BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 1103/2
PETIKAN UMUM BAHAGIAN B
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN (35 MARKAH) PETIKAN UMUM: i. Maksud rangkai kata ii. Soalan berdasarkan petikan iii. KBAT iv. Penyelesaian masalah PETIKAN SASTERA: i. Maksud rangkai kata/maksud rangkap @ baris ii. Soalan berdasarkan petikan iii. KBAT iv. Penyelesaian masalah NOVEL: i. Soalan pemahaman novel zon ii. Novel yang dikaji
SOALAN 6 : PETIKAN UMUM • Pendekatan Bertema : Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP) Tingkatan 4 dan 5. • Petikan umum : Rencana, berita, iklan, jadual, gambar rajah, dan lain-lain • Bahan yang dikemukakan dua hingga tiga bahan. • Sumber bahan : Majalah, akhbar, ensiklopedia, Internet, dan sebagainya. • Pecahan soalan : i. Maksud rangkai kata ii. Soalan berdasarkan petikan ( Beza banding semua bahan atau pemindahan maklumat) iii. Kemahiran BerfikirAras Tinggi (KBAT) iv. Penyelesaian masalah • Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Warga dunia semakin mementingkan materialistik dan kehendak lahiriah sehingga beransuransur merosakkan alam. Mereka sanggup mengeksploitasi alam sehingga berlakunya pelbagai pencemaran. Perkembangan industrI dan pertambahan kenderaan meningkatkan pencemaran udara yang memberikan kesan buruk terhadap tumbuh-tumbuhan. Tumbuhtumbuhan akan mengalami kerosakan seperti keguguran daun, pertukaran warna dan perubahan pertumbuhan akibat daripada udara yang kotor. Impaknya, manusia kekurangan sumber ekonomi dan makanan yang menjadi keperluan kehidupan seharian. Seterusnya, bahan-bahan tercemar seperti sulfur diaoksida daripada asap kenderaan boleh menyebabkan penghadaman haiwan terjejas. Bahan cemar ini akan menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga berates-ratus tahun lagi. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Dipetik dan diubahsuai daripada rencana„Jagalah Alam untuk Kesejahteraan Hidup‟ oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2019
BAHAN 2 Udara tidak sihat ini ada kaitannya dengan pencemaran alam sekitar. Jika masalah pencemaran alam ini tidak dikawal, kehidupan masyarakat akan terjejas apabila menghidu udara yang kotor. Antara punca pencemaran yang dapat dikenal pasti membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang merupakan penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Selain itu, aktiviti perindustrian yang pesat turut menyebabkan pencemaran udara di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Petaling Jaya dan Johor Bharu. Di bandar besar, pendingin hawa akan digunakan di setiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas. Impaknya, penipisan lapisan ozon akan berlaku apabila sinaran ultraungu yang berbahaya dapat menembusinya. Dipetik dan diubahsuai daripada „Kelestarian Alam Pemangkin Kehidupan yang Kondusif‟ oleh Azhar Salleh, Dewan Siswa, Julai 2016
i. Berdasarkan Bahan , berikan maksud kesan buruk . [2 markah] ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan pencemaran udara. [3 markah] iii. Terdapat segelintir anggota masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sepatutnya, mereka mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam aspek penjagaan alam sekitar. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh sekiranya masyarakat bekerjasama menjaga alam sekitar? [3 markah] iv. Anda mempunyai hubungan baik dengan masyarakat di kawasan tempat tinggal anda. Walau bagaimanapun mereka sering mengabaikan kebersihan persekitaran terutamanya longkang. Sampah sarap dibuang dan tidak diurus dengan baik menyebabkan berlakunya pencemaran bau. Sikap kurang prihatin ini menyebabkan persekitaran kawasankampun atau kawasan perumahan tersebut menjadi kotor.Anda ingin membuat teguran tentang sikap mereka. Cadangkan cara yang praktikal untuk menegur mereka bagi mengatasi masalah ini. [4 markah]
TEKNIK PADANAN (i) Berikan maksud rangkai kata kesan buruk. Kesan buruk bermaksud impak negatif. Maksud rangkai kata kesan buruk ialah /adalah imapak negatif kesan buruk kesan Impak buruk negatif Implikasi Pisahkan rangkai kata kepada dua perkataan. Beri maksud yang sama (sinonim) berdasarkan perkataan yang diberi.
Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan pencemaran udara. [3 Markah] Merujuk Bahan 1,kesan pencemaran udara ialah…. Bahan 1 BAHAN 1 Warga dunia semakin mementingkan materialistik dan kehendak lahiriah sehingga beransuransur merosakkan alam. Mereka sanggup mengeksploitasi alam sehingga berlakunya pelbagai pencemaran. Perkembangan industri dan pertambahan kenderaan meningkatkan pencemaran udara yang memberikan kesan buruk terhadap tumbuh-tumbuhan. Tumbuhtumbuhan akan mengalami kerosakan seperti keguguran daun, pertukaran warna dan perubahan pertumbuhan akibat daripada udara yang kotor. Impaknya, manusia kekurangan sumber ekonomi dan makanan yang menjadi keperluan kehidupan seharian. Seterusnya, bahan-bahan tercemar seperti sulfur diaoksida daripada asap kenderaan boleh menyebabkan penghadaman haiwan terjejas. Bahan cemar ini akan menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga berates-ratus tahun lagi. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Dipetik dan diubahsuai daripada rencana„Jagalah Alam untuk Kesejahteraan Hidup‟ oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2019
Merujuk Bahan 2,kesan pencemaran udara ialah…. BAHAN 2 Udara tidak sihat ini ada kaitannya dengan pencemaran alam sekitar. Jika masalah pencemaran alam ini tidak dikawal, kehidupan masyarakat akan terjejas apabila menghidu udara yang kotor. Antara punca pencemaran yang dapat dikenal pasti membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang merupakan penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Selain itu, aktiviti perindustrian yang pesat turut menyebabkan pencemaran udara di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Petaling Jaya dan Johor Bharu. Di bandar besar, pendingin hawa akan digunakan di setiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas. Impaknya, penipisan lapisan ozon akan berlaku apabila sinaran ultraungu yang berbahaya dapat menembusinya. Dipetik dan diubahsuai daripada „Kelestarian Alam Pemangkin Kehidupan yang Kondusif‟ oleh Azhar Salleh, Dewan Siswa, Julai 2016
CONTOH JAWAPAN Merujuk Bahan 1,kesan pencemaran udara ialah memberikan kesan buruk terhadap tumbuh-tumbuhan. Selain itu, manusia kekurangan sumber ekonomi dan makanan yang menjadi keperluan kehidupan seharian. Merujuk Bahan 2,kesan pencemaran udara ialah kehidupan masyarakat akan terjejas apabila menghidu udara yang kotor. Seterusnya, penipisan lapisan ozon akan berlaku apabila sinaran ultraungu yang berbahaya dapat menembusinya. Berdasarkan semua bahan, kesan pencemaran udara ialah pencemaran udara memberikan kesan terhadap tumbuhtumbuhan.(B1) Selain itu, kehidupan masyarakat akan terjejas apabila menghidu udara yang kotor. (B2)
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 1. Jawapan tidak terdapat dalam petikan. 2.Sekiranya jawapan terdapat di dalam petikan, jawapan tersebut tidak boleh diambil sebagai jawapan. 3.Analisis soalan sebelum menulis jawapan. Lihat isu atau permasalahan dalam soalan Siapa yang kena dalam soalan Kehendak soalan 4.Calon mesti menjawab menggunakan ayat sendiri. 5. Jawapan eloklah ada contoh atau huraian yang berkaitan.
ANALISIS KATA KUNCI DALAM ARAHAN SOALAN
KATA KUNCI DALAM ARAHAN SOALAN Fokus bahan dianalisis untuk mendapatkan kata kunci Variasi kata kunci/fokus (sama maksud @ sinonim) Faktor Punca, sebab, alasan Faedah Kebaikan, manfaat, kepentingan, kelebihan, keutamaan Kesan Implikasi, impak, natijah, akibat Langkah Usaha, cara, kaedah, tindakan, inisiatif Peranan Tugas, tanggungjawab, fungsi Ciri-ciri Kriteria,sifat, bentuk Kekangan Masalah, halangan, rintangan, aral Keburukan Kelemahan, kepincangan, kekurangan Sumbangan Jasa, bakti
DIRI KELUARGA MASYARAKAT SEKOLAH NEGARA/ KERAJAAN MEDIA MASSA Saya, pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu dan remaja Ibu bapa, adik-beradik, abang, kakak, datuk @ nenek dan saudara mara Komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, kepelbagaian kaum (Melayu, Cina, India, Kadazan dan Melanau) Pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, kaunselor, unit kokurikulum, guru/ahli sukan dan permainan Pihak berkuasa – PDRM( tema- jenayah/masalah sosial), KPM – (pendidikan) Media cetak – surat khabar, poster Media elektronik - televisyen (iklan, dokumentari, drama, filem) Media sosial – Instagram, Facebook, WhatSApp,Telegram Analisis siapa? (DiKeMaSeN + MM)
KBAT - KESIC@H ? Isi/Isu/masalah Contoh @ Huraian Kehendak Siapa
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan(kehendak) yang akan diperoleh sekiranya masyarakat (siapa?) bekerjasama menjaga alam sekitar (isu/masalah)? Pada pendapat saya, kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh sekiranya masyarakat bekerjasama menjaga alam sekitar ialah kesihatan masyarakat akan lebih terjamin dan terhindar daripada ancaman penyakit seperti batuk, selesema dan lelah. Selain itu, habitat flora dan fauna akan terpelihara kerana ekosistem alam stabil. Seterusnya, negara kita akan menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara kerana masyarakat masih memelihara keindahan alam semula jadi di kawasan tanah tinggi dan pantai.
P E T I K A N S A S T E R A B A H A G I A N B
SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA • Bahan petikan : Karya kreatif daripada pelbagai sumber. • Pendekatan Bertema : Semua bahan mesti berdasarkan tema yang sama. • Pelbagai bentuk bahan : Sajak, syair, pantun, seloka, gurindam, prosa tradisional, drama, cerpen, dan lain-lain. • Pecahan soalan : i. Maksud rangkai kata ii. Soalan berdasarkan petikan ( Beza banding semua bahan atau pemindahan maklumat) iii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iv. Penyelesaian masalah • Soalan elemen sastera tidak diuji dalam soalan ini. • Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.
BAHAN 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.” Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai oleh perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu. “Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak,” kata Imam Ngah Deraman, “tidak ada salahnya kita menjamah kek yang disediakan untuk pasangan pengantin.” Pada suatu hari, ketika Ahmad Mutawakkil mengetahui perkara itu, dia memberikan pendapatnya. “Selagi orang itu Melayu dan Islam, selagi itulah dia mengutamakan budi bahasa dalam akhlaknya.” “Kalau Orang Putih macam Tuan Booth, tahu cara berbudi, takkan kita orang Melayu tak tahu nak balas budi?” Cinta Ahmad Mutawakkil, antologi Sejadah Rindu
BAHAN 2 Syair Amalan Hidup Bersatu Amalan bersatu saling bekerjasama, Matlamat wawasan paling utama, Perpaduan kaum lakar bersama, Tiada prasangka sebesar hama. Warga bersatu teras wawasan, Sejahtera digenggam maju berterusan, Di taman nusa mekar warisan, Tiada pemisah sepanjang zaman. Sumber : Syair Amalan Hidup Bersatu, Nazim Mohd Subari Benteng perpaduan mestilah ampuh, Walau apa cabaran merempuh, Semangat bersatu janganlah rapuh, Bimbang ekonomi terkulai lumpuh. Perpaduan kunci perpaduan negara, Bersatu menghirup bayu sejahtera, Nikmat kemajuan tiada tara, Keamanan usah berkocak gelora.
SOALAN i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkap 1. ( 2 markah ) Rangkap 1 bermaksud kita perlu bersatu padu untuk mencapai wawasan dan kita perlu menerapkan perpaduan dalam diri tanpa ada prasngka. i. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan yang diperoleh apabila kita sentiasa mengamalkan semangat perpaduan kaum dalam kehidupan tanpa mengira bangsa dan agama. ( 4 markah ) ii. Perpaduan kaum amat penting dalam memacu ekonomi negara. Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan kaum di Malaysia? ( 3 markah ) iii. Kita digalakkan menziarahi pesakit untuk memberi semangat kepada mereka. Namun demikian, kita perlulah mengetahui adab-adab menziarahi pesakit yang berlainan bangsa dan agama. Sebagai persediaan, anda dikehendaki berunding bersama rakan-rakan yang lain tentang adab-adab melawat pesakit dan berikan rasionalnya. ( 4 markah )
JAWAPAN i. Berdasarkan Bahan 2, bayu sejahtera bermaksud angin keamanan. ii. Berdasarkan Bahan 1 kebaikan semangat perpaduan kepada masyarakat ialah kita tidak berprasangka buruk terhadap orang lain . runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Kita akan sentiasa menghormati orang lain walaupun berbeza bangsa dan agama. Kebaikan semangat perpaduan dalam Bahan 2 ialah kita dapat memajukan negara bersama-sama. Selain itu, kita dapat menikmati kemajuan dan keamanan negara bersama-sama. iii. Pada pendapat saya, peranan kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah pihak kerajaan mengadakan kempen besar-besaran tentang semangat perpaduan melalui media massa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah menerapkan semangat perpaduan ini melalui mata pelajaran teras seperti menerapkan mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan majlis rumah terbuka. iv. Sebelum menziarahi pesakit, saya dan rakan-rakan telah berunding tentang adab-adab melawat pesakit yang berbeza bangsa dan agama. Antara adab melawat pesakit ialah kita perlulah melawat pesakit pada waktu yang dibenarkan sahaja kerana pesakit perlukan rehat yang secukupnya supaya kesihatannya bertambah baik. Selain itu, kita perlulah membawa buah tangan yang sesuai kerana pesakit perlu makan makanan yang berkhasiat.
SOALAN 1 (i) Berikan maksud rangkai kata bayu sejahtera bayu sejahtera bayu udara sejahtera Aman dan makmur Senang dan tenteram angin sentosa aman Pisahkan rangkai kata kepada dua perkataan. Beri maksud yang sama (sinonim) berdasarkan perkataan yang diberi.
SOALAN II Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.” Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai oleh perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu. “Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak,” kata Imam Ngah Deraman, “tidak ada salahnya kita menjamah kek yang disediakan untuk pasangan pengantin.” Pada suatu hari, ketika Ahmad Mutawakkil mengetahui perkara itu, dia memberikan pendapatnya. “Selagi orang itu Melayu dan Islam, selagi itulah dia mengutamakan budi bahasa dalam akhlaknya.” “Kalau Orang Putih macam Tuan Booth, tahu cara berbudi, takkan kita orang Melayu tak tahu nak balas budi?” Cinta Ahmad Mutawakkil, antologi Sejadah Rindu
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 1. Jawapan tidak terdapat dalam petikan. 2.Sekiranya jawapan terdapat di dalam petikan, jawapan tersebut tidak boleh diambil sebagai jawapan. 3.Analisis soalan sebelum menulis jawapan. Lihat isu atau permasalahan dalam soalan Siapa yang kena dalam soalan Kehendak soalan 4.Calon mesti menjawab menggunakan ayat sendiri. 5. Jawapan eloklah ada contoh atau huraian yang berkaitan.
TEKNIK BACAAN REAP R – READ ( Baca) E – Encode ( Terjemahan idea ) A – Annote(Catat berdasarkan pentafsiran) P – Ponder ( Fikirkan )
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk. Dipetik daripada seloka”Seloka Pak Kaduk” dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahan 2 Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi, apakah cadangan kau sekarang?” Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dulu.” Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk. “Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap Kaduk dan mereka tetap raja,”luah Hakim lagi. Dipetik daripada cerpen”Kaduk, Ayam dan Raja” Oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cengkaman orang berkuasa. [2 markah] ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan persamaan nasib Pak Kaduk dan Hakim. [4 markah] iii. Sektor pertanian, penternakan dan perikanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi? [3 markah] iv. Rakan anda mengusahakan penternakan ikan keli secara kecil-kecilan. Namun, dia menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam penternakan yang diusahakannya. Selain menghadapi kekurangan modal, dia juga kurang pengetahuan tentang pengurusan penternakan secara sistematik dan komersial. Oleh itu, dia bercadang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang penternakan ini. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, bagaimanakah anda dapat membantunya memajukan penternakan yang sedang dijalankan itu? [4 markah]
SOALAN 1 (i) Berikan maksud rangkai kata cengkaman orang berkuasa. Maksud rangkai kata cengkaman orang berkuasa ialah genggaman/ penindasan pihak berwibawa cengkaman orang berkuasa cengkaman genggaman orang berkuasa pihak berwibawa Insan yang mempunyai kuasa penindasan orang berpangkat kekuasaan Pisahkan rangkai kata kepada dua perkataan. Beri maksud yang sama (sinonim) berdasarkan perkataan yang diberi.
ii. Persamaan nasib Pak Kaduk dan Hakim: - Pak Kaduk dan Hakim sama-sama membela ayam - Pak Kaduk dan Hakim sama-sama menggadai tanah - Pak Kaduk dan Hakim terpaksa mengikut telunjuk orang yang berkuasa - Pak Kaduk dan Hakim tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka memegang kuasa ekonomi Jawapan lengkap: ii. Persamaan nasib Pak Kaduk dan Hakim ialah Pak Kaduk dan Hakim sama-sama membela ayam. Selain itu, Pak Kaduk dan Hakim sama-sama menggadai tanah. Akhir sekali, Pak Kaduk dan Hakim terpaksa mengikut telunjuk orang yang berkuasa
iii. Negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi: - supaya keperluan rakyat dalam negara dapat dipenuhi - supaya tidak terlalu bergantung pada import makanan dari luar - supaya tidak terdedah dengan spekulasi turun naik harga di pasaran - supaya mampu berdikari - supaya tidak menjadi mangsa tamak negara-negara pengeluar makanan yang ingin mengaut keuntungan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya. Jawapan lengkap: iii. Pada pendapat saya, negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi supaya keperluan asas rakyat dapat dipenuhi seperti beras dan daging. Selain itu, negara kita tidak terlalu bergantung pada import makanan dari luar seperti Thailand dan Australia.
iv. Cara anda membantu rakan memajukan penternakan: Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang bidang penternakan. Membimbingnya menyediakan kertas cadangan terbaik untuk permohonan pinjaman bank. Menggalakkannya menyertai kursus yang dianjurkan FAMA atau badan-badan lain Memberi keyakinan dan dorongan kepadanya tentang prospek masa depan bidang perternakan. Menasihatinya untuk menyertai pengusaha Industri Kecil Sederhana(IKS) Menyediakan brosur untuk mempromosi hasil ternakannya Menolongnya menyediakan brosur untuk mempromosikan hasil ternakannya.
Jawapan lengkap: iv. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, cara saya membantu rakan memajukan penternakannya ialah saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang bidang penternakan. Selain itu, saya akan membimbingnya menyediakan kertas cadangan terbaik untuk permohonan pinjaman bank. Seterusnya, saya akan menggalakkannya menyertai kursus yang dianjurkan FAMA atau badan-badan lain.
SIAPA? (PERANAN) TINDAKAN Sebagai jiran yang prihatin Sebagai sahabat yang baik Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab Sebagai anggota masyarakat yang prihatin/bertanggungjawab Sebagai seorang rakan Sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab Menasihati Meminta Menunjukkan Menegur Menemani Mengajak Membantu Menghadiri Melaporkan/membuat aduan Memberi berkongsi TEKNIK 10MB
SEKIAN TERIMA KASIH