MASALAH DISIPLIN SADN1133 PENGENALAN KEPADA ANTROPOLOGI PUNCA KESAN KES DAN STATISTIK DISEDIAKAN OLEH : FATIN NABILAH BT ZAKARIA LANGKAH MENGATASI JANGANBERBANGGADAN JANGANBERBANGGADAN JANGANBERBANGGADAN BERMEGAHMELAKUKAN BERMEGAHMELAKUKAN BERMEGAHMELAKUKAN KESALAHAN KESALAHAN KESALAHAN
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN 04 LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN 13-15 MAKSUD MASALAH DISIPLIN KESAN AKIBAT MASALAH DISIPLIN 10-12 FAKTOR MEMPENGARUHI KEMEROSOTON DISIPLIN PELAJAR 05-09 KERATAN AKHBAR KES MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI MALAYSIA 19-20 03 SENARAIISI KANDUNGAN 16-18 CABARAN MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN 21 KESIMPULAN 22-23 SENARAI RUJUKAN 01
TINTA KATA PENULIS Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masanya dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr. Naizatul Akma Bt Mohd Mokhtar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakanrakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan ebook ini. Terima kasih. PENULIS MAJALAH DIGITAL ANTROPOLOGI : MASALAH DISIPLIN PELAJAR Fatinabilah ANTROPOLOGI 2024 02
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 03 JUN 2024 DISIPLIN ?? Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus Dewan, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuhkepada tatatertib. Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagai sebuah ‘mesin pedagogi’ dan pelajarpelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Namun di ketika ini permasalahan yang timbul membabitkan masalahmasalah disiplin pelajar di sekolah merunsingkan banyak pihak. Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu.
KATEGORI JENIS MASALAH DISIPLIM Jenayah Kelakuan negatif Membolos Menipu J E N I S -J E N I S M A S A L A H D I S I P L I N S E K O L A H Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, peras ugutm penyalahgunaan dadah, merokok, bergaduh, menumbuk guru, melukis gambar lucah dan pelbagai kesalahan yang melibatkan pihak polis. Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah, membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru lain-lain. Ponteng kelas, sekolah dan aktiviti kokurikulum, datang lewat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, berkhayal, tidur dan lainlain. Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura dan lainlain. (SUMBER: DIPETIK DARI MOK SOON SANG 2005) 04
Mengulas lanjut, Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan) berkata, bagi menangani gejala buli di sekolah, ia memerlukan pembabitan menyeluruh pelbagai pihak termasuk ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat. Kerajaan perlu mengambil inisiattif dalam membendung masalah ini seperti menubuhkan Jawatankuasaanti Buli di setiap jabatan pendidikan bagi menangani gejalatersebut. Selain itu, inisiatif kerajaan termasuk mengeratkan hubungan murid dan guru melalui amalan guru penyayang di sekolah turut dibuat bertujuan meningkatkan hubungan anatara keduanya. Kerjasama KPM dengan PDRM melalui pegawai perhubungan sekolah PSS yang mana seorang PSS di setiap sekolah yang mendampingi akan memberi kerjasama dengan pihak sekolah termasuk mengadakan program sepertianti buli. Platform aduan buli jugaturut dibuat bagi membolehkan murid, ibu bapa dan orang awam membuat aduan terus kepada KPM yang mana 4 saluran utama disediakan bagi membuataduan. Gejala buli dalam kalangan remaja semakin merisaukan banyak pihak terutama ibu bapa dan guru. Pelbagai isu mengenai masalah sosial remaja termasuk gejala buli dibahaskan dalam media massa disebabkan kejadian buli yang membahayakan keselamatan pelajar sekolah. SUMBER : BERITA HARIAN KES MASALAH DISIPLIN DI MALAYSIA ( ulasan daripada keratan akhbar ) ANTARA KERATAN AKHBAR MENEGNAI KES BULI KATEGORI KELAKUAN NEGATIF 05
STATISTIK KES BULI DI MALAYSIA SUMBER : RTM 06
KATEGORI KELAKUAN NEGATIF/ JENAYAH SUMBER : KOSMO 07 Keratan akhbar di atas yang diperoleh secara atas talian daripada KOSMO menjelaskan bahawa masalah disiplin juga boleh melibatkan dua kategori dalam masa yang sama. Keratan akhbar di atas melibatkan kelakuan negatif pelajar yang mana seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah telah menggayakan rambut dan mewarnakan rambut yang ianya menyalahi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Isu kedua melibatkan kategori jenayah dimana pelajar berkenaan dikatakan telah mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan selain mewarnakan rambut. Turut dirampas bersama pelajar tersebut ialaj gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk menyerang dan mencederakan guru tersebut sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian bawah mata.
SUMBER : AADK SUMBER : BERITA HARIAN SUMBER : UTUSAN MALAYSIA STATISTIK KES DADAH DALAM KALANGAN REMAJA KATEGORI JENAYAH 08
KATEGORI MENIPU SUMBER : BERITA HARIAN Sesuai dengan perubahan zaman dan inovasi teknologi, beberapa kebaikan telah dikenalpasti dan diperoleh daripada penggunaan teknologi yang boleh membantu dalam meringakan beban tugas manusia. Namun, teknologi moden yang disalah guna dalam kalangan pelajar boleh memusanahkan masa depan pelajar itu sendiri. Sebagi contoh, keratan akhbar di atas menunjukkan lakonan taktik meniru dalam peperiksaan. Memang diakui taktik yang dipaparkan dalam keratan akhbar tersebut pernah digunakan sebilangan kecil pelajar seperti meniru daripada smart watch. Kecanggihan teknologi kini pastinya membuatkan tugas guru dan pengawas peperiksaan lebih mencabar dalam membongkar taktik moden serta licik yang diguna pakai generasi muda celik IT untuk aktiviti tidak bermaruah itu. Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk membendung masalah ini daripada berleluasa dengan memperketatkan undangundang dan melaksanakan tindakan tata tertib dengan tegas supaya pelajar akur meniru jelas menjadi kesaahan besar. 09
FAKTOR SIKAP PELAJAR MEMPENGARUHI KEMEROSOTON DISIPLIN PELAJAR RAKAN SEBAYA Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri dalam kalangan pelajar mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks, dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkara-perkara seperti ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain. Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Mahmood,1999 ). Pelajar sering kali ingin diterima oleh kumpulan rakan sebaya mereka, dan ini boleh mendorong mereka untuk mengikut tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah, merokok, atau terlibat dalam kegiatan buli. Tekanan untuk menyesuaikan diri dengan kumpulan ini boleh mempengaruhi keputusan pelajar untuk melibatkan diri dalam tindakan yang melanggar disiplin sekolah. ANTROPOLOGI 10
FAKTOR PENGARUH KELUARGA MEMPENGARUHI KEMEROSOTON DISIPLIN PELAJAR TEKANAN AKADEMIK Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Faktor-faktor seperti kurangnya perhatian dan pengawasan dari ibu bapa, masalah kewangan, dan konflik keluarga boleh menyebabkan pelajar mencari perhatian atau meluahkan tekanan melalui tindakan tidak berdisiplin. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang datang dari keluarga yang tidak stabil lebih cenderung untuk terlibat dalam masalah disiplin Tekanan akademik yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan boleh menyebabkan pelajar merasa tertekan dan memberontak. Apabila pelajar tidak mampu menangani tekanan ini, mereka mungkin menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai sebagai satu bentuk pelarian atau protes terhadap sistem yang dianggap terlalu menekan ANTROPOLOGI 11
FAKTOR PENGARUH MEDIA SOSIAL MEMPENGARUHI KEMEROSOTON DISIPLIN PELAJAR PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH YANG LEMAH Media sosial dan teknologi memainkan peranan yang semakin besar dalam kehidupan pelajar. Penggunaan telefon pintar dan akses kepada internet tanpa kawalan boleh membawa kepada gangguan dalam pembelajaran dan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai. Selain itu, media sosial juga boleh menjadi platform untuk buli siber, yang boleh menjejaskan kesihatan mental pelajar dan mendorong mereka untuk bertindak balas dengan cara yang tidak berdisiplin Penguatkuasaan peraturan sekolah yang lemah juga boleh menjadi faktor penyumbang. Jika pelajar merasakan bahawa peraturan tidak dikuatkuasakan dengan konsisten atau tidak ada akibat yang serius untuk tindakan mereka, mereka mungkin merasa bebas untuk melanggar peraturan. Penguatkuasaan yang tegas tetapi adil adalah penting untuk mengekalkan disiplin di kalangan pelajar ANTROPOLOGI 12
KESAN AKIBAT MASALAH DISIPLIN Pelajar yang menunjukkan tingkah laku tidak berdisiplin berisiko lebih tinggi untuk terlibat dalam kegiatan jenayah. Mereka mungkin terlibat dalam kegiatan seperti penyalahgunaan dadah, kecurian, dan pergaduhan yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang dan rekod jenayah TERLIBAT JENAYAH Pelajar yang terlibat dalam atau menjadi mangsa kepada masalah disiplin seperti buli boleh mengalami masalah psikologi seperti stres, kebimbangan, dan kemurungan. Ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental mereka dan keupayaan mereka untuk berfungsi secara normal dalam masyarakat Pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin sering kali menunjukkan prestasi akademik yang rendah. Tingkah laku yang tidak berdisiplin seperti ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan, dan mengganggu pelajaran boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan keputusan peperiksaan MASALAH PSIKOLOGI PRESTASI AKADEMIK MEROSOT PELAJAR 13
KESAN AKIBAT MASALAH DISIPLIN Guru terpaksa menghabiskan lebih banyak masa dan tenaga untuk menangani masalah disiplin daripada fokus kepada pengajaran. Ini boleh menyebabkan keletihan dan tekanan di kalangan guru, mengurangkan keberkesanan mereka dalam mendidik pelajar BEBAN KEPADA GURU Sekolah yang terkenal dengan masalah disiplin yang tinggi mungkin mengalami kemerosotan reputasi. Ini boleh menjejaskan kemasukan pelajar baru dan menyebabkan kurangnya sokongan daripada masyarakat setempat Masalah disiplin boleh mengganggu suasana pembelajaran di sekolah. Pelajar yang tidak berdisiplin boleh mengganggu kelas, menyebabkan guru sukar untuk mengajar dan pelajar lain sukar untuk belajar. Ini boleh menjejaskan keseluruhan prestasi akademik sekolah REPUTASI SEKOLAH TERCEMAR SUASANA PEMBELAJARAN TERGANGGU SEKOLAH 14
KESAN AKIBAT MASALAH DISIPLIN Masalah disiplin yang serius boleh membawa kepada kos ekonomi yang tinggi. Ini termasuk kos untuk program intervensi, kaunseling, dan pemulihan, serta kos yang berkaitan dengan sistem keadilan jenayah bagi menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja KOS EKONOMI Pelajar yang tidak berdisiplin boleh membawa masalah mereka ke dalam masyarakat. Tingkah laku agresif dan tidak bertanggungjawab boleh menyumbang kepada masalah sosial seperti keganasan dan jenayah di kalangan remaja MASALAH SOSIAL MASYARAKAT 15
LANGKAH MASALAH MENGATASI DISIPLIN Penglibatan ibu bapa bagi mengatasi masalah disiplin adalah penting. Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak mereka terjerat oleh kelompok jahat, dadah dan budaya kuning. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumah supaya kanak-kanak tidak terganggu daripada segi emosi. Keadaan kucar kacir seperti pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982:87) Bagi menangani masalah disiplin ini, perlu wujud hubungan yang harmoni antara guru dan pelajar. Guru-guru perlu mengubah sikap mereka supaya masalah yang timbul tidak belarutan. Ini bermakna guru perlu barsedia menghadapi dan mengelakkan pelanggaran disiplin berlaku di kalangan pelajar. Sikap guru yang positif serta penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malah dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajarpelajarnya. Guru-guru perlu cuba membantu murid yang bermasalah disiplin, menyediakan aktiviti-aktiviti yang yang kreatif, bertolak ansur, berdialog dan menyediakan tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan pelajar yang terlibat dalam disiplin. PERANAN IBU BAPA PERANAN GURU 16
LANGKAH MASALAH MENGATASI DISIPLIN Masalah tatatertib yang tidak baik di kalangan murid adalah suatu perkara yang melibatkan semua ibu bapa, guru besar dan guru. Tiap-tiap orang mestilah memainkan peranan masingmasing bagi memperbaiki keadaan. Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah suatu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah ini, amnya. Fungsinya antara lain mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di sekolah (Dewan Masyarakat, April 1999). Namun begitu, perannan yang dimainkan oleh PIBG sering dipertikaikan.Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang kurang menunjukkan minat setiap kali mesyuarat PIBG peribadi ataupun urusan pekerjaan. Keadaan ini dapat diperbaiki sekiranyan ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri, tetapi turut meluangkan masa member perhatian dan kerjasama. Ibu bapa yang terdaya turut menghadiri forum, ceramah dan masyuarat anjuran PIBG. Terdapat cadangan menempatkan polis di sekolah. Ia dilaksanakan melalui program sekolah angkat dengan kerjasama bersama kementerian pendidikan dan Polis Diraja Malaysia PDRM. Ia dilihat sebagai usaha murni bagi memastikan sekolah mempunyai hubungan rapat dengan PDRM yang secara tidak langsung menjaringkan hubungan antara badan disiplin dan PDRM (Utusan Malaysia, 2000). Cadangan seperti ini mungkin dapat dikaji oleh kerajaan supaya dilaksanakan. Namun begitu, ia perlu dilihat daripada segi impak kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang dan pendek. Di samping itu, kerajaan perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan yang dikemukakan mendorong kepada keruntuhan akhlak remaja. TANGGUNGJAWAB PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KERAJAAN 17
LANGKAH MASALAH MENGATASI DISIPLIN Pihak media juga turut bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Pihak media sebaik-baiknya memainkan peranan dalam mengetengahkan unsur yang baik untuk ditirub remaja. Media perlu menggunakan pengaruh mereka bagi mendidik masyarakat dan membentuk generasi akan datang. Sebagai contoh, media boleh menjalankan kempen kesedaran mengenai kepentingan disiplin dan kesan buruk daripada tingkah laku tidak berdisiplin. Kempen ini boleh melibatkan pelbagai platform seperti televisyen, radio, akhbar, dan media sosial untuk mencapai audiens yang lebih luas. Kempen yang berkesan boleh membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa tentang pentingnya disiplin di sekolah dan di rumah. Media juga boleh bekerjasama dengan sekolah, NGO, dan badan kerajaan dalam mengadakan program-program intervensi dan pencegahan. Melalui kerjasama ini, media boleh membantu mempromosikan aktivitiaktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan disiplin di kalangan pelajar dan menyokong inisiatif yang dijalankan oleh sekolah dan komuniti TANGGUNGJAWAB PIHAK MEDIA 18
CABARAN DALAM MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN PELAJAR BILANGAN PELAJAR LEBIH DARIPADA GURU Mengatasi masalah disiplin pelajar dalam keadaan di mana bilangan pelajar lebih ramai daripada guru adalah satu cabaran yang signifikan. Dengan bilangan pelajar yang ramai, sukar bagi guru untuk memberikan perhatian individu kepada setiap pelajar. Ini menyebabkan pelajar yang memerlukan bimbingan atau mempunyai masalah disiplin kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Guru mempunyai kemampuan terhad untuk memantau semua pelajar secara efektif dalam kelas yang besar. Ini membolehkan pelajar yang bermasalah disiplin bertindak tanpa dikesan atau dikenakan tindakan segera. Dalam kelas yang besar, terdapat pelajar dari pelbagai latar belakang, keperluan, dan tahap pencapaian. Menguruskan kepelbagaian ini memerlukan pendekatan yang berbeza-beza, yang boleh menjadi sukar dan memakan masa. Membendung masalah disiplin pelajar yang degil adalah satu cabaran yang memerlukan pendekatan yang berhati-hati dan berkesan. Sikap degil boleh dipengaruhi oleh rakan sebaya yang juga tidak berdisiplin. Pengaruh negatif ini boleh memperkuat tingkah laku degil dan menjadikannya sukar untuk dibendung. Keluarga yang tidak memberi sokongan atau kurang mengambil berat tentang disiplin anak-anak mereka boleh menyukarkan usaha guru untuk mengubah sikap pelajar. Sikap degil mungkin merupakan cerminan daripada suasana keluarga yang tidak menyokong. Hukuman yang diberikan mungkin tidak berkesan untuk pelajar yang degil. Mereka mungkin menganggap hukuman sebagai satu cabaran atau tidak mempedulikannya, menyebabkan masalah disiplin berterusan. SIKAP PELAJAR YANG DEGIL 19
CABARAN DALAM MEMBENDUNG MASALAH DISIPLIN PELAJAR SIKAP PIHAK SEKOLAH YANG PILIH KASIH Mengatasi masalah disiplin di sekolah di mana pihak sekolah hanya memberi tumpuan kepada pelajar yang berpotensi adalah satu cabaran yang signifikan. Tindakan ini boleh menimbulkan beberapa masalah dan kesan negatif terhadap pelajar yang lain. Pelajar yang tidak dianggap berpotensi mungkin merasa diabaikan dan tidak dihargai. Ini boleh menyebabkan penurunan motivasi mereka untuk berusaha dan berdisiplin dalam pembelajaran. Pelajar yang merasa diabaikan mungkin menunjukkan tingkah laku tidak berdisiplin sebagai cara untuk menarik perhatian. Ini boleh mewujudkan ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan dan boleh mengakibatkan peningkatan masalah disiplin di sekolah. Mengatasi masalah disiplin pelajar dalam era teknologi canggih adalah satu cabaran yang kompleks dan memerlukan pendekatan yang berkesan. Dengan akses mudah kepada internet, sukar bagi guru untuk mengawal apa yang dilihat atau dilakukan oleh pelajar semasa di sekolah. Ini termasuk mengakses kandungan yang tidak sesuai atau terlibat dalam aktiviti siber yang tidak berfaedah. Sesetengah pelajar menunjukkan tanda-tanda ketagihan terhadap teknologi, seperti sukar untuk berpisah dengan telefon mereka atau merasa gelisah tanpa akses kepada internet. Ketagihan ini boleh menyebabkan pelajar mengabaikan tanggungjawab akademik dan disiplin diri. Teknologi canggih juga membuka pintu kepada masalah siber buli, di mana pelajar boleh menjadi mangsa atau pemangsa buli dalam talian. Ini bukan sahaja menjejaskan disiplin tetapi juga kesejahteraan mental dan emosi pelajar. TEKNOLOGI YANG CANGGIH 20
Masalah disiplin para pelajar hari ini tidak boleh dipandang rinfan kerana jika masalah ini tidak dikawal ia akan menjadi parasit dan virus di dalam masyarakat. Keadaan ini boleh mengundang kepada masalah lebih serius di masa hadapan seperti terrorism, mogok dan sebagainya. Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain kerana masingmasing mempunyai peranan masingmasing. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, gejala ini dapat dibenteras dan visi kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 akan tercapai. Bak kata pepatah, “jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pembentukan emosi yang seimbang dalam diri remaja sangat penting kerana inilah yang akan mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran mereka di masa hadapan. KESIMPULAN 21
RUJUKAN RUJUKAN RUJUKAN BUKU Mohd Johdi Salleh ( 2015 ). Pengurusan Disiplin Pelajar di Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, Malaysia Abu Yazid Abu Bakar (2018). Isu dan Cabaran Disiplin Pelajar. Universiti Teknologi MARA : Shah Alam, Malaysia. Zamri Ibrahim (2017). Teknik Pengurusan Disiplin Efektif. Institusi Terjemahan & Buku Malaysia : Kuala Lumpur, Malaysia Halimah Busu (2019). Disipli Pelajar : Isu dan Penyelesaian. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur INTERNET Keratan Akhbar Masalah Buli di Sekolah. Diakses pada 7 Jun 2024. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1171753/kes-buli-di-sekolahterus-meningkat-hui-ying#google_vignette Infografik Kes Buli di Malaysia. Diakses pada 7 Jun 2024. https://www.instagram.com/beritartm/p/C1obohHPsjh/ Keratan Akhbar Pelajar Terlibat dengan Dadah. Diakses pada 8 Jun 2024. https://groups.google.com/g/komunitisp/c/byNsjI0Yx_4 Keratan Akhbar Pelajar Serang Guru dengan Kerambit. Diakses pada 10 Jun 2024. https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/photos/a.825413874135588/716200145056 962/?type=3 Keratan Akhbar Peranti Pintar Bantu Pelajar Menipu. Diakses pada 12 Jun 2024. https://dokumen.tips/documents/isuyber-peranti-pintar-bantu-pelajar-menipu-pintarbantu-pelajar-menipu-meniru.html?page=1 22
Zaharah Abdullah & Ridzuan Ahmad ( 2019 ). Pendekatan Komprehensif dalam Mengurus Disiplin Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia. Vol. 44, No. 1, ms. 55-70 Siti Aisyah Mohamad & Zulkipli Mat Zain (2018). Analisi Faktor-faktor yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar. Jurnal Pendidikan : Universiti Malaya. Vol. 43, No. 3, ms. 102-115 ARTIKEL JURNAL Nurul Hidayah & Ahmad Faizal Abdul Rahim ( 2020 ). Masalah Disiplin Pelajar dan Pengaruhnya terhadap Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Vol. 45, No. 2, ms. 112-123 Roslan Samsuru & Faridah Abdul Rahim ( 2019 ). Strategi Pengurusan Disipilin di Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan : Universiti Malaya ( UM ). Vol. 8, No. 1, ms. 65-78 Mohd Nor Azlan Ismail & Zainab Hassan ( 2021 ). Pengaruh Persekitaran terhadap Disiplin Pelajar. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanussiaan : Universiti Sains Malaysia. Vol. 12, No. 3, ms. 89-102 Khairul Anwar & Noor Hisham Mohammad ( 2017 ). Jurnal Penyelidikan Pendidikan : Universiti Teknologi MARA (UITM). Vol. 6, No. 1, ms. 22-35 23
"DISIPLIN ADALAH KUNCI KEJAYAAN. TANPA DISIPLIN, IMPIAN HANYALAH MIMPI KOSONG."