PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD)
NAMA: SITI BASHIRAH BINTI ZAINUDIN.
NAMA PENSYARAH: DR. RASHIDAH BINTI MD HASAN.
KOD KURSUS: PIMK3123
NAMA KURSUS: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM.
APAKAH PBD?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan
pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif
dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.
BILA PBD BERMULA?
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS)
bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali
sebagai PBD.
APAKAH PERBEZAAN PBD
DAN PBS?
● PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat
empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
● PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi
semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan
antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.
APAKAH MATA ● Semua mata pelajaran KSSR dan
PELAJARAN KSSM.
YANG TERLIBAT ● Pelaksanaan konsep PBD berlaku
DENGAN PBD? secara berterusan dari Tahun 1
hingga Tahun 6 di sekolah rendah
dan dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 di sekolah menengah.
MENGAPAKAH PBD PENTING?
● PBD dapat membantu guru dalam:
i. Mengesan perkembangan murid
secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai
kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang
sesuai dengan serta merta
BAGAIMANAKAH PBD
DILAKSANAKAN?
● PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.
PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
● Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
APAKAH PERTIMBANGAN
PROFESIONAL?
● Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan
berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika
menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan
Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.
BAGAIMANAKAH PBD
DILAPORKAN?
● Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan
menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang
digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu
bapa.
BAGAIMANAKAH MEMASTIKAN
KUALITI PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH YANG DILAKSANAKAN?
● Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru
dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan
penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang
digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi
(perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan
profesional terhadap murid.
SIAPAKAH JAWATANKUASA
PEMANTAUAN KUALITI PBD?
● Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
i. Pengetua/Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan KoKurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas
vii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
viii. Ketua Panitia
ix. Guru Cemerlang
x. Jurulatih Utama
xi. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS
BERAPA KERAP PBD PERLU
DILAPORKAN?
● Sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
APAKAH SALURAN YANG
DISEDIAKAN BAGI
MENDAPATKAN MAKLUMAT
BERKAITAN KSSM?
● Buku Panduan
● Portal http://bpk.moe.gov.my/
● JPN
● PPD
ADAKAH BPK MENYEDIAKAN
REKOD TRANSIT?
● Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen
seperti rekod mengajar, buku catatan guru,
senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain-
lain tempat merekod yang sesuai.
ADAKAH BPK MENYEDIAKAN
FORMAT PELAPORAN
PENGUASAAN MURID DALAM
PBD?
● Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang
disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.
ADAKAH TEMPLAT PELAPORAN
PBD YANG BAHARU INI UNTUK
SEMUA TAHUN DAN TINGKATAN?
● Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan
kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada
tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1
dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR
(Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
● Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun
2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.
MENGAPAKAH TIADA SURAT
SIARAN ATAU PEKELILING
UNTUK MELAKSANAKAN PBD?
● PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada
kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan
kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat
pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan
2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah
SPI Bil. 9/2016.
APA PERBEZAAN TAHAP
PENGUASAAN UMUM DENGAN
TAHAP PENGUASAAN
KESELURUHAN?
● Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua
mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata
pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap
Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan
iaitu pada akhir tahun persekolahan.
SEKIAN
TERIMA KASIH