The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marzsya7168, 2022-08-26 06:02:14

Prakata

elan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption
Plan (OACP) bagi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) atau secara
ringkasnya dikenali sebagai OACP LSS ini dibangunkan bagi tempoh lima (5)
tahun mulai dari tahun 2022 sehingga tahun 2026.

LSS 2022-2026 dibangunkan secara kolektif melibatkan semua
peringkat warga LSS dan dibimbing oleh Pegawai dari Kementerian
Pengangkutan Sarawak. OACP LSS ini adalah milik bersama keseluruhan
warga LSS dan sebagai garis panduan di dalam memperkukuhkan
Governans, Integriti serta Antirasuah organisasi.

elalui OACP ini diharapkan semua peluang dan ruang untuk
berlakunya segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
warga kerja LSS dapat ditangani dan dicegah. Pelan tindakan yang
berterusan dengan pemantauan serta penambahbaikan dapat memastikan
penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui LSS akan dilaksanakan dengan
amanah, ketelusan, akauntabiliti dan bebas rasuah.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 i

AMANAT

YB DATO’ SRI LEE KIM SHIN
Menteri Pengangkutan, Sarawak

Salam Sejahtera, Salam Sarawakku Sayang,

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peringkat warga
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) yang telah menyumbang di dalam
membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan
(OACP) LSS 2022-2026 dengan jayanya.

Inisiatif yang telah digariskan melambangkan visi LSS khasnya dan Kementerian amnya
secara kolektif untuk memantapkan Governans, Integriti dan Antirasuah agar Kementerian
Pengangkutan Sarawak dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Pelan OACP LSS
dibangun seiring dengan pelan OACP Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) ini
akan menjadi panduan dan penanda aras kepada warga kerja dan pelanggan LSS dalam
mendukung usaha berkaitan Governans, Integriti, dan Antirasuah yang diterajui oleh
MOTS. Saya yakin OACP LSS akan memacu LSS di dalam kecapaian fungsi-fungsi
utama dan meneruskan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Akhir kata, saya menyeru semua warga LSS bersama-sama MOTS di dalam menjayakan
OACP yang telah dibangunkan dengan meningkatkan tahap amanah, ketelusan dan
akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan serta kecapaian organisasi BEBAS
RASUAH 100%.

Sekian, terima kasih

YB Dato’ Sri Lee Kim Shin

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 ii

PERUTUSAN

YB DATO HENRY HARRY ANAK JINEP
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai Dan Laut)

Setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dapat
membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan
(OACP) LSS 2022-2026 dengan jayanya.

Pelan ini menunjukkan komitmen LSS dalam usaha mencapai visi OACP iaitu ke arah
Organisasi yang Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah sejajar dengan visi Kementerian
Pengangkutan, Sarawak iaitu melahirkan warga MOTS yang Berintegriti Tinggi dan Bebas
Rasuah.

Untuk merealisasikan OACP LSS yang telah ditetapkan ia memerlukan komitmen
sepenuhnya semua peringkat warga LSS. Peranan dan tangunggjawab semua untuk
terlibat sama dalam membanteras serta menutup ruang dan peluang untuk berlakunya isu-
isu berkaitan integriti dan salah laku rasuah di dalam pengurusan sungai Negeri Sarawak
yang diamanahkan adalah mandatori di dalam memastikan penyampaian perkhidmatan
organisasi dengan lebih cemerlang.

Akhir kata, saya menyeru semua peringkat LSS menghayati Pelan yang telah dibangunkan
dan menggunakan ia sebagai garis panduan di dalam penyampaian perkhidmatan yang
telah diamanahkan serta membudayakan nilai-nilai Governans, Integriti dan Antirasuah.

Sekian, terima kasih.

YB Dato Henry Harry Anak Jinep

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 iii

PEMBUKA BICARA

YBhg. DATU BUCKLAND BANGIK
Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan
Sarawak

Salam Sejahtera,

Memperkasakan Tadbir Urus dan Integriti Warga Kementerian Pengangkutan Sarawak
(MOTS) dan Agensi di bawah Kementerian melalui Pematuhan terhadap Undang-Undang,
Peraturan dan Arahan yang berkuatkuasa adalah misi OACP MOTS di dalam
membanteras amalan rasuah dan salah laku di samping memastikan penyampaian
perkhidmatan yang cemerlang kepada pemegang taruh (stakeholders) dan masyarakat
umum. Syabas dan tahniah kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) kerana
berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption
Plan (OACP) untuk tempoh 2022-2026 seiring dengan misi OACP Kementerian.

OACP LSS adalah milik semua warga LSS dan inisiatif-inisiatif serta pelan tindakan yang
telah ditetapkan untuk menangani kelemahan-kelemahan yang telah berlaku dan daripada
pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling kita perlu dilaksanakan dengan jayanya
mengikut perancangan tanpa kompromi dan berteraskan integriti. Komitmen semua warga
LSS untuk membudayakan integriti di dalam penyampaian perkhidmatan juga akan
memantapkan Governans, Integriti dan Antirasuah organisasi secara keseluruhan.

Akhir kata, saya yakin pelan ini akan memanfaatkan LSS sepenuhnya di dalam memerangi
amalan rasuah dan salah laku demi mencapai visi organisasi bebas rasuah.

Sekian, terima kasih.

Datu Buckland Bangik

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 iv

UCAPAN

YBhg DR. MURNI BIN SUHAILI
Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Sebagai pembuka bicara marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
kerana limpah kurnia dan izin-Nya, kita telah berjaya membangun dan menyiapkan Pelan
Antirasuah (OACP) Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) 2022-2026.

OACP ini telah menyatukan semua usaha untuk memantapkan integriti, tadbir urus dan
antirasuah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam merealisasikan
pembangunan pelan ini. Semoga pelan ini akan menjadi panduan dan wadah semua warga
LSS, pemegang taruh dan masyarakat umum dalam usaha meningkatkan penyampaian
perkhidmatan yang cemerlang.

Justeru itu, saya menyeru agar setiap warga LSS memahami dan menghayati budaya yang
diterapkan dalam OACP ini serta menghindari diri daripada terjerumus dengan sebarang
amalan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang bertentangan dengan
prinsip moral dan integriti. Saya juga mengingatkan agar usaha meningkatkan integriti
dalam organisasi tidak terbatas kepada inisiatif-inisiatif yang dikenal pasti dalam dokumen
ini sahaja, tetapi usaha tersebut hendaklah diteruskan di mana-mana jua tanpa mengira
waktu dan tempat. Pemantauan secara berterusan dan tindakan-tindakan penambahbaikan
juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan pelan ini.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama membudayakan integriti dan memastikan LSS terus
cemerlang di dalam penyampaian perkhidmatan fungsi-fungsi utama yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih.

Dr. Murni Bin Suhaili

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 v

KATA ALUAN

LT. KOL. DING TIEW WONG (BERSARA)
Pemangku Controller

Salam Sejahtera,
Pelan Antirasuah Organisasi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) atau juga dikenali
sebagai Organisational Anti-Corruption Plan (OACP LSS) 2022-2026 adalah pelan
dokumen LSS bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan Governans,
Integriti dan Antirasuah dalam Organisasi. Pembangunan OACP ini selaras adalah dengan
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun
2018 Siri 2 No.1 Tahun 2019 di bawah inisiatif 6.2.1. serta Pekeliling Integriti Negeri
Sarawak Bilangan 1 Tahun 2020 yang mewajibkan Badan Berkanun untuk membangunkan
OACP organisasi. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di
dalam merangka serta menjayakan pembangunan OACP LSS bagi tahun 2022 sehingga
2026 ini.

27 inisiatif telah digubal sebagai benteng kepada berlakunya rasuah semasa menjalankan
fungsi-fungsi utama yang diamanahkan dan tiga bidang keutamaan OACP LSS yang telah
digariskan iaitu Penguatkuasaan, Kewangan dan Perolehan dan Urus Tadbir Korporat.
Sebagai agensi penguatkuasa yang mengutakuasakan ordinan dan peraturan-peraturan
berkaitan sungai, saya yakin keluarga besar LSS akan komit melaksanakan inisiatif-inisiatif
yang telah digariskan dalam Pelan Antirasuah LSS 2022-2026. OACP LSS juga
menggariskan pelan tindakan beserta sasaran yang realistik serta praktikal dan usaha
pemantauan pelaksanaan serta penilaian keberkesanan secara berterusan bagi
memastikan LSS adalah tanpa amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di
semua peringkat dapat dicapai.

Akhir kata, keluarga besar LSS perlu menggunakan OACP ini sebagai rujukan komprehensif
dan inklusif agar ia membawa impak maksima seperti yang dihasratkan serta memperkasa
integriti dan kerja bebas rasuah dapat direalisasikan. Kekallah beramanah, jujur, ikhlas,
berintegriti tinggi di dalam melaksanakan tugasan harian.

Sekian, terima kasih

Lt. KoL. Ding Tiew Wong (Bersara)

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 vi

PENGURUSAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sentiasa komited untuk memantapkan
pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah sedia ada dalam usaha menuju ke arah
organisasi LSS yang bebas rasuah dan membudayakan integriti yang tinggi. Pembangunan
Pelan Antirasuah Organisasi atau juga dikenali sebagai Organisational Anti-Corruption Plan
(OACP LSS) 2022-2026 adalah komitmen dalam menangani isu pelanggaran integriti,
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan keluarga besar LSS
selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk membudayakan integriti yang
tinggi dan menwujudkan budaya kerja bebas rasuah.

OACP LSS dirangka, dibangun dan distruktur secara komprehensif dengan mengambil kira
semua fungsi-fungsi utama LSS melalui penyatuan semua inisiatif yang dirumuskan dan
usaha pengukuhan untuk memperkasakan aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam
satu pelan yang sama. Pelan tindakan yang distruktur akan dipantau, dikaji
kerberkesanannya dan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan cabaran
semasa. Dalam aspek ini, maklumbalas secara berterusan dari keluarga besar LSS,
pemegang taruh dan masyarakat umum juga penting bagi memastikan sentiasa relevan.
LSS juga komited di dalam menwujudkan mekanisme kawalan dalaman yang
membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur sebagai salah satu
langkah mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua peringkat warga kerja LSS komited untuk
menjadikan OACP LSS 2022-2026 sebagai rujukan komprehensif dan inklusif dan
melaksanakan pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 vii

LSS Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
SRO Sarawak Rivers Ordinance
MMKN Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
MOTS Ministry of Transport, Sarawak
NACP National Anti-Corruption Plan
NKRA National Key Result Area
OACP Organisational Anti-Corruption Plan
PIN Pelan Integriti Nasional
JAR Jawatankuasa Antirasuah
UNION Unit Integriti & Ombudsman Negeri
SOP Standard Operating Procedure

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 viii

KERATAN AKHBAR DAN STATISTIK
TANGKAPAN KES RASUAH OLEH SPRM DI

MALAYSIA (2018 – 2020)

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 ix

STATISTIK TANGKAPAN KES RASUAH
OLEH SPRM DI MALAYSIA (2018 – 2021)

A. STATISTIK TANGKAPAN MENGIKUT KATEGORI BAGI TAHUN 2019 DAN 2020

B. STATISTIK TANGKAPAN SPRM JANUARI HINGGA JUN 2021

Sumber Data: SPRM

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 x

Isi Kandungan Muka
Surat
PRAKATA
AMANAT i
PERUTUSAN ii
PEMBUKA BICARA iii
UCAPAN iv
KATA ALUAN v
PENYATAAN KOMITMEN vi
GLOSARI KATA vii
KERATAN AKHBAR viii
STATISTIK RASUAH ix
BAB 1: PENGENALAN
1.1.0 Latar Belakang LSS 13
1.2.1 Visi, Misi dan Tagline 14
1.2.2 Nilai Murni 15
1.2.3 Piagam Pelanggan 16
1.2.4 Fungsi-fungsi Utama Agensi 17
1.2.5 Punca Kuasa LSS 18-20
1.2.6 Carta Organisasi 21
1.3.0 Definisi dan Dasar Rasuah 22
1.4.0 Punca Utama Rasuah dan Salah Laku Integriti di LSS 23
1.5.0 Bidang-Bidang Berisiko di LSS 24
25

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 xi

BAB 2: MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH Muka
2.1 Isu dan Cabaran Menangani Rasuah Surat
2.2 Keperluan kepada Kerangka LSS
2.3 Kerangka Pelan Antirasuah Organisasi LSS 26
2.4 Strategi dan Inisiatif di bawah Bidang Keutamaan
2.5 Bidang Keutamaan 27

28

29

30-31

32-43

BAB 3: TADBIR URUS 44
3.1 Pengenalan kepada Tadbir Urus 45
3.2 Prinsip-Prinsip Tadbir Urus 46-47
48
3.3 Mekanisme Perlaksanaan 49

3.4 Mekanisme Penyelarasan Pemantauan dan Penilaian

BAB 4 : Kesimpulan 50
51
4.1 Rumusan

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 xii

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 13

1.1

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak ditubuhkan pada 1 Oktober 1993 di bawah Seksyen 3
Ordinan Sungai-Sungai Sarawak 1993. Lembaga ini merupakan badan berkanun Negeri
yang secara langsung di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan
Pengangkutan Sarawak. Berkuasa pada 22hb Ogos 2019 Lembaga Sungai-Sungai
Sarawak diletakkan dibawah Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak berfungsi melalui sebuah Lembaga yang diketuai oleh
seorang Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga yang dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (MMKN). Operasi harian Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dikendalikan oleh
Kontroller yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Lembaga ini.

Sungai memainkan peranan yang utama dalam aktiviti ekonomi di negeri Sarawak di
samping menjadi kaedah yang mudah untuk pengangkutan penumpang dan barangan.
Selain itu, sungai juga merupakan sumber air bersih untuk minuman, riadah dan kegunaan
industri. Usaha awal dari segi perancangan pengangkutan di Malaysia yang dilakukan
dalam tahun 1968 tidak mengambil kira pengangkutan melalui sungai.

Antara sebabnya adalah di Semenanjung Malaysia keutamaan diberikan kepada
pembangunan jalan raya dan landasan kereta api kerana kebanyakan sungainya tidak
sesuai untuk perjalanan bot. Pada bulan Oktober 1989, Kerajan Negeri Sarawak telah
melantik DHV Consultants untuk menjalankan kajian kemungkinan terhadap
pengangkutan pesisir dan sungai di Sarawak.

Ordinan Sungai-Sungai Sarawak, 1993 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
Sarawak dalam bulan Mei 1993, dan dikuatkuasakan pada bulan Oktober 1993. Dengan
kuasa Ordinan ini, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah ditubuhkan pada bulan
Oktober 1993.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 14

1.2

1.2.1 VISI, MISI DAN TAGLINE

VISI Untuk Menjadi Agensi Peneraju Dalam
MISI Pengurusan Sungai Bagi Memastikan Sungai

Selamat, Bersih Dan Semulajadi

Untuk Memastikan Keselamatan dan
Kebersihan Sungai Melalui Penguatkuasaan

yang Efektif dan Penyampaian
Perkhdimatan yang efisien

TAGLINE

“SAFETY FIRST, ENFORCEMENT NOW”
“CLEAN WATER FOR ALL”

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 15

1.2
1.2.2 NILAI MURNI

INTEGRITI

BERORIENTASIKAN BAIK HATI DAN
HASIL PRIHATIN

NILAI-NILAI
BERSAMA

SEMANGAT PROFESIONALISME
BERPASUKAN

SIKAP
KESEGERAAN
DAN SEMANGAT

SEPUNYA

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 16

1.2

1.2.3 PIAGAM PELANGGAN

PERMOHONAN BAHARU PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI DIKELUARKAN

1 DALAM TEMPOH LAPAN (8) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN
LENGKAP DITERIMA
PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT PENGANGKUTAN
2 SUNGAI DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA (5) HARI BEKERJA
DARI TARIKH PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA
PERTUKARAN BUTIRAN PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI
3 (PEMILIK/JURAGAN) DIKELUARKAN DALAM TEMPOH LIMA
(5) HARI BEKERJA DARI TARIKH PERMOHONAN YANG
LENGKAP DITERIMA
PEMBATALAN PERMIT PENGANGKUTAN SUNGAI OLEH
4 PEMILIK DIPUTUSKAN DAN DIBUAT DALAM TEMPOH
EMPAT BELAS (14) HARI BEKERJA DARI TARIKH
PERMOHONAN YANG LENGKAP DITERIMA
PEMBATALAN/PENGGANTUNGAN PERMIT PENGANGKUTAN
5 SUNGAI OLEH LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
DIPUTUSKAN DAN DIBUAT DALAM (3) BULAN DARI TARIKH
LAPORAN SIASATAN DITERIMA
MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA KE ATAS

6 SETIAP ADUAN PELANGGAN YANG DITERIMA DALAM EMPAT BELAS (14)
HARI DARI TARIKH ADUAN DITERIMA

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 17

1.2

1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI

1 Merancang dan mengemukakan saranan kepada Kerajaan
Negeri dari segi pembangunan dan menambahbaik sistem
pengangkutan sungai secara menyeluruh di Negeri Sarawak;

2 Mengawal dan mengatur lalulintas air di pelabuhan dan
dermaga atau sungai dan pantai di perairan Sarawak;

Mengambil langkah-langkah yang perlu dan praktikal untuk

3 memastikan sungai-sungai dan pelabuhan-pelabuhan

sentiasa bersih dan tidak dicemari oleh sampah, bahan
buangan dan kotoran;

Memeriksa, mengkaji dan menentukan penggunaan serta
menambahbaik kebolehlayaran semua sungai untuk
4 pengangkutan dan mencegah sampah sarap dan sisa dari

kilang-kilang yang beroperasi di sepanjang sungai;

5 Mengawal dan mengatur lalulintas air di perlabuhan dan
dermaga atau sungai dan pantai di perairan Sarawak;

6 Mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah atau
mengurangkan kadar hakisan tebing sungai bagi melindungi
dan mengembalikan keindahan sungai;

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 18

1.2

1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI

7 Menyediakan dan menyelenggara kemudahan seperti
dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang;

8 Mencegah sebarang halangan terhadap mana-mana
sungai atau laluan air;

9 Mengemukakan saranan demi keselamatan pelayaran
kapal dan pencegahan pelanggaran di sungai;

Mengendali dan menyelenggarakan mana-mana baraj
10 atau pintu air dan mengawal serta mengatur laluan kapal

melalui baraj atau pintu air;

11 Mengurus dan menyelenggarakan mana-mana
dermaga, jeti atau terminal mendarat penumpang bagi
pihak kerajaan atau pihak berkuasa tertakluk kepada
semua terma dan syarat yang dipersetujui di antara
pihak Lembaga dan pemilik waf, jeti atau terminal
mendarat penumpang;

12 Menjalankan tugas-tugas lain diarahkan oleh MMKN 19

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026

1.2

1.2.4 FUNGSI–FUNGSI UTAMA AGENSI

Pursuant to the Ministers of the State Government
(Assignment of Portfolios) Order, 2022 [Swk. L. N. 17] dated
21st January 2022, which comes into force on 04th January
2022; among others as follows;

i Peraturan dan keselamatan trafik sungai dan pesisir;
ii Pembangunan dan pengurusan sistem pengangkutan sungai

Negeri;
iii Pengorekan di sungai dan survei hidrografi;
iv Pengangkutan termasuk keselamatan pelayaran dan

kebersihan di "specified water bodies";
v Penyediaan kemudahan awam untuk pengangkutan sungai

dan pesisir;
vi Waf dan jeti; dan
vii Pengurusan dan pengawalan untuk kawasan pesisir.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 20

1.2
1.2.5 PUNCA KUASA LSS

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 21

1.2

1.2.6 CARTA ORGANISASI ENFORCEMENT AND
LEGAL
CHAIRMAN
AND ADMINISTRATION

BOARD MEMBERS FINANCE

CONTROLLER HEADQUARTERS TECHNICAL SERVICES

RIVERINE SAFETY

BARRAGE AND
SHIPLOCK

REGIONAL OFFICES

REGION I, KUCHING REGION II, SIBU REGION III, MIRI
- KUCHING - SIBU - MIRI
- SRI AMAN - KAPIT - MARUDI
- BAKO - SONG - LIMBANG
- SEBUYAU - KANOWIT - LAWAS
- SARIKEI - BINTULU
- TG. MANIS - KUALA BARAM
- MUKAH
- DARO
- BAKUN
- BELAGA
- TG. LEBAAN
- NG. SEMARAM

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 22

1.3

1.3.1 DEFINISI RASUAH

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau
dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri
daripada wang, hadiah, bonus, perkhidmatan, jawatan, rupa, diskaun dan
sebagainya.

1.3.2 DASAR RASUAH

Kerajaan Negeri Sarawak telah menerima dokumen NACP 2019-2013
daripada Kerajaan Pusat sempena pelancaran Pelan Antirasuah Nasional
tersebut 29 Januari 2019 sebagai komitmen Kerajaan Negeri untuk
menjayakan agenda integriti. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sarawak melalui
UNION telah mengeluarkan Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bilangan 1
Tahun 2019, rujukan JKM/UNION/100-1/1/1/5(05) pada 29 April 2019
dengan tujuan memaklumkan semua Setiausaha Tetap Kementerian,
Ketua Jabatan Negeri dan Residen Bahagian bahawa;

• Kerajaan Negeri telah menerima pakai Arahan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 mengenai
Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia; Mekanisme
Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan;

• Kerajaan Negeri memutuskan bahawa JAR ditubuhkan di
peringkat Kementerian (JAR-Kementerian), Bahagian (JAR-
Bahagian) dan Jabatan (JAR-Jabatan); dan

• Menjelaskan secara terperinci mengenai terma rujukan bagi
Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut yang merangkumi
keanggotaan, peranan dan tanggungjawab, pelaporan isu, jadual
mesyuarat dan format laporan.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 23

1.4

Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan serta rekod yang dikumpul dari siasatan yang
telah dijalankan mendapati bahawa antara punca berlakunya kesalahan rasuah dalam
kalangan agensi adalah:

❑ Pegawai kurang berintergriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan;

❑ Kadar berhutangan yang serius;
❑ Kelemahan SOP serta tidak konsisten untuk mematuhi peraturan sedia ada

yang berkuatkuasa;
❑ Pegawai mempunyai kepentingan peribadi, hubungan yang akrab dengan

pembekal dan pembekal yang mengambil kesempatan mendorong kepada
ruang dan peluang antara kakitangan yang tidak bertanggungjawab;
❑ Terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti rasuah;
❑ Kurang pemantuan/penyeliaan;
❑ Kurang pengetahuan tentang kerja serta amanah;
❑ Ruang dan peluang;
❑ Dorongan pihak ketiga atau orang luar;
❑ Tiada tindakan tegas dan penalti; dan
❑ Salah guna kuasa.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 24

1.5

Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, terdapat tiga (3) bidang keutamaan
yang cenderong dan terdedah pada risiko governans, integriti dan rasuah di LSS telah
dikenal pasti.

1.5.1 TADBIR URUS KORPORAT
Tadbir urus merupakan proses dan aktiviti yang berterusan untuk mencapai
objektif yang ditetapkan. Perubahan organisasi yang efektif tidak akan berlaku
sekiranya pengurusan dan pentadbiran tidak dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan seterusnya mewujudkan masalah penyampaian perkhidmatan dan
masalah tata kelakuan pekerja.

1.5.2 PENGUATKUASAAN
Pengurusan sungai yang baik dapat membantu memastikan LSS menggunakan
peruntukan dengan cekap dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak dalam
pelaksanaan operasinya. Struktur tadbir urus yang baik juga bergantung kepada
pengurusan organisasi yang telus dan berkesan. Tadbir urus yang lemah akan
menjejaskan usaha pembangunan organisasi dan kepercayaan pelanggan dan
pihak berkepentingan terhadap LSS.

Aktiviti operasi adalah nadi utama LSS yang memerlukan ketelusan dalam
memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan adalah bebas daripada
unsur–unsur korupsi. Pematuhan kepada undang–undang, peraturan-peraturan
dan prosidur–prosidur adalah antara kunci kepada kelancaran perkhidmatan yang
ditawarkan. Antara isu–isu yang dikenalpasti adalah campur tangan pihak ketiga
atau pihak luar memmpengaruhi dalam urusan pentadbiran, tahap kawalan dan
keselamatan, serta penyampaian perkhidmatan dan pengurusan di LSS.

1.5.3 PEROLEHAN DAN KEWANGAN
Ketidakpatuhan kepada prosidur kewangan dan perolehan seringkali menjadi isu
utama LSS. Proses–proses kewangan dan perolehan yang tidak mematuhi
prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan akan menyebabkan kerugian kepada
perbelanjaan peruntukkan, sumber tenaga dan pembaziran masa pelaksanaan
di LSS.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 25

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 26

2.1

Pendekatan 5A digunakan secara menyeluruh dalam penyediaan OACP LSS 2022–2026
bagi memastikan Pelan Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut
perancangan yang ditetapkan. Pendekatan 5A tersebut adalah seperti berikut :

Jangkaan Diagnosis awal masalah, ancaman dan cabaran rasuah oleh
(Anticipation) organisasi melalui data Corruption Risk Management (CRM) ,
Bengkel Pembangunan OACP dan analisis maklumat
daripada pelbagai sumber. Langkah ini penting untuk
membantu organisasi mengenal pasti Langkah-langkah
pembetulan yang tepat untuk mengurangkan atau mengatasi
isu rasuah, governans dan integriti.

Advokasi Cadangan dasar dan peraturan mengatasi risiko rasuah
(Advocacy) dalam organisasi. Pembuat keputusan hendaklah
bertanggungjawab terhadap setiap syor dan seterusnya
Persekapatan mengambil Tindakan sama ada melalui pengukuhan
(Alliance) peraturan dan sistem, struktur, tenaga kerja, belanjawan atau
Latihan.
Tindakan
(Action) Kerjasama dan koordinasi antara pihak dalaman organisasi
dan luaran, termasuk mereka yang terlibat dalam
pelaksanaan dasar. Ia akan membantu organisasi untuk
memaksimumkan penggunaan sumber melalui perkongsian
dalam bentuk tenaga kerja, belanjawan dan logistik supaya
lebih berkesan.

Pelaksanaan atau penguatkuasa undang – undang, dasar
dan peraturan sama ada melalui mekanisme semak dan
imbang, pencegahan dan Latihan. Organisasi perlu
mengambil Tindakan tegas dan adil pada semua peringkat
untuk sebarang perlakuan yang bertentangan dengan
peraturan.

Akreditasi Memfokuskan proses pemantauan dan penilaian untuk
(Accreditation memastikan semua dasar dan peraturan telah dilaksanakan
spenuhnya oleh individu atau organisasi. Perkara ini penting
untuk memperbaiki dasar dan program sedia ada.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 27

2.2

Kerajaan telah menggantikan Pelan lntegriti Nasional (PIN) dan NATIONAL KEY
RESULT AREA (NKRA) -“Membanteras Rasuah”,dengan Pelan Antirasuah National
(NACP) yang lebih menyeluruh dan berupaya memberi impak positif yang berkekalan.
NACP diperkenalkan setelah mengambil kira pandangan pelbagai lapisan masyarakat
berhubung isu kebebasan, hak, kesejahteraan dan ketidakstabilan ekonomi negara.

Di peringkat Jabatan, OACP akan memacu ke arah peningkatan ketelusan,
dengan menerapkan prinsip integriti dan kebertanggungjawaban dalam semua sistem dan
prosedur di Jabatan ini. OACP ini juga bertujuan menghapuskan penyelewengan dan
kelemahan tadbir urus. Pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu
meningkatkan tahap ketelusan dan integriti Jabatan sekaligus meningkatkan persepsi
pengguna.

Beberapa bidang berisiko yang terdedah kepada perlakuan rasuah telah dikenal
pasti melalui kajian dan analisis terperinci terhadap data don hasil kajian daripada pelbagai
sumber serta Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM). Hasilnya, OACP menggariskan
sebuah kerangka yang menyeluruh dalam memerangi rasuah. Antara inisiatif yang
dirangka termasuklah memastikan setiap pemegang taruh menangani permasalahan
rasuah di Jabatan melalui pembangunan OACP.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 28

2.3

VISI Ke arah organisasi yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah

Meningkatkan kecekapan tadbir urus baik, memperkukuhkan

MISI integriti warga jabatan dan mengurangkan kadar salah laku
rasuah yang efektif dan penyampaian perkhdimatan yang

efisien

MATLAMAT Meningkatkan akauntabiliti, kredibiliti dan kualiti dalam
penyampaian perkhidmatan

BIDANG TADBIR PENGUATKUASAAN PEROLEHAN
KEUTAMAAN URUS DAN
KORPORAT
KEWANGAN

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 29

2.4

2.4.1 ANALISIS KUADRAN

Hasil analisis kuadran yang telah dilaksanakan, sebanyak 5 strategi dan 47 inisiatif yang
telah dikenalpasti yang akan diberi keutamaan dan dilaksanakan dalam tempoh lima (5)
tahun (2021-2025) berdasarkan punca untuk urus tadbir, risiko rasuah dan salahlaku
integriti yang ditemui. Keutamaan ini akan dilaksanakan melalui pelan Tindakan yang
berimpak tinggi dan kompleksiti rendah yang mana akan memberi kesan besar kepada
kecekapan dan ketelusan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Daripada 47 inisiatif yang telah dikenalpasti, 44 inisiatif (94%) adalah berada di kategori
Kuadran A dan 3 inisiatif (6%) adalah di dalam ketagori Kuadran B yang akan dilaksanakan
dengan usaha minima namun mendatangkan hasil positif yang besar.

A B

44 INISIATIF (94%) 3 INISIATIF (6%)
❖Inisiatif berimpak ❖Inisiatif berimpak

tinggi / kompleksiti tinggi / kompleksiti
rendah tinggi

C D

❖Inisiatif berimpak ❖Inisiatif berimpak
rendah / kompleksiti rendah /
rendah kompleksiti tinggi

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 30

IMPAK A B

❖Inisiatif berimpak tinggi / ❖Inisiatif berimpak tinggi /
kompleksiti rendah kompleksiti tinggi

C D

❖Inisiatif berimpak rendah ❖Inisiatif berimpak rendah /
/ kompleksiti rendah kompleksiti tinggi

KOMPLEKSITI

IMPAK : KOMPLEKSITI :

Kesan atau hasil positif yang dicapai Kesukaran dan kerumitan dalam

melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif pelaksanaan sesuatu inisiatif

STRATEGI 1 Meningkatkan tadbir urus sungai di bawah bidang kuasa LSS

STRATEGI 2 Meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pelaksanaan
STRATEGI 3 penguatkuasaan Sarawak Rivers Ordinance,1993 dan
STRATEGI 4 peraturan-peraturan berkaitan penguatkuasaan undang-undang
STRATEGI 5
Pemantapan tadbir urus dan modal insan Lembaga Sungai-
Sungai Sarawak

Memperkasakan dan memperkukuhkan keberkesanan
pengurusan perolehan

Mempertingkatkan tadbir urus dan pengurusan kewangan ke
arah integriti

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 31

BIDANG TADBIR URUS
KEUTAMAAN KORPORAT

1

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 32

2.5.1

12 1
INISIATIF STRATEGI
JANGKA
PANJANG 2
OBJEKTIF
STRATEGIK

0 10
INISIATIF RISIKO
JANGKA
PENDEK

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 33

BIDANG KEUTAMAAN 1: TADBIR URUS KORPORAT

STRATEGI : PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN MODAL INSAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI
SARAWAK

OBJEKTIF STRATEGIK 1: MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN UTAMA

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

1 Manipulasi Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A
Pentadbiran (2022-2026)
maklumat, terhadap Akta Rahsia

dokumen rasmi, Rasmi 1972 dan Akta

tandatangan dan Keselamatan

cop jabatan untuk

kepentingan

peribadi

2 Ketidakpatuhan i. Memantap dan Unit 5 Tahun A
A
kepada mengemaskini peraturan Pentadbiran (2022-2026) B
A
peraturan, dan proses kerja sedia ada A

undang-undang A

dan proses kerja ii. Meningkatkan Unit 5 Tahun
yang sedia ada kefahaman, pematuhan dan Pentadbiran (2022-2026)

pemakaian peraturan,

undang-undang dan

prosidur kerja

iii. Menyemak semula Unit Undang- 5 Tahun
peruntukan undang-undang Undang (2022-2026)
yang berkaitan di bawah
SRO, 1993

3 Penerimaan Menguatkuasa Unit 5 Tahun
hadiah/faedah perlaksanaan pekeliling Pentadbiran/ (2022-2026)
dari pihak berkaitan penerimaan
berkepentingan hadiah, imbuhan dan Integriti
ganjaran

4 Mengingkari Memberi kesedaran kepada Unit Sumber 5 Tahun
arahan kakitangan mengenai Manusia (2022-2026)
Ketua/Penyelia arahan berkaitan dengan
untuk mengingkari arahan dari
menjalankan Ketua Jabatan.
tugas

5 Pemantauan Meningkatkan kompetensi Unit Sumber 5 Tahun
yang kurang dan tanggungjawab Manusia (2022-2026)
tegas terhadap Penyelia
pegawai
bawahan

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 34

BIDANG KEUTAMAAN 1: TADBIR URUS KORPORAT

STRATEGI : PEMANTAPAN TADBIR URUS KORPORAT DAN MODAL INSAN LEMBAGA
SUNGAI-SUNGAI SARAWAK

OBJEKTIF STRATEGIK 2 : MELAHIRKAN MODAL INSAN DAN PEGAWAI YANG
BERAKAUNTABILITI BAGI MENAMBAHBAIK KEBERKESANAN
FUNGSI JABATAN

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

6 Kegagalan Mengukuhkan Unit 5 Tahun A

melaksanakan tugas pengetahuan dalam Sumber (2022-2026)

mengikut sasaran penyediaan Sasaran Kerja Manusia

kerja Tahunan (SKT)

7 Ketidaktelusan Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A
dalam membuat pegawai penyelia Sumber (2022-2026)
penilaian prestasi mengenai penilaian Manusia
Sasaran Kerja prestasi Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) Tahunan (SKT)

8 Penyalahgunaan Memberi kesedaran Unit 5 Tahun A
bahan terlarang mengenai kesan Sumber (2022-2026) A
penyalahgunaan bahan Manusia A
terlarang

9 Keberhutangan Memberi kesedaran Unit 5 Tahun
Sumber (2022-2026)
serius di kalangan mengenai kesan Manusia

pegawai dan keberhutangan serius

kakitangan

10 Mengambil cuti Memantapkan penyeliaan Unit 5 Tahun
tanpa kelulusan dan pemantauan Sumber (2022-2026)
mengenai pengurusan cuti Manusia
ketua jabatan

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 35

BIDANG PENGUATKUASAAN
KEUTAMAAN

2

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 36

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 - 2026 36

2.5.2

16 1
INISIATIF STRATEGI
JANGKA
PANJANG 2
OBJEKTIF
STRATEGIK

0 9
INISIATIF RISIKO
JANGKA
PENDEK

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 37

BIDANG KEUTAMAAN 2: PENGUATKUASAAN

STRATEGI : MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN
PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORDINANCE, 1993 DAN
PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS
ORIDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

1 Menjalankan I. Memastikan Unit 5 Tahun A

Tugas peraturan yang lapuk Penguatkuasaan (2022-2026)

penguatkuasaan / tidak berkaitan

tanpa mematuhi dikeluarkan daripada

prosidur Standard Operating

Procedure (SOP)

dan dikemaskini dari

semasa ke semasa

II. Memastikan anggota Unit 5 Tahun A
penguatkuasa Penguatkuasaan (2022-2026) A
sentiasa peka
dengan perubahan Unit 5 Tahun
peraturan Penguatkuasaan (2022-2026)

III. Memastikan operasi
penguatkuasaan
dilaksanakan secara
berkesan

IV. Memastikan Unit 5 Tahun A
anggota Sumber Manusia (2022-2026)
penguatkuasa A
diambil Tindakan A
berdasar Statutory A
Bodies (Conduct
and Discipline)
Ordinance 2004

2 Penyelewengan I. Meningkatkan Unit Pentadbiran/ 5 Tahun
Hasil Kutipan kesedaran intergriti di Integriti
(2022-2026)
Fee / Yuran oleh kalangan pegawai

anggota II. Membendung Unit Penguatkuasaan 5 Tahun

pemalsuan maklumat (2022-2026)

dan rekod kutipan hasil

3 Pemalsuan Membendung pemalsuan Unit Penguatkuasaan 5 Tahun

Maklumat dan maklumat dan rekod (2022 - 2026)

Rekod Kutipan kutipan hasil

Hasil.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 38

BIDANG KEUTAMAAN 2: PENGUATKUASAAN

STRATEGIK: MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KEBERKESANAN PERLAKSANAAN
PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS ORDINANCE, 1993 DAN
PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG

OBJEKTIF STRATEGIK 2: MEMPERKASAKAN PENGUATKUASAAN SARAWAK RIVERS
ORIDINANCE, 1993 DAN PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

4. Kepentingan Membendung kepentingan Unit 5 Tahun A
peribadi dalam peribadi dalam tindakan Penguatkuasaan (2022 - 2026)
mengambil penguatkuasaan
tindakan
penguatkuasaan

5. Pertimbangan Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A
yang tidak wajar Sarawak Rivers Ordinance, Undang-undang (2022 - 2026)

sehingga 1993 dan Peraturan-

menjejaskan Peraturan Berkaitan di dalam

kerja menjalankan tugas

penguatkuasaan

6. Gagal Meningkatkan kefahaman Unit 5 Tahun A
mengambil Sarawak Rivers Ordinance, Undang-undang (2022 - 2026)
A
tindakan 1993 dan Peraturan-
A
susulan ke atas Peraturan Berkaitan di dalam A

kes kesalahan menjalankan tugas

di bawah

Sarawak Rivers

Ordinance, 1993

dan Peraturan-

Peraturan

Berkaitan

7. Salahguna Memantapkan penyeliaan Unit Pentadbiran/ 5 Tahun
kuasa dalam dan pemantauan oleh
menjalankan pegawai penyelia Integriti (2022 - 2026)
tugas

8. Kebocoran Memantapkan pelaksanaan Unit Penguatkuasan 5 Tahun

maklumat operasi Arahan Keselamatan dan Akta Ibu Pejabat (2022 - 2026)

penguatkuasaan Rahsia Rasmi 1972

9. Penyalahgunaan Meningkatkan nilai integriti Unit Pentadbiran/ 5 Tahun

kad kuasa dikalangan anggota Integriti (2022 - 2026)

Lembaga Sungai- penguatkuasa

Sungai Sarawak

bagi tujuan

penyamaran

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 39

BIDANG
KEUTAMAAN PEROLEHAN DAN

3 KEWANGAN

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 40

2.5.3

7 2
INISIATIF STRATEGI
JANGKA
PANJANG 2
OBJEKTIF
STRATEGIK

0 7
INISIATIF RISIKO
JANGKA
PENDEK

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 41

BIDANG KEUTAMAAN 3: PEROLEHAN DAN KEWANGAN

STRATEGI 1: MEMPERKASA DAN MEMPERKUKUH KEBERKESANAN PENGURUSAN
PEROLEHAN

OBJEKTIF STRATEGIK 1: MEMPERKASAKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN
PEROLEHAN MELALUI PENGUKUHAN KERANGKA PEROLEHAN.

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

1 Pegawai Meningkatkan kompetensi Unit 5 Tahun

memecahkecilkan pegawai mengenai Tatacara Perolehan (2022-2026) A
B
perolehan Perolehan A
A
pembelian terus Mengambil tindakan punitif Unit Sumber 5 Tahun B
untuk mengelak terhadap pegawai yang Manusia (2022-2026) A
perolehan Sebut kerap melanggar SOP A
Harga/Tender perolehan A

2 Pegawai membuat Mempertingkatkan Unit 5 Tahun
perolehan bekalan pengetahuan dan kemahiran Perolehan (2022-2026)

/perkhidmatan dalam proses perolehan

/kerja tanpa Memperkukuhkan
kelulusan pematuhan ke atas prosidur

perolehan bekalan/

perkhidmatan/kerja

Memperkenalkan proses
permohonan perolehan
secara elektronik

3 Pegawai Meningkatkan kesedaran Unit 5 Tahun
membocorkan mengenai Akta Rahsia Pentadbiran (2022-2026)
Rasmi 1972 dan Undang-
maklumat Undang berkaitan perolehan
perolehan

Menambahbaik pengendalian
dokumen terperingkat

4 Pegawai tidak Memastikan pegawai yang Unit 5 Tahun
Perolehan (2022-2026)
mematuhi prosidur berkepentingan tidak terlibat

proses pemilihan dalam proses perolehan dan

pembekal pemilihan pembekal

perkhidmatan bekalan/perkhidmatan/kerja

Memastikan proses A
perolehan selaras dengan
Tatacara Perolehan Badan-
Badan Berkanun Negeri
Sarawak

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 42

BIDANG KEUTAMAAN 3: KEWANGAN DAN PEROLEHAN

STRATEGI 2: MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS DAN INTEGRITI KE ARAH PENGURUSAN
KEWANGAN

OBJEKTIF STRATEGIK 2: MENINGKATKAN AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN
KEWANGAN

BIL RISIKO INISIATIF PENERAJU TEMPOH ANALISIS
MASA KUADRAN

1. Kesilapan di Mengukuhkan pelaksanaan Unit 5 Tahun
dalam (2022-2026)
melaksanakan tatacara pembayaran Kewangan A
proses A
pembayaran kewangan

Melaksanakan polisi
pusingan tugas

Meningkatkan pematuhan A
AP 93

Memastikan setiap

pembayaran di buat

semakan oleh Penyelia A

terhadap baucar bayaran

dibuat

2. Pegawai Memantapkan pematuhan Unit 5 Tahun

membuat dan penguatkuasaan Kewangan (2022-2026)

pembayaran Arahan Perbendaharaan,

secara Proses dan Prosidur A
A
berkelompok Kewangan dan Pekeliling-

pada tarikh Pekeliling secara

penutupan akaun menyeluruh

tahun kewangan Menambahbaik kawalan

semasa dalaman bagi proses

pembayaran

3. Pegawai Memantapkan pematuhan Unit 5 Tahun
Kewangan (2022-2026)
membuat bayaran dan penguatkuasaan

untuk kerja Arahan Perbendaharaan,

penyelenggaraan Proses dan Prosidur A
A
tanpa perjanjian kewangan dan Pekeliling-

Pekeliling secara

menyeluruh

Menambahbaik kawalan
dalaman bagi proses
pembayaran

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 43

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 44

3.1

LSS telah menubuhkan struktur khusus pentadbiran antirasuah yang melibatkan pelbagai
peringkat berdasarkan “Pemantapan Governans, lntegriti dan Antirasuah dalam
pengurusan pentadbiran”.
Ia bertujuan untuk memantau kemajuan pelaksanaan yang akan dilakukan oleh setiap
bahagian di LSS agar selari dengan perancangan yang telah disediakan. Selain itu, langkah-
langkah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat
diselaraskan dengan lebih berkesan. Bagi memastikan pelaksanaannya bergerak seiring
dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan
Pemantauan OACP LSS hendaklah ditubuhkan seperti berikut:

Pengerusi:
Pemangku Controller

Keahlian
Assistant Controller - Enforcement & Legal

Assistant Controller - Riverine Safety
Assistant Controller - Technical Services
Assistant Controller - Barrage & Shiplock

Assistant Controller - Finance
Assistant Controller - Administration

Keahlian Jemputan
Mengikut Keperluan

Urus Setia
Unit Pentadbiran/Integriti

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022 2026 45

3.2

KOMITMEN PENILAIAN RISIKO
PENGURUSAN RASUAH

TERTINGGI

PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN LANGKAH
PENILAIAN KAWALAN DALAMAN

KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI

• Mengamal serta menghayati integriti dan nilai etika pada tahap yang tertinggi.
• Mematuhi sepenuhnya aspek dan keperluaan undang-undang dan peraturan

berkaitan dengan antirasuah yang berkuatkuasa.
• Pihak pengurusan tertinggi komited untuk memastikan setiap warga LSS mendukung

integriti sebagai budaya kerja dengan mengurus risiko antirasuah secara telus dan
berhemah.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 46

3.2

PENILAIAN RISIKO RASUAH

• Penilaian risiko rasuah akan dilaksanakan secara berkala dan mengikut keperluan dari
semasa ke semasa agar sentiasa relevan.

• Memberi keutamaan kepada risiko rasuah yang tinggi sama ada dalaman ataupun
luaran organisasi supaya peluang dan ruang rasuah dapat diminimumkan dan
dihapuskan.

PEMANTAUAN DAN
PENILAIAN

• Pemantauan inisiatif yang berimpak tinggi dilaksanakan oleh semua unit dan ketua
jabatan bagi menangani sebarang risiko yang berpunca daripada kelemahan
sktruktur tadbir urus, proses dan prosidur serta penguatkuasaan peraturan dan
undang-undang.

• Membuat penilaian melalui pengauditan secara berkala bagi memastikan
keberkesanan program, aktiviti dan insiatif yang dilaksanakan.

• Mengenalpasti masalah dan mencadangkan kaedah penyelesaian.

PELAKSANAAN LANGKAH
KAWALAN DALAMAN

• LSS akan memperkukuhkan kawalan dalaman yang bersesuaian bagi menangani
sebarang risiko rasuah ekoran dari kelemahan proses, prosidur serta tadbir urus.

• Memastikan OACP difahami oleh semua warga LSS.
• Memastikan inisiatif dilaksanakan mengikut pelan.
• Mewujudkan garis panduan dan SOP yang baharu sekiranya perlu.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 47

3.3

JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR)
KEMENTERIAN

Menerima laporan prestasi OACP daripada LSS (Tertakluk kepada arahan
Pengerusi JAR Kementerian)

JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR)
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
(DIPENGERUSI OLEH CONTROLLER)

Unit lntegriti sebagai Urusetia menilai prestasi semasa inisiatif yang
dilaksanakan melalui laporan pemantauan berkala

❑ Pembentangan status pencapaian dan pelaksanaan inisiatif di bawah OACP tiga (3)
kali setahun;

❑ Mendapatkan penjelasan daripada pelaksana Pelan Tindakan;
❑ Mengenalpasti penyelesaian terbaik;
❑ Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan organisasi; dan
❑ Memperakukan isu dan laporan untuk dikemukakan kepada JAR Kementerian (jika

perlu).

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK 2022-2026 48


Click to View FlipBook Version