The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN DOKUMENTASI MQSS KEBANGSAAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emohdkhir.grafik, 2023-01-05 09:53:59

MQSS KEBANGSAAN 2022

LAPORAN DOKUMENTASI MQSS KEBANGSAAN 2022

Keywords: MQSS

ISI KANDUNGAN

1 KATA ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN


NEGERI KEDAH


2 LATAR BELAKANG


3 OBJEKTIF DAN TEMA


4 AHLI JAWATANKUASA MQSS


KEBANGSAAN



5 ATURCARA PENUH



6 TEKS ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM



7 LAMPIRAN-BUKU PROGRAM


8 LAMPIRAN

9 LAMPIRAN

10 LAMPIRAN

11 LAMPIRAN

KATA ALUAN

ALUAN PENGARAH
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan kudrah dan iradat-Nya, maka Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah

(MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaaanpada tahun 2022M /


1444H dapat dilaksanakan dengan jayanya.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian

Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi sepenuh

kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) untuk menjadi tuan


rumah untuk mengelolakan majlis MQSS pada tahun ini.



Saya juga berharap agar penganjuran majlis ini akan menjadi wadah untuk meningkatkan

pencapaian murid untuk menguasai bidang ilmu al-Quran yang amat luas kerana murid

dapat membaca, melagukan, menghafaz dan memahami isi kandungan al-Quran dengan

baik. Justeru, melalui penganjuran majlis seumpana ini, akan dapat mencungkil potensi

dan bakat murid di seluruh negara bagi melahirkan para qari qariah dan daie yang

berkualiti. Hal ini bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang

memerlukan murid cemerlang dalam bidang kurikulum, aktif dalam bidang kokurikulum

serta dalam masa yang sama memiliki sahsiah yang terpuji.


Semoga penglibatan para peserta dalam pertandingan Mahrajan Al-Quran Sekolah-

Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat kebangsaaan pada tahun

ini akan dapat membangunkan nilai insaniah, modal insan kamil, pengukuhan kemahiran

al-Quran serta syiar Islam dalam arena pendidikan dapat dimartabatkan.

Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja serta


agensi-agensi luar yang turut sama menjayakan majlis ini.



Akhir kata, ucapan syabas dan taniah ditujukan kepada semua peserta

dan kontinjen yang bertanding. Semoga pertandingan ini akan menjadi


pemankin kepada pengukuhan Pendidikan Islam dan seterusnya

sahsiah terpuji dalam diri setiap murid dapat diterjemahkan dengan


jayanya.



-1-

LATAR BELAKANG

Norma baharu dalam arus pendidikan akibat penularan pandemik Covid-19
menyaksikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara
dalam talian dan telah memberi impak kepada keseluruhan proses pembelajaran.
Bermula Tahun 2020 menyaksikan pelaksanaan MQSS KPM telah dilaksanakan
secara dalam talian sepenuhnya. MQSS secara dalam talian ini telah menawarkan
acara Tarannum, Hafazan dan Tahfiz Al-Quran di samping acara-acara tambahan
iaitu Daie Cilik dan Mimbar Daie.

Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (MQSS
KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 merupakan salah satu daripada program
dakwah yang penting untuk dilaksanakan sebagai aktiviti pembangunan nilai
insaniah, modal insan kamil dan pengukuhan kemahiran Al-Quran serta syiar Islam
dalam arena pendidikan. Selain itu, seni lagu Al-Quran dapat diketengahkan
sebagai nilai tambah kepada aktiviti-aktiviti seni yang patuh syariah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9A/1976 berkaitan kegiatan bimbingan agama bagi
murid Islam telah menggalakkan sekolah melaksanakan aktiviti seperti bimbingan
bacaan dan hafazan Al-Quran, syarahan agama dan lain-lain. Sebagai
kesinambungan aktiviti di peringkat sekolah, BPI KPM perlu menganjurkan aktiviti
di atas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1984; Garis Panduan Aktiviti-aktiviti kebudayaan di
sekolah-sekolah juga ada menggalakkan sekolah melaksanakan aktiviti
kebudayaan yang selaras dengan budaya dan aspirasi negara. Program dakwah
ini amat penting dilaksanakan sebagai peneraju pembangunan nilai insaniah bagi
melahirkan modal insan kamil dan memperkukuhkan Syiar Islam dalam arena
pendidikan.




-2-

Ucapan YAB Perdana Menteri di majlis pelancaran Sekretariat Ulama-Umara
(UMUM) dan buku "Agenda Islam Dalam Transformasi Negara" pada 24 Jun
2012 menyatakan bahawa kerajaan sentiasa memastikan penekanan terhadap
aspek kerohanian dan agama Islam menjadi salah satu elemen penting dalam
proses transformasi negara. Selain usaha mentransformasikan negara menjadi
negara moden yang maju serta berpendapatan tinggi, penekanan kepada usaha-
usaha untuk mempertahan syiar Islam, akhlak Islam dan institusi Islam juga
penting.
Anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menyatakan dengan jelas usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan
penghayatan nilai melalui memperkukuh Pendidikan Islam. Maka usaha-usaha
pengembangan dakwah juga boleh diterjemah sebagai langkah untuk
memperkasa penerapan nilai mulia secara berhikmah dalam kalangan murid.
Norma baharu persekolahan telah menjadikan murid mempunyai ruang masa
yang banyak apabila berada di rumah dan memberikan mereka ruang untuk
terlibat dalam aktiviti secara dalam talian. Justeru, bagi membolehkan lebih ramai
murid terlibat dalam aktiviti di peringkat kebangsaan, maka perluasan penyertaan
dalam aktiviti sebegini perlu dilaksanakan

-3-

OBJEKTIF

Mencungkil bakat dan kebolehan murid.
Memantapkan sebutan dan bacaan al-Quran.
Melahirkan murid yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.

TEMA

“AKIDAH MANTAP LESTARI SAHSIAH”



-4-

AHLI JAWATANKUASA

Penaung :
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Dasar dan Kurikulum, KPM

Penasihat:
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Pengerusi :
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Timbalan Pengerusi :
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan PPD, JPN Kedah
Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Kedah
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kedah
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Kedah

Setiausaha :
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Timbalan Setiausaha :
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Adab Nilai, JPN Kedah

Penyelaras Program :
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Adab dan Nilai, JPN Kedah

Bendahari :
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan, JPN Kedah

Ahli Jawatankuasa :
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur & Perolehan
Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi & Kaunseling
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu
Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap
Pegawai Pendidikan Daerah Pendang
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
Pegawai Pendidikan Daerah Baling
Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu
Pegawai Pendidikan Daerah Sik
Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi

-5-

JAWATANKUASA KERJA

JK PERALATAN / LOGISTIK & TEKNIKAL

PPD KUALA MUDA/ YAN
SITI AIDA BT SAIDIN

JK PERSIAPAN TEMPAT & PENTAS JK JAMUAN

PPD KULIM BANDAR NAHARU

SHARUNNIZA B MD TAJUDIN SEKTOR PEMBELAJARAN

JK DOKUMENTASI & BANNER SITI AIDA BT SAIDIN

PPD PENDANG JK PENGINAPAN
PPD KULIM BANDAR BAHARU
MOHD YUSRI B YUSOFF
SHARUNNIZA B MD TAJUDIAN
JK BUKU PROGRAM
JK PENGANGKUTAN
PPD LANGKAWI SEKTOR PENGURUSAN

MOHD ASRULNIZAM B MOHD YUSOF SHARUNNIZA B MD TAJUDIAN

JK PERSEMBAHAN & MULTIMEDIA JK SERANTA

PPD KOTA SETAR PPD KUBANG PASU

KHAIRUL ANWAR B HJ MOHAMAD ALI
JK PENGACARA MAJLIS & BACAAN DOA MOHD ASRULNIZAM B MOHD YUSOF

PPD PADANG TERAP JK PEGAWAI PERHUBUNGAN
MOHD YUSRI B YUSOFF
SEKTOR PERANCANGAN & PENGURUSAN PPD

JK RAKAMAN / TEKNIKAL NADZHARI B MAHMUD

SEKTOR SUMBER TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KHAIRUL ANWAR B HJ MOHAMAD ALI JK SIARAYA

JK TEKS UCAPAN PPD KULIM BANDAR BAHARU

SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING KHAIRUL ANWAR B MOHAMAD ALI

MOHD SHAUQI B ISMAIL JK PENGURUS PESERTA

JK PENGURUS ACARA PPD BALING
BADIE ZAKRI B ZAINUN
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
SITI AIDA BT SAIDIN

JK HADIAH & CENDERAMATA JK SIJIL

PPD KULIM BANDAR BAHARU PPD SIK
SITI AIDA BT SAIDIN BADIE ZAKRI B ZAINUN

JK JEMPUTAN JK "LIVE STREAMING"

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT
MOHD YUSRI B YUSOFF NADZHARI B MAHMUD

JK PROTOKOL & SAMBUTAN

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
NADZHARI B MAHMUD

-6-

THE JERAI HOTEL

ATUR CARA MAJLIS


MUZAKARAH HAKIM DAN PENJURIAN
MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2022

28 SEPTEMBER 2022 (RABU)


02.45 petang JK Penjurian dan para Juri mendaftar
03.30 petang Majlis Perasmian Muzakarah Penjurian MQSS

Taklimat Etika Penjurian
Muzakarah Penjurian
Rehat

29 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

08.30 pagi Penjurian Hari 1 (Kategori Lelaki)
e-Tarannum Rendah & Menengah
e-Hafazan Rendah & Menengah
e-Tahfiz Al-Quran Juzuk 1-20 & 1-30
e-Qiraatus Sabie Bittarannum MR
e-Qiraatus Sabie Bittarannum MA

12.00 tengah hari Rehat / Urus Diri
02.30 petang
Penjurian Hari 1 (Sambungan)
Muzakarah JK Penjurian 1
Rehat / Urus Diri

-7-

MAJLIS PERASMIAN
MUZAKARAH

PENJURIAN MQSS

-8-

TAKLIMAT
ETIKA

PENJURIAN

-9-

THE JERAI HOTEL

ATUR CARA MAJLIS




MUZAKARAH HAKIM DAN PENJURIAN

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2022

30 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)


08.30 pagi Penjurian Hari 2 (Kategori Perempuan)

e-Tarannum Rendah & Menengah

e-Hafazan Rendah & Menengah

e-Tahfiz Al-Quran Juzuk 1-20 & 1-30

e-Qiraatus Sabie Bittarannum MR

e- Qiraatus Sabie Bittarannum MA

12.00 tengah hari Rehat / Urus Diri
02.30 petang Penjurian Hari 2 (Sambungan)
Majlis Perasmian Penutupan Muzakarah Penjurian MQSS
- Ucapan Perasmian Penutupan
- Penyampaian Cenderamata / Sijil
- Rehat / Urus Diri

-10-

PENJURIAN
PERTANDINGAN

-11-

MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN
MUZAKARAH

PENJURIAN MQSS

-12-

SMK JELUTONG, KULIM

ATUR CARA MAJLIS




PERASMIAN PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2022

30 SEPTEMBER 2022 (JUMAA
T)

10.00 pagi Raptai Penuh

Kedatangan Kontinjen Negeri

Sesi Bergambar Kontinjen

Persiapan Akhir Tempat / Dewan

1 OKTOBER 2022 (SABTU)

08.00 pagi Kehadiran Kontinjen Negeri, Urus setia dan Juri
09.00 pagi Ketibaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri

Ketibaan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam

Asmaul Husna

Nyanyian lagu Negaraku

Lagu Sekolahku Sejahtera

Aluan Pengacara Majlis Dan Bacaan Doa

Tayangan Multimedia (montaj)

Ucapan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Haji Rozaini bin Ahmad

Ucapan Perasmian Penutupan (MQSS)

Haji Hasan Nudin bin A.Hamid

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam

Gimik Perasmian

Ulasan Ketua Jemaah Juri

Persembahan

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Ketua Juri, Ketua Kontinjen


dan Hadiah Pemenang

Persembahan Pemenang

Lagu Negeri Kedah

Bersurai

12.45 tengah harii -13-

RAPTAI PENUH

-14-

PENYERTAAN
KONTINJEN
MQSS KEBANGSAAN

-15-

PENYERTAAN
KONTINJEN
MQSS KEBANGSAAN

-16-

PERASMIAN PENUTUPAN
DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

-17-

PERASMIAN PENUTUPAN
DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

-18-

PERASMIAN PENUTUPAN
DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

-19-

PERASMIAN PENUTUPAN
DAN

PENYAMPAIAN HADIAH

-20-

KATEGORI PERTANDINGAN

Bil. Acara Sekolah Kategori
Perempuan
1. Rendah Lelaki Perempuan
e-Tarannum Menengah Lelaki Perempuan
Lelaki Perempuan
2. Lelaki
Lelaki Perempuan
3. Rendah
e-Hafazan Menengah Lelaki Perempuan
Lelaki
4. Lelaki Perempuan
Perempuan
5. Menengah Terbuka
e-Tahfiz Al-
(Juzuk 1 – 20) Terbuka
Quran
Menengah
6. (Juzuk 1 – 30)

7. e-Qiraat Menengah Rendah
As-Sab’ie

8. Bit Tarannum Menengah Atas

9. e-Kuiz Ilmu
Menengah Rendah
MeAnetansgah
10. Wahyu

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan
Urus Tarikh Akhir
Tarikh
Peringkat setia Penghantaran
Penjurian


Bahan 28 September

Kebangsaan Hingga
Sektor
16 Ogos 2022
Pembangunan
01 Oktober 2022

Program
Adab

dan Nilai, BPI

KPM

-21-

MESYUARAT
PENYELARASAN PERTAMA

21 OGOS 2022

-22-

MESYUARAT
PENYELARASAN KEDUA

11 SEPTEMBER 2022

-23-

MESYUARAT
PENYELARASAN KE TIGA

21 SEPTEMBER 2022

-24-

BENGKEL
JAWATANKUASA KERJA

-25-

TEKS ULASAN
KETUA JEMAAH HAKIM

TEKS ULASAN



KETUA JEMAAH JURI
MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2022 / 1444H


Oleh
En. Shahrol Azmi bin Jumari
Ketua Jemaah Juri




TARIKH
1 Oktober 2022 (Sabtu)


BERTEMPAT
SMK Taman Jelutong,
Kulim



-26-

Aluan Majlis
Salutasi mengikut kehadiran

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya penjurian Mahrajan Al Quran (MQSS) Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah selesai dilaksanakan selama
empat hari bermula 28 September hingga 1 Oktober 2022.

2. Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada
barisanjemaah juri yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam
menjayakan proses penjurian bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam
Mahrajan Al Quran (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan pada tahun ini.

3. Untuk makluman hadirin sekalian, Mahrajan Al Quran (MQSS) Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini membariskan seramai
52 orang juri daripada seluruh negara mengadili 5 acara yang dipertandingkan
dengan pecahan 18 kategori keseluruhannya. Seramai 352 peserta terlibat
mewakili negeri masing-masing.

4. Sebanyak lima acara yangdipertandingkan dalam Mahrajan Al Quran (MQSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu :

1. Pertama : Acara e-Tarannum Sekolah Rendah dan Menengah Kategori
Lelaki dan Perempuan,

2. Kedua : Acara e-Hafazan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Kategori Lelaki dan Perempuan,

3. Ketiga : Acara e-Tahfiz Al Quran Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30 Sekolah
Menengah Kategori Lelaki dan Perempuan,

4. Keempat : e-Qiraat As Sab’ie Bit Tarannum Menengah Rendah dan
Menengah Atas Kategori Lelaki dan Perempuan, dan

5. Kelima : Acara e-Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Rendah dan Menengah
Atas Kategori Terbuka.

-27-

5. Sebelum keputusan penuh diumumkan secara rasmi, izinkan saya
menyampaikan ulasan barisan jemaah juri berhubung aspek penjurian
pertandingan pada tahun ini.

6. Bagi Acara e-Tarannum Sekolah Rendah dan Menengah,

Alhamdulillah, sebahagian besar peserta berjaya mengalunkan 3 lagu asas
tarannum dengan baik cuma terdapat beberapa kelemahan alunan yang
sumbang.

Dari sudut tajwid, secara keseluruhannya semua peserta berjaya
menyempurnakan hukum-hukum tajwid dengan baik namun teguran juri kepada
beberapa aspek hukum idgham dan ghunnah.
Seterusnya, rata-rata peserta berupaya mambaca dengan sebutan huruf yang
baik dan menguasai lahjah arab. Terdapat sedikit kelemahan dalam sebutan huruf
ra juga ada beberapa peserta yang kurang cermat dalam bacaan.

Sebahagian peserta mampu menampilkan kelembutan dan kemanisan dalam
bacaan, dan perlu berhati-hati agar tidak terputus tali suara, suara pecah dan
tidak konsisten.

Bagi Acara e-Hafazan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Secara keseluruhannya, para peserta pada tahun ini telah menunjukkan
peningkatan persembahan berbanding tahun sebelumnya.

Namun begitu, antara teguran para juri yang perlu diberi perhatian ialah :
- kurang berhati-hati dalam mengalunkan ghunnah, makhraj huruf dan waqaf
ibtida’.
- makhraj dan sifat huruf yang kurang tepat.
- terdapat peserta yang terlalu fokus kepada bacaan berlagu hingga menjejaskan
kualiti bacaan.
- terdapat beberapa bacaan peserta yang terikat dengan lahjah melayu.

-28-

Bagi acara e-Tahfiz Al Quran Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30

Sebahagian besar peserta mampu menjawab soalan dengan baik, lancar serta
menguasai hukum-hukum tajwid. Namun begitu ada segelintir peserta yang tidak
mampu menyempurnakan ayat-ayat perujian.

Pihak juri mendapati para peserta perlu memberi perhatian kepada perkara-
perkara berikut :
- perlu menyempurnakan harakat bacaan dengan sempurna.
- mempertingkatkan penguasaan waqaf dan ibtida’.
- meningkatkan penghayatan bacaan sesuai dengan makna dan maksud ayat.
- terdapat beberapa negeri yang mendapat markah di bawah 50% menjadikannya
satu cabaran terutamanya kepada sekolah-sekolah TMUA dan KBT.

Seterusnya ialah ulasan para juri bagi Acara e-Qiraat As Sab’ie Bit Tarannum
Menengah Rendah dan Menengah Atas

Para juri berpendapat sebahagian besar persembahan peserta adalah menepati
standard peringkat kebangsaan dan dapat menyempurnakan bacaan bagi setiap
soalan.

Namun ada beberapa teguran dari pihak juri pada perkara -perkara berikut :
- penguasaan hukum ra', qalqalah dan hukum ikhfa perlu ditingkatkan.
- perlu lebih cermat pada bacaan tasydid.
- ada peserta yang membaca secara tadwir.
- kurang cermat dalam bacaan.
- kawalan nafas yang kurang sempurna.
- kurang cermat dalam membaca khilaf-khilaf qiraat dan riwayat-riwayat yang
dikehendakki.

-29-

7. Demikianlah tadi ulasan jemaah juri berhubung aspek penjurian bagi acara-
acara yang dipertandingkan dalam Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah (MQSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
8. Syabas dan tahniah kepada peserta yang berjaya dan kepada yang tidak
berjaya, teruskan usaha di masa yang akan datang.
Adalah dimaklumkan bahawa,
KEPUTUSAN JEMAAH JURI ADALAH MUKTAMAD
9. Bagi menyempurnakan pengumuman pemenang, dengan ini saya
menyerahkan keputusan rasmi pertandingan kepada Pengacara Majlis yang
bertugas.
10. Akhir kata,
‫وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم رحمة الله و بركاته‬

-30-

KESIMPULAN

Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 merupakan platform terbaik bagi
murid-murid sekolah dibawah kelolaan KPM untuk menggilap potensi dan
minat dalam bidang tilawah, hafazan, tahfiz, qiraat serta menonjolkan
penguasaan Ilmu Al-Quran. Sehubungan dengan itu, semua pihak diharapkan
dapat memberikan kerjasama dan komitmen terbaik dalam menjadikannya
satu realiti.

PENUTUP

Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 merupakan platform terbaik bagi
murid-murid sekolah dibawah kelolaan KPM untuk menggilap potensi dan
minat dalam bidang tilawah, hafazan, tahfiz, qiraat serta menonjolkan
penguasaan Ilmu Al-Quran. Sehubungan dengan itu, semua pihak diharapkan
dapat memberikan kerjasama dan komitmen terbaik dalam menjadikannya
satu realiti.

-31-

PENGHARGAAN

Sekalung Penghargaan



Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Mahrajan Al-Quran
Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat

Kebangsaan Tahun 2022
mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada;

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Ketua Pen.Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah
Ketua Pen. Pengarah PP ADNI BPI

Ketua Pen.Pengarah SPI Kedah
Pegawai-Pegawai BPI
Pegawai-Pegawai SPI

Pegawai Sektor Pembelajaran
Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah Pegawai Sektor Pembangunan Murid

Pegawai Sektor Sumber Teknologi Maklumat (ICT)
Pegawai Soktor Sumber Teknologi Pendidikan
Pegawai / Pemandu Sektor Pengurusan
Penolong PPD Pendidikan Islam
Urus Setia
Jurulatih Utama
Para Peserta Setiap Negeri
Serta

Semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2022
Secara Atas Talian

-32-

LAMPIRAN
(BUKU PROGRAM)

-33-


Click to View FlipBook Version