ASPIRASI DAN HALA TUJU
PENDIDIKAN SERTA
IMPLIKASI TERHADAP
GURU BERJIWA PENDIDIK
PENDAHULUAN
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Di samping itu juga guru perlulah terlebih dahulu terampil
dengan kepribadian unggul sama ada dari aspek ilmu
pengetahuan, kemahiran, akauntabiliti dan bersikap positif bagi
memastikan anak didiknya kelak berjaya menjadi Modal Insan
kelas pertama yang dihasratkan dalam membangun negara
bangsa.
Kebebasan membina persepsi terhadap pendidikan secara
kontekstual merupakan satu peluang yang sangat berharga bagi
individu yang berada dalam lapangan pedagogi itu sendiri. Hal ini
kerana peluang itu dapat merangsang pemikiran seorang guru
untuk lebih memahami dan menjiwai watak guru sebagaimana
seharusnya dilakukan seawal mendapat pendedahan di institusi
pendidikan guru.
Aspirasi dan halatuju dalam dunia pendidikan
1. Guru menjadi pembimbing dan
pendorong murid dalam kelas mahupun
luar kelas
2. Guru mendidik murid-murid untuk
mewujudkan hubungan kuat walaupun
berbeza kaum dan bangsa
3. Guru perlu ada perancangan sebelum menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP)
5 Aspirasi Pendidikan Negara
1. Akses : Layanan kesamarataan pendidikan berhak didapatkan
murid agar dapat mengembangkan kebolehan mereka
2. Kualiti : Semua murid akan mendapat pendidikan yang berkualit
daripada guru agar mendapat kejayaan
3. Ekuiti : Sistem pendidikan yang berprestasi tinggi menyediakan
pendidikan yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira latar
belakang
4. Perpaduan : Guru perlu memberi didikan awal dalam
memupuk semangat perpaduan dalam diri murid agar
dapat melahirkan generasi yang boleh menyumbang
keharmonian negara
5. Kecekapan : Guru perlu ada asas kemahiran sama ada
dalam teknik pedagogi mahu pun bidang teknologi digital
untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran
Implikasi terhadap guru berjiwa pendidik
1. Melahirkan modal insan guru yang mempunyai ciri-ciri
kepimpinan dan boleh menyumbang bakti kepada negara.
2. Guru dapat mencapai objektif sesuatu mata pelajaran yang diajar
3. Membentuk guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan sahsiah.
4. Menjadi halatuju kepada para guru untuk menjadi guru yang
mempunyai ciri ciri guru cemerlang sepanjang perkhidmatan.
TOKOH GURU
BERJIWA PENDIDIK
BIODATA GURU
Puan Nor Azizah Binti Abdullah
Guru Bahasa Melayu dan Sejarah
Pendidikan Awal :Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail
Petra,Kota Bharu
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang :Diploma
pendidikan Malaysia (3 tahun)
Ijazah Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (5tahun)
23 tahun tempoh berkhidmat di SK Taman Melawati 2,Selangor.
Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2 kali
Dilantik sbg Guru Cemerlang Daerah Gombak
Sumbangan kepada pencapaian sekolah
Terlibat pembinaan Modul Pelajaran Sejarah ketika mata
pelajaran Sejarah diperkenalkan buat pertama kali di Sk
Rendah tahun 2006
Terlibat dalam Unit Latihan dan Perkembangan Staf
Jurulatih Utama Setiausaha Latihan Personal Daerah
Gombak
Membuat beberapa kajian tindakan utk mengatasi
masalah murid dalam pembelajaran
Membimbing beberapa orang Murid Pendidikan Khas
Inklusif mencapai Tahap A dalam BM pemahaman dan
penulisan
RUMUSAN
Lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dibangunkan sebagai satu pelan tindakan untuk meningkatkan
prestasi murid sejajar dengan standard pendidikan antarabangsa
dalam usaha mempersiapkan generasi muda Malaysia untuk
menghadapi keperluan abad ke-21.
Selain itu, P P P M juga dilaksanakan dalam tiga gelombang yang
berfokus kepada lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid
dengan melibatkan 11anjakan dalam sistem Pendidikan. Lima
aspirasi tersebut meliputi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan juga dibina.
Seterusnya, enam aspirasi murid berfokus kepada pengetahuan;
kemahiran berfikir; kemahiran memimpin; kemahiran dwibahasa;
etika dan kerohanian; dan identiti nasional .Guru yang berjiwa
pendidik pasti mampu membimbing muridnya untuk memiliki nilai
keinsanan dengan kualiti peribadi dan jalinan sosial yang baik
LAMPIRAN
Link Video Temu Ramah
https://youtu.be/rWJP-
msItnI