanya inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap
peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi
Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan
salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap
usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep
yang sewajarnya dijadikan teras utama.

35

TERIMA KASIH

DARIPADA KUMPULAN ISLAMOFOBIA:
1.FATIN HAMIZAH BINTI AKBAR ALI (17DIB21F1073)
2. NURNADZIRAH BINTI KAMIL ( 17DIB21F1055 )

3. ZUBAIDAH BINTI MOHAMED (17DIB21F1038)
4. SITI KHAFIYAH BINTI MOHD ZAINI (17DIB21F1023)
5.NUR SUNDUS SOFEA BINTI HARUN (17DIB21F1034)


Click to View FlipBook Version