MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-39 SEKOLAH KEBANGSAAN KG. MAJU JAYA TARIKH : 8 JUN 2024 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI LOKASI : DEWAN SEJAYA PERASMIAN OLEH : YANG BERHORMAT TUAN AZNAN BIN TAMIN PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 SK Kg. Maju Jaya 3 2 Senarai Guru Besar Yang Telah Berkhidmat di SK. Kg. Maju Jaya 4 3 Sejarah SK. Kg. Maju Jaya 5 4 Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SK. Kg. Maju Jaya 6 5 Kata-kata Aluan Guru Besar SK. Kg. Maju Jaya 7 6 Aturcara Majlis 8 7 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023-2024 9 8 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 10 9 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 11 10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 12-15 11 Penyata Kewangan PIBG 2023 16 12 Rumusan Usul Yang Diterima 17-18 13 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024-2025 19 14 Penghargaan 20 ISI KANDUNGAN
SK KG. MAJU JAYA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) JKR 2854, Jalan Kempas Lama 81300 Johor Bahru, Johor Telefon: 07-5569045 KOD SEKOLAH : JBA1024 Email : [email protected] Ruj. Kami : SKKMJ.100-9/4/1/2 ( ) Tarikh : 12 Mei 2024 Kepada : Ibu Bapa / Penjaga Murid SK Kg. Maju Jaya 81300, Skudai, Johor Bahru. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) KALI KE-39 (TAHUN 2024) Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya kali ke-39 / 2024 akan diadakan seperti ketetapan berikut : 2.1. Tarikh : 8 Jun 2024 (Sabtu) 2.2. Masa : 9.00 pagi 2.3. Tempat : Dewan SEJAYA, SK Kg. Maju Jaya 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat 3.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-38 3.3 Pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan PIBG sesi 2023-2024 3.4 Pembentangan & penerimaan laporan kewangan berakhir 31 Dis 2023 3.5 Membahaskan usul /cadangan yang diterima 3.6 Penetapan sumbangan PIBG Sesi 2024 /2025 3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2024/2025 3.8 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 3.9 Ucapan Penangguhan 4. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa PIBG SK Kg. Maju Jaya sesi 2023-2024 dengan hormat dan sukacitanya menjemput tuan/puan ke mesyuarat yang tersebut. Sekiranya tuan/puan mempunyai usul/cadangan, sila kemukakan sebelum 16 Mei 2024 melalui borang yang dilampirkan. Kesudian tuan/puan meluangkan masa amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sekian, wassalam. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ( ROSLAN BIN HASSAN ) Yang Dipertua, PIBG SK Kg. Maju Jaya 3
SENARAI GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMAT DI SK KG. MAJU JAYA PROFIL SEKOLAH 4
SEJARAH SK KG. MAJU JAYA Sekolah Kebangsaan Kg. Maju Jaya merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) yang terletak di JKR 2854, Pos Skudai, Jalan Kempas Lama, 81300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Pada tahun 1960, pihak Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) telah menguruskan permohonan untuk menubuhkan sebuah sekolah di Kampung Lembaga Tebrau. Antara pengasas sekolah ini ialah yang diketuai oleh En. Pardi B. Kardain, En. Sulaiman B. Kasmijan, En. Fadil B. Hj. Abdul Rahman, En. Mohamad B. Hj. Osman dan En. Kadir B. Abdullah. Sekolah Rendah Kerajaan Lembaga Tebrau dibuka pada tahun 1961. Pada ketika itu sekolah hanya beroperasi di sebuah bangsal zink. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Abdul Rahman B. Hamzah. Dua tahun selepas penubuhannya (1963), sebuah bangunan satu tingkat siap dibina dan dilabel sebagai JKR 2854. Pada tahun 1965, sekolah ini mula beroperasi di bangunan baru yang menyediakan 3 bilik darjah. Pada tahun 1970, Kampung Sinaran Baru dibuka. Situasi ini menyebabkan berlakunya pertambahan jumlah murid. Bagi menampung keperluan bilik darjah, sebuah lagi bangunan baru dibina pada tahun 1973. Kepesatan perkembangan pendidikan yang menjurus ke arah teknologi yang canggih telah mendorong pihak Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan peruntukan untuk membina sebuah bilik sumber, perpustakaan, kantin dan tandas. Pada tahun 1991, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Maju Jaya. Pada tahun 1993, berlaku pertambahan murid secara mendadak ekoran daripada pembukaan beberapa perkampungan baru di kawasan ini. Perkembangan ini disebabkan oleh pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan. Maka pada 1 Julai 1993 sekolah ini telah melaksanakan persekolahan dua sesi iaitu pagi terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan 6, manakala sesi petang tahun 1 dan 2. Pada tahun 2003, bangunan baru 3 tingkat siap dibina bagi menampung pertambahan murid. Bangunan ini menempatkan sebuah makmal sains, Bengkel Kemahiran Hidup, dua bilik darjah serta tandas guru dan murid. Di atas usaha gigih PIBG sekolah ini yang mengambil berat tentang keselesaan dan kemajuan pendidikan anak kampung disini pada tahun 2011 sekolah telah mendapat peruntukkan yang besar dari kerajaan dengan pertambahan 2 bangunan 4 tingkat di sekolah ini. Pada tahun 2012 SK Kg. Maju Jaya telah mencapai impian untuk melaksanakan persekolahan satu sesi tetapi tahun 2019 kembali kepada 2 sesi semula. Kini tahun 2024, SK Kg. Maju Jaya dikenali sebagai SEJAYA telah pun mengorak langkah dengan warganya yang semakin membesar iaitu seramai 965 orang murid, 64 orang guru dan 5 orang AKP. 5
SEKAPUR SIREH YANG DIPERTUA PIBG SK KG. MAJU JAYA, JOHOR BAHRU Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t, terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan para ibu bapa yang telah berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program sehingga sekolah SK Kg Maju Jaya dipilih antara IKON PIBK sejak tahun 2017 lagi. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan. Pihak PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti di sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2023/2024 telah cuba untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan kepada kami dengan terbaik dan berintegriti. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Kami juga mengharapkan sumbangan tenaga, idea dan sebagai dari pihak tuan/puan bagi membantu program dan pembangunan sekolah ini, khususnya meningkatkan pencapaian pendidikan dan membina sahsiah anak-anak. Tuan/puan bolehlah melihat buku mesyuarat agung kali ini di mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG yang telah diberikan kepada pihak sekolah termasuk memberi sumbangan kebajikan kepada murid -murid dan membantu dalam apa jua kegiatan yang bermananfaat khususnya melibatkan murid-murid.Sebagai contoh membiayai pasukan Kalam Sya’bi ke peringkat kebangsaan di negeri Kelantan baru-baru ini. Di kesempatan ini, saya sekali lagi menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan sebagainya lagi dalam membantu pihak sekolah dalam membaikpulih prasarana sekolah yang sebahagiannya sedikit uzur. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan pada September 2013 menganjurkan penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan sektor swasta bagi menjayakan transformasi pendidikan negara. Justeru itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta inisiatif sarana ibu bapa perlu digarapkan semaksimun mungkin agar dapat direalisasikan hasrat ini serta dapat menunjukkan impak positif terhadap keberhasilan murid dalam semua aspek berdasarkan falsafah kebangsaan. Mudah-mudahan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat tercapai dan dimakbulkan oleh Allah Taala. Sekian, terima kasih. ____________________________ (ROSLAN BIN HASSAN) Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SK Kg. Maju Jaya, Johor Bahru 6
SECALIT KAPUR GURU BESAR SK KG. MAJU JAYA, JOHOR BAHRU Bismillahirahmanirahim… Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Permuafakatan ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa tetapi mustahak untuk murid-murid di sekolah kerana dengan bantuan PIBG, pelbagai aktiviti dan kebajikan pihak sekolah terjamin. Tuan-tuan dan puan-puan, Antara perancangan Sekolah Kebangsaan Kg Maju Jaya adalah: 1.Persekitaran fizikal sekolah yang bersih, ceria dan kondusif. 2.Program Kecemerlangan Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum berimpak tinggi. 3.Mewujudkan sekolah yang berwatak atau “Trademark School” Jalinan dan Jaringan antara pihak luar seperti NGO, Ketua Masyarakat, ibubapa dan penduduk setempat antara faktor yang penting dalam menyumbang memenjadian murid. Sesungguhnya, apa yang disasarkan adalah merupakan harapan seluruh Warga SEJAYA. Jestru , marilah bersama-sama berganding bahu dalam satu hala tuju yang sama melalui prinsip kerja MAJU JAYA untuk merealisasikan harapan dan impian ke arah “Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid” dapat dicapai. “SEJAYA KE PUNCAK GEMILANG” Sekian, Terima Kasih. __________________________ (EN. DOLIE @ GL SHAMSYUL BIN EDDIE @ IDEA) Guru Besar SK Kg. Maju Jaya, Johor Bahru. 7
ATUR CARA MAJLIS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SKKMJ KALI KE-39/2024 9.00 pagi : Ketibaan ibu bapa dan pendaftaran 9.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 bermula : Membentang dan mengesahkan Minit MAT PIBG kali ke-38 : Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2023/2024 : Membentang dan menerima Laporan Kewangan PIBG berakhir 31 Dis 2023 : Membahaskan usul yang diterima : Penetapan Sumbangan PIBG bagi sesi 2024/2025 : Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2023-2024 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2024-2025 : Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2023-2024 : Cabutan Bertuah (1) oleh En. Roslan bin Hassan 11.00 pagi : Ketibaan YB Tuan Aznan bin Tamin : Perasmian Dewan SEJAYA : Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku : Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Zulfadhli bin Md Idris : Ucapan alu-aluan oleh En. Dolie @ GL Shamsyul bin Eddie @ Idea (Guru Besar) : Ucapan En. Roslan bin Hassan selaku Yang Dipertua PIBG : Ucaptama & Perasmian Penutup oleh YB Tuan Aznan bin Tamin (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor) : Persembahan Murid I : Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG 2023-2024 : Persembahan Murid II : Cabutan Bertuah (2) oleh YB Tuan Aznan bin Tamin : Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi daripada Pihak Sekolah : Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi daripada Pihak PIBG 12.30 tghri : Jamuan VIP dan bersurai 8
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 EX-OFFICIO EN. DOLIE @ GL SHAMSYUL BIN EDDIE @ IDEA YANG DIPERTUA EN. ROSLAN BIN HASSAN NAIB YANG DIPERTUA EN. MUHAMMAD RIZAL BIN RAHMAT SETIAUSAHA EN. MUHAMMAD AIZAT BIN AB AZIZ PEN. SETIAUSAHA EN. SAIFUL AZALI BIN ARIFFIN BENDAHARI EN. ABDULLAH AMMAR BIN AZIZAN AHLI JAWATANKUASA AJK IBUBAPA EN. MUHAMMAD ARIDI BIN MAT EN. MOHAMAD HALIL BIN HASHIM EN. ZAINI BIN KASIRIN PN. RUHAYZAN BINTI IDRIS PN. SYARIFAH FAZLINA BINTI SYED ISMAIL PN. MASITA BIN SALLEHUDIN PN. SITI ZILIA BINTI KASIRIN AJK GURU EN. MUZAFAR MOHAMAD BIN MOKSIN PN. ERZURA NAJWA BINTI OTHMAN PN. JAMIZA AZZUANA BINTI JAMALUDDIN PN. MARINA BINTI MASRAN PN. MAIZATULASMAH BINTI NORMAN 9
JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARATAGUNG PIBG KALI KE-39/2024 SK KG. MAJU JAYA EX-OFFICIO : EN. DOLIE @ GL SHAMSYUL BIN EDDIE @ IDEA (GURU BESAR) YANG DIPERTUA : EN. ROSLAN BIN HASSAN NAIB YANG DIPERTUA : EN. MUHAMMAD RIZAL BIN RAHMAT SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD AIZAT BIN AB AZIZ PEN. SETIAUSAHA : EN. SAIFUL AZALI BIN ARIFFIN BENDAHARI : EN. ABDULLAH AMMAR BIN AZIZAN JK SAMBUTAN & PROTOKOL PN. ROSNANI BINTI JONO PN. UNGKU MASILA BINTI UNGKU MANSOOR PN. FARINA WAIDA BINTI MANSOR EN. ROSWADI BIN ALI JK PENDAFTARAN CIK FATIN ANISA’ BINTI RANI (K) PN. NOR SYAZWANI BINTI MOHD HASSAN CIK NUR SYAHIRA BINTI ASEK PN. ETY SUFIYATI BINTI MOHD SALLEH PN. KHAIRUNISHA’ BINTI BAIS JK HADIAH CABUTAN BERTUAH PN. SHARIFAH FAZLINA BINTI SYED ISMAIL (K) PN. SITI ZILIA BINTI KASIRIN PN. RUHAYZAN BINTI IDRIS PN. MASITA BINTI SALLEHUDIN EN. ZAINI BIN KASIRIN TN. HJ. MUHAMMAD HALIL BIN HASHIM EN. MUHAMMAD ARIDI BIN MAT JK PENCATAT MINIT MESYUARAT PN. MARLINDA BINTI NGALIMAN (K) PN. ASRINA BINTI MOHD ARIS PN. NORANIZA BINTI ZA’BA JK TEKNIKAL & ICT EN. RAIMIZAM BIN ROSLI (K) EN, MUZAFAR MOHAMAD BIN MOKSIN EN, AHMAD AZHANI BIN YACCOB EN. MOHD KHAIROL RIZAM BIN MAT JELIS JK JAMUAN VIP & AHLI PIBG PN. MAIZATULASMAH BINTI NORMAN (K) PN. NORSILAWATI BIN IBRAHIM PN. KAVITHA A/P RAMACHANDRAN PN. NUR YASMIN BINTI ITHNIN PN. SHARIPAH FAIZA BINTI SYED OTHMAN JK PERSEMBAHAN & KAWALAN PESERTA CIK UMMI HANANI BINTI HJ. SHUKOR (K) CIK NURFARHAH IMAN BINTI ALIAS PN. NORASIKIN BINTI MOHD REMLI EN. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NOOR PN. HJH. HANIZAH BINTI SAKIRON PN. SITI AISHAH BINTI AMID EN. ADI SAIFUDDIN BIN ZAMZAM JK SIJIL, HADIAH & CENDERAMATA CIK NURHAYATI BINTI MOHD KOYAH (K) PN. IZZAN FARIHA BINTI SHUHAIMI PN. NUR FARAH SYAZLIN BINTI SULAIMAN PN. FATIMATUL ZAHARA BINTI GHAZALI PN. SANTHINI A/P SIVAGURU PN. NURUL RASYIDAH MUNIRAH BINTI PUNIRAN JK PERSIAPAN DEWAN & TEMPAT EN. SAIFUL AZALI BIN ARIFFIN (K) EN. MUHAMAD ROSLEEZAN BIN ARISAN EN, MOHAMAD AYUB BIN MAT YUSOF (V) EN. NABIL NUKMAN SYAFIQ BIN ROSLAN JK FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI EN. MOHD SHAQUILE BIN MOHD ROSTAM (K) EN. MUHAMMAD HIDAYAT BIN ZAILAN (V) EN. SYARAFUDDIN BIN SAZALI (F) JK NOMBOR CABUTAN PN. KHAIRUL BARIAH BINTI MOHD ALIFIAH (K) PN. NAVA RANJINI A/P CHELVAM PN. SITI NOOR FADHILAH BINTI YAKUB EN. AHMAD ZAKARIA BIN MAZLAN JK PENGACARA MAJLIS PN. MARINA BINTI MASRAN (K) EN. MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MD IDRIS (DOA) JK PERSIAPAN TEMPAT & BACKDROP PN. SUZANA BINTI YUSOF (K) PN. MARYAM JAMILAH BINTI ARIFFIN PN. WIRDAH RAIHAN BINTI MOHAMAD PN. HJH. ASNIDAR BINTI ABDUL SALIM CIK NUR NAJAT NABILAH BINTI SHAHRIL HASHIMYPN. SALBIAH BINTI MAHROJI PN. MADIHA BINTI MUSA CIK HASLINA BINTI MOHD RAJI PN. TENA THARSHENE A/P RAVI PN. NURATHIRAH ASMAA’ BINTI AWANG LAH 10
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 2. Ucapan Guru Besar SK Kg. Maju Jaya 3. Membentang & mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke-38 2023 4. Membentang & meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Dis. 2023 5. Membentang & bahas usul-usul 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 7. Pelantikan Pengerusi Sementara 8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 8.1 Seorang Yang Dipertua 8.2 Seorang Naib Yang Dipertua 8.3 Enam orang Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) 8.4 Seorang Pemeriksa Kira-Kira (Juruaudit Ibu Bapa) 9. Lain-lain hal 10. Ucapan Penangguhan 11. Mesyuarat ditangguhkan 11
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38 TAHUN 2023/2024 TARIKH : 24 JUN 2023 / SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN KASIH BONDA, SKKMJ KEHADIRAN : 167 ORANG PENGERUSI : EN. ROSLAN BIN HASSAN (YDP PIBG 2022/2023) 1. UCAPAN ALU-ALUAN 1.1 Ucapan En. Roslan bin Hassan, Yang Dipertua PIBG iaitu Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa/penjaga kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini. 1.2 Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana mesyuarat kali ini diadakan di Dewan Kasih Bonda (dewan baharu yang diterima daripada peruntukan KPM) berbanding tahun lepas yang masih dalam pembinaannya. 1.3 En Roslan bin Hassan memaklumkan yang beliau mula diberi amanah memegang jawatan YDP PIBG pada sesi 2021 /2022. Mulai sesi 2022/2023 keahlian beliau sebagai ahli PIBG sekolah ini masih sah walaupun anaknya tidak lagi bersekolah di sini (keahlian sah untuk 2 tahun) sehingga 2023/2024. Beliau menyerahkan atas keputusan ibu bapa yang hadir untuk pelantikan sekali lagi jawatan tersebut yang akan diputuskan dalam pelantikan kali ini. 1.4 YDP juga memaklumkan misi beliau sebelum ini adalah untuk menyediakan ‘smart tv’untuk sekolah. Namun begitu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak JKR terlebih dahulu atas factor keselamatan kerana ianya melibatkan pendawaian elektrik yang memerlukan ketelitian sebelum ianya dipasang. 1.5 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang bersama-sama beliau mulai tahun 2021 hingga 2023 yang telah banyak memberi kerjasama dan sumbangan tenaga, wang ringgit dan jasa sepanjang menerajui jawatankuasa PIBG. 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-37 2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, En Muhammad Aizat b. Ab Aziz dan disahkan setelah menerima cadangan serta sokongan dari ahli yang lain. Pencadang : En. Idham Hadi bin Mohd Zawawi Penyokong : Pn. Marlina binti Selamat 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI SESI 2022/2023 3.1 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, En. Muhammad Aizat b. Ab Aziz. 3.2 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG telah disahkan setelah menerima cadangan dan sokongan ahli. Pencadang : Pn. Norhayati bt Zakaria Penyokong : En. Mohamad Nizam b. Wahab 12
4. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022. Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 dibentangkan oleh Bendahari PIBG, En Abdulllah Ammar bin Azizan. Baki pada 1.1.2022 sebanyak RM46777.03 dan baki dibawa ke hadapan (31 Disember 20022) sebanyak RM 19254.08. Pencadang : Pn. Norhayati bt Zakaria Penyokong : En. Mohamad Nizam b. Wahab 5. PERBAHASAN USUL 5.1 Berikut ialah usul/cadangan yang telah diterima secara bertulis serta dibincangkan semasa mesyuarat kali ini. Pembawa Usul Nama Anak Cadangan Keputusan 1. Nor Mazliana bt Wasilan A’isy Syarifuddin (5CA) Kebersihan dan Kemudahan di Tandas Diterima 1. Masita bt Salllehudin Muhammad Azim (6CG) Baju murid perempuan berlengan panjang Diterima dan akan bermula pada 2024 kerana pembekal perlu menghabiskan stok sedia ada 2. Muhammad Rizal bin Rahmat Adriana Balqis (2CK) Sumbangan PIBG dinaikkan dari RM50 kepada RM60 Diterima sebulat suara 5.1.1 Kebersihan & Kemudahan di Tandas - Pn Ungku Masila memaklumkan kebersihan dan kemudahan di tandas juga merupakan tanggungjjawab bersama di mana ianya juga melibatkan peranan ibu bapa untuk menjaga kebersihan tandas bermula dari rumah. - Tabung Penyelenggaraan Tandas akan diwujudkan sebagai langkah untuk menampung kos menyelengara dan membaikpulih tandas 6. PENETAPAN SUMBANGAN PIBG BAGI SESI 2023/2024 DAN YURAN SEKOLAH BAGI MURID BUKAN WARGA NEGARA. 6.1 Sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah RM60 bagi setiap keluarga dan telah dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa. Sumbangan Ahli PIBG = RM 50.00 Komputer/Penyelenggaraan Tandas = RM10.00 JUMLAH RM60.00 7. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Yang Dipertua PIBG, En. Roslan bin Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 yang telah membantu dan bekerjasama melaksanakan aktiviti PIBG sepanjang tahun. Seterusnya, beliau mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. 7.2 Pn.Ungku Masila bt Ungku Mansoor mengambil alih sebagai Pengerusi Sementara bagi mempengerusikan agenda pemilihan Jawatankuasa Sesi 2023/2024. 13
8. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 8.1 Cadangan dan undian telah dibuat untuk pemilihan. Berikut ialah senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 yang telah dilantik. 14 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Pn Rosziah Johar selaku Guru Besar memberi penjelasan berhubung beberapa perkara khususnya berkaitan usul/cadangan yang telah dibawa oleh ibu bapa dalam borang usul. 9.1.1 Cadangan supaya saringan semula murid yang lemah dalam pencapaian akademik Saringan ini telah pun dilaksanakan pada semua murid kecuali murid Tahun 1 berdasarkan keputusan Ujian Akhir Tahun Sesi Akademik 2022/2023. 9.1.2 Cadangan mengadakan Kelas Tambahan Berbayar Waktu malam - Buat masa ini pihak sekolah tidak dapat membenarkan kelas mala mini diadakan factor keselamatan dan kekangan masa guru yang akan terlibat. . Selain itu, penggunaan pelantar pembelajaran digital Zoom A juga merupakan salah satu cara pembelajaran yang baik untuk membantu peningkatan akademik murid-murid. 9.1.3 Cadangan Sediakan Loker/Rak Buku di dalam bilik darjah – Penggunaan loker di kelas adalah untuk murid Tahun 1 dan murid Tahun 2 yang telah disediakan oleh KPM. Bagi murid Tahun 3 -6, penyediaan loker ini memerlukan kos sendiri daripada ibu bapa dan perlu menguruskannya bersama-sama. Masalah timbul apabila kebanyakan kelas Tahun 1 dan 2 ( yang telah ada loker KPM) berkongsi dengan kelas Tahun 3 dan 4. Ruang penyediaan loker akan menyebabkan ruang belajar murid dalam kelas semakin terhad dan sempit. Bagi kelas yang tidak berkongsi pula, setiap tahun kelas-kelas ini akan berubah kedudukannya dan pastinya pergerakan loker akan turut dibawa bersama ke kelas tahun semasa. Oleh itu, sekiranya hendak diadakan juga loker untuk murid-murid Tahun 3-6 perlukan perancangan yang sebaiknya daripada pihak ibu bapa dan sekolah. 9.1.4 Guru besar juga meminta Kerjasama Ibu bapa untuk memantau penggunaan telefon pintar anak-anak kerana pelbagai sikap kurang baik telah dikenalpasti berlaku akibat penggunaan gajet tanpa kawalan seperti mengantuk dalam kelas, kurang focus terhadap pembelajaran , meniru perbuatan yang tidak bermoral seperti melukis tatoo pada lengan , membuli dan sebagainya yang tidak bermanfaat kepada murid-murid sekolah rendah.
Disediakan oleh : Disemak oleh : _______________________________ ______________________ (MUHAMMAD AIZAT BIN AB AZIZ) (ROSLAN BIN HASSAN) Setiausaha, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa - Guru, Persatuan Ibu Bapa - Guru, Sesi 2023-2024 Sesi 2022-2023 Diakui oleh : Disahkan oleh : __________________________ ________________________ (ROSLAN BIN HASSAN) (ROSZIAH BINTI JOHAR) Yang Dipertua, Guru Besar Persatuan Ibu Bapa - Guru, SK Kg Maju Jaya Sesi 2023-2024 9.1.5 Ibu bapa juga diminta melatih anak-anak agar cakna dengan setiap arahan, pesanan dan kerja sekolah yang diberi oleh guru dan tidak terlalu bergantung kepada perkongsian di WhatsApp kelas sahaja.Sikap anak-anak yang kurang cakna ini menyebabkan mereka tidak ambil peduli dengan tugasan yang diberi guru untuk disiapkan kerana beranggapan ibu bapa yang akan menyelesaikannya untuk mereka. 9.1.6 Cadangan pemakaian baju KRMJ dan baju sukan untuk sepanjang tahun Ianya di luar bidang kuasa pihak sekolah kerana pemakaian Tshirt ini adalah tertakluk kepada arahan-arahan semasa daripada KPM. Buat masa ini pemakaian tshirt dibenarkan adalah kerana factor cuaca panas yang sedang melanda seluruh negara. Oleh itu, KPM membenarkan pemakaian tshirt buat masa ini untuk mengelakkan strok haba dan sebagainya yang berkaitan dengan cuaca panas. 9.1.1 Prosedur mengambil anak yang kurang sihat di sekolah Guru kelas akan menghubungi ibu bapa untuk mengambil anak di sekolah sekiranya didapati kurang sihat. Ibu bapa perlu berurusan di pejabat sekolah terlebih dahulu untuk mengisi dokumen yang berkaitan sebelum dibenarkan mengambil anak di Bilik Kesihatan dan akhirnya baharulah boleh membawa anak pulang untuk dirawat di klinik berhampiran. 9.1.2 Ucapan Penutup – Guru besar berharap Jawatankuasa PIBG2023/2024 yang baharu dilantik dapat menggerakkan pelbagai program untuk membantu kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid SK Kg Maju Jaya dalam pelbagai bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum disamping mewujudkan persekitaran dan kelestarian sekolah yangkondusif untuk menarik murid-murid datang ke sekolah. 9.2 Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024, En Roslan bin Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau akan cuba sedaya upaya memikul amanah yang diberikan dan memohon sokongan serta kerjasama daripada ahli untuk melaksanakan aktiviti PIBG dan membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi. 15
16 PENYATA KEWANGAN TAHUN 2023 Disediakan oleh : Disemak oleh : _______________________________ ______________________ (ABDULLAH AMMAR BIN AZIZAN) (MAIZATULASMAH BINTI NORMAN) Bendahari Kehormat, Juru Audit 1, Persatuan Ibu Bapa Guru, Persatuan Ibu Bapa Guru, Sesi 2023-2024 Sesi 2023-2024 Disemak oleh : Disemak oleh : _______________________________ ______________________ (SITI ZILIA BINTI KASIRIN) (ROSLAN BIN HASSAN) jJuru Audit 2, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Guru, Persatuan Ibu Bapa Guru, Sesi 2023-2024 Sesi 2023-2024
BIL PEMBAWA USUL NAMA ANAK CADANGAN 1 PN. RUHAYZAN MYA QAISARA (4CA) MOHON DIBENARKAN MURID BERJAWATAN KHAS SELAIN PEGAWAS SEKOLAH SEPERTI PRS, PUSTAKAWAN DAN LAINLAIN UNTUK MEMAKAI TUDUNG IKUT JAWATAN SEPANJANG MASA BERADA DI SEKOLAH 2 PN. SITI FARHANA WAN KHAIZURAN DANISH (2CS) CADANGKAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH GUNA CHANNEL WHATSAPP BERBANDING GROUP WHATSAPP KELAS. 3 EN. MOHAMAD SUHAIMI HISHAN NUR FATIHAH NAJWA (5CG) NUR FATIHAH NAUFAL (2CS) CADANG LANTIK PENGAWAL KESELAMATAN/RELA UNTUK JAGA LALU LINTAS DI SIMPANG UTAMA JALAN MASUK KE SEKOLAH KETIKA WAKTU PUNCAK IAITU WAKTU HADIR DAN PULANG 4 EN. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL AIRIS SALSABILA (1CK) ADAKAN LAMPU ISYARAT UNTUK JALAN BESAR SEBELUM MASUK SIMPANG KG. MAJU JAYA 5 PN. AINOR SHAHIDAH MUHAMMAD HARIS (2CS) PENAMBAHBAIKAN DAN KEBERSIHAN TANDAS MURID 5 PN. NORSHUHANA RIA MOHAMAD ERFAN (6CG) MOHAMAD ERWAN (3CG) MINTA PIHAK SEKOLAH SEDIAKAN SABUN DALAM TANDAS 6 EN. WAN HAZIZE WAN MUHAMMAD DARWISY (4CK) MINTA PIHAK SEKOLAH ADAKAN APPS PANTAU PRESTASI MURID DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT USUL DAN CADANGAN TAHUN 2024 17
BIL PEMBAWA USUL NAMA ANAK CADANGAN 7 PN. NORSYAKILLA NUR AINA TALITA (1CK) GURU PERLU GUNAKAN PELBAGAI TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN UNTUK TARIK MINAT MURID 1. GURU PERLU GUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 2. 8 PN. NOOR FARIZA ILLYANA MAWADDAH ADRIANA (5CK) MOHON PIHAK SEKOLAH GANTIKAN KIPAS YANG ROSAK DI DALAM KELAS 9 PN. SUZILAWATI SITI NURUL FATHIAH (2CG) BERHARAP JUMLAH YURAN PIBG DIKURANGKAN DISEBABKAN EKONOMI YANG MENINGKAT SECARA MENDADAK 10 EN. ZAINI ZEMAM (5CK) ZIDAN (3CK) MOHON PIHAK SEKOLAH ADAKAN KELAS KHAS UNTUK MURID-MURID YANG BELUM MENGUASAI KEMAHIRAN 3M USUL DAN CADANGAN TAHUN 2024 18
19 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SK KG. MAJU JAYA SESI 2024/2025 BIL JAWATAN NAMA 1 EX-OFFICIO 2 YANG DIPERTUA 3 NAIB YANG DIPERTUA 4 SETIAUSAHA 5 BENDAHARI 6 AJK IBU BAPA 7 AJK IBU BAPA 8 AJK IBU BAPA 9 AJK IBU BAPA 10 AJK IBU BAPA 11 AJK IBU BAPA 12 AJK GURU 13 AJK GURU 14 AJK GURU 15 AJK GURU 16 AJK GURU 17 JURU AUDIT DALAMAN 1 (IBU BAPA) 18 JURU AUDIT DALAMAN 1 (GURU)
20 SEKALUNG PENGHARGAAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39/TAHUN 2024 YB TUAN AZNAN BIN TAMIN PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR YANG DIPERTUA PIBG DAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SESI 2023-2024 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 GURU-GURU DAN STAF SOKONGAN SK KG. MAJU JAYA PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39