KATA NAMA AM
KATA NAMA AM Kata nama am ialah bentuk kata yang merujuk sesuatu konsep atau benda yang umum. Hal ini bermaksud kata nama am ialah kata selain kata nama khas dan tidak ditulis menggunakan huruf besar. Kata nama am ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup. Kata nama am hidup merujuk kepada manusia dan binatang manakala kata nama am tak hidup merujuk kepada benda yang tidak bernyawa.
KATA NAMA AM HIDUP Kata nama am hidup manusia Kata nama am hidup bukan manusia Kata nama am tak hidup institusi Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit Kata nama am tak hidup bukan institusi berbilang Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang JENIS-JENIS KATA NAMA AM 1. 2. KATA NAMA AM TAK HIDUP
Kata nama am hidup manusia Kata nama am hidup manusia ialah perkataan yang merujuk kepada manusia iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh : ibu, pekerja, kanak-kanak, pelayan Kata nama am hidup bukan manusia ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contoh : pokok, gajah, hantu, burung 1. 2. Kata nama am hidup bukan manusia KATA NAMA AM HIDUP
Kata nama am tak hidup institusi Kata nama am tak hidup institusi ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi Contoh : hospital, pertubuhan, persatuan, majlis, sekolah Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Kata nama jenis ini didahului oleh sendi nama ke dan dari Contoh : rumah, jalan, negeri, bumi, sungai 1. 2. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit KATA NAMA AM TAK HIDUP
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang Kata nama jenis ini merujuk kepada bendabenda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contoh : rancangan, gangguan, bayangan, senyuman Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contoh : ketibaan, angkasa, keadilan, kecantikan 1. 2. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
1.Kata nama am boleh dibahagikan kepada berapa jenis? A. 1 B. 2 C. 3 2. Kata nama am hidup terbahagi kepada dua. Bulatkan jawapan yang tepat bagi jenis-jenis kata nama am hidup. A. Kata nama am hidup manusia dan kata nama am hidup bukan manusia. B. Kata nama am hidup manusia dan kata nama am tak hidup institusi C. Kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup 3. Pilih pernyataan yang benar berkaitan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang. A.Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. B.Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. C.Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Latihan