The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 694-16-muhdzulhakimin, 2021-06-24 04:16:24

Sejauh manakah Pendidikan dapat membantu mengurangkan ketaksamaan antara kelas sosial di Malaysia?

TUGASAN M2

TUTORIAL 2

(EDUP 2102
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN)

KUMPULAN 6

NAMA PENSYARAH : PUAN MAZIAH BINTI MOHD RASHID

TARIKH : 19 JUN 2021

MASA : 2:00 – 4:00 PM

NAMA PELAJAR : 1. MUHD SHAKIR BIN AB HAKIM

2. MUHAMMAD ZULHAKIMIN BIN MUKHTAR

3. MUHD AZIZI BIN MOHAMED YASIM

4. MUHD SYAFIQ AZZAM BIN MOHAMAD.

SOALAN 3:

Sejauh manakah Pendidikan dapat membantu mengurangkan ketaksamaan
antara kelas sosial di
Malaysia?

TAKRIFAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DALAM KONTEKS MALAYSIA

PENGENALAN
Ketaksamaan peluang Pendidikan merupakan isu yang sedang diperkatakan di seluruh pelusuk

negeri Malaysia amnya.Rentetan daripada isu hangat tersebut telah merangsang kajian terhadap kesan
sekolah,impak status sosioekonomi dan ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian
akademik.Ketaksamaan peluang Pendidikan ini telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran
penemuan yang dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah
dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumber-sumber pengajaran.
Dengan kata lain kajian Coleman adalah tertumpu kepada perbezaan antara kekurangan antara sekolah
dengan sekolah lain. Kajian lanjutan pula menunjukan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran
pelajar di sekolah.

Penyelesaian bagi mengurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh penduduk adalah
meningkatkan ketaksamaan peluang dalam kalangan penduduk tanpa mengira rasa atau jantina.Justeru
itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang
antara penduduk demi meningkatkan kualiti Pendidikan di Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru )1970 sehingga 1990) yang bermatlamat mengukuhkan perpaduan negara.
Program Pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang perbezaan antara sosiobudaya dan
sosioekonomi di negara dengan lebih saksama.

TAKRIF KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
Takrif ketaksamaan ialah pendangan,pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan

antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan etnik lain daripada pelbagai aspek seperti
kemudahan,peralatan,peluang kerjaya dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ketaksamaan
berlaku akibat daripada taburan sumber,kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.

Manakala pendapat Noran Fauziah Yaakub ,takrif ketaksamaan peluang Pendidikan ialah kaedah di
mana manusia tidak memperolehi ganjaran social yang sama.Ianya melibatkan perbezaan semulajadi
seperti sahsiah samada kecenderungan yang berlainan. Di mana ia melibatkan keupayaan mental, bakat
dan kekuatan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat. Penilaian ini
akan berterusan dalam jangka masa Panjang dan ia juga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi
lain yang memberi kesan kepada peluang Pendidikan.

Ketaksamaan peluang Pendidikan telah wujud sejak munculnya kelas masyarakat dari system feudal
lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar dan istana menerima sistem Pendidikan yang
berbeza.Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, di mana anak-anak pembesar dan
pentadbir diberi peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka.Manakal anak
petani dan orang kampung terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.Sebagaimana pendapat Max
Weber (1903), beliau mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli
korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan
pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi,professional dan memegang jawatan yang baik di
dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakan terdiri daripada golongan pembesar yang
menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka
terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang
berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada
mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui Pendidikan
formal.

Manakala takrifan ketaksamaan peluang Pendidikan oleh Rusli Md Zain (1998) berpendapat
hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka
yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam erti
kata lain, murid yang berada sudah tentunya menerima peluang Pendidikan yang baik berbanding murid
miskin.

PENDIDIKAN.
Pendidikan boleh dikatakan sebagai suatu proses pembelajaran yang berlaku melalui

aktiviti pengajaran, latihan, pengajian dan sebagainya untuk memperoleh ilmu dan
kepakaran oleh seseorang individu atau kumpulan generasi untuk beralih kepada suatu
tahap yang lain. Pendidikan biasanya berlaku dengan bantuan pengajaran oleh orang lain,
Pengalaman hidup dan pekerjaan persendirian juga boleh memberikan ilmu dan
pengetahuan (John Dewey, 2012, pp.1-4). Perkataan pendidikan yang dirujuk sebagai
education dalam bahasa Inggeris adalah istilah yang berasal daripada bahasa Latin. Dalam
bahasa Latin pendidikan dirujuk dengan istilah Edu ‘ care’ yang membawa maksud
membangunkan, menyuburkan dan mengembangkan kedudukan kanak-kanak dari segi
psikologi dan mental (Frost, 2014, p.1).

Pendidikan adalah suatu instrumen yang penting dalam usaha membawa perubahan
pada diri seseorang individu yang membawa kepada kedudukan yang tinggi (Ravi Samuel,
2011, p.3). Pendidikan juga membantu seseorang individu bertingkah laku baik, berakhlak
mulia, mengikuti peraturan dan undang-undang, bersifat cinta dan setia kepada negara
(Rohana Yusuf, 2010, p.176).

Pendidikan juga merupakan suatu pemujukan positif dalam kehidupan sosial
(Pathak, 2007, p.3). Pendidikan itu adalah suatu aktiviti yang berkait rapat dengan
masyarakat. Tujuan sesuatu pendidikan dan kaedah pengajaran serta pembelajaran adalah
bergantung kepada bentuk kehidupan sesuatu golongan masyarakat (Ottaway, 2001, p.1).
Sebab itulah terdapat pelbagai bentuk pendidikan dalam kalangan masyarakat
berdasarkan budaya, bentuk kehidupan, agama, tempat tinggal, negara dan lain-lain.

Walau bagaimanapun terdapat suatu sistem pendidikan formal yang diterima umum, bermula

daripada tadika hingga ke tahap universiti (Robertson, 2009, p.16). Melalui sistem
pendidikan formal ini, seseorang individu dibentuk untuk bersedia menghadapi dunia
sosial yang sebenar. Manakala, melalui sistem pendidikan ini seseorang individu dididik
secara teratur melalui golongan pakar dalam bidang pendidikan seperti guru, pensyarah,
tutor dan sebagainya (Jeff White, 2006, p.vi).

Institusi pendidikan memainkan peranan untuk membentuk nilai-nilai dalam
kalangan individu. Guru pula akan mensosialisasikan murid dalam pelbagai bentuk seperti
mengajar, membimbing, memberikan latihan, motivasi dan mendedahkan kepada perkara-
perkara seperti tepat pada waktu, berdisiplin, hormat-menghormati, rajin, tekun, berusaha,
bertanggungjawab, memimpin, nilai-nilai moral dan sebagainya (Rohana Yusuf, 2010,p.176).

Pendidikan juga membawa perubahan dalam cara pemikiran seseorang individu
berdasarkan ilmu yang diperolehnya. Pendedahan kepada falsafah serta sains dan teknologi
akan mengembangkan lagi daya pemikiran seseorang individu (Marimuthu, 1990, 18).

Pendidikan juga memberikan peluang kepada individu untuk menghayati nilai-nilai, norma
sosial, adat resam dan budaya kehidupan. Dengan ini individu akan mengenali tentang
kepentingan kebudayaan dan makna kehidupan duniawi (Henslin, 2007, p.492).
Selain itu, pendidikan juga memainkan peranan sebagai sumber status dalam
kehidupan sosial. Dalam kehidupan sosial, semakin tinggi pendidikan maka ia akan
memberikan peluang yang lebih tinggi untuk memperoleh pendapatan yang tinggi. Hal ini
pula akan meningkatkan taraf hidup seseorang individu (Ottaway, 2001, p.3). Justeru itu,
dapatlah dikatakan bahawa pendidikan juga berfungsi sebagai penapis dalam masyarakat
untuk menentukan kedudukan dan status sosial seseorang individu (Henslin, 2007, p.494).

Pendidikan juga dikatakan memainkan peranan penting dalam pelbagai institusi

sosial dan mempunyai kepentingan dalam setiap institusi seperti politik, ekonomi,
pentadbiran, agama dan sebagainya (Ottaway, 2001, p.3). Contohnya, dalam bidang
pentadbiran sesuatu kementerian sudah tentu mempunyai jawatan-jawatan berdasarkan
hierarki. Jawatan-jawatan tersebut akan dipenuhi berdasarkan kelayakan akademik
seseorang individu. Bukan itu sahaja malah setiap institusi memerlukan individu yang
mempunyai kepakaran untuk menghasilkan pengeluaran (Marimuthu, 1990, p.20).
Kepakaran ini adalah diperoleh daripada pendidikan.

Pendidikan membentuk dimensi yang unik dalam kehidupan sosial. Hal ini kerana
masyarakat berpendidikan biasanya dilihat sebagai golongan yang berfikir, cendekiawan
dan berpotensi tinggi. Dengan itu, mereka berfungsi sebagai penasihat dalam kalangan
masyarakat dan peranan ini membawa prestij dan penghormatan kepada mereka (Mirowsky
& Ross, 2003, p.1). Dengan ini dapat juga dikatakan bahawa pendidikan mempengaruhi
masyarakat dalam kehidupan sosial (Ottaway, 2001, p.4).

Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa pendidikan memberikan kuasa, prestij,
kehormatan, pengaruh, kestabilan atau kekayaan dalam ekonomi, kehidupan sosial yang
serba sempurna dan sebagainya. Keadaan ini juga dikatakan membentuk ketaksamaan
sosial dalam kalangan masyarakat kerana orang yang berpendidikan biasanya dipandang
tinggi dalam kehidupan sosial berbanding dengan orang yang tidak berpendidikan. Hal ini
akan jelas meninggalkan kesan dalam sebarang situasi sosial (Gewirtz & Alan, 2009, p.4).

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk
perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk
mencetuskan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan
kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum. Dapatan menunjukkan terdapat empat peranan guru
sebagai agen sosialisasi yang telah dikenalpasti, iaitu: i) penyampai ilmu kenegaraan; ii) penyampai ilmu
kebudayaan; iii) penyampai ilmu perpaduan; dan iv) suri teladan kepada pelajar. Seseorang guru yang
mempelajari kebudayaan kaum lain akan membawa manfaat kepada diri dan juga pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disampaikan kepada pelajar dengan tepat dan
berkesan. Guru juga penting dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar. Hal ini demikian
kerana penyampaian ilmu perpaduan yang berkesan kepada pelajar dapat menjamin keamanan dan
keharmonian negara. Segala tingkah laku guru mudah diikuti oleh pelajar terutamanya pelajar sekolah
rendah kerana pelajar menganggapkan guru sebagai idola mereka. Guru mempunyai potensi untuk
mempengaruhi minda dan tingkah laku pelajar melalui tindakan dan tingkah laku mereka. Oleh itu,
tanggungjawab seseorang guru sebagai agen perpaduan amat penting untuk mempertahankan
keamanan dan kestabilan negara memandangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam
membentuk perpaduan kaum di sekolah penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Jadi,
pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai pihak peneraju perlu sentiasa
menganal pasti kaedah yang paling efektif dan mengoptimumkan kelebihan guru sebagai agen sosialisasi
di sekolah supaya matlamat melahirkan bangsa yang bersatu padu dapat dicapai. Jika rakyat dalam
sesebuah negara mempunyai semangat perpaduan yang kukuh, maka ekonomi dan politik negara itu
tentu dapat mencapai tahap yang stabil dan maju. Kegagalan penerapan nilai-nilai perpaduan dalam
kalangan masyarakat dalam sesebuah negara boleh membawa kepada kemusnahan dalam pelbagai
bentuk seperti pergolakan dalaman atau campur tangan pihak luar.


Click to View FlipBook Version