The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by namuness2626, 2022-07-28 11:33:43

SISTEM PERNAFASAN

SISTEM PERNAFASAN

1.1 Tindakan yang dijalankan
Hasil tinjauan masalah dan analisis yang telah dibuat, pengkaji memutuskan untuk melaksanakan
intervensi menggunakan Teknik VAMAP.
Aktiviti 1: Pemerhatian Video
Murid ditunjukkan video animasi peringkat- peringkat tarik nafas dan hembus nafas. Pelajar
diminta untuk membuat pemerhatian dengan teliti tentang struktur yang berlabel otot interkosta
luar dan dalam, pergerakan sangkar rusuk dan diafragma, keadaan peparu semasa menarik nafas
dan menghembus nafas. Guru juga meminta pelajar untuk membuat catatan ringkas di sepanjang
video ditayangkan.

udara

Sangkar rusuk

Rajah 5.1 Mekanisme Pernafasan Manusia
https://youtu.be/F5O-Ax5keiM

Aktiviti 2 : Penggunaan Teknik Akrostik

Guru memperkenalkan urutan mekanisme pernafasan dengan menggunakan Teknik akrostik dan

personifikasi iaitu, Order Soup Daily is Totally Unique.

Personifikasi ini membantu pelajar mengingat urutan mekanisma pernafasan manusia dengan

betul. Personifikasi ini mewakili:

Order – struktur Otot interkosta

Soup – pergerakan Sangkar rusuk

Daily – pergerakan Diafragma

Is – Isipadu rongga toraks

Totally - Tekanan udara dalam dan luar rongga toraks

Unique – pergerakan Udara

Aktiviti 3: Menyusun dan menulis siri atau urutan proses

Pelajar diminta untuk menyusun dan menulis urutan mekanisme pernafasan iaitu proses tarik nafas
dan hembus nafas dengan menggunakan aktiviti seterusnya. Untuk menjayakan aktiviti ini, guru
menggunakan kaedah inovasi yang direka khas untuk tajuk ini.

Guru menggunakan blok mainan untuk digunakan semasa menjalankan aktiviti Menyusun dan
menulis siri mekanisma pernafasan manusia.

 Sebagai Langkah pertama, guru membahagikan 16 orang pelajar kepada 4 kumpulan.

 Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan yang berikut:
- 1 set blok mainan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan berwarna- warni.
- Kertas pelekat warna
- Pen marker
- Kertas A4

 Guru menjelaskan arahan permainan yang pelajar perlu ikuti semasa aktiviti ini dijalankan.
Arahan permainan adalah seperti berikut:
I. pelajar perlu membahagikan semua blok mainan kepada 3 set mengikut saiz blok
iaitu 1 set kecil, dan 1 set besar.

II. Pelajar perlu menulis huruf dan perkataan personifikasi yang guru ajar dalam
aktiviti 2 pada setiap helaian pelekat warna. Kemudian tampal pelekat dengan huruf
pada satu muka blok dan perkataan personifikasi pada muka blok yang
bertentangan. Letakkan tepi semua blok kecil yang disediakan.

III. Sekarang pelajar perlu menulis urutan mekanisme Tarik nafas dan hembus nafas
dalam kertas pelekat warna bersaiz besar dan tampal pada blok mainan bersaiz
besar.

IV. Gabungkan semua blok mainan iaitu saiz kecil, dan besar dan gaulkan bersama-
sama.

V. Letakkan semua blok yang telah digaul bersama di tengah- tengah meja.
VI. Pelajar perlu bergerak ke meja kumpulan lain mengikut urutan iaitu kumpulan A

ke meja kumpulan B, kumpulan B ke meja kumpulan C, kumpulan C ke meja
kumpulan D dan kumpulan D ke meja kumpulan A.
VII. Seterusnya pelajar perlu menyusun setiap set blok mainan seperti berikut:

 huruf dan perkataan personifikasi
 mekanisme Tarik nafas
 mekanisme hembus nafas

VIII. Pelajar perlu menulis siri atau urutan proses dalam kertas A4 yang disediakan.

Aktiviti 4 : Analisis

Aktiviti yang seterusnya ialah pelajar dikehendaki membuat hubungkait dan menganalisis video
yang menunjukkan mekanisme pernafasan manusia dengan urutan yang mereka tulis dalam aktiviti
3. Pemerhatian yang teliti perlu diberikan terhadap video untuk mengenalpasti sama ada urutan
yang mereka tulis adalah betul seperti yang ditunjukkan dalam video.


Click to View FlipBook Version