Liceria & Co. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA ALIAH HAZIQAH BINTI ZUNAIDI PAI 4 2021052340186
PENGHARGAAN Saya bersyukur ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugasan Bulan Sabit Merah Malaysia ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai dari pelbagai pihak. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Pertamanya, jutaan terima kasih saya ucakan kepada pensyarah-pensyarah yang telah memberi penerangan dan bimbingan dengan bersungguhsungguh berkaitan tugasan dari awal hingga ke akhirnya. Seterusnya, tidak juga saya lupakan kepada rakan-rakan Bulan Sabit Merah Malaysia yang turut membantu dan memperbaiki kekurangan tugasan yang telah saya siapkan sebelum ini.
ISI KANDUNGAN Pengenalan Takwim aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia Program Bulan Sabit Merah Malaysia bagi sekolah rendah Skim latihan Bulan Sabit Merah Malaysia Program Bulan Sabit Merah Malaysia Laporan Penutup Rujukan
PENGENALAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, malah KPM juga telah menjadikan Persatuan Bulan Sabit Malaysia sebagai salah satu persatuan rasmi yang bebas menganjurkan aktiviti di sekolah. Hal ini kerana, semangat perpaduan dan kesukarelawanan boleh dipupuk dalam kalangan murid dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti kesukarelawanan. Bulan Sabit Merah Malaysia telah bermula pada tahun 1948 sebagai sebuah Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Setelah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, cawangan-cawangan di Semenanjung Tanah Melayu telah bersatu sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Ho Kah Yee, 2023) . Kemudian ia telah diperbadankan mengikut perlembagaan sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.
TAKWIM AKTIVITI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Pendaftaran belia telah dilaksanakan bagi kemasukan ahli-ahli baharu Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Tawau. Tarikh pendaftaran adalah bermula 1 Januari dan berakhir pada 31 Mac 2011. Jika diperhatikan, tempoh pendaftaran bagi belia Bulan Sabit Merah adalah selama tiga bulan iaitu Januari, Februari dan Mac. Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia telah memberi masa yang cukup lama bagi menerima kemasukan ahli belia baharu bagi cabang Tawau. Seterusnya, mesyuarat dalam kalangan pegawai belia Bulan Sabit Merah juga telah dijalankan dalam tempoh pendaftaran belia iaitu pada tarikh 11 Mac hingga 12 Mac 2011. Sebulan selepas itu, mesyuarat pemimpin belia turut dilaksanakan iaitu tiga bulan sekali. Setelah selesai pendaftaran masuk ahli belia Bulan Sabit Merah, orientasi pegawai belia telah dijalankan bagi menjalankan sesi suai kenal antara ahli baharu. Kemudian pada tarikh 10 sehingga 12 Jun 2011, upacara kemasukan ahli baharu atau dikenali sebagai Hari Palang Merah Sedunia telah dijalankan. Slah satu tujuan ia disambut adalah untuk menyambut baik kemasukan ahli baharu Bulan Sabit Merah Malaysia. Pada 28 Mei 2011 pula, Bulan Sabit Merah Malaysia cabang Tawau telah membuat jualan bendera bagi sebagai salah satu inisiatif untuk mendapatkan sumber pendapatan. Selepas itu, kursus jurulatih untuk pegawai belia dan penolong pegawai belia berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 20 sehingga 23 September. Di samping itu, beberapa kursus telah dilaksnakan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia selama tiga bulan berturut-turut. Kursus yang dilaksanakan termasuklah kursus dan peperiksaan pertolongan cemas asas, kursus dan peperiksaan pendidikan Palang Merah/ UUKA serta kursus dan peperiksaan pendidikan asas. Bulan Sabit Merah Malaysia juga telah mengadakan malam seni kebudayaan pada bulan Jun selama dua hari sebagai salah satu aktiviti tahunan yang sangat diraih. Lanjutan daripada itu, perkhemahan pegawai belia juga telah dijalankan pada hujung tahun iaitu pada bulan Disember selama lima hari. Konklusinya, Bulan Sabit Merah Malaysia telah banyak mengadakan aktiviti pada tahun 2011 bermula dari bulan Januari sehingga bulan Disember yang diakhiri dengan perkhemahan. Oleh itu, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Tawau telah melaksanakan aktiviti sepanjang tahun dengan jayanya.
PROGRAM BULAN SABIT MERAHMALAYSIA BAGI MURID SEKOLAH RENDAH
Orientasi Belia dan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia Salah satu program yang telah dilaksanakan termasuklah Orientasi Belia dan Kanak-kanak BSMM Peringkat Daerah yang telah diadakan di Putatan, Kota Kinabalu. 14 buah sekolah telah menyertai program ini iaitu lapan daripadanya adalah sekolah rendah. Program ini telah berjalan pada waktu cuti sekolah bagi mendedahkan murid sekolah rendah terhadap beberapa kemahiran sepanjang program di samping menyerahkan lencana kecekapan seperti : 1.Latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) 2.Latihan fizikal (luar sekolah) 3.Penilaian orientasi (ujian) Ramai ibu bapa turut menyokong pelaksanaan program ini iaitu dengan menghantar dan melihat anak-anak mereka menjalankan aktiviti berkaitan Bulan Sabit Merah Malaysia seperti yang dinyatakan di atas. .Di samping itu, penyerahan lencana kecekapan juga dijalankan kepada mereka yang telah berjaya melengkapkan dan meningkatkan kecekapan berdasarkan silibus latihan kecekapan yang terdapat dalam buku panduan NO 7.
SKIM LATIHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Untuk memastikan, setiap ahli BSMM adalah berpengetahuan dan berkemahiran, satu skim latihan iaitu latihan kecekapan telah dilaksanakan. Ia merangkumi: 1.Lencana Pendidikan Palang Merah 2.Lencana Pendidikan Kesihatan 3.Lencana Kem Kraf 4.Lencana Pertolongan Cemas 5.Lencana Persahabatan Antarabangsa Tujuan latihan kecekapan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan unit BSMM mengikut bidang tertentu. Berikut merupakan sukatan pelajaran yang dijadikan panduan bagi sekolah rendah yang terdiri daripada tiga tahap iaitu: Tahun 4 Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah : 10 jam Pendidikan Kesihatan: 6 jam Tahun 5 Pertolongan Cemas Junior: 12 jam Persahabatan Antarabangsa: 6 jam Tahun 6 Perkhemahan, kem kraf dan kawad kaki: 6 jam LENCANA KECEKAPAN Tahap 1 - Tahun 4 Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Murid perlu lulus ujian lisan dalam mata pelajaran Pendidikan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah yang dijalanakan oleh guru pemimpin persatuan di sekolah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Pendidikan Kesihatan Murid perlu lulus ujian lisan dan amali berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan dengan kerjasama guru pemimipin PBSM di sekolah. . Tahap 2 - Tahun 5 Pertolongan Cemas Lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran dengan kerjasama guru pemimipin PBSM. Persahabatan Antarabangsa Lulus ujian lisan dan amali mengikut sukatan pelajaran dengan kerjasama guru pemimipin PBSM. Tahap 3 - Tahun 6 Kem Kraf Lulus dalam penyediaan satu projek kraf tangan dengan bimbingan guru PBSM. Projek adalah berdasarkan sukatan pelajaran. Selain itu, murid perlu menyertai aktiviti perkhemahan dan menguasai kawad (11 hukuman).
Bagi mendapatkan lencana kecekapan, perlu berdasarkan standard sebagai syarat seseorang murid melepasi silibus dan memperoleh anugerah lencana kecekapan. Berikut adalah sukatan pelajaran bagi setiap tahap: Tahap 1- Tahun 4 Salah satu daripada pelajaran yang mereka perlu kuasai adalah pendidikan kesihatan. Hal ini demikian kerana, kesihatan adalah perkara asas yang perlu didedahkan seterusnya wajib mereka kuasai sebagai ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Perkara yang diketengahkan dalam pendidikan kesihatan BSMM adalah dari segi kebersihan. Misalnya, kebersihan diri, kawasan rumah dan bilik darjah. Kesannya, murid-murid akan sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian mereka sekali gus kesihatan turut terjaga. 1.Menjaga kebersihan diri Rambut, gigi, kuku, kaki, pakaian, tangan dan kulit. 2. Menjaga kebersihan kawasan rumah Ruang tamu, bilik tidur, tandas, ruang dapur, halaman rumah dan longkang. 3.Menjaga kebersihan kawasan bilik darjah Meja, kerusi, papan hitam, lampu, kipas, lantai, keceriaan bilik darjah dan ruang lapang sekolah. Tahap 2 - Tahun 5 Seterusnya, bagi tahap 2 iaitu BSMM tahun 5 perlu menguasai bab pertolongan cemas junior. Hal ini tercetus apabila, pertolongan cemas merupakan satu perkara yang paling utama atau tunjang dalam aktiviti persatuan. Tujuan pertolongan cemas didedahkan pada peringkat awal adalah supaya mereka dapat mengamalkannya apabila diperlukan dalam waktu kecemasan sama ada di rumah mahupun sekolah. Antara perkara yang ditekankan dalam pertolongan cemas junior termasuklah luka dan pendarahan, patah tulang, terbakar, melecur, pernafasan dan gigitan serangga. SUKATAN PELAJARAN 1.Pertolongan cemas di rumah Tujuan pertolongan cemas, cara mendapatkan bantuan Ambulans, cara mudah membawa pesakit, menamakan jenis-jenis kecederaan yang biasa berlaku di sekolah serta cara mengelakkannya. 2. Bantu mula asas - pertolongan cemas asas Bebat dan balutan (balutan dan pembalut), jenis-jenis anduh (anduh besar, anduh tiga segi, anduh kecil) 3. Luka dan pendarahan luka, luka melekat “impeled” , luka terhiris luar, lebam, pendarahan, berdarah hidung/telinga, pendarahan mulut. 4. Patah tulang kaki, tangan, selangka 5. Keracunan Makanan dan bukan makanan 6. Terbakar/melecur Bahan pepejal, cecair, bahan kimia, arus elektrik, melecur, haba lembab, air mendidih dan wap dari minyak panas. 7.Pernafasan Pitam, tercekik dan pemulihan pernafasan. 8. Gigitan serangga Tebuan, lebah, kala jengking, lipan dan ular. Di samping itu, pada tahap 2 juga pelajaran berkaitan persahabatan dan persefahaman antarabangsa juga ditekankan. Persahabatan dan persefahaman antarabangsa 1.Perpaduan dan keamanan dunia 2.Hidup bermasyarakat Kaedah dan cara berhubung dengan masyarakat setempat, negeri, antarabangsa dan dunia. 3. Tahap 3 - tahun 6 Bagi tahap 3 pula, murid-murid lebih diberi pendedahan dan penekanan dalam aktiviti perkhemahan. Tujuannya adalah untuk menerapkan sikap berdikari kepada setiap individu dengan kemahiran-kemahiran tertentu. 1. 2.Mendirikan khemah secara berkumpulan Menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan dan negeri masing-masing. 3. Mengenali bendera kebangsaan dan negeri masing-masing. 4. Menyediakan projek kraftangan secara berkumpulan. 5. 6.Kawad kaki
PROGRAM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Malaysia telah menawarkan perkhidmatan ambulans selama 24 jam. Para sukarelawanan juga berpeluang untuk memberi perkhidmatan ambulans kepada masyarakat. Di samping itu, BSMM turut aktif menghulurkan bantuan apabila berlakunya bencana alam. Perkhidmatan Ambulans dan Bantuan Bencana Alam Program Kemasyarakatan Program Pertolongan Cemas - Orang Awam Sejak penubuhan BSMM, mereka tidak asing lagi dengan tanggunjawab dalam memberi pertolongan kepada semua pihak. Oleh itu, mereka banyak menglibatkan diri dalam kursus-kursus yang berkaitan dengan pertolongan cemas. Antaranya, kursus asas pertolongan cemas, kursus pertengahan pertolongan cemas dan lain-lain. Mereka turut aktif menghulurkan bantuan apabila berlakunya bencana alam. Program Kesedaran Kesihatan Terdapat banyak program kesedaran kesihatan yang diadakan di perkampungan, sekolah termasuklah tempat awam. Ini adalah untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan kebersihan. Selain itu, Bulan Sabit Merah Malaysia juga banyak menjalankan kerja-kerja amal, program kesihatan dan keselamatan. Sejajar itu, BSMM mengharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran mereka akan kepentingan dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Tambahan lagi, BSMM juga kerap menjadi sokongan kepada mana-mana aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.
Rujukan Abdulrahman. (2019, Mac 26). Luangkan cuti sekolah dengan orientasi BSMM. MalaysiaAktif. https://malaysiaaktif.my/2019/03/luangkan-cuti-sekolahdengan-orientasi-bersama-bsmm/ Ho Kah Yee. (2023). Bulan Sabit Merah Malaysia [Google Site]. https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/bulansabit merahmalaysia/utama?authuser=0 Matnasir. (2024). Lencana kecekapan kanak-kanak [Scribd.com]. Slideshare. https://www.scribd.com/embeds/379135689/content? start_page=1&view_mode=scroll&access_key=keyfFexxf7r1bzEfWu3HKwf
Lampiran Berikut merupakan dokumentasi aktiviti lawatan unit BSMM IPGKT yang telah dijalankan pada 7 Februari 2024 : Sesi taklimat Bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia Penerangan berkaitan struktur organisasi BSMM Pelajar mendengar taklimat Dr Norjanah memberi ucapan penghargaan
PENUTUP Kesimpulannya, Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan salah satu persatuan yang sangat aktif bergiat di seantero dunia. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan seperti program kesedaran kesihata, program kemasyarakatan, bantuan bencana alam dan sebagainya. Bukan itu sahaja malah, persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah juga banyak melaksanakan program berdasarkan standard iaitu yang bersesuaian dengan murid sekolah rendah yang ditetapkan pihak kerajaan.