The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN KERJA KURSUS SAINS KOMPUTER YANG DIJALANKAN OLEH SAYA PADA TAHUN 2018/2019.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ADAWIYAH NATASHA BINTI NAZRI, 2022-07-22 11:19:58

KERJA KURSUS SAINS KOMPUTER 2018/2019

INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN KERJA KURSUS SAINS KOMPUTER YANG DIJALANKAN OLEH SAYA PADA TAHUN 2018/2019.

TAJUK SISTEM PENGURUSAN PERALATAN MAKMAL
NAMA CALON SAINS SMK SUBANG

NUR ADAWIYAH NATASHA

NOMBOR KAD
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH SMK SUBANG , KAMPUNG MELAYU SUBANG,
40150 SHAH ALAM , SELANGOR.

NAMA GURU ZULKIFLI BIN MOHAMED ALI

TANDATANGAN
GURU

TARIKH

PERAKUAN CALON

Nama Calon NUR ADAWIYAH NATASHA
No. Kad Pengenalan
Angka Giliran Calon
Nombor Pusat

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:

Saya telah mengaku projek membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah
menghasilkan projek Sains Komputer tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali
dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sains Komputer
di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pentaksir:

Saya mengesahkan bahawa projek Sains Komputer telah dihasilkan mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa projek calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pentaksir
Nama Guru/Pentaksir
Tarikh
Alamat

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus
bagi mata pelajaran Sains Komputer ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi rasa kasih dan
sayang kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam
pelajaran.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Encik Zulkifli bin Mohamed Ali dan Puan Rozianawati binti Robat ,
selaku guru mata pelajaran Sains Komputer kerana banyak membimbing, menunjuk ajar
dan memberi nasihat yang berterusan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang telah memberi kerjasama dan nasihat yang berguna kepada saya. Kerja kursus ini
mungkin menjadi sangat sukar untuk dilaksanakan secara bersendirian tanpa mereka
semua.

Tidak ketinggalan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak,antaranya
guru-guru SMK Subang yang saya hormati, abang saya dan sesiapa sahaja yang tidak dapat
saya sebutkan satu persatu.

Besar harapan saya, agar tugasan ini menepati kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia
dalam pentaksiran kerja kursus SPM yang saya jalankan ini. Semoga ini memberikan
inspirasi, dorongan dan ilmu yang bermanfaat khususnya dalam bidang Sains Komputer
untuk saya terus dalami di masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

Bilangan Fasa/Topik/Tajuk Halaman

1 Perakuan Calon 1-2
2 Penghargaan 3
3 Isi Kandungan 4
4 Fasa 1 5- 7
5 Fasa 2 8
6 Fasa 3
7 Fasa 4 9 - 10
8 Fasa 5 11
9 Sumber Rujukan 12
10 Lampiran 13

14 - 40

FASA 1

1. Fasa Menganalisi Masalah

1.1 Pernyataan Masalah.

Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah menghadapi masalah dalam pengurusan
maklumat yang digunakan oleh guru-guru makmal sains. Buat masa sekarang
pengurusan dijalankan secara manual. Pengurusan maklumat tersebut direkod
secara bertulis di dalam buku rekod pinjaman alatan makmal sains. Masalah
berlaku dari segi masa pengurusan yang terhad dalam waktu bekerja sahaja. Serta
masalah menyimpan buku yang memerlukan lokasi khusus supaya mudah diakses
semula oleh guru yang perlu merekodkan peminjaman alatan makmal sains. Carian
maklumat sedia ada juga sukar dan lambat jika diperlukan apabila berlaku masalah
tertentu yang memerlukan maklumat dikeluarkan kembali.

1.2 Objektif Pembangunan Aplikasi Baharu.

Pihak sekolah ingin membangunkan sebuah aplikasi sistem pengurusan yang
sistematik serta menjana maklumat dengan cepat dan tepat. Sebuah aplikasi sistem
pengurusan berasaskan web akan dibangunkan untuk tujuan pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah merekodkan serta mengumpul data-data yang berkaitan
dengan pengunaan alatan di Makmal Sains dengan lebih berkesan dan cekap.
Aplikasi web ini boleh diakses 24 jam dimana-mana sahaja dengan menggunakan
semua peranti yang serasi dengan pelayar web.

1.3 Skop

Aplikasi baharu ini berkemampuan untuk merekodkan kesemua data penggunaan
alatan yang digunakan di dalam sistem mengikut kuota yang ditetapkan pihak
pengurusan sekolah. Aplikasi akan mula digunakan pada persekolahan sesi 2020.

1.4 Kumpulan Sasaran

Aplikasi boleh merekodkan penggunaan peralatan yang digunakan dari kalangan
guru-guru makmal sains yang mendapat keizinan dari pihak pentadbir sekolah
sebagai pengurus kepada aplikasi ini. Kumpulan yang mempunyai akses ke
halaman pengurusan ini dikenali sebagai Pengurusan Aplikasi dan mempunyai
akses kepada fungsi memanipulasi data-data di dalam sistem yang akan
dibangunkan ini.

1.5 Penilaian Kepada Sistem Pengurusan Sedia Ada

● Sistem Sedia Ada : boleh merekodkan secara tehad dalam satu masa kerana hanya
boleh diakses oleh guru yang bertanggungjawab ketika waktu bekerja sahaja.
Kekangan dan kesuntukan masa sering dihadapi oleh guru. Disamping sistem
manual ini sukar untuk dipercapai datanya yang mungkinan tidak tepat atau
berulang.

● Keperluan Kepada Sistem Baharu : adalah sangat mendesak untuk memudahkan
capaian di mana-mana sahaja dan sistem yang dapat mengawal kualiti dan integriti
data yang dimasukkan.

● Sebuah aplikasi baharu yang berasaskan web akan dibangunkan. Aplikasi ini akan
dikenali sebagai Aplikasi SIPPMAS (Sistem Pengurusan Peralatan Makmal Sains)

1.6 Tempoh Projek

Projek pembangunan aplikasi ini akan memakan masa keseluruhan selama 10 bulan
yang meliputi 5 Fasa Pembangunan.

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

FASA TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APR MEI JUN

FASA 1
Menganalisis
Masalah

FASA 2
Mereka Bentuk
Penyelesaian

FASA 3
Melaksanakan
Penyelesaian

FASA 4
Menguji dan
Menyah Ralat

FASA 5
Mendokumentasi

FASA 2
2. Fasa Mereka Bentuk Penyelesaian

2.1 Algoritma.
Algoritma ialah satu set arahan untuk menyelesaikan masalah. Arahan-arahan terperinci
yang dapat diikuti oleh pembaca sehingga tugasan terlaksana dengan jayanya ialah suatu
bentuk algoritma dalam kehidupan harian.
Berikut adalah carta alir yang menunjukkan sebelas proses utama yang akan dilaksanakan
oleh pengaturcara semasa membangunkan sistem .
Antaranya adalah:
2.1.1 Carta Alir – Log Masuk Ke Halaman Pengurus
2.1.2 Carta Alir – Melaksanakan Proses Manipulasi Data
2.1.3 Carta Alir – Log Keluar Dari Halaman Pengurus.
2.1.4 Carta Alir - Daftar Pengguna Baru
2.1.5 Carta Alir - Pengurus Daftar Rekod Baru Peralatan
2.1.5 Carta Alir - Pengurus Daftar Nama Peralatan Baru
2.1.6 Carta Alir - Pengurus Daftar Lokasi Peralatan Baru
2.1.7 Carta Alir - Pengurus Menyenarai Peminjam Peralatan
2.1.8 Carta Alir - Pengurus Menyenarai Pemulangan Peralatan
2.1.9 Carta Alir - Pengurus Log Keluar
2.1.10 Carta Alir - Pengguna Laporan Lokasi Peralatan
2.1.11 Carta Alir - Pengguna Laporan Nama Peralatan
** Rujuk Carta Alir di halaman Lampiran.

2.2 Gambar Rajah Perhubungan Entiti
Gambar Rajah Perhubungan Entiti atau ERD ini dihasilkan dari skema hubungan ternomal.
ERD yang dihasilkan akan menunjukan semua entiti yang terlibat di dalam sistem yang
lengkap dengan semua atribut bagi setiap entiti.
Maksud entiti ialah sesuatu yang mempunyai data untuk disimpan. Simbol entiti ialah segi
empat dengan nama entiti di tengah-tengahnya.

Simbol entiti dalam ERD

Maksud atribut ialah ciri atau sifat entiti. Setiap set entiti terdiri daripada beberapa atribut.
Atribut diwakili oleh simbol elips.

Simbol atribut

ERD juga akan menunjukkan hubungan antara setiap entiti. Hubungan ialah perkaitan yang
wujud antara dua entiti. Hubungan biasanya dilabelkan menggunakan kata kerja. Simbol
hubungan ialah rombus.

Simbol hubungan

Kekardilan dalam hubungan juga ditunjukkan. Untuk maklumat lanjut tentang ERD, sila
rujuk halaman lampiran.

2.3 Penormalan
Penormalan ialah satu kaedah menganalisis jadual-jadual berasakan atribut kunci dan
kebergantungan fungsi dengan tujuan mengurangkan duplikasi data dalam pangkalan data.
Penormalan, pada kebiasaannya akan memecahkan jadual 0NF kepada dua atau lebih
jadual-jadual hubungan yang sudah ternormal.

Semasa melakukan kerja lapangan, pengaturcara telah mengkaji masalah dan mendapatkan
data-data mentah. Kutipan data tersebut dapat menunjukkan jadual kutipan data mentah
yang tidak automik untuk digunakan menjadi sistem.
Atas sebab itu, pengaturcara telah melaksanakan proses penormalan dari peringkat 1NF ke
2NF dan seterusnya ke 3NF sehingga tiada lagi atribut yang mempunyai Kebergantungan
Fungsi Transitif pada jadual utama.

Objektif penukaran 0NF kepada 1NF adalah untuk memastikan lajur jadual adalah atomik
dan mempunyai kunci primer.
Objektif penukaran 1NF kepada 2NF adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi
separa. Jadual 1NF mempunyai kebergantungan fungsi separa. Oleh itu, kenal pasti
kumpulan-kumpulan data berulang dan pecahkan kepada jadual-jadul berasingan yang
dipanggil jadual hubungan.
Objektif penukaran 2NF kepada 3NF adalah untuk menghapuskan kebergantungan fungsi
transitif. Penormalan sehingga tahap 2NF sudah memadai. Penormalan ke tahap 3NF cuma
perlu dalam situasi di mana terdapat kebergantungan fungsi transitif di antara atribut dalam
sesetengah jadual.
Semua proses dan justifikasi pada setiap peringkat penormalan akan ditunjukkan dengan
jelas dalam bentuk jadual. Sila rujuk halaman lampiran.

2.4 Antara Muka Input / Output
Aplikai berasaskan web, biasanya mempunyai antara muka yang standard. Sama ada
menggunakan antara muka paparan satu lajur tunggal, atau dua lajur dan tiga lajur.
Untuk aplikasi sistem SIPPMAS ini, pembangun akan menggunakan antara muka berjenis
dua lajur. Satu laju navigasi dan satu lagi adalah ruangan untuk artikel, borang, laporan dan
paparan output lain yang sesuai.
Untuk lebih tepat, rujuk halaman lampiran.


Click to View FlipBook Version