KAJIAN TERHADAP CIRI–CIRI USAHAWAN,
KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN, PERANAN USAHAWAN
DAN CABARAN PERNIAGAAN BAGI
MIEKA CORNER
ABSTRAK
Kajian yang dilaksanakan adalah untuk mengkaji sebuah perniagaan iaitu Mieka Corner
yang merangkumi aspek yang hendak diteliti iaitu ciri-ciri usahawan, kaedah memulakan
perniagaan, peranan usahawan dan cabaran perniagaan. Kaedah kajian yang digunakan
ialah dengan menggunakan data sekunder dan data primer sebagai rujukan kajian ini seperti
temu bual, internet, rujukan buku ilmiah dan akhbar. Ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh
Puan Norlila ialah berani mengambil risiko dan sanggup berkorban manakala ciri
usahawan menurut Stephen Covey ialah lakukan perkara yang utama dahulu dan tajamkan
gergaji. Kaedah memulakan perniagaan ini ialah memulakan sendiri. Peranan usahawan
dalam pengurusan ialah pengawalan dan pengorganisasian. Puan Norlila menggunakan
sumber modal tidak formal iaitu simpanan sendiri serta menerima bantuan kewangan yang
berbentuk skim bantuan kewangan dan pinjaman kepada usahawan Bumiputera.
Kesimpulannya, Puan Norlila perlu bergiat aktif dalam dunia digital bagi mempromosikan
produk dan memperkenalkan perniagaannya kepada masyarakat yang masih tidak
mengenali kewujudan perniagaannya.
i
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Abstrak PERKARA i
2. 3. Isi Kandungan ii
4. 5. Penghargaan iii
6. 1.07. Pengenalan 1-2
3
8. 2.0 Objektif Kajian 4-18
19
3.0 Latar Belakang Kajian
20-21
4.0 Kaedah Kajian 22
5.0 22-23
Dapatan Kajian dan Perbincangan 23-24
5.1 Ciri-ciri usahawan 24-26
5.2 Kaedah Memulakan dan Menjalankan Perniagaan 27-28
5.3 Fungsi Pengurusan Dalam Fungsi Pengurusan 29-31
5.4 Cabaran Perniagaan 32-33
6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran
ii
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang
membimbing dan mengajar saya iaitu Encik Saipolbahari Bin Aziz kerana telah
mengorbankan masa, memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus Pengajian Perniagaan 946/4.
Pada kesempatan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada dan setinggi- tinggi
penghargaan kepada Pengetua Kolej Tingkatan Enam Shah Alam, iaitu Tuan Haji Mohd
Zailani Bin Othman kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kajian
ini dengan lancar dan teratur.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu, Puan
Zuridah Binti Mahfor dan Encik Nazri Bin Mohd Noor yang telah memberi sokongan dan
dorongan kepada saya untuk memastikan kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan
lancar.
Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
membantu dan berkongsi ilmu kepada saya dalam melaksanakan kajian kerja kursus ini.
Tambahan pula, tidak dilupakan juga kepada Puan Norlila Binti Abd Manan yang sudi
membantu saya dalam melengkapkan hasil kajian saya dengan memberi kerjasama dan
komitmen yang begitu baik sekali.
Sekian, terima kasih.
iii
1.0 PENGENALAN
Menurut Ab. Aziz Yusof (2013), usahawan merupakan seseorang yang memulakan
sesuatu usaha teroka, sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang baharu. Usahawan
yang berjaya dapat dibezakan daripada individu yang bukan usahawan seperti seorang
usahawan harus mempunyai ciri–ciri usahawan. Ciri-ciri usahawan yang perlu ada pada
seorang usahawan ialah mempunyai inisiatif yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif,
inovatif, sanggup berkorban dan bijak mengambil peluang perniagaan. Tambahan pula,
dalam kajian ini juga perlu menganalisis ciri-ciri orang yang efektif berdasarkan ‘Tujuh
Tabii Orang Berjaya’ oleh Stephen Covey. Dalam konteks ini, menurut Stephen Covey,
antara ciri–ciri orang yang efektif ialah bersikap proaktif, berorientasikan matlamat,
lakukan perkara yang utama dahulu, berfikiran menang–menang, cuba memahami dahulu
kemudian cuba untuk difahami, bersinergi dan tajamkan gergaji.
Seterusnya, terdapat empat kaedah untuk memulakan perniagaan iaitu yang
pertama ialah memulakan perniagaan sendiri. Dalam usaha memulakan sesuatu perniagaan
baharu, usahawan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin diceburi
dengan tepat dan berkeyakinan. Pembuatan keputusan pada peringkat ini banyak
bergantung pada tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang usahawan
mengenai persaingan dalam persekitaran perniagaan yang bakal diceburi oleh usahawan
yang terlibat. Kaedah untuk memulakan perniagaan yang kedua ialah mengambil alih
perniagaan sedia ada. Dalam kaedah ini, usahawan boleh menjalankan perniagaan dengan
mengambil alih sesebuah perniagaan yang telah sedia wujud dalam pasaran.
Pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan dengan mengganti, membeli atau mewarisi
perniagaan keluarga. Kaedah yang ketiga ialah kaedah francais. Francais merupakan satu
kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk (francaisor)
memberi hak kepada syarikat lain (francaisi) untuk memasarkan keluaran francaisor.
Kaedah yang terakhir ialah pakatan strategik. Pakatan strategik merujuk pada satu
kerjasama atau penggabungan antara dua atau lebih firma dalam pasaran. Dalam pakatan
strategik ini, terdapat tiga jenis kaedah iaitu usaha sama, pelesenan dan pengeluaran secara
kontrak.
Menurut Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid
(1996), pengurusan merupakan suatu proses perancangan, pengorganisasian, pemimpinan
1
dan pengawalan sumber manusia, fizikal dan kewangan bagi mencapai matlamat
organisasi. Namun begitu, pengurusan boleh ditafsirkan sebagai proses formal dan
sistematik yang melibatkan proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia secara cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat organisasi. Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan
dalam organisasi antaranya ialah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan
pengawalan.
Dalam dunia perniagaan, setiap usahawan akan menempuhi pelbagai cabaran
perniagaan yang menguji mental dan fizikal seseorang usahawan itu. Usahawan ini perlu
mengharungi segala dugaan yang dihadapi bagi memastikan perniagaan mereka terus
beroperasi untuk jangka masa yang panjang dan memberikan keuntungan yang maksimum.
Antara cabaran persekitaran luaran yang perlu dihadapi oleh usahawan ialah globalisasi,
bentuk pemilikan perniagaan, tenaga kerja, konsep perniagaan antarabangsa, pekerjaan
jarak jauh, perubahan struktur demografi, peningkatan kemajuan teknologi, sistem
perniagaan Islam, bekalan semakin berkurangan dan lain-lain. Selain itu, cabaran
persekitaran dalaman yang perlu dihadapi oleh usahawan ialah pelanggan, pembekal,
pembiaya, pelabur, pesaing, pekerja dan kerajaan.
Usahawan yang dikaji oleh pengkaji ialah Puan Norlila Binti Abd Manan yang
berumur 57 tahun. Kaedah memulakan perniagaan yang digunakan oleh Puan Norlila ialah
memulakan perniagaan sendiri dan namakan premis perniagaan itu sebagai Mieka Corner
2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan seorang usahawan
tempatan dalam menjalankan kajian ini seperti berikut:
Objektif tersebut adalah:
1. Mengenalpasti ciri–ciri usahawan yang terdapat pada Mieka Corner.
2. Menjelaskan kaedah memulakan dan menjalankan perniagaan yang dilaksanakan
Mieka Corner.
3. Menganalisis peranan Puan Norlila Binti Abd Manan sebagai usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi perniagaan dari aspek
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
4. Memahami cabaran dalam perniagaan yang dilalui oleh Puan Norlila Binti Abd
Manan sebagai usahawan.
3
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam latar belakang kajian ini, analisis dan penjelasan tentang ciri-ciri usahawan, peranan
usahawan, kaedah memulakan perniagaan dan cabaran perniagaan akan dijelaskan seperti
berikut:
3.1 CIRI – CIRI USAHAWAN
Individu yang bergelar usahawan mempunyai sifat–sifat peribadi yang berbeza
dengan individu lain. Sifat peribadi yang dipunyai oleh usahawan menjadikan mereka
berjaya dalam usaha teroka yang diceburinya. Keseimbangan dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek juga diperlukan oleh setiap usahawan bagi memperoleh kejayaan yang
seimbang. Ciri-ciri pertama yang dimiliki oleh usahawan ialah mempunyai inisiatif yang
tinggi. Inisiatif yang tinggi ini merujuk kepada kecenderungan seorang usahawan untuk
mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan seterusnya mengambil tindakan secara
proaktif dalam perniagaannya. Seorang usahawan akan berusaha mencari peluang yang
wujud dan terokai bidang perniagaan yang belum diterokai peniaga lain. Seterusnya, berani
mengambil risiko merupakan salah satu ciri-ciri usahawan yang berjaya. Menurut Zafir
Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun (2007), secara ringkasnya, beliau
menggariskan bahawa berani mengambil risiko merupakan seseorang yang berani
mengambil risiko akan menghadapi keadaan yang tidak pasti pada masa akan datang
dengan penuh keyakinan. Seseorang usahawan perlu berani mengambil tindakan yang
tidak pasti hasilnya. Mereka akan membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko
yang diambil kerana risiko yang dihitung akan menjamin pulangan yang selamat pada masa
akan datang.
Selain itu, ciri-ciri usahawan berjaya ialah kreatif dan inovatif. Kreatif dan inovatif
adalah dua perkara yang berbeza. Menurut To, M. L., Ashkanasy, N.M., & Rowe, P. A.
(2008), kreatif ditafsirkan sebagai pembentukan atau penghasilan sesuatu produk yang
unik yang dapat menyelesaikan masalah dan kehendak pengguna yang pelbagai. Kreatif
juga membawa maksud daya kreativiti tinggi yang ada pada seorang usahawan bagi
menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang baharu dan unik untuk memenuhi
kehendak dan keperluan pengguna yang berbeza dan sekali gus dapat menguasai pasaran
dengan produk yang diperkenalkannya. Manakala inovatif pula bermaksud seorang
4
usahawan yang berusaha mencipta atau menghasilkan idea-idea baharu dengan menambah
baik produk yang sedia ada sama ada dari aspek kegunaan, spesifikasi dan kaedah yang
dapat memberikan keuntungan kepada perniagaannya. Tambahan pula, menurut Zimmerer
TW dan Scarborough NM (2008), inovatif bermaksud keupayaan dan kebolehan seseorang
dalam mengaplikasikan kreativiti yang dimiliki untuk menyelesaikan masalah dan
mendapatkan peluang bagi meningkatkan dan mengayakan kehidupan manusia. Secara
ringkasnya, seseorang usahawan yang mempunyai ciri inovatif ini akan berusaha
melakukan pembaharuan dalam keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan dan dapat
meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Ciri-ciri usahawan yang berjaya seterusnya ialah bijak mengambil peluang. Bijak
mengambil peluang bermaksud seseorang usahawan bijak meramal dan menganalisis
peluang yang boleh membawa keuntungan kepada perniagaan. Mereka mampu mengenal
pasti ruang penambahbaikan daripada kekurangan produk yang sedia ada dan
berpandangan jauh dalam usaha mengenal pasti peluang-peluang yang boleh diterokai
dalam memperkenalkan produk baru, dan seterusnya mengambil tindakan daripada
peluang tersebut untuk meningkatkan kemajuan dalam produk yang sedia ada. Seorang
usahawan yang berjaya turut mempunyai ciri-ciri sanggup berkorban. Usahawan perlu
menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaannya.
Mereka perlulah berkorban dari aspek masa, wang, tenaga dan sebagainya bagi
memastikan perniagaannya berjaya. Tambahan pula, mereka juga perlu menghadapi
pelbagai rintangan dalam menguruskan perniagaan.
Terdapat tujuh ciri-ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey (1989) dalam
Tujuh Tabii Orang Berjaya yang dikaji dalam kajian ini. Ciri yang pertama ialah bersikap
proaktif. Seseorang individu yang proaktif ialah individu yang berinisiatif tinggi dan
bertanggungjawab terhadap kehidupannya. Individu ini akan bertindak tanpa menunggu
arahan daripada ketua atau sesiapa untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Individu ini
juga akan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas untuk membaiki
keadaan sedia ada dengan membetulkan sebarang masalah atau kekurangan yang timbul
serta individu ini sentiasa yakin akan keupayaannya untuk menangani segala perubahan
yang berlaku disekelilingnya kerana percaya bahawa seseorang yang kuat berusaha, pasti
akan berjaya.
5
Ciri yang kedua ialah berorientasikan matlamat yang ditafsirkan sebagai seseorang
yang efektif akan menetapkan matlamat, sasaran atau objektif terlebih dahulu dalam segala
tindakan yang dirancang. Dengan mengingat matlamat, seorang individu itu dapat
memahami dengan jelas tentang destinasi yang hendak dituju. Namun begitu, matlamat
yang hendak dicapai perlulah diikuti dengan usaha untuk menyempurnakan sesuatu kerja.
Pelaksanaan kerja yang mudah perlulah disusun mengikut kepentingan, bermaksud kerja
yang lebih penting perlulah diberi keutamaan dan perlu diselesaikan dengan kadar segera.
Ciri yang seterusnya ialah lakukan perkara yang utama dahulu. Seseorang individu yang
efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan iaitu melakukan perkara yang
penting dahulu. Faktor ini berkait rapat dengan pengurusan masa yang berkesan.
Pengurusan masa harus dibuat dengan baik supaya masa tidak terbuang dengan kerja yang
tidak berfaedah. Semua tugasan akan disusun mengikut keutamaan dari segi waktu dan
kepentingannya manakala kerja yang tidak penting akan ditangguhkan atau ditinggalkan
dahulu. Impaknya, seseorang itu dapat menyempurnakan kerja tau tugas yang penting
dengan segera dan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.
Ciri yang keempat ialah berfikiran menang-menang. Berfikiran menang-menang
merupakan rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam
semua interaksi manusia di mana, keputusan yang dibuat oleh seorang yang efektif dapat
memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak. Sebarang perundingan atau
perjanjian harus dibuat dengan niat untuk mendatangkan kebaikan kepada kedua-kedua
belah pihak dan mewujudkan penyelesaian yang positif, adil dan tidak berat sebelah.
Kesannya, seseorang usahawan itu disenangi oleh semua pihak kerana tidak mementingkan
diri sendiri dan berat sebelah.
Selain itu, ciri orang yang efektif ialah cuba memahami dahulu kemudian cuba
untuk difahami. Individu tersebut harus menggunakan pendengaran empati iaitu
mendengar dengan tujuan untuk memahami atau dapat meletakkan dirinya pada tempat
orang lain. Mencuba untuk memahami, memerlukan timbang rasa manakala mencuba
untuk difahami pula memerlukan keberanian yang tinggi. Individu yang efektif akan cuba
untuk memahami sesuatu isu yang dibangkitkan atau sesuatu keputusan yang dibuat secara
mendalam sebelum mengharapkan orang lain untuk memahami isu atau keputusan
tersebut. Cuba untuk memahami dahulu memerlukan seseorang itu tidak bersikap cepat
6
mengkritik orang lain atau membuat tanggapan negatif terhadap seseorang individu lain,
sebaliknya seseorang itu perlu mendengar dengan baik, merasai masalah orang lain, dan
bertimbang rasa dan sentiasa berfikiran positif.
Di samping itu, bersinergi adalah salah satu ciri-ciri orang yang efektif menurut
Stephen Covey. Bersinergi merupakan kombinasi tindakan yang berlaku apabila manusia
bekerjasama secara efektif untuk menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu.
Tindakan kerjasama dengan dua atau lebih individu, pihak atau firma dalam mengusahakan
sesuatu yang akan memberi hasil atau manfaat yang lebih berkesan berbanding jika
dilakukan bersendirian. Seseorang individu itu harus menghargai perbezaan pendapat,
idea, kebolehan dan pengalaman orang lain. Pemikiran ‘menang-menang’ menjadi
prasyarat untuk proses komunikasi sinergistik.
Ciri-ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey yang terakhir ialah tajamkan
gergaji. Individu yang efektif akan sentiasa bersedia memperkembangkan diri sendiri
dengan meningkatkan kemahiran kendiri dan melakukan pembaharuan pada diri sendiri
dalam sesuatu bidang melalui kursus, latihan, seminar, ceramah dan pendidikan secara
formal, serta meningkatkan keupayaan dan kemampuan diri dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
3.2 KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN
Kaedah memulakan perniagaan yang pertama ialah memulakan sendiri. Menurut
Drucker P.F (1963), kaedah memulakan sendiri ini bermaksud usahwan membina
perniagaan baharu dengan berusaha untuk mendaftarkan perniagaan, mencari lokasi dan
memulakan perniagaan dari peringkat awal. Kaedah ini memberi peluang kepada usahawan
untuk bebas membuat keputusan sendiri dari segi menentukan jenis produk, pentadbiran,
lokasi dan tenaga kerja tanpa campur tangan orang lain. Keputusan yang dibuat oleh
usahawan bergantung kepada tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh
usahawan terhadap persekitaran perniagaan. Usahawan perlu mengambil kira tentang
cabaran dan peluang yang bakal dihadapi dalam dunia perniagaan ini. Oleh itu, kaedah ini
memerlukan seorang usahawan yang berani mengambil risiko, berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.
Kaedah memulakan perniagaan yang kedua ialah mengambil alih perniagaan sedia
ada. Menurut Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani dan Nor Asiah Omar (2011),
7
mengambil alih perniagaan sedia ada bermaksud menggantikan perniagaan orang lain yang
telah sedia ada dengan menguruskan sistem pengurusannya atau menjadi rakan kongsi
dalam sesebuah perniagaan. Namun, mengambil alih perniagaan sedia ada ini boleh
ditafsirkan sebagai membeli perniagaan orang lain, mengganti atau mewarisi perniagaan
keluarga yang telah sedia wujud dengan mengambil alih pengurusannya atau menjadi rakan
kongsi perniagaan. Usahawan yang menggunakan kaedah ini mempunyai rekod perniagaan
yang telah terbukti dan mempunyai sejarah kewangan atau berkaitan perniagaan dimana
usahawan dapat menganggarkan perbelanjaan dan keuntungan yang boleh dicapai oleh
usahawan tersebut. Tambahan pula, kaedah ini membantu usahawan untuk mendapatkan
pelanggan yang lebih ramai dan tetap dalam menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh
usahawan, hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank, kerajaan dan pembekal, lokasi
telah strategic dan mantap serta pekerja yang mahir dan berpengalaman dapat dinikmati
oleh usahawan dalam kaedah ini. Dengan itu, kaedah mengambil alih perniagaan sedia ada
ini dapat membantu usahawan mengurangkan kos perbelanjaan untuk membayar kos
latihan pekerja, pembelian aset tetap dan dapat menikmati harga pembelian kos barang
mentah yang rendah.
Kaedah yang ketiga ialah francais. Menurut Buerah Tunggak dan Hussin Salamon
(2011), francais merupakan suatu kontrak atau perjanjian sebuah syarikat induk yang
dikenali francaisor memberi hak kepada syarikat lain atau individu yang digelar francaisi
untuk mengendalikan perniagaan, memasarkan keluaran francaisor mengikut suatu kaedah
tertentu selama suatu tempoh tertentu di lokasi atau kawasan yang ditetapkan. Francais
melibatkan pembentukan satu perjanjian atau kontrak undang-undang yang mengikat
kedua-dua francaisor dan francaisi. Francaisi perlu membayar royalti berterusan
berdasarkan sejumlah peratusan jualan francaisi dan yuran francais sebagai balasan.
Kaedah yang keempat ialah pakatan strategik. Menurut Sharifah Akma dan
Hardiman (2007), pakatan strategik merupakan kerjasama antara dua atau lebih syarikat
untuk mempelajari dan mendapatkan teknologi, produk, kemahiran, kepakaran dan
pengetahuan antara satu sama lain bertujuan untuk mengembangkan syarikat secara cekap
dan cepat untuk mendapatkan keuntungan. Bagi meningkatkan daya saing firma dalam
pasaran, penggabungan teknologi, keluaran, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki
oleh firma-firma dalam suatu perikatan strategik diperlukan.
8
3.3 PEMBIAYAAN SERTA KEMUDAHAN DAN BANTUAN
Untuk memulakan sesebuah perniagaan, usahawan memerlukan modal yang
mencukupi untuk menjalankan perniagaan yang hendak dibina. Sumber modal boleh
dibahagikan kepada sumber modal formal dan sumber modal tidak formal. Sumber modal
formal terdiri daripada pinjaman bank, overdraf bank, pinjaman daripada kerajaan, kredit
pusingan, kredit perdagangan daripada pembekal dan pelabur manakala sumber modal
tidak formal pula terdiri daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara
atau rakan. Selain itu, antara kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh usahawan ialah
bantuan kewangan, tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga, pembangunan
usahawan dan aspek pemasaran atau bantuan pemasaran.
Sumber modal formal yang pertama ialah pinjaman bank. Pinjaman bank
merupakan sejumlah wang yang disediakan oleh pihak bank kepada penghutang termasuk
kadar bunga yang perlu dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian
pinjaman. Pinjaman yang ditawarkan ialah pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka
panjang, pinjaman bercagaran, pinjaman bertempoh dan pinjaman berjangka. Sumber
modal formal yang kedua ialah overdraf bank. Overdraf bank merupakan satu kemudahan
jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan dimana seseorang pelanggan bank
yang mempunyai akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang ada di
dalam akaunnya setakat had yang telah ditetapkan. Selain itu, pinjaman daripada kerajaan
merupakan salah satu daripada sumber modal formal. Pinjaman daripada kerajaan ini
diperolehi daripada agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN, SME Bank, Agrobank dan
lain-lain. Tambahan pula, pihak kerajaan menyediakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan modal yang dilaksanakan menerusi agensi tertentu untuk membantu
usahawan-usahawan kecil.
Sumber modal formal yang keempat ialah kredit pusingan. Kredit pusingan ini
berbentuk jangka pendek dan digunakan untuk membiayai keperluan modal pusingan serta
diberikan untuk satu tempoh tertentu yang boleh dipusing semula apabila tempoh itu
matang. Seterusnya ialah kredit perdagangan daripada pembekal. Kredit perdagangan
daripada pembekal merupakan bayaran tertangguh atas pembelian barang untuk proses
pengeluaran atau jualan yang diberikan oleh pembekal kepada usahawan. Usahawan perlu
membayar kredit perdagangan mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan serta usahawan
9
diberikan tempoh 30 hari jika mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal. Akhir
sekali ialah pelabur. Pelabur ialah individu atau organisasi lain yang melaburkan wangnya
ke dalam perniagaan usahawan dengan jangkaan mendapatkan pulangan kewangan.
Usahawan boleh mendapatkan modal secara formal melalui suntikan modal daripada
pelabur-pelabur. Tumpuan utama pelabur adalah untuk meminimumkan risiko.
Jenis-jenis kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada usahawan yang pertama
ialah bantuan kewangan yang berbentuk skim bantuan kewangan dan pinjaman kepada
usahawan Bumiputera. Ia diberikan dalam bentuk wang, geran, subsidi, jaminan pinjaman
atau pinjaman bertujuan menyelesaikan masalah kewangan perniagaan usahawan.
Kemudahan dan bantuan yang kedua ialah tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang
niaga. Tapak kilang merupakan suatu lokasi yang dipilih oleh sesebuah firma perniagaan
untuk mendirikan kilang atau tempat operasi. Bantuan ini ditawarkan untuk membantu
usahawan mendapat kemudahan ruang niaga, pejabat, tapak kilang dan tapak perindustrian.
Tapak kilang yang dipilih perlulah berada di kawasan yang strategik yang memiliki
pelbagai mudahan seperti berdekatan dengan kawasan pasaran. Seterusnya ialah khidmat
nasihat dan perundingan. Kemudahan ini disediakan bagi memastikan usahawan
memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam aspek
pengurusan oleh professional dan agensi kerajaan. Bantuan khidmat nasihat dan
perundingan ini merangkumi perkhidmatan pengurusan perundingan berkaitan pemasaran,
sumber manusia, perundangan dan kewangan, program meningkatkan kualiti keluaran dan
produktiviti, serta khidmat nasihat membangun dan mereka bentuk keluaran. Jenis
kemudahan dan bantuan yang keempat ialah pembangunan usahawan. Kemudahan ini
menyediakan program dalam melahirkan usahawan tekno dan menawarkan kursus untuk
mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera Malaysia. Jenis
kemudahan dan bantuan yang terakhir ialah aspek pemasaran atau bantuan pemasaran.
Bantuan ini memastikan produk-produk yang dihasilkan oleh Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) dapat dipasarkan secara meluas sama ada di dalam negara atau di peringkat
antarabangsa.
10
Pihak yang memberikan bantuan ialah:
- Pihak Kerajaan:
BIL KEMENTERIAN Jenis Bantuan atau Skim
1 Kementerian Perdagangan Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
Dalam Negeri dan Hal Ehwal - Program ini bertujuan untuk memodenkan
Pengguna (KPDNHEP) kedai runcit tradisional bagi meningkatkan
tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan
yang kompetitif. Jumlah pinjaman maksimum
sebanyak RM80,000. Pecahan pembiayaan
adalah sebanyak RM40,000 untuk pembelian
stok dan RM40,000 untuk kos pengubahsuaian
dan peralatan berkaitan.
2 Kementerian Pertanian dan Program Agropreneur Muda
Industri Makanan (MOA) - Program ini diwujudkan di dalam
perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11
(RMK-11) untuk golongan muda yang berumur
di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan
untuk membantu dan menggalakkan
penglibatan golongan muda dalam bidang
keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti
di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti
tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani
termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan
agropelancongan. Jenis bantuan:
i) Geran Agropreneur Muda (GAM) – diberi
dalam bentuk barangan iaitu dalam sektor
tanaman berjumlah RM20,000 (maksimum).
ii) Pembiayaan – melalui TEKUN Nasional
(sehingga RM50,000) dan Agrobank (RM50,00
– RM200,000)
3 Kementerian Pelancongan, Tabung Infrastruktur Pelancongan (melalui
Seni dan Budaya Malaysia BPMP)
(MOTAC) - Pinjaman dana pelancongan untuk membantu
pengusaha yang ingin membangunkan atau
mengembangkan produk-produk pelancongan.
4 Kementerian Sains, Teknologi Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
dan Inovasi (MOSTI) - Inisiatif kerajaan untuk membiayai projek
penyelidikan oleh usahawan dan penyelidik
yang dapat meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dan memberi kesejahteraan
kepada masyarakat.
11
Dana Program Malaysia Social Innovation
(MySI)
- Meningkatkan kesejahteraan hidup
masyarakat dengan keutamaan kepada golongan
B40 (miskin bandar dan luar bandar) melalui
pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D
tempatan berinovatif yang telah dibangunkan
dan sedia dilaksanakan secara mampan.
Dana Kolaborasi Antarabangsa (ICF)
- Geran yang disediakan kepada penyelidik
Malaysia yang menjalankan projek R&D
dengan kerjasama penyelidik luar negara. Dana
ini diwujudkan sebagai platform untuk
mengembangkan dan meningkatkan kapasiti
penyelidikan serta kerjasama antarabangsa
dalam projek R&D yang kompetitif, inovatif
dan berimpak tinggi seterusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan ilmu
pengetahuan dan teknologi yang membawa
kepada pengkomersialan.
- Agensi kerajaan atau badan berkanun:
Bil Agensi kerajaan / Jenis Dana, Tabung dan Skim
badan berkanun
Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
1 Majlis Amanah - Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan kepada
Rakyat (MARA) – usahawan Bumiputera bertujuan untuk meningkatkan
agensi di bawah perniagaan dalam pelbagai bidang kecuali bidang
Kementerian pertanian dan penternakan. Had pembiayaan bagi
Pembangunan Luar perniagaan milikan tunggal atau perkongsian adalah
Bandar RM250,000 dan syarikat sendirian berhad
RM500,000.
Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile
Business)
- Menggalakkan pnyertaan golongan belia untuk
menjadi usahawan bergerak mobilepreneur khususnya
dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar
dengan perkembangan industry perniagaan masa kini.
Had pembiayaan bagi perniagaan milikan tunggal atau
perkongsian adalah RM250,000 dan syarikat sendirian
berhad, RM500,000.
12
Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita
(DanaNITA)
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti
keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita
sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah,
Had pembiayaan berjumlah RM50,000.
Program Pembangunan Usahawan Teknikal
(PUTEK)
- Bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dalam
bidang teknikal iaitu yang berasaskan kepada
kemahiran dimiliki. Usahawan ini akan dibantu untuk
membina asas atau tapak perniagaan masing-masing
untuk satu tempoh masa tertentu sehinggalah mereka
mampu untuk berdikari dan menguruskannya sendiri.
Had pembiayaan RM3,000 – RM500,000.
2 Perbadanan Nasional - Skim Pembiayaan Francaisi
Berhad (PNS)- agensi - Skim Pembiayaan Francaisor
di bawah Jabatan - BIT Pra-Skim Pembiayaan Francaisor
Perdana Menteri - BIT Pra-Skim Pembiayaan Francaisi
- Skim Ijazah Food Truck
- Skim Ijazah Perniagaan Bergerak Luar Bandar
- Program Siswazah
3 Credit Guarantee - Tabung Projek Usahawan Bumiputera I ( TPUB-i)
Corporation Malaysia - BizMula-i
Berhad (SME Bank)- - BizWanita-i
dimiliki oleh Bank - BizBina-i
Negara Malaysia dan
bank-bank komersial
di Malaysia
4 AgroBank- agensi di - Kredit Mikro
bawah Kementerian - Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i
Pertanian dan Industri - Program Agropreneur Muda (PAM)
Makanan (MOA) - Pembiayaan Berjangka-i
5 Bank Perdagangan - Tabung Pengangkutan Awam (PTF 2.0)
Malaysia Berhad - Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIF 2.0)
(BPMP)- syarikat
berkaitan kerajaan di
bawah Unit
Perancangan
Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri
13
3.4 PERANAN USAHAWAN DALAM PENGURUSAN
Menurut Wan Mansor Wan Mahmood (2000), fungsi pengurusan terbahagi kepada
empat fungsi. Fungsi yang pertama ialah perancangan. Perancangan merupakan satu proses
menentukan dan membentuk visi, misi, matlamat atau objektif sesebuah organisasi malah
perancangan juga boleh ditafsirkan sebagai satu proses yang menentukan matlamat
organisasi yang ingin dicapai dan membentuk tindakan yang paling sesuai untuk diambil
bagi mencapai matlamat tersebut. Melalui perancangan yang dibuat oleh usahawan,
mereka dapat mengelakkan berlakunya pembaziran dengan menggunakan sumber yang
ada secara optimum.
Fungsi pengurusan yang kedua ialah pengorganisasian. Pengorganisasian
ditafsirkan sebagai satu proses penyelarasan atau pengagihan sumber manusia dan sumber
lain dalam organisasi untuk melaksanakan tugas atau rancangan yang telah ditetapkan bagi
mencapai matlamat organisasi. Dengan adanya pengorganisasian, ia dapat mewujudkan
satu struktur organisasi yang cekap melalui sistem arahan dan pelaporan yang jelas untuk
mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah pertindihan dalam fungsi.
Fungsi pengurusan yang ketiga ialah kepimpinan. Kepimpinan merupakan satu
proses yang mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas atau
rancangan yang telah dibuat dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi. Impaknya, melalui kepimpinan ini dapat memotivasi dan mendorong modal
insan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam sesebuah perniagaan.
Fungsi pengurusan yang keempat ialah pengawalan. Pengawalan ditafsirkan
sebagai satu proses memantau aktiviti dan pencapaian supaya rancangan yang dibuat
mencapai matlamat atau sasaran. Tambahan pula, pengawalan ditafsirkan sebagai satu
proses mengukur prestasi organisasi berbanding dengan prestasi kerja semasa dan
mengambil tindakan susulan untuk memastikan hasil kerja akhir tercapai seperti yang
ditetapkan.
3.5 CABARAN PERNIAGAAN
Semua sedia maklum bahawa dalam dunia perniagaan ini terdapat pelbagai cabaran
yang perlu ditempuhi oleh usahawan antaranya ialah cabaran persekitaran luaran
perniagaan seperti globalisasi. Dalam cabaran ini wujudnya dunia tanpa sempadan akan
mewujudkan persaingan dari segi harga, kualiti barangan, kecekapan penggunaan modal,
14
perbezaan budaya dan kemahiran pekerja serta mobiliti pekerja dengan perniagaan asing.
Sesebuah perniagaan perlulah bijak bersaing dan menyesuaikan diri dengan tren pasaran
global melalui pakatan strategik sama ada secara usaha sama, pelesenan, francais dan
sebagainya.
Cabaran yang kedua ialah peningkatan kemajuan teknologi. Perkembangan
teknologi menyebabkan banyak kaedah-kaedah baharu dicipta. Perubahan produk
memerlukan kemahiran teknologi dan modal yang tinggi. Perniagaan perlulah mengambil
langkah untuk bersedia membuat pelaburan besar bagi memperoleh teknologi tersebut.
Cabaran yang ketiga ialah peningkatan tanggungjawab sosial. Perniagaan perlu
memainkan peranan dalam memenuhi tanggungjawab sosial selain menyempurnakan
objektif keuntungannya. Perniagaan perlulah mengambil kira dalam melindungi alam
persekitaran, berkhidmat kepada masyarakat melalui sumbangan derma, menyediakan
peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya, menyediakan prasarana awam seperti
pusat sukan dan lain-lain.
Cabaran yang keempat ialah peningkatan sistem perniagaan Islam. Sistem ini telah
mendapat tempat di dalam dunia perniagaan seperti insurans Islam dalam memenuhi
tuntutan pelanggan beragama Islam. Perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan
operasi mematuhi syariah Islam. Jika seseorang usahawan itu tidak mematuhi kehendak
pelanggan, ia akan menyebabkan perniagaan akan kehilangan ramai pelanggan. Seterusnya
ialah kewujudan blok-blok perdagangan. Kewujudannya memudahkan aktiviti perniagaan
dijalankan dalam kalangan ahli blok atau kesatuan tersebut bertujuan untuk menjaga
kepentingan ahli.
Selain itu, cabaran perniagaan yang harus dihadapi oleh usahawan ialah bekalan
semakin berkurangan. Sesetengah bekalan semakin berkurangan. Inovasi dan kreativiti
yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan produktiviti melalui penciptaan kaedah baharu
yang menggunakan bekalan yang sedikit. Cabaran yang seterusnya ialah perubahan
struktur demografi. Peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan telah meningkatkan taraf
ekonomi keluarga. Ini bermakna isi rumah mempunyai kuasa beli yang tinggi. Oleh itu,
perniagaan harus berusaha mencipta pelbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.
15
Selain itu, jaringan perniagaan antara cabaran perniagaan. Cabaran ini memerlukan
rantaian sokongan dan jaringan perniagaan bagi meluaskan pasaran perniagaan. Perkara ini
boleh dilakukan dengan membentuk laman web perniagaan dan dihubungkan melalui
internet. Tambahan pula, perniagaan akan menempuhi cabaran dalam meningkatkan
produktiviti. Cabaran ini, usahawan perlu memberi tumpuan kepada kemahiran
pengurusan bagi meningkatkan produktiviti. Perniagaan harus memberi ganjaran dan upah
yang sepadan dengan produktiviti untuk menjadikan pekerja bermotivasi tinggi dan
seterusnya meningkatkan daya saing syarikat dan negara.
Cabaran yang seterusnya ialah kepekaan terhadap isu alam sekitar. Perniagaan
perlu memastikan proses perniagaan yang dijalankan tidak memberikan kesan negatif
terhadap alam sekitar. Akhir sekali ialah bentuk pemilikan perniagaan. Pembentukan
perniagaan daripada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang hanya dianggotai
sekumpulan kecil individu kepada perniagaan syarikat yang melibatkan sumbangan modal
daripada orang ramai.
Selain itu, cabaran persekitaran dalaman yang perlu dihadapi oleh usahawan ialah
pelanggan. Pelanggan ialah pihak yang akan membeli barang atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan. Oleh itu, perniagaan perlulah sentiasa mencari jalan
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang tidak terbatas seperti dengan
menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan.
Cabaran persekitaran dalaman yang kedua ialah pembekal. Pembekal adalah pihak
yang menawarkan semua keperluan kepada sesebuah perniagaan seperti bahan mentah.
Namun ada ketika waktu, perniagaan akan menghadapi masalah kekurangan bekalan
disebabkan kegagalan pembekal menghantar bekalan tepat pada yang yang dijanjikan dan
akan menjejaskan aktiviti sesebuah perniagaan.
Cabaran persekitaran dalaman yang ketiga ialah pembiaya. Pembiaya merupakan
pihak yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan untuk perniagaan bagi
membolehkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaannya. Pembiaya mempunyai
pengaruh yang besar dalam kelangsungan perniagaan dalam pasaran, tetapi penarikan diri
pembiaya pada satu masa untuk membiayai perniagaan akan menjejaskan potensi
perniagaan untuk terus berkembang.
16
Cabaran perniagaan persekitaran dalaman yang keempat ialah pelabur. Pelabur
ialah pihak yang menyumbangkan modal atau keperluan kewangan perniagaan ke dalam
perniagaan mereka. Pelabur adalah salah satu kunci utama kepada operasi perniagaan
dalam pasaran apabila berlaku perselisihan antara pelabur akan menyebabkan perniagaan
menghadapi masalah.
Cabaran perniagaan persekitaran dalaman yang kelima ialah pesaing. Pesaing
merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk
keperluan pelanggan yang sama dalam sebuah industri yang sama. Persaingan yang terlalu
sengit akan mendorong pihak pesaing menggunakan pelbagai kaedah termasuk kaedah
negative seperti rasuah untuk mengatasi pesaing.
Cabaran perniagaan persekitaran dalaman yang keenam ialah pekerja. Pekerja ialah
individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran dan kemahiran untuk melakukan kerja-
kerja dalam perniagaan. Pekerja adalah aset utama dalam perniagaan namun integriti
pekerja memainkan peranan utama dalam kelangsungan dan perkembangan perniagaan.
Cabaran perniagaan persekitaran dalaman yang ketujuh ialah kerajaan. Kerajaan
merupakan pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar-dasar serta menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan sangat
membantu perniagaan dalam memberikan insentif bagi meningkatkan produktiviti
perniagaan. Namun aktiviti kronisme menjadi salah satu masalah yang telah
mengurangkan keberkesanan dalam dunia perniagaan.
17
3.6 LATAR BELAKANG USAHAWAN DAN PERNIAGAAN
Usahawan Puan Norlila binti Abd Manan berumur 57 tahun yang berasal dari
negeri Perak Darul Ridzuan serta mendapatkan pendidikan di negeri tersebut. Setelah
menamatkan pelajaran, beliau bekerja di sebuah kilang elektronik dan menjadi penyelia
kilang tersebut. Kemudian, mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 3 orang cahaya
mata. Beliau berhenti kerja sebagai penyelia kilang elektronik dan berpindah ke Subang
Perdana untuk memulakan perniagaan.
Menurut Puan Norlila, beliau meminati untuk berniaga kerana sering mengikuti
ayahnya berniaga sejak kecil. Tambah beliau lagi, 5 orang daripada 8 orang adik beradik
beliau menceburi bidang perniagaan dengan pelbagai bidang namun ramai yang menceburi
bidang restoran makanan. Minat yang telah sebati dalam diri beliau untuk berniaga telah
membuatkan dirinya mengambil langkah untuk membuka gerai makanan masakan panas.
Sehingga tahun 2021, Puan Norlila telah mengusahakan perniagaannya hampir 15 tahun
dan telah menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan ini.
18
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau cara
mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Selain itu, menurut Maimunah
Aminuddin (2011), kaedah kajian merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai
segala objektif penyelidikan. Kaedah kajian terbahagi kepada dua cara untuk mendapatkan
hasil data iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.
4.1 KAEDAH PRIMER
Kaedah primer adalah sumber data penelitian yang diperoleh secara langsung dari
sumber asli. Pada kebiasaannya, sumber tersebut dikumpulkan melalui pemerhatian, temu
bual atau borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.
4.1.1 TEMU BUAL
Kaedah ini adalah secara formal. Kaedah formal dilakukan berdasarkan
permohonan pengkaji kepada usahawan dan memaklumkan lebih awal untuk ditemu bual.
Temu bual dilakukan hendaklah berkaitan dengan tajuk dan objektif pengkaji untuk
mendapatkan informasi dan ketepatan fakta yang akan dihuraikan.
4.2 KAEDAH SEKUNDER
Kaedah sekunder adalah sumber data penelitian yang diperoleh melalui media
perantara atau secara tidak langsung. Kaedah sekunder ialah kaedah yang digunakan untuk
memperoleh maklumat kajian berdasarkan bahan rujukan.
4.2.1 RUJUKAN
Maklumat dikumpulkan dengan menganalisa bahan-bahan tercetak contohnya
jurnal. Media elektronik juga seperti laman web melalui Internet, kajian-kajian terdahulu
dan lain-lain. Rujukan ini sangat penting untuk mengukuhkan lagi kajian yang
dilaksanakan.
19
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumat yang telah diperoleh hasil daripada temu bual yang dijalankan bersama
Puan Norlila Binti Abdul Manan akan dibincangkan dan dirumuskan. Hal ini akan
memudahkan pengkaji untuk membuat rumusan terhadap usahawan yang telah dikaji.
5.1 CIRI-CIRI USAHAWAN
Ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Norlila dalam menguruskan
perniagaannya ialah berani mengambil risiko. Ciri-ciri ini menyatakan bahawa setiap
usahawan perlu berani mengambil tindakan yang tidak pasti hasilnya. Usahawan perlulah
membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko yang diambil kerana risiko yang
terhitung akan menjamin pulangan yang selamat pada masa akan datang. Misalnya, apabila
Majlis Bandaraya Shah Alam memperkenalkan tempat perniagaan kepada penduduk
Taman Subang Perdana, Puan Norlila merebut peluang untuk menyewa tempat perniagaan
dan memulakan perniagaan masakan panas. Perniagaan masakan panas tidak begitu
terkenal pada tahun itu kerana sesetengah pelanggan berpendapat bahawa gerai yang
menjual masakan panas mengambil masa yang lama untuk dihidangkan. Namun Puan
Norlila tidak menghiraukan prespektif negatif orang lain tentang perniagaan masakan
panas dan meneruskan perancangannya untuk memulakan perniagaan ini. Selain itu, Puan
Norlila berani mengambil risiko dengan tidak membuat sebarang pinjaman daripada mana-
mana agensi pinjaman wang dan pihak bank. Puan Norlila hanya menggunakan duit
simpanan yang dimiliki oleh beliau pada ketika itu untuk dijadikan sebagai modal
perniagaan. Oleh itu, ciri-ciri ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Ulrich T. A. &
G. S. Cole (1987) iaitu tentang berani mengambil risiko.
Seterusnya, ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Norlila sebagai usahawan
ialah sanggup berkorban. Ciri-ciri usahawan ini merujuk kepada sebagai seorang
usahawan, mereka perlulah menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk
memajukan perniagaannya. Mereka perlu berkorban dari aspek masa, wang, tenaga dan
sebagainya bagi memastikan perniagaannya berjaya. Mereka juga perlu menghadapi
pelbagai rintangan dalam menguruskan perniagaan. Contohnya, Puan Norlila sanggup
berkorban masa beliau bersama keluarga beliau untuk memberi tumpuan kepada
perniagaan beliau hampir setiap hari. Menurut Puan Norlila, beliau hanya meluangkan
masa dengan ahli keluarga beliau, apabila ahli keluargannya merancang bercuti ke sesuatu
20
destinasi. Tambahan pula, Puan Norlila sanggup berkorban tenaga bagi mencari sumber
pendapatan yang stabil bagi menyara anak-anak yang masih belajar pada usia 57 tahun.
Ciri-ciri ini menepati kajian yang dilakukan oleh Sabri Haji Hussain (1995) tentang ciri
seorang usahawan yang sanggup berkorban.
Ciri-ciri usahawan menurut Stephen Covey yang dimiliki oleh Puan Norlila Binti
Abd Manan ialah lakukan perkara yang utama dahulu. Ciri-ciri ini bermaksud seseorang
yang efektif mesti menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan iaitu melakukan perkara
yang penting dahulu. Misalnya, Puan Norlila menyenaraikan tugasan harian yang perlu
dibuat olehnya sebelum membuka premis perniagaannya mengikut keutamaan dan
kepentingannya. Menurut Puan Norlila, beliau akan membeli barang masak seperti sayur,
rempah ratus, ikan dan ayam terlebih dahulu pada awal pagi di pasar borong. Seterusnya,
Puan Norlila akan membuka kedai sekitar jam 2 petang, mengemas barang yang dibeli
olehnya dan sedia untuk menerima pesanan daripada pelanggan secara dalam talian.
Seterusnya pada jam 4.30 petang, pekerja Puan Norlila akan menyusun meja makan dan
kerusi di bahagian luar gerai untuk membolehkan pelanggan makan secara ‘dine-in’. Ciri
ini menepati kajian yang dilakukan oleh Stephen Covey iaitu lakukan perkara yang utama
dahulu.
Seterusnya, ciri-ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey yang dimiliki oleh
Puan Norlila ialah tajamkan gergaji. Ciri-ciri ini merupakan seorang individu yang efektif
akan sentiasa berusaha untuk memperkembembangkan dirinya dengan melakukan perkara
yang baharu. Contohnya, Puan Norlila Binti Abd Manan menyertai kelas memasak pada
permulaan perniagaannya untuk memastikan masakan yang dihidangkan dapat memuaskan
hati pelanggannya. Tambahan pula, Puan Norlila juga mengambil peluang untuk
menggunakan aplikasi Foodpanda ketika pandemik Covid-19 agar perniagaannya berjalan
seperti biasa dan dapat menampung sumber pendapatannya. Puan Norlila belajar
menggunakan aplikasi Foodpanda menerusi anaknya dan menurut beliau penggunaan alat
pesanan itu tidak sukar seperti yang dijangka. Ciri-ciri ini menepati kajian yang dilakukan
oleh Stephen Covey iaitu tajamkan gergaji.
21
5.2 KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN
Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji bersama Puan Norlila
Binti Abd Manan, pengkaji mendapati bahawa kaedah memulakan perniagaan yang
digunakan oleh Puan Norlila ialah memulakan sendiri. Kaedah ini merupakan seseorang
usahawan membina perniagaan baharu dengan berusaha untuk mendaftarkan perniagaan,
mencari lokasi dan memulakan perniagaan dari peringkat awal. Sebagai contoh, Puan
Norlila memulakan perniagaan dengan duit pampasan pemberhentian kerja yang
diperolehnya daripada majikan tempat kerjanya. Puan Norlila menggunakan duit pampasan
tersebut sebagai modal untuk memulakan perniagaan masakan panas ini tanpa meminta
bantuan daripada ahli keluarga atau daripada pihak kerajaan. Tambahan juga, Puan Norlila
memulakan perniagaan ini disebabkan mendapat inspirasi daripada ahli keluargnya, yang
menceburi bidang perniagaan terutama daripada ayahnya, yang sejak Puan Norlila masih
kecil, ayah beliau sudah memulakan perniagaan masakan di kampuang halamannya di
Perak. Kaedah memulakan perniagaan ini adalah menepati Drucker P.F (1963) bahawa
kaedah memulakan perniagaan adalah memulakan sendiri.
5.3 PEMBIAYAAN SERTA KEMUDAHAN DAN BANTUAN
Sumber modal tidak formal iaitu simpanan sendiri digunakan oleh Puan Norlila
Binti Abd Manan untuk dijadikan sebagai sumber modalnya untuk membuka perniagaan
Mieka Corner ini. Sumber modal daripada simpanan sendiri ini merujuk kepada modal
sendiri yang diperoleh daripada simpanan atau tabungan pemilik itu sendiri atau menjual
aset peribadinya seperti rumah atau kereta untuk membuat pembiayaan kepada
perniagaannya. Misalnya, Puan Norlila Binti Abd Manan menggunakan duit simpanannya
dan duit pampasan yang diperolehnya apabila berhenti kerja disebuah kilang elektronik.
Melalui temu bual, Puan Norlila menyatakan bahawa beliau tidak melakukan sebarang
pinjaman daripada mana-mana pihak seperti pihak bank atau keluarganya sendiri kerana
beliau berpendapat bahawa ia akan menyukarkan dirinya untuk membayar balik semua
pinjaman yang dilakukan serta tidak akan membawa keuntungan kepada dirinya. Modal
yang diperoleh oleh Puan Norlila binti Abd Manan cukup untuk memulakan perniagaannya
dengan membeli barang masak dan barang keperluan lain seperti meja, kerusi, pinggan,
cawan, kuali dan lain-lain barang perkakasan dapur.
22
Kemudahan dan bantuan yang diperoleh oleh Puan Norlila Binti Abd Manan ialah
bantuan kewangan yang berbentuk skim bantuan kewangan dan pinjaman kepada
usahawan Bumiputera. Skim bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada
usahawan bumiputera adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah kewangan
perniagaan yang ditempuhi oleh usahawan. Misalnya, semasa pandemik Covid-19,
kerajaan negeri Selangor memperkenalkan beberapa bantuan kepada peniaga kecil mikro
seperti insentif khas one-off RM500 kepada penjaja dan peniaga kecil di Selangor. Puan
Norlila Binti Abd Manan memohon skim bantuan kewangan tersebut dan mendapat wang
melalui akaun bank yang didaftarkan secara one-off. Perkara ini selari dengan kenyataan
dari akhbar Berita Harian (4 April 2020) tentang bantuan kewangan yang berbentuk skim
bantuan kewangan.
5.4 PERANAN USAHAWAN DALAM PENGURUSAN
Fungsi pengurusan yang digunakan oleh Puan Norlila ialah pengawalan. Fungsi
pengurusan ini merupakan proses memantau aktiviti dan pencapaian supaya rancangan
yang dibuat mencapai matlamat atau sasaran. Misalnya, Puan Norlila Binti Abd Manan
akan memantau pekerja yang baru untuk melihat prestasi mereka bagus atau tidak. Jika
prestasi pekerjanya itu bagus dalam masa 3 bulan pertama bekerja, Puan Norlila akan
memberi sedikit pertambahan gaji kepada mereka, namun jika prestasi pekerjanya kurang
memuaskan, Puan Norlila akan memberi tunjuk ajar dan memberi nasihat yang
memberangsangkan agar pekerjanya itu dapat melakukan kerja dengan lebih baik pada
masa akan datang. Perkara ini menepati kajian yang dilakukan oleh Mohd. Najib Abdul
Ghafar (1999) tentang fungsi pengurusan iaitu pengawalan.
Seterusnya, berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama Puan Norlila,
pengkaji mendapati bahawa fungsi pengurusan yang terdapat ialah pengorganisasian.
Fungsi pengurusan ini merupakan proses pengagihan atau penyelarasan sumber manusia
dan sumber lain dalam organisasi untuk melaksanakan tugas atau rancangan yang telah
ditetapkan bagi mencapai matlamat organisasi. Misalnya, Puan Norlila mengagihkan
beberapa tugas kepada pekerjanya seperti memasak, membuat minuman, mencuci pinggan
dan cawan serta menerima pesanan daripada pelanggan. Fungsi pengurusan ini menepati
kajian yang dilakukan oleh Aziz Yahya (2007), bahawa fungsi pengurusan ialah
pengorganisasian.
23
PEMILIK
PUAN NORLILA BINTI ABD MANAN
TUKANG PELAYAN TUKANG KEBERSIHAN
MASAK CIKGU GALA MEMBUAT AIR KAMIR SHAFI
HAFIZFIY BIN SYAFIQA BINTI
MADHIR
MADHIR
CARTA ORGANISASI MIEKA CORNER
5.5 CABARAN PERNIAGAAN
Berdasarkan temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji bersama Puan Norlila
Binti Abd Manan, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran persekitaran
luaran perniagaan yang perlu ditempuhi oleh Puan Norlila. Antara cabaran perniagaan yang
perlu ditempuhi oleh Puan Norlila ialah peningkatan sistem perniagaan Islam. Cabaran ini
merupakan salah satu kaedah yang mendapat tempat di dalam dunia perniagaan seperti
sistem insurans Islam dalam memenuhi tuntutan pelanggan beragama Islam. Seorang
usahawan perlu mengetahui kehendak pelanggan, jika tidak perniagaan itu akan kehilangan
ramai pelanggan. Misalnya, pada awal pembukaan perniagaan Mieka Corner ini, Puan
Norlila sukar mencari barang masakan yang mempunyai status Halal, dan menyebabkan
Puan Norlila terpaksa pergi ke gerai pasaraya yang sejauh 15-20 kilometer untuk mencari
barang masakan seperti ikan, rempah ratus dan sayur-sayuran. Pada pendapat Puan Norlila
perkara ini sangat sukar untuk ditempuhi pada awalnya, namun disebabkan ingin
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan beragama Islam agar mereka
tidak berasa was-was terhadap masakan yang dihidangkan oleh Puan Norlila sendiri.
Cabaran ini menepati kajian yang dilakukan oleh Dato’ Seri Abdul Rahman Maiden (2003)
bahawa cabaran persekitaran luaran perniagaan ialah peningkatan sistem perniagaan Islam.
Selain itu, melalui temu bual ini pengkaji juga mendapati bahawa bekalan semakin
berkurang adalah salah satu cabaran persekitaran luaran perniagaan yang perlu ditempuhi
oleh Puan Norlila Binti Abd Manan. Cabaran ini berlaku disebabkan sesetengah bekalan
24
semakin berkurangan, maka inovasi dan kreativiti yang tinggi diperlukan untuk
meningkatkan produktiviti melalui penciptaan kaedah baharu yang menggunakan bekalan
yang sedikit. Misalnya, Puan Norlila Binti Abd Manan menyatakan bahawa sebelum
berlakunya pandemik Covid-19, semua barang dan keperluan yang diperlukan untuk
digunakan dalam perniagaan mudah untuk dicari dan dapatkannya seperti sayur, ikan dan
ayam. Namun begitu, apabila berlaku pandemik Covid-19, Malaysia adalah salah satu
negara yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) diseluruh negara yang
menyebabkan masyarakat melakukan pembelian secara mengejut atau erti kata lain ‘panic
buying’ secara pukal kerana berasa takut pasaraya dan kedai makan akan ditutup sepanjang
tempoh PKP itu. Oleh disebabkan kejadian ini, banyak barang di pasaraya semakin
berkurangan dan barang bahan mentah semakin mahal. Cabaran ini menepati kajian yang
telah dilakukan oleh Muhammad Zulhafizi Mohd Yusof, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul
Malek dan Ali Salman (2020) bahawa cabaran persekitaran luaran perniagaan ialah bekalan
semakin berkurangan.
Selain itu, menurut temu bual yang dijalankan bersama Puan Norlila, terdapat
cabaran persekitaran dalaman perniagaan iaitu pesaing. Pesaing merujuk kepada
perniagaan lain yang berada dalam industri yang sama dalam mengeluarkan barangan atau
menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Puan Norlila, sejak perniagaan
Mieka Corner semakin dikenali oleh penduduk setempat sebagai perniagaan yang menjual
masakan panas, ramai usahawan yang lain turut menyediakan hidangan masakan panas
ditempat yang sama beliau melakukan perniagaan. Sehingga harini terdapat lebih kurang
empat buah gerai yang menjual hidangan masakan panas dan ia agak menyukarkan Puan
Norlila mendapat keuntungan yang tinggi. Cabaran ini menepati kajian yang telah
dilakukan oleh Sabri Hj Hussain (2002) bahawa cabaran persekitaran dalaman perniagaan
ialah pesaing.
Tambahan pula, menurut temu bual bersama Puan Norlila, cabaran persekitaran
dalaman perniagaan ialah pelanggan. Pelanggan merupakan pihak yang membeli barang
atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan. Sejak awal perniagaan
Mieka Corner ini, Puan Norlila tidak akan lari dari kritikan masakan yang diberikan oleh
pelanggan. Puan Norlila sentiasa terbuka hati dan menerima segala kritikan daripada
pelanggan sebagai satu pemangkin yang positif untuk dirinya agar berusaha dan lebih
25
berhati-hati ketika memasak semua hidangan yang dipesan. Namun begitu, pada ketika
waktu, segelintir pelanggan menunjukkan sikap kurang sopan dengan mengeluarkan kata-
kata kesat di khalayak ramai di premis perniagaan Puan Norlila. Ketidakpuasan hati dalam
pelanggan yang bertindak kurang sopan menjejaskan reputasi perniagaan yang terlibat.
Cabaran ini menepati kajian yang telah dilakukan oleh Huczynski A.a. & Buchanan D.A.
(2004) bahawa cabaran persekitaran dalaman perniagaan ialah pesaing.
26
6.0 PENUTUP
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan
Norlila dalam menguruskan perniagaannya ialah berani mengambil risiko dan sanggup
berkorban. Berdasarkan hasil kajian, dua ciri tersebut sangat penting dan harus dimiliki
oleh setiap usahawan supaya mereka dapat menjayakan perniagaan sehingga ke menara
gading dan tidak mudah putus asa. Oleh itu, seorang usahawan yang tidak sanggup
mengambil risiko dan tidak sanggup berkorban sukar meningkatkan keuntungan dan
kejayaan terhadap perniagaannya pada masa akan datang.
Puan Norlila juga mempunyai ciri-ciri orang yang efektif menurut Stephen Covey
ialah lakukan perkara yang utama dahulu dan tajamkan gergaji. Puan Norlila berkongsi
pada pengkaji bahawa buat perkara yang utama lebih baik dalam sesebuah perniagaan
kerana kita tidak akan rungsing membuat semua perkara dalam satu masa. Tambahan pula,
Puan Norlila gemar mempelajari pelbagai perkara baharu yang mampu meningkatkan
prestasi perniagaannya.
Mieka Corner telah dibangunkan sendiri oleh Puan Norlila hampir 15 tahun dan
beliau telah berjuang untuk mengekalkan perniagaannya sehingga harini. Pelbagai yang
telah dilakukan oleh Puan Norlila pada awal perniagaannya seperti pembiayaan serta
kemudahan dan bantuan. Sumber modal tidak formal iaitu simpanan sendiri digunakan
oleh Puan Norlila untuk dijadikan modal utama dalam perniagaannya. Tambahan pula,
Puan Norlila menerima bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor
dan ia sedikit sebanyak membantu Puan Norlila dalam membeli keperluan perniagaan
ketika berlaku pandemik Covid-19.
Fungsi pengurusan yang digunakan oleh Puan Norlila ialah pengawalan dan
pengorganisasian. Fungsi pengurusan iaitu pengawalan dan pengorganisasian membantu
Puan Norlila memantau prestasi pekerjanya dan menetapkan tugasan yang sesuai untuk
setiap pekerjanya. Menurut temu bual yang dilakukan bersama Puan Norlila,
perniagaannya berjalan dengan baik kerana setiap pekerja laksanakan tugasan mereka
dengan baik dan teratur. Oleh itu, setiap usahawan perlu melakukan fungsi pengurusan
seperti pengawalan dan pengorganisasian dalam menjalankan sesuatu perniagaan agar
lebih efektif dan lebih cekap.
27
Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Puan Norlila dalam menjalankan perniagaan
Mieka Corner ini. Puan Norlila masih mengendalikan cabaran persekitaran luaran
perniagaan seperti sistem perniagaan Islam dan bekalan semakin berkurang serta cabaran
persekitaran dalaman perniagaan seperti pesaing dan pelanggan dengan baik walaupun
dalam keadaan yang tertekan. Oleh itu, setiap usahawan perlu bersedia dari segi fizikal dan
mental dalam menguruskan perniagaan sendiri kerana sesuatu masalah akan berlaku tanpa
kira waktu dan diluar jangkaan kita.
Antara cadangan penambahbaikan perniagaan Mieka Corner ini ialah Puan Norlila
perlu melakukan promosi seperti pengiklanan secara dalam talian. Kaedah pengikalanan
yang dilakukan secara dalam talian tidak memerlukan sebarang pengeluaran kos. Puan
Norlila boleh melakukan pengiklanan melalui media massa seperti aplikasi Instagram,
Facebook dan Tiktok kerana secara tidak langsung kaedah ini dapat mencapaikan
maklumat perniagaan dengan cepat serta dapat dikenali oleh masyarakat luar sempadan.
Hal ini akan membantu Puan Norlila mendapatkan lebih ramai pelanggan dan masyarakat
mengetahui kewujudan perniagaannya. Selain itu juga, Puan Norlila perlu mengeluarkan
sedikit perbelanjaan untuk melatih tukang masaknya dalam menghidangkan makanan yang
berkualiti dan sedap. Langkah ini dapat menyelamatkan perniagaan Puan Norlila daripada
hilang dalam dunia perniagaan.
Kesimpulannya, dengan wujudnya perniagaan Mieka Corner yang ditubuhkan oleh
Puan Norlila Binti Abd Manan, penduduk sekitar premis perniagaannya dapat menikmati
makanan yang lazat yang dihidangkan oleh Puan Norlila. Puan Norlila yakin bahawa
perniagaannya dapat bertahan dalam tempoh yang lama kerana masih ramai pelanggan
tetapnya setia berkunjung dan menikmati masakan beliau. Dengan adanya sistem
pengurusan yang baik, Puan Norlila berharap agar perniagaanya akan berkembang maju
pada masa akan datang.
28
7.0 RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof, 2013. Usahawan Cemerlang Modul Garis Panduan Keusahawanan,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abu Bakar Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid, 1996.
Asas Pengurusan Perniagaan, Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Aziz Yahya etl, 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Buerah Tunggak dan Hussin Salamon, 2011. Budaya Usahawan Berjaya, Johor Bahru:
Penerbit UTM Press.
Dato’ Seri Abdul Rahman Maiden, 2003. Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan
Tanggungan dari Perspektid Islam. Kertas Kerja dibentangkan di Muzakarah Pakar,
Dewan Besar IKIM, 29-30 April 2003.
Drucker P. F, What is a business? Marketing and Advertising. New York, Mc Graw Hill,
1963.
Huczynski A.a. & Buchanan D.A. , 2004. Organizational Behaviour: An Introductory Text.
Edisi ke-5. Prentice Hall Financial Times.
Maimunah Aminuddin. 2011. Human Resource Management Principles and Practice.
Edisi ke-2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Muhammad Zulhafizi Mohd Yusof, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek dan Ali
Salman. “Cabaran Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) di Malaysia”. Dlm. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities,
5:12, hlm. 355-366. Disember 2020
29
Mohd. Najib Abdul Ghafar, 1999. Penyelidikan Pendidikan, Skudai, Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Noor Atiqah Sulaiman. “Manfaatkan Skim Bantuan Kerajaan Mula Perniagaan” dlm.
Berita Harian, 4 April 2020.
Sabri Haji Hussain. 1995. Sifat Usahawan bina Kejayaan. Usahawan Malaysia. Januari:
32-34.
Sharifah Akma dan Hardiman, 2007. Rancangan Perniagaan, Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Stephen R. Covey, 1989. Tujuh Tabii Orang Berjaya. USA: Hardcover Paperback Publish.
Syed Shah Alam, Mohd Fauzi Mohd Jani dan Nor Asiah Omar. 2011. An Empirical Study
of Success Factors of women Entrepreneurs in Sothern Region in Malaysia. Dlm.
International Journal of Economic and Finance, 3:2, May 2011
To, M. L., Ashkanasy, N.M., & Rowe, P. A. 2008. Dual-Moods and Creativity in the
Organisation: A Bidirectional Mood Regulation Perspective.
Ulrich T. A. & G. S. Cole.1987. “Toward more effective training of future
entrepreneurship”. Dlm. Journal of small Business Management 25:4, hlm. 32-39.
Wan Mansor Wan Mahmood. 2000. Pengurusan Pengeluaran Suatu Huraian Mudah.
Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun (2007). Menjadi Usahawan. Dicapai
pada Januari 12, 2022. dari https://books.google.com.my/books
30
Zimmerer TW dan Scarborough NM. 2008. Essentials of entrepreneurship and small
business management. Pearson Education Inc., New Jersey.
31
8.0 LAMPIRAN
BORANG TEMU BUAL
1. Nama penuh
2. Tempat tinggal
3. Negeri kelahiran
4. Pekerjaan sebelum memulakan perniagaan
5. Sudah berapa lama berniaga
6. Bagaimana terdetiknya mahu memulakan perniagaan
7. Apakah persiapan sebelum memulakan perniagaan
8. Adakah Puan menetapkan belanja setiap minggu?
9. Dari mana mendapat sumber modal
10. Dapat bantuan daripada mana – mana pihak sebelum memulakan perniagaan
11. Cara mempromosikan produk
12. Berapakah bilangan pekerja setakat ini
13. Bagaimanakah Puan mengagihkan tugas kepada setiap pekerja
14. Bagaimana puan memantau prestasi pekerja
15. Adakah ganjaran akan diberikan kepada pekerja yang rajin
16. Adakah pekerja baru akan dipimpin oleh Puan
17. Kenapa pilih lokasi ini sebagai tempat untuk berniaga
18. Perniagaan diuruskan sendiri atau bersama rakan kongsi
19. Apakah cabaran ketika berniaga
20. Bagaimana Puan mengatasi masalah terhadap pelanggan yang tidak berpuas hati
dengan produk dan servis
21. Adakah pernah berlakunya kegagalan dalam perniagaan
22. Harapan pada masa hadapan dalam perniagaan
23. Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada golongan yang ingin menceburi
bidang perniagaan
24. Apakah cabaran yang dihadapi ketika pandemik covid-19
25. Apakah bantuan yang diterima semasa pandemik
32
GAMBAR PENGKAJI BERSAMA PUAN NORLILA BINTI ABD MANAN
33