INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PROGRAM PERSATUAN SENI LUKIS
PERTANDINGAN MEWARNA- Hari Kemerdekaan
PADA :
3HB OGOS 2022 HINGGA 5
OGOS 2022
( RABU HINGGA JUMAAT )
KELOLAAN:
TABIKA ALFA KIDS, TADIKA AWAL IMAN
ANJURAN:
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BERSAMA IPGKRM PDPM
(PAKK)AMB OKT 2021
TEMPAT :
10HB OGOS 2022 TADIKA ALFA KIDS, MELAKA.
11HB 2022 OGOS 2022 TADIKA AWAL IMAN, NILAI.
12HB OGOS 2022 TADIKA KRISTA
KERTAS KERJA
PROGRAM PERTANDINGAN
MEWARNA - HARI KEMERDEKAAN
1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini adalah untuk pelaksanaan bagi memenuhi kursus MPU2091D
KOKURIKULUM: UNIT PERSATUAN . Program ini mesti dilaksanakan kerana merupakan
satu komponen Wajib yang mesti dilaksanakan oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru
(IPGM) dan aktiviti ini telah dimasukkan dalam Carta Gantt Persatuan Seni Lukis PDP
IPGKRM 2022/23 untuk dilaksanakan.
Program pertandingan mewarna ini telah dilaksanakan pada 3HB Ogos 2022 hingga 5HB
Ogos 2022. Hari Rabu hingga hari Jumaat. Program diadakan sekali pada setiap tahun
yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Lukis. Program ini membawa manfaat kepada murid-
murid kerana mereka dapat mengetahui kelebihan sendiri.
Persatuan Seni Lukis atau nama singkatnya (PSL) diasaskan pada 1 Januari 2022 oleh Pn.
Norfadzlina Binti Shamsudin. Persatuan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran
asas kepada pelajar tentang konsep kegiatan kokurikulum persatuan ; meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman dalam seni lukis. Persatuan ini juga memupuk dan
menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Pertandingan Bewarna - Hari Kemerdekaan
Tujuan utama program Pertandingan Seni Lukis dilaksanakan ialah memberi pendedahan kepada murid
tentang pendidikan seni visual. Pertandingan berwarna yang bertema Hari Kemerdekaan memberi
manfaat kepada murid-murid untuk memastikan mereka mempunyai konsep nasionalisme bergabungan
dengan pengetahuan seni visual. Murid-murid dapat bewarna poster-poster yang bertema Hari
Kemerdekaan yang mengikut kreativiti dan imaginasi sendiri.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh :10 HB Ogos 2022
Hari : Rabu
Tempat : Kelas Tadika Alfa Kids
4.0 Objektif
Memberi peluang kepada para guru untuk memperoleh pengalaman dalam mengelola sesuatu
aktiviti dalam Persatuan Seni Lukis.
Memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna.
Murid-murid dapat mengamalkan kreativiti sendiri untuk mewarna.
Memupuk masyarakat menghargai hasil seni.
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan Seni Visual.
Memupuk semangat nasionalisme.
5.0 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi pertandingan ini ialah terbuka kepada semua murid yang 4 tahun hingga 6 tahun
pada sekolah Tadika Alfa Kids. Jumlah Keseluruhan ialah 30 orang peserta.
4 Tahun : 7 Orang Peserta
5 Tahun : 12 Orang Peserta
6 Tahun : 8 Orang Peserta
6.0 Jawatankuasa
6.1 Jawatankuasa Kerja Tadika Alfa Kids
Pengerusi : Pn. Rennie Leong How Luan ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Pn. Norsyafiqah Aisha Binti Ahmad ( PK. Pentadbiran )
: En. Tan Li Hng ( PK Hal Ehwal Murid )
Penyelaras : Cik Leong How Peng
Timbalan Penyelaras : Pn. Shamini Binti Syukri
Setiausaha : Cik Yap Hong Thing
Bendahari : En. Zainnudiin Bin Iqqah
Jurugambar : Pn. Zainidah Binti Sulaiman
Laporan : Cik Yap Hong Thing
: Pn. Lim Xue Qing
Hadiah : Pn. Rojita Binti Saifuddin
Kawalan Murid : Pn. Phang Huei Theng
: Cik Goh Qin Yi
7.0 Pengisian Program
Bil Tahun Aktiviti
1. 4 Tahun - Konsep Hari Kemerdekaan
- Arahan / Taklimat Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Mewarna
2. 5 Tahun - Ceramah Hari Kemerdekaan
- Arahan / Taklimat Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Mewarna
3. 6 Tahun - Ceramah Hari Kemerdekaan
- Arahan / Taklimat Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Mewarna
8.0 Perincian Pertandingan Mewarna yang bertema Hari Kemerdekaan
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan taklimat yang
diberikan oleh guru di dalam kelas. Pada sesi ini guru diminta untuk mengambil kehadiran
pelajar serta memberi sedikit penerangan kepada pelajar mengenai perjalanan program pada
hari itu.Memandangkan program akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP) maka segala pematuhan SOP dalam tempoh PKP mestilah
dilaksanakan seperti penjarakan badan ke badan, pengambilan suhu badan, pemakaian
penutup mulut dan mengsanitasi tangan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020)
Sesi pendaftaran akan diuruskan oleh guru yang telah dilantik di dalam kelas sebagai
merangkap fasilitator dan segala data seperti nama, kehadiran peserta disahkan dengan tanda
tangan murid itu sendiri dan suhu sebagai bukti penyertaan dan kehadiran ke pertandingan ini.
Pada sesi ini juga, peserta akan diberikan modul ringkas.
8.2 Slot Pertandingan Mewarna bertema Hari Kemerdekaan
Perkara Perincian Tindakan
LDK Pada LDK ini murid dapat: Semua peserta dan semua
Pengenalan Kemerdekaan Mengetahui konsep Hari guru ajk
Malaysia Kemerdekaan
Bersoal jawab Memupuk Nasionalisme
Mengetahui konsep ini
melalui pendekatan
bersoal jawab
LDK 2 Pada LDK ini murid dapat: Semua peserta dan semua
Arahan/ taklimat Mengetahui peraturan- guru ajk
pertandingan mewarna peraturan tentang
pertandingan mewarna
Mengikut arahan guru
LDK 3 Pada LDK ini murid dapat: Semua peserta
Pelaksanaan Pertandingan Bertanding dengan
mewarna bertema Hari peserta-peserta
Kemerdekaan Mewarna dengan kreativiti
dan imaginasi sendiri
Mengetahui kelebihan
sendiri
Perasmian penutup dan Majlis Peramian Penutup dan Semua peserta, semua guru
penyampaian hadiah Penyampaian Hadiah dihadiri ajk dan semua pihak pentadbir
oleh barisan pentadbir
sekolah iaitu Guru Besar,PK1,PK
Hal Ehwal Murid, PK dan semua
guru Tadika Alfa Kids
❖ Ucapan Perasmian dan
Penutup oleh Pn. Rennie Leong
How Luan selaku Guru Besar
❖ Penyampaian hadiah kepada
Sembilan orang peserta iaitu
tempat pertama, kedua dan
ketiga bagi setiap kumpulan
sasaran.
8.3 Tentatif Aktiviti
Masa Sesi Pendaftaran dan berkumpul di kelas masing-
masing
8.30pagi - 9.30pagi LDK 1
Ceramah tentang konsep Hari Kemerdekaan
10.00pagi - 10.45pagi LDK 2
Memberi taklimat / arahan kepada murid-murid
10.45pagi - 11.00pagi LDK 3
Memulakan Pertandingan ( Setiap kelas diiringi oleh
11.00pagi hingga guru )
12.30 tengah hari ~Rehat~
12.30 tengah hari Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah
hingga 1.00petang
1.00petang -
2.00petang
9.0 Kewangan
Kewangan adalah faktor utama dalam memastikan sesebuah program dapat
dijalankan kelak. Berdasarkan perbincangan dengan pihak pentadbir Tadika Alfa Kids
juga unit kewangan sekolah, kami mendapat peruntukan sebanyak RM750 melalui
wang Pertandingan mewarna 2021. Ia merupakan dana yang telah diluluskan untuk kegunaan
Pertandingan mewarna 2022.
Anggaran Kewangan
BIL PERKARA PENGIRAAN JUMLAH (RM) CATATAN
1. Hadiah dan cenderamata 90.00
50.00
1.1 Hadiah pemenang 9 x RM 10.00 150.00
1.2 Cenderahati pihak 5 x RM 10.00
pentadbir
1.3 Cenderahati guru-guru 15 x RM 10.00
Jumlah Kecil RM290.00
2. Makanan dan minuman
2.1 Makanan Pihak 5 x RM 9.00 45.00
Pentadbir 150.00
2.2 Makanan & minuman 30 x RM 5.00 150.00
peserta 7.00
2.3 Makanan & Minuman 15 x RM 10.00 150.00
ahli-ahli jawatankuasa
( mengandungi guru-
guru )
Jumlah Kecil RM345.00
3. Lain-lain 35 x RM 0.20
15 x RM 10.00
4.1 Bayaran catak ( Cost
Printing )
4.2 Baju ( ahli-ahli
jawatan kuasa )
Jumlah Kecil 157.00
RM 792.00
Jumlah Besar
10.0 Penutup
Pertandingan Mewarna ini membawa manfaat kepada sekalian. Hal ini kerana aktiviti ini dapat mencungkil
bakat pada setiap peserta atau ahli persatuan. Pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab dalam
menggerakkan program ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama-sama. Sesungguhnya
pendidikan seni visual sangat penting bagi setiap individu serta sepatutnya boleh dididik dari usia awal. Ini
juga adalah objektif Persatuan Seni Lukis yang ditubuhkan. Pendidikan Seni Visual sangat berkesan bagi
sosioemosi kanak-kanak. Hal ini disebabkan mereka berada di peringkat yang beringin tahu.
Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Diharapkan juga aktiviti ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang telah
ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa warga pendidik yang
terlibat.
Disediakan oleh: Di semak oleh:
_____________________________ __________________________
(CIK YAP HONG THING) (CIK LEONG HOW PENG)
SETIAUSAHA AKTIVITI PENYELARAS TADIKA ALFA KIDS
PERTANDNGAN MEWARNA
Disahkan oleh:
_____________________
( RENNIE LEONG HOW LUAN )
TADIKA ALFA KIDS