The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liaziqah138, 2022-04-21 01:11:20

TOKOH GURU BERJIWA PENDIDIK

TOKOH GURU BERJIWA PENDIDIK

Welcome presentation

PENDAHULUAN

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Di samping itu juga guru perlulah terlebih dahulu terampil
dengan kepribadian unggul sama ada dari aspek ilmu
pengetahuan, kemahiran, akauntabiliti dan bersikap positif bagi
memastikan anak didiknya kelak berjaya menjadi Modal Insan
kelas pertama yang dihasratkan dalam membangun negara
bangsa.

Kebebasan membina persepsi terhadap pendidikan secara
kontekstual merupakan satu peluang yang sangat berharga bagi
individu yang berada dalam lapangan pedagogi itu sendiri. Hal ini
kerana peluang itu dapat merangsang pemikiran seorang guru
untuk lebih memahami dan menjiwai watak guru sebagaimana
seharusnya dilakukan seawal mendapat pendedahan di institusi
pendidikan guru.

TOKOH GURU
BERJIWA PENDIDIK

BIODATA GURU
Puan Nor Azizah Binti Abdullah

Guru Bahasa Melayu dan Sejarah

Pendidikan Awal : Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail
Petra,Kota Bharu

Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang : Diploma
pendidikan Malaysia (3 tahun)

Ijazah Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (5tahun)

23 tahun tempoh berkhidmat di SK Taman Melawati 2,Selangor.

Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2 kali

Dilantik sbg Guru Cemerlang Daerah Gombak

GURU BERJIWA PENDIDIK

Terlibat pembinaan Modul Pelajaran Sejarah ketika mata
pelajaran Sejarah diperkenalkan buat pertama kali di Sk
Rendah tahun 2006

Terlibat dalam Unit Latihan dan Perkembangan Staf

Jurulatih Utama Setiausaha Latihan Personal Daerah
Gombak

Membuat beberapa kajian tindakan utk mengatasi
masalah murid dalam pembelajaran

Membimbing beberapa orang Murid Pendidikan Khas
Inklusif mencapai Tahap A dalam BM pemahaman dan
penulisan

BIBLIOGRAFI

Link Video Temu Ramah

https://youtu.be/rWJP-msItnI

Aspirasi dalam dunia pendidikan

1. Guru menjadi pembimbing dan pendorong

murid dalam kelas mahupun luar kelas

2. Guru mendidik murid-murid untuk

mewujudkan hubungan kuat walaupun berbeza


kaum dan bangsa

3. Guru perlu ada perancangan sebelum menjalankan sesi pengajaran

dan pembelajaran (PdP)

5 Aspirasi Pendidikan Negara

1.Akses : Layanan kesamarataan pendidikan berhak didapatkan
murid agar dapat mengembangkan kebolehan mereka

2. Kualiti : Semua murid akan mendapat pendidikan yang berkualit
daripada guru agar mendapat kejayaan

3. Ekuiti : Sistem pendidikan yang berprestasi tinggi menyediakan
pendidikan yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira latar
belakang

4. Perpaduan : Guru perlu memberi didikan awal dalam
memupuk semangat perpaduan dalam diri murid agar
dapat melahirkan generasi yang boleh menyumbang
keharmonian negara

5. Kecekapan : Guru perlu ada asas kemahiran sama ada
dalam teknik pedagogi mahu pun bidang teknologi digital
untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran

RUMUSAN

Lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dibangunkan sebagai satu pelan tindakan untuk meningkatkan
prestasi murid sejajar dengan standard pendidikan antarabangsa
dalam usaha mempersiapkan generasi muda Malaysia untuk
menghadapi keperluan abad ke-21.

Selain itu, PPPM juga dilaksanakan dalam tiga gelombang yang
berfokus kepada lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid
dengan melibatkan 11 anjakan dalam sistem Pendidikan. Lima
aspirasi tersebut meliputi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan juga dibina.

Seterusnya, enam aspirasi murid berfokus kepada pengetahuan;
kemahiran berfikir; kemahiran memimpin; kemahiran dwibahasa;
etika dan kerohanian; dan identiti nasional . Guru yang berjiwa
pendidik pasti mampu membimbing muridnya untuk memiliki nilai
keinsanan dengan kualiti peribadi dan jalinan sosial yang baik


Click to View FlipBook Version