The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jiwatenang35, 2018-11-23 08:37:21

modul Kertas 3 JPN Perak

MODUL K3 CEMERLANG 2018

perasaan menghormati perbezaan budaya dan agama membawa kepada keharmonian
hidup bermasyarakat.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga mesti mengamalkan pendekatan secara
rundingan atau musyawarah. Hal ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah. Contohnya, segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan
dan pemimpin perlu disalurkan melalui saluran yang betul. Kesimpulannya, pendekatan
musyawarah merupakan kaedah terbaik menyelesaikan masalah melibatkan pelbagai
kaum.

7c)

“Kerajaan berusaha menggubal dasar baharu yang lebih responsif kepada aspirasi
rakyat berdasarkan keperluan dan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara”

Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Berita Harian 23 Julai 2018-10-16

Berdasarkan penyataan di atas, rancangkan satu pelan pembangunan ekonomi
masa hadapan bagi mencapai aspirasi tersebut.

Kerajaan perlu merangka satu pelan pembangunan ekonomi masa hadapan bagi
mencapai aspirasi tersebut. Antaranya mewujudkan satu kawasan perindustrian baru.
Hal ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Contohnya, membuka
kawasan perindustrian baru bagi menarik para pelabur dalam dan luar negara.
Kesimpulannya, kewujudan peluang pekerjaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pelan seterusnya ialah membuka kawasan pelancongan yang baru. Hal ini bagi
menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara. Pembukaan pusat pelancongan
desa misalnya bukan sahaja dapat mengembangkan ekonomi tempatan malahan dapat
memperluaskan satu daerah satu industri. Natijahnya, kehadiran pelancong akan
meningkatkan ekonomi negara.

Di samping itu, pelan yang ketiga ialah pembukaan bandar-bandar baharu. Hal
ini kerana pembukaan bandar baharu dapat memberi peluang kepada penduduk
sekitar menjana pendapatan melalui bidang perniagaan. Kesimpulannya, pembukaan

51

bandar-bandar baharu dapat merancakkan perkembangan ekonomi penduduk
tempatan.

7d) Huraikan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kemajuan negara kita serta
langkah untuk mengatasinya

Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kemajuan
ekonomi negara ialah kekurangan kemahiran teknologi. Teknologi yang kita miliki
belum setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam bidang perubatan.
Walaupun kita mampu membeli mesin atau peralatan terkini tetapi kita menghadapi
masalah untuk pengoperasiannya kerana kemahiran teknologi kita masih pada tahap
rendah. Kekurangan penguasaan teknologi menghalang kemajuan negara.

Cabaran seterusnya ialah persaingan menarik pelabur asing dengan negara-
negara serantau. Contohnya, ramai pelabur lebih suka untuk melabur di negara-
negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Indonesia kerana kos tenaga buruh yang murah
berbanding di negara kita. Hal ini menjadikan kos pengeluaran di negara tersebut lebih
murah berbanding negara kita.

Cabaran yang seterusnya ialah ekonomi kita secara tidak langsung
bergantung kepada pasaran dunia yang sentiasa berubah-ubah. Keadaan ini
memberi kesan kepada turun naiknya harga barangan. Contohnya harga minyak
negara telah ditetapkan berdasarkan harga minyak mentah dunia. Hal ini menjejaskan
sumber pendapatan negara.

Langkah mengatasi
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam menggalakkan ekonomi

negara adalah menggunakan kemudahan teknologi moden/ICT. Pihak kerajaan
menyediakan kemudahan teknologi/ICT yang lebih canggih bagi memacu
pembangunan ekonomi yang lebih baik. Sebagai contoh penggunaan ICT telah
diperluaskan dalam kalangan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Ia
memberi kesan kepada jaringan ilmu, komunikasi dan perniagaan kepada masyarakat
luar bandar.

52

Selain itu, langkah seterusnya adalah mempergiatkan program transformasi
ekonomi kerajaan. Antara usaha yang diperkenalkan adalah aktiviti pelaburan,
menyediakan peluang pekerjaan dan mempergiatkan pelbagai aktiviti ekonomi dalam
usaha memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan di Malaysia seperti penubuhan
Pusat Transformasi Bandar(UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Dengan
itu, ia dapat menjana ekonomi sama ada di bandar dan luar bandar.

Selain itu, kerajaan memberi pelbagai bantuan seperti subsidi dan pinjaman
modal kepada para pelabur. Hal ini dapat memberi galakan kepada para pelabur
untuk menanam modal di negara kita. Ini akan menjadikan negara Malaysia setanding
dengan negara maju yang lain. Secara tidak langsung pelabur asing juga dapat
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat negara kita.

TAJUK 8 – IKTIBAR

8 a) Jelaskan iktibar yang diperolehi daripada usaha kerajaan untuk
mensejahterakan kehidupan rakyat di negara ini. (10M)
ATAU

b) Iktibar yang diperolehi berdasarkan tajuk yang dikaji. (10M)

Iktibar yang diperolehi daripada usaha kerajaan untuk mensejahterakan
kehidupan rakyat di negara ini ialah rakyat dapat hidup bersatu padu dalam
kalangan pelbagai kaum untuk menjamin perpaduan kaum yang kukuh. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

Selain itu, Sikap kerjasama rakyat membantu kerajaan dalam menyelesaikan
masalah ekonomi negara misalnya rakyat menyumbang dana untuk membantu
kerajaan melangsaikan hutang negara melalui Tabung Harapan.

Rakyat juga perlu berbangga dengan pencapaian negara kita yang semakin
maju dan berdaya saing dengan negara-negara lain yang membangun.Misalnya
berbangga dengan hasil keluaran kereta nasional seperti PROTON.

53

Kekayaan negara dapat dimajukan bersama supaya negara membangun
dengan pesat dan dinikmati secara adil.Rakyat dapat menikmati pembangunan yang
disediakan seperti jalan raya , pangangkutan awam, dan kemudahan yang lain .

Rakyat hendaklah menyokong usaha kerajaan membangunkan negara demi
kesejahteraan rakyat. Misalnya penglibatan pihak swasta dapat mengurangkan beban
kewangan kerajaan dan membantu pihak kerajaan dalam pembangunan sosio-
ekonomi rakyat.

8c) Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai murni yang menjadi pegangan rakyat
Malaysia dalam pelaksanaan dasar pembangunan negara? (10 markah)

Pada pendapat saya, nilai perpaduan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia
ialah sikap tolong menolong, ini kerana sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang
saling memahami antara satu sama lain dan dapat mengelakkan perselisihan faham
terutama dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Contohnya, sambutan
kongsi raya.

Selain itu, sikap saling menghormati dapat mengelakkan daripada tercetusnya
perbalahan kaum. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rasa tidak puas
hati di antara kaum.

Seterusnya, mengamalkan prinsip Rukun Negara yang melibatkan semua
rakyat pelbagai kaum di Malaysia agar masyarakat dapat hidup secara harmoni.
Contohnya, pengamalan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan kesusilaan
mampu melahirkan masyarakat yang beretika.

Di samping itu, perpaduan juga boleh diwujudkan melalui kegiatan kokurikulum
terutama diperingkat sekolah agar dapat mendidik generasi muda untuk saling
bekerjasama dalam pelbagai situasi. Contohnya, dalam aktiviti sukan, penyertaan
pelajar antara pelbagai kaum dan memberi sokongan tanpa mengira kaum.

Kesimpulanya pengamalan nilai murni di kalangan rakyat Malaysia akan dapat
mewujudkan perpaduan nasional dan memacu pembangunan ekonomi negara.

54

SOALAN 9 : KESIMPULAN/RUMUSAN

(i) Pengetahuan yang diperoleh
(iii) Nilai/Unsur patriotisme
(iv) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang

SOALAN 9 : A
Pengetahuan yang telah saya peroleh daripada tajuk ialah Dasar Ekonomi Baru

(DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun yang tamat pada tahun 1990.

Nilai yang dapat dipelajari ialah rakyat perlu meningkatkan jati diri supaya
ekonomi negara kekal stabil. Semangat jati diri akan menjadi benteng yang kukuh
terhadap pengaruh luar yang mendatangkan kesan negatif seperti rasuah, salah guna
kuasa dan sebagainya.

Antara unsur patriotisme yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah kita
mestilah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan agama,bangsa dan negara.
Selain itu, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita perlulah berusaha
membangunkan negara.

Saya berharap sebagai rakyat Malaysia, kita harus memiliki semangat cinta
akan negara yang tinggi dan berusaha memajukan negara. Pemimpin negara juga perlu
terus cekap dan berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan.

55

SOALAN 9 : B
Pengetahuan yang saya perolehi ialah dasar pembangunan ekonomi dan sosial

telah digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu, aman, sejahtera.
Nilai patriotisme yang diperolehi ialah perpaduan dan keadilan ekonomi dapat

membawa kepada kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan
negara. Selain itu, kerjasama dan tolak ansur antara kaum membawa negara untuk
lebih maju pada masa hadapan.

Harapan saya ialah Malaysia dapat memacu kemajuan negara agar setanding
dengan negara-negara maju di Barat dengan mencapai Wawasan 2020. Kemajuan
yang dicapai perlulah mengunakan acuan sendiri dengan menitikberatkan
keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.

56


Click to View FlipBook Version